Thursday, May 22, 2008

Video: Petikan Seminar Syiah Yang Memperalat Pentas PAS




Seminar Isu Antarabangsa: Bantahan Pendudukan 60 Tahun Israel Di Bumi Palestin. Cukup cantik nama yang diberikan.

Syiah Imamiyah yang sesat itu telah memperalat pentas PAS sebagai medan untuk menyebarkan fahaman Syiah mereka. Mereka cuba menanamkan kepada peserta perasaan bencikan para sahabatnya yang diredhai Allah s.w.t.

Petikan Soaljawab antara peserta dan Zaini Zainal Abidin (Syiah) di seminar berkenaan.

[KLIK DISINI]

Kisahnya Bermula [DiSini]

Wednesday, May 21, 2008

Semangat Untuk Para Pejuang Sunnah!

Bismillahhirrahmanirrahim

Ayat Al-Quran ini telah diwahyukan kepada Nabi kita Muhamad Solallahhu 'alaihi wa sallam,
Aku berharap bagi para pendukung Sunnah yang hmpir-hampir putus asa, renung-renungkanla kembali Firman Allah ini:

سُوۡرَةُ الزُّمَر
A'uzubillah himinas syaitha nirrajim,


فَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّن ڪَذَبَ عَلَى ٱللَّهِ وَكَذَّبَ بِٱلصِّدۡقِ إِذۡ جَآءَهُ ۥۤ‌ۚ أَلَيۡسَ فِى جَهَنَّمَ مَثۡوً۬ى لِّلۡكَـٰفِرِينَ (٣٢)

(Apabila berlaku yang demikian), maka nyatalah bahawa tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara-perkara yang dusta terhadap Allah dan mendustakan kebenaran sebaik-baik sahaja kebenaran itu disampaikan kepadanya. Bukankah (telah diketahui bahawa) dalam Neraka Jahanam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang yang kafir? (32)


وَٱلَّذِى جَآءَ بِٱلصِّدۡقِ وَصَدَّقَ بِهِۦۤ‌ۙ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُتَّقُونَ (٣٣)

Dan (nyatalah bahawa) yang membawa kebenaran (tauhid dan hukum agama) serta dia (dan pengikut-pengikutnya) mengakui kebenarannya (dengan mematuhi hukum itu), mereka itulah orang-orang yang bertakwa. (33)


لَهُم مَّا يَشَآءُونَ عِندَ رَبِّہِمۡ‌ۚ ذَٲلِكَ جَزَآءُ ٱلۡمُحۡسِنِينَ (٣٤)

Disediakan untuk mereka apa yang mereka kehendaki, di sisi Tuhan mereka; demikianlah balasan orang-orang yang berusaha memperbaiki amal perbuatannya. (34)

لِيُڪَفِّرَ ٱللَّهُ عَنۡہُمۡ أَسۡوَأَ ٱلَّذِى عَمِلُواْ وَيَجۡزِيَہُمۡ أَجۡرَهُم بِأَحۡسَنِ ٱلَّذِى ڪَانُواْ يَعۡمَلُونَ (٣٥)

(Limpah kurnia yang demikian, diberikan kepada orang-orang yang bertakwa) kerana Allah hendak menghapuskan dari mereka (kalaulah ada) seburuk-buruk amal perbuatan yang mereka telah lakukan, serta membalas mereka, akan pahala mereka, dengan balasan yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan. (35)


Usah berputus asa dalam menyampaikan kebenaran Islam, teruskan perjuangan para Rasul yang mulia ini. Allah telah menjanjikan kedudukan yang terpuji disisiNya.

Tuesday, May 20, 2008

Satu Pertanyaan Dari Hati Yg Resah...

Bismillahhirrahmanirrahim

zuljb - May 14, 2008 - 06:13 PM
--------------------------------------------------------------------------------
maafkan saya saudara,

kiranya pertanyaan ini berada di tempat yang salah, saya seorang lelaki islam yang jahil. Jiwa saya sejak akhir-akhir ini begitu resah dan gelisah. soalan saya

1. Kenapa masa kita berada dalam kejahilan rezeki kita banyak dan ketika kita cuba hampir kepadaNya kita tidak mempunyai apa-apa.

2.Setiap kali sujud akhir dalam smbyh kenapa dosa masa silam terbayang kembali.

3.Masih adakah keampunan dariNya walaupun kita pernah berlaku Syirik terhadap Allah.

4.Adakah ada insan memang ditakdirkan hidupnya didunian ini sia-sia saja, tidak memiliki apa-apa kecuali dirinya dan tuhanya serta disisih oleh semua manusia.

5.Kenapa dalam mencari sinar tuhan, perjalanannya penuh dengan ranjau dan duri sehingga kita merasa kecewa dengan dunia, masyarakat dan Tuhan.

Maafkan saya jika pertanyaan ini lucu buat saudara disini
delete aje post ini jika soalan saya ini tidak bernilai untuk dijawab.
--------------------------------------------------------------------------------
Abu_syu'aib - May 20, 2008 - 03:10 PM

--------------------------------------------------------------------------------
بسم الله والصلاة والسلام على رسول الله وبعد

Kepada saudara yang bertanya ianya bukanlah satu soalan yang lucu tapi saya rasakan ianya suatu pertanyaan yang lahir dari lubuk hati yang ikhlas…

Katahuilah wahai saudaraku Allah s.w.t. itu Maha Pengampun lagi Maha Pengasih. Allah s.w.t. mendengar setiap permasalahan hamba-hambaNya,
dan Allah amat suka kepada hamba-hambaNya yang meminta kepadaNya. Pohonlah kepadaNya, mengadulah kepadaNya, anda perlu meyakini bahawa doa anda diterima olehNya.

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Maksudnya: Dan Tuhanmu telah berfirman, Berdoalah kepada Ku, Aku akan perkenankan untukmu. (Surah al-Mukmin: 60)

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ

Maksudnya: Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, (katakanlah) bahawasanya Aku ini sangat dekat, Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaKu (Surah al-Baqarah: 186)

Kewajipan kita di dalam berdoa mestilah Husnu al-Zhan (bersangka baik) terhadap Allah s.w.t. bahawa Allah akan menerimanya.

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِي فَإِنْ ذَكَرَنِي فِي نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِي نَفْسِي وَإِنْ ذَكَرَنِي فِي مَلَإٍ ذَكَرْتُهُ فِي مَلَإٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ بِشِبْرٍ تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا وَإِنْ أَتَانِي يَمْشِي أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً.


Maksudnya:
“Allah berfirman: Aku sentiasa bersama apa yang disangkakan oleh hamba-Ku kepada-Ku. Aku bersamanya apabila dia mengingati-Ku. Jika dia berzikir dalam dirinya Aku akan mengingatinya seperti itu juga. Jika dia berzikir di khalayak ramai, Aku akan mengingatinya di khalayak yang lebih baik dari itu. Jika dia mendekati-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta. Jika dia mendekati-Ku sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku berjalan, Aku akan datang kepadanya dengan berlari-lari anak.” (Al-Bukhari)

Hayatilah firman Allah di dalam sebuah hadis Qudsi dari sahabat , Abu Zar al-Ghifari r.a.:

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيمَا رَوَى عَنْ اللَّهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى أَنَّهُ قَالَ يَا عِبَادِي إِنِّي حَرَّمْتُ الظُّلْمَ عَلَى نَفْسِي وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا فَلاَ تَظَالَمُوا، يَا عِبَادِي كُلُّكُمْ ضَالٌّ إِلاَّ مَنْ هَدَيْتُهُ فَاسْتَهْدُونِي أَهْدِكُمْ، يَا عِبَادِي كُلُّكُمْ جَائِعٌ إِلاَّ مَنْ أَطْعَمْتُهُ فَاسْتَطْعِمُونِي أُطْعِمْكُمْ، يَا عِبَادِي كُلُّكُمْ عَارٍ إِلاًّ مَنْ كَسَوْتُهُ فَاسْتَكْسُونِي أَكْسُكُمْ، يَا عِبَادِي إِنَّكُمْ تُخْطِئُونَ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَأَنَا أَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا فَاسْتَغْفِرُونِي أَغْفِرْ لَكُمْ،

Daripada Nabi s.a.w. baginda meriwayatkan daripada Allah Tabaraka wa Ta’ala bahawa Allah berfirman: Wahai Hamba-Ku, sesungguhnya Aku mengharamkan kezaliman ke atas diri-Ku, dan Aku mengharamkannya diantara kamu maka janganlah kamu berlaku zalim, Wahai hamba-Ku, Kamu semua berada di dalam kesesatan kecuali sesiapa yang aku berikan hidayah kepadanya makan pohonlah hidayah kepada-Ku nescaya Aku akan memberikan kamu hidayah, Wahai hamba-Ku, Kamu semua dalam keadaan lapar kecuali sesiapa yang aku berikan makan kepadanya, maka pohonlah kepada-Ku makanan nescaya Aku akan memberikan kamu makanan, Wahai hamba-Ku, Kamu semua tidak berpakaian kecuali sesiapa yang Aku berikan kepadanya pakaian maka pohonlah kepada-Ku pakaian nescaya aku akan berikan kamu pakaian. Wahai hamba-Ku sesungguhnya kamu melakukan kesalahan di waktu malam dan siang, dan Aku menghapuskan dosa kesemuanya maka pohonlah keampunan kepada-Ku, nescaya Aku ampunkan Kamu.
Di dalam hadis yang sama Allah berfirman lagi:

يَا عِبَادِي لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ قَامُوا فِي صَعِيدٍ وَاحِدٍ فَسَأَلُونِي فَأَعْطَيْتُ كُلَّ إِنْسَانٍ مَسْأَلَتَهُ مَا نَقَصَ ذَلِكَ مِمَّا عِنْدِي

Maksudnya: Wahai hamba-hamba-Ku, Kiranya semua manusia yang terdahulu dan terkemudian daripada kamu dari kalangan manusia dan jin berada di satu tempat, mereka meminta kepada-Ku, lalu Aku berikan setiap orang akan permintaannya, Yang demikian itu tidaklah mengurangkan sedikitpun apa yang ada disisi-Ku. (Hadis diriwayatkan oleh Muslim: 2577)

Manusia itu akan diuji oleh Allah s.w.t. dan semakin hampir seorang hamba itu kepada Tuhannya semakin diuji. Allah s.w.t. berfirman di dalam surah al-Baqarah: 155

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ.

Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.

Maka orang yang paling kuat ujian yang ditempuhinya ialah Para Nabi kemudian orang-orang yang soleh dan seterusnya.

Nabi bersabda:

أشد الناس بلاء الأنبياء ، ثم الأمثل فالأمثل ، يبتلى الرجل على حسب ( وفي رواية :قدر) دينه، فإن كان دينه صلبا اشتد بلاؤه وإن كان في دينه رقة ابتلي على حسب دينه.

Maksudnya: Orang yang paling kuat ujiannya ialah para Nabi kemudian seterusnya dan seterusnya, diuji seorang itu mengikut kadar agamanya, kalau kuat agamanya maka kuatlah ujiannya, sekiranya agamanya nipis akan diuji mengikut kadarnya. (al-Tirmizi, Ibn Majah, silsilah al-Sohihah 1/225)

Di dalam hadis yang lain, Nabi bersabda:

أشد الناس بلاء الأنبياء، ثم الصالحون، إن كان أحدهم ليبتلى بالفقر، حتى ما يجد أحدهم إلا العباءة التي يحويها.

Manusia yang kuat ujiannya ialah para Nabi kemudian orang-orang soleh, seorang itu diuji dengan kefakiran sehingga tidak mempunyai apa-apa kecuali hanya Aba’ah (jubah yang dipakai diluar) yang ada padanya

Seseorang yang telah melakukan dosa di masa silamnya setelah dia bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat Allah akan mengampuninya. Taubat yang dilakukan hendaklah ikhlas kepada Allah, dan berjanji tidak akan mengulanginya, serta dia perlu memperbanyakkan amalan-amalan kebaikan. Khabar gembira kepada anda bahawasanya ketika sujud itulah saat ketika anda berada sangat-sangat hampir kepadaNya, doa anda akan dimaqbulkan oleh Allah

Allah s.w.t. Maha Pengampun dan Penyayang..sekiranya seseorang itu ikhlas bertaubat daripada perbuatan Syiriknya dan kembali kepangkuan Tuhannya, Allah s.w.t. akan mengampunkannya

Allah s.w.t. menciptakan semua makhlukNya ini bukanlah sia-sia. Allah s.w.t. berfirman

أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لاَ تُرْجَعُونَ

Yang bermaksud: Adakah kamu menyangka bahawa sesungguhnya Kami menciptakanmu sia-sia atau main-main (saja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?

Setiap yang diciptakan mempunyai tujuan, manusia umpamanya diciptakan oleh Allah untuk mengabdikan diri kepadaNya…

Janganlah kita berputus asa dalam mencari rahmat Allah s.w.t. walaupun di dalam perjalanan tersebut kita menempuhi pelbagai ranjau yang berduri..seperti yang disebutkan sebelum ini Allah pasti akan menguji hamba-hambaNya yang hampir kepadaNya

Allah berfirman di dalam surah al-ankabut ayat 2 yang bermaksud apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan :kami beriman, sedangkan mereka belum diuji lagi…
Wallahu a’lam

Sumber

Monday, May 19, 2008

Nasi Kerabu Dan Popia

Bismillahhirrahmanirrahim

Pada suatu malam aku sedang menuju ke dapur untuk mencari something untuk dimakan, aku terlihat di atas meja sebungkus makanan dan di sebelahnya sebungkus plastik kuning. Aku agak ni konpom nasi kerabu, plastik kuning tu ape yek..aku jenguk-jenguk.. la sekali Popia. Fuh... sodap ni yela sebelum ni mak aku pggl "Zamir..mai mkn nasi kerabu mama beli ni" aku jwb "x lpr lg"(aicen dok lapar lagi) sebelum tu, aku makan Popia kering lu, tggl sebiji je ngan sos, ok latu favourite jugak tu..adei..lmbt makan jadi gitula tinggal je sebijik.. Alhmdulillah Allah bagi gak rezeki. Bismillah, aku start makan. Selesai aku makan Popia Alhamdulillah, giliran Nasi Kerabu pulak menjadi mangsaku hehehe! Woo..sedap...lauk daging bakar, kerabunya..telur masin and sayur-sayur mcm kurang umh! Aku cmpur ngan sos popia..hehe! Lg sedap..dimakan..


Sedang syok aku kunyah nasi kerabu(sambil berangan) di dapur, terlintas difikiran aku..

"Sungguh sukar ingin diceritakan sesetengah pengalaman hidup itu". Yela Kadang-kadang pengalaman hidup bersama kawan2....., zaman dulu-dulu waktu sekolah menengah (waktu ni paling best kat skola hillcrest hehehe!! mmg gila betul aku masa tu) Fikirfikir balik adeh x patut aku buat perangai gila-gila tu...pastu masa aku tuisyen kat Saujana Gemilang..time ni seronok x terkata masa ramei2 gi Cameron Highland(dok ingat dah berapa hr..rs2 1 hr satu mlm..) akupun terfikir KALAULAH waktu itu bersama geng-geng satu kelas 3 Arif...em pelik btul...tapi tula...fikiran bila melayang sambil makan Nasi Kerabu... hehehe...




Itulah..Fitrah di mana Allah telah jadikan, setiap diri kita pasti ade pengalaman-pengalaman yang amat sukar untuk diceritakan pada sahabat mahupun orang-orang yang tersayang. HANYA ALLAH SAJE YG TAU ape kat kepala otak setiap insan betapa seronoknya waktu-waktu indah yang ade pada setiap Insan. Terkadang kita terfikir kalu la boleh waktu indah itu ditukar dengan rakan-rakan yang SEKEPALA dengan kita. (adoi pelik btul la...)

What ever..sekadar pengalaman yang TERkenang semasa mkn Nasi Kerabu...


Inilah sekolah atas bukit semasa aku form 1 smpi form 4(ms form 4, 3 bulan je aku skola, pastu gi teknik Kuantan)

Sunday, May 18, 2008

Sembang-sembang Umum Mencari Bakal Suami

[Klik Disini]
Oleh TokDdeka

Salam.

Maaf mencelah, sekadar memberikan pandangan.

Telah berlaku banyak kemusnahan disebabkan oleh ‘budaya bangsa’ sendiri. Pepatah ‘Perigi Mencari Timba’, yang entah dari mana datangnya, hanyalah satu pepatah yang cuba menghina kaum wanita yang mencari suami. Malang sekali, pepatah ini begitu kuat tertanam dalam hati dan jiwa sesetengah orang-orang kita yang mengaku Islam, yang meletakkan pepatah itu lebih tinggi kedudukannya daripada segala dalil-dalil yang sahih.

Komentar tambahan kepada artikel TD....(oleh thtl)

Imam al-Bukhari dalam kitab sahihnya, pada Kitab Nikah mengujudkan satu bab khusus yang berjodol," Wanita menawarkan dirinya pada lelaki soleh". Dalam bab itu diturunkan satu hadith di mana Anas, anak perempuannya dan Tsabit alBunnani berada di sisi Nabi SAW, lalu datang seorang wanita, dan dia tiba-tiba menawarkan dirinya kepada RasuluLlah saw. Belum Nabi memberi jawapan, putri Anas (bin Malik) mencela perempuan tsb sebagai tidak ada sifat malu. Tapi ayahnya Anas mengherdik anak gadisnya dan berkata, " dia lebih baik dari kamu, dia berhajatkan Nabi lalu menawarkan diri kepada beliau."
[aljaami' alsahih: no 4726]

Rasulullah SAW tidak pernah menghina wanita yang menawarkan diri untuk dinikahi oleh baginda, walaupun Aisyah r.a. dengan terang terangan mengakui bahawa dia sangat cemburu dengan wanita itu. Ternyata, Rasulullah SAW tidak melindungi perasaan cemburu itu, dan tidak pula baginda melarang – agaknya itu adalah sifat semulajadi kaum wanita yang kaum lelaki kena hidup dengannya, serta membendungnya dengan bijaksana sebagai seorang pemimpin.

Janganlah pula kaum lelaki itu menghina apa yang TIDAK DIHINA oleh Rasulullah SAW. Wanita-wanita yang BERANI menyatakan hasratnya terhadap seseorang lelaki dengan cara yang syarie adalah tersangat mulia. Inilah wanita yang tiada niat untuk memesongkan lelaki dengan daya penarik yang ada padanya.

Sesungguhnya, kaum wanita itu SANGAT BERUPAYA untuk memesongkan lelaki dengan keindahan yang ada pada batang tubuhnya, jika mereka memilih untuk berbuat demikian. Lantaran, timbullah pula perumpamaan ‘Pisau Cukur’. Namun, kemuliaan wanita itu terserlah apabila mereka TIDAK MENGGUNAKAN kelebihan itu, walaupun mereka boleh jika mereka memilih untuk melakukannya.

Sayang sekali, tidak kurang juga wanita yang menggunakan peluang itu sepenuh-penuhnya, dan tidak kurang juga lelaki yang terperangkap. Tidak juga kurangnya lelaki sebagai pemerangkap dan wanita sebagai yang terperangkap. Semoga kita semua tidak tergolong dalam kumpulan pemerangkap atau terperangkap itu, serta dilindungi oleh Allah Taala, Tuhan yang bersifat sebaik-baik Pelindung.

Betapa dahsyatnya persepsi sesetengah orang terhadap pernikahan, yang meletakkan nilai rumahtangga itu sama dengan nilai mahar dan majlis perkahwinan yang bakal menyusahkan ramai orang. Kononnya itu hanya berlaku sekali seumur hidup. Pada ambo, ini KARUT.
Sedangkan apa yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW adalah sebaliknya.

Pernikahan yang sepatutnya begitu mudah, tiba-tiba menjadi sesuatu yang begitu sukar dan membebankan, terutama kepada pasangan suami isteri yang baru ingin memulakan hidup berumahtangga, tetapi telahpun dibebani dengan hutang majlis perkahwinan, yang tidak mungkin dapat dilangsaikan dalam masa setahun dua hidup baru mereka. Seronok benarkah para tetamu majlis perkahwinan menikmati hidangan sambil berhibur dengan pelbagai kemunkaran, kemudian pulang meninggalkan sisa yang mesti dibersihkan oleh pasangan yang baru ingin belajar hidup sebagai suami isteri? Betul kah cara ini?

Sesungguhnya, kebahagiaan rumahtangga itu TIDAK BERLAKU pada hari pernikahan, TIDAK BERLAKU pada hari majlis perkahwinan, tetapi berlaku setelah pasangan suami isteri itu mula diselubungi oleh rahmat Allah Taala yang tiada hadnya, apabila segala perasaan kasih dan sayang serta belas kasihan antara keduanya mula disuntik oleh Allah Taala ke dalam hati sanubari mereka (rujuk Ar-Rum, 21). Akan turunkah rahmat Allah Taala itu jika pernikahan itu dimulai dengan sesuatu yang agak keterlaluan, yang kadang-kadangnya berunsurkan kemunkaran?

Nyatakanlah hasrat yang murni dan bersih itu. Berpromosilah. Berkempenlah. Bercari-carianlah. Beristikharahlah. Berdoalah.

Bila dah jumpa, berpada-padalah melaksanakannya.

Wallaahu a’lam.

Saturday, May 17, 2008

Untuk Mempelajari Hadith/Sunnah, Anda Perlu....

Bismillahhirrahmanirrahim

JH-ASAS-006- Untuk Mempelajari Hadith/Sunnah, Anda Perlu.....

1- Menghadirkan niat untuk mencari keredhaan Allah SWT. Sentiasa hadirkan di dalam hati sedaya upaya bahawa kita mempelajari al-Sunnah kerana ia adalah sebahagian daripada mempelajari agama Allah SWT dan mengharapkan ganjaran daripadaNya. Bukan kerana anda ingin jadi seseorang yang 'lain' daripada orang lain atau menjadi satu kumpulan yang lebih 'tinggi' daripada masyarakat yang tidak mempelajari sunnah.

2- Memahami bahawa ilmu tentang al-Sunnah adalah terlalu luas. Ia perlukan kepada kesabaran dan kegigihan. Ia juga tidak dapat diperolehi sehari dua malah ia adalah proses berterusan sepanjang hayat. Ia juga perlukan ilmu asas dan persediaan yang kukuh sebelum mampu mengeluarkan pendapat. Semangat semata-mata tidak cukup.

3- Masa yang mencukupi untuk mempelajarinya dengan pelbagai cara. Kesibukan seringkali menjadi penghalang dan menyebabkan peminat-peminat al-Sunnah kecewa kerana tidak dapat menambah ilmunya tentang al-Sunnah. Namun begitu berusahalah untuk mendapatkannya walaupun sedikit asalkan berterusan.

4- Wang untuk membeli buku-buku berkaitan al-Sunnah. Tidak semua maklumat tentang al-Sunnah boleh didapati dengan percuma dan tidak semuanya ada di dalam Internet. Sekiranya diri tidak bersedia untuk memperuntukkan sejumlah wang untuk membeli buku-buku al-Sunnah, ini sudah pasti merencatkan proses mendalaminya.

5- Memilih waktu yang sesuai untuk mempelajarinya agar tidak cepat letih dan bosan. Ini amat penting kerana ada di antara kita yang tidak memperdulikan keadaan diri sama ada cergas atau tidak ketika mendalami al-Sunnah. Jika kita membaca, pilihlah waktu yang sesuai agar apa yang dibaca dapat difahami dan diingati dengan baik.

6- Memperuntukkan masa untuk menghadiri kuliah-kuliah yang berkaitan. Jika kita tidak mempunyai masa untuk menghadirinya, pastikan kuliah-kuliah yang dirakamkan ada dalam simpanan untuk didengari atau ditonton pada waktu yang mengizinkan. Jangan pula kita memilih untuk hanya menghadiri kuliah orang tertentu sahaja, kerana ilmu itu luas dan para ulama hadith salaf menuntut ilmu daripada beratus malah beribu orang guru, walaupun kadangkala guru mereka mempunyai sedikit kekurangan.

7- Mencari rakan-rakan yang mempunyai minat terhadap al-Sunnah untuk berbincang tentang apa yang telah dipelajari. Ini amat penting kerana tidak mungkin kita dapat mendalami semua aspek tentang al-Sunnah dalam masa yang singkat. Jalan penyelesaian masalah ini adalah dengan berbincang dan bermuzakarah sesama pencinta al-Sunnah agar ilmu yang ada pada diri masing-masing dapat dikongsi. Ia juga dapat mendidik kita dengan sikap merendah diri dan dapat menerima pendapat orang lain. Sikap 'lone ranger' kadangkala membawa kepada 'over confident' yang akhirnya boleh membawa kepada sikap negatif iaitu memandang rendah kepada orang lain.

8- Konsisten atau istiqamah dalam proses mendalami al-Sunnah. Ini bermakna anda tidak perlu terlalu gopoh pada peringkat permulaan kerana sifat sebegini kebiasaannya tidak akan bertahan lama. Apa yang penting ialah istiqamah walaupun sedikit. Contohnya anda boleh membaca beberapa potong hadith pada setiap hujung minggu. Ini lebih baik daripada anda terus membaca berpuluh-puluh hadith kemudian terus meninggalkannya berbulan-bulan. Oleh sebab itu ulama hadith salaf menghabiskan masa berpuluh tahun dalam menuntut ilmu secara konsisten...bandingkan dengan kita di zaman ini yang baru belajar tapi sudah ingin menjadi muhaddith!

9- Mencatat apa sahaja kemusykilan yang terlintas di fikiran agar ia dapat dikaji pada masa yang lain. Mungkin anda sendiri boleh mengkajinya apabila mempunyai masa lapang, atau anda boleh bertanya kepada ahli ilmu tentang kemusykilan tersebut. Sekiranya anda tidak mencatatnya, ia mungkin hilang begitu sahaja dan tidak dapat diselesaikan segera.

10- Mendampingi ahli ilmu yang diharapkan dapat menyelesaikan apa yang tidak kita fahami tentang al-Sunnah. Dengan kemudahan teknologi moden masa kini, jarak tidak lagi menjadi penghalang untuk kita mendampingi mana-mana ahli ilmu.

11- Memilih pasangan hidup yang akan memahami minat kita terhadap al-Sunnah. Namun sekiranya telah berkahwin, cubalah untuk menanamkan minat terhadap al-Sunnah dalam diri pasangan dan juga anak-anak. Lakukanlah sekadar mampu.

12- Jangan gopoh dalam memahami maksud sesuatu hadith. Luaskan pembacaan dan banyakkan perbincangan. Ini penting agar kita tidak tersalah dalam menyatakan sesuatu sebagai ‘sunnah’ sedangkan ia pada hakikatnya tidak sunnah atau sebaliknya. Ia juga boleh mengelakkan kita menyalahkan orang lain atau melabelkan mereka dengan gelaran 'tidak mengikut sunnah' atau 'tidak mengikut dalil', sedangkan pada hakikatnya kita yang tidak faham permasalahan yang sebenar.

13- Bersedia untuk mengubah sikap dan amalan sekiranya apa yang kita lakukan selama ini tidak bertepatan dengan al-Sunnah. Sesungguhnya amalan terhadap al-Sunnah amat perlu bagi menguatkan hubungan kita dengan al-Sunnah. Begitu juga kita bersedia untuk mengubah pendapat kita yang tidak tepat kepada pendapat yang lebih tepat tanpa rasa takabur atau ego.

14- Mencari maklumat tambahan tentang rupa paras dan peribadi Rasulullah SAW agar kita dapat mengenali tuan punya al-Sunnah itu dengan lebih dekat. Buku yang elok dibaca adalah buku al-Syamaail al-Muhammadiyyah karya al-Tirmidzi (279H). Buku ini telah pun diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia dan juga Inggeris.

15- Berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT agar dipermudahkan proses mendalami al-Sunnah. Kita juga perlu sentiasa berdoa agar dikurniakan rasa minat ke arah menambah ilmu tentang al-Sunnah.

والله أعلم

sumber

Sikap Ghuluw (Melampau) Di Dalam Bermadzhab

Bismillahhirrahmanirrahim





Pesanan al-Imam As-Syafi’i rahimahullah (204H):

كل مسألة تكلَّمْت فيها صح الخبر فيها عن النبي صلى الله عليه وسلم عند أهل النقل بخلاف ما قلت فأنا راجع عنها في حياتي وبعد موتي.


Setiap perkara yang aku telah perkatakannya, sedangkan ada riwayat yang sahih di sisi ulama hadith daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang menyanggahi apa yang aku ucapkan, maka aku menarik balik ucapanku semasa hidupku dan selepas mati.
[Diriwayatkan oleh Ibn Qayyim al-Jauziyyah, ‘Ilam al-Muwaqqi‘iin
(إعلام الموقّعين), jld. 2, m.s. 266.]

Friday, May 16, 2008

Bodoh Punya SMS!

Bismillahhirrahmanirrahim


SMS Uji Ilmu Hitam Karut!
Islam Itu Mudah - Friday, 16 May 2008

Web2 IQ, 16 Mei (zain-ys) - Mungkin anda juga pernah menerima SMS ini. SMS yang memberi amaran bahawa jangan sekali sekala menerima panggilan dari nombor yang disertakan. Kononnya ia SMS dari Indonesia. Ia didakwa dari sekumpulan pengamal ilmu hitam yang sedang menguji ilmu mereka melalui telefon.

Akibatnya jika mengangkat panggilan berkenaan ialah mulut akan berbuih dan kemudian nyawa akan melayang. Penyebar SMS itu mendakwa, di Indonesia sudah 9 orang yang mati akibat menjawab panggilan ini. Manakala baru tadi di Puchong sudah 2 orang yang telah menemui ajal. Demikian dakwa SMS ini.

Seperti SMS-SMS berantai yang karut, di akhir mesej pasti ada "TOLONG SEBARKAN MESEJ."

Menurut Harian Metro hari ini, pencipta dan penyebar pertama SMS maut ini adalah remaja yang berada di Sumatera Selatan dan Kepulauan Riau Indonesia. Dia telah dikenal pasti dan ditahan oleh pihak keselamatan di sana.

Menurut remaja berkenaan, dia hanya untuk tujuan gurauan kepada rakan-rakannya. (zain-ys 4 web2 IQ)

Berikut ini adalah petikan penuh SMS yang disebarkan:
KPD SUME KWN2 YG DIKASIHI.JIKALAU ANDA MENDPT PNGGILAN TELEFON YG BRNOMBOR PANJANG Cnth:+62852731520946 DAN NMBR ITU BRWARNA MERAH,DIHRAP2 SGT JGN DIANGKT DAN DIJWB PANGGILAN ITU.INI KERANA DI INDONESIA SKRG,SEKUMPULAN PENUNTUT ILMU HITAM SDG MENGUJI ILMU MEREKA MELALUI TELEF0N.JIKA SESIAPA YG MENJWB PNGGLAN ITU MULUT AKAN BRBUIH DAN AKAN MATI SLPS ITU.DI INDONESIA SDH 9 ORG MATI DAN MLM TD DIPUCHONG 2 ORG MATI.INI BNR2 TRJADI.TOLONG SEBARKAN MSG


Berikut ini pula adalah laporan Harian Metro hari ini:
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Mutakhir/20080516081052/Article

KUALA LUMPUR: Menggemparkan! Ramai pengguna telefon bimbit mula panik berikutan penyebaran SMS yang meminta orang ramai berhati-hati dengan panggilan santau atau ‘tarik nyawa’ yang kononnya boleh membunuh mereka sejurus menjawab panggilan itu.

Lebih menakutkan apabila kandungan SMS itu mendakwa panggilan maut itu sudah meragut sembilan nyawa di Indonesia sejak bulan lalu dan kini mula menular kepada jutaan pengguna telefon di negara ini bagi menagih korban terbaru.

Kemunculan SMS peringatan berhubung panggilan maut yang kini amat digeruni penduduk Indonesia dikesan mula diterima pemilik telefon bimbit di negara ini sejak minggu lalu dengan amaran supaya tidak menjawab panggilan telefon daripada nombor melebihi lapan angka itu.

Malah, panggilan terbabit yang turut digelar di Indonesia sebagai panggilan santet, deringan syaitan atau telefon maut, didakwa angkara pengamal ilmu hitam yang kononnya mahu menguji tahap keberkesanan ilmu hitam dipelajari.

Berdasarkan laporan media utama Indonesia, penerima panggilan itu bakal menjadi mangsa ‘kes pembunuhan jarak jauh’ didalangi dukun ilmu hitam yang menghantar syaitan atau jin melalui panggilan telefon untuk membunuh mangsa.

Bagaimanapun, dakwaan terbabit dianggap tidak berasas kerana tiada yang dilaporkan mati setakat ini berkaitan penerimaan panggilan maut yang kini merebak ke Malaysia, dipercayai dibawa rakyat negara berkenaan.

Siasatan dilakukan pihak berkuasa Indonesia mendapati nombor pengirim SMS itu berasal dari Sumatera Selatan dan Kepulauan Riau, Indonesia.

Susulan maklumat dikumpulkan, seorang remaja perempuan yang disyaki mencipta dan menghantar SMS terbabit sudah ditahan minggu lalu oleh polis Indonesia di Riau.

Selepas disoal siasat, remaja terbabit mengaku menyebarkan SMS itu hanya untuk gurauan kepada rakannya.

Perkara itu didedahkan Ketua Bahagian Umum Direktorat Jenderal Pos dan Telekomunikasi Indonesia, S Dewabrata kepada media, Selasa lalu, yang mendakwa SMS terbabit dipercayai ada kaitan dengan usaha pihak tertentu bagi mengaut keuntungan selain meningkatkan jumlah pelanggan talian prabayar.

Bagaimanapun, kegemparan mengenai kes itu berterusan apabila laman web berita Kompas.Com semalam melaporkan, seorang pegawai bank ABN di Jalan Petamburan, Jakarta, menjadi individu terbaru menerima panggilan berkenaan selepas M Fani Bratawijaya, 25, sebelah tengah hari.

Pejabat Harian Metro di sini, Melaka dan Seremban turut dihujani panggilan telefon bertanyakan mengenai SMS terbabit.

Mesej sepanjang 73 perkataan itu menyatakan kumpulan terbabit akan menghubungi sesiapa menerusi talian antarabangsa secara rambang dan sebaik saja mangsa menjawab panggilan itu mereka kononnya akan mati terkena sihir.

Pengguna telefon bimbit talian prabayar, Ismail Che Nordin, 42, turut melahirkan kegelisahan selepas menerima SMS terbabit sebaik tiba di pejabatnya di Taman Segar, Cheras, pagi semalam.

Menurutnya, kemunculan SMS itu boleh mencetuskan ketakutan kepada orang ramai yang menyangka panggilan santau benar-benar wujud dan boleh mendatangkan malapetaka kepada pemilik telefon bimbit.

“Lebih menakutkan apabila SMS terbabit mendakwa dua mangsa di Puchong sudah mati dan meminta disebarkan kepada umum,” katanya yang bekerja sebagai jurujual di sebuah syarikat di Selayang di sini.

Di SEREMBAN, seorang pekerja swasta yang hanya mahu dikenali Sufiah berkata, dia mengetahui mengenai penyebaran SMS itu daripada beberapa rakan sekerjanya sejak beberapa hari lalu.

Katanya, dia menerima SMS itu petang semalam yang mengingatkannya supaya mengambil langkah pencegahan awal apabila menerima panggilan daripada kumpulan yang dikatakan sedang menguji ilmu hitam.

“Kami mengharapkan pihak yang berkenaan menyiasat penyebaran SMS terbabit kerana boleh menjejaskan akidah kalau ada orang yang percaya,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Dia juga berharap supaya mereka yang menerima SMS itu tidak menghantarnya kepada orang lain kerana sukar diterima akal.

“Bagaimana orang yang menulis SMS itu boleh mengetahui berapa ramai yang sudah meninggal dunia sedangkan kes seperti itu tidak pernah dilaporkan media, malah ajal manusia ditentukan Tuhan bukan kerana menjawab panggilan telefon,” katanya.A
Last update : 16-05-2008 16:20

Wujud ke Kaifiat Solat Hajat?

Bismillahhirrahmanirrahim


Assalamu3alaikum, segala pujian hanyalah bagi Allah. Salam dan selawat keatas rasul kita Muhamad Solallahhu 'laihi wa sallam, Ahlul-baitnya serta para sahabat beliau Radhiallahhu'anhuma dan mereka yang mengikuti jalan beliau hingga ke akhir kiamat.

Tajuk kali ini mungkin orang lain sudah biasa mendengar atau membacanya tetapi bagi aku, aku perlu juga untuk menyampaiknnya, kerana sedang seronok aku berborak-borak dengan sahabat aku, tiba-tiba dia menceritakan bagaimana tatacara kaifiat solat hajat yang dilakukan oleh gurunya, aku mendengarnya dan amat terkejut sekali kerana habis sahaja bacaan untuk tahiyyat akhir, kemudian sujud semula dan membaca lailahaillaanta subhanakainni kuntu minazzalimin 10X kali smbil berdoa di dlm hati. Baik..., Nabi ada buat ke? Apa status hadis mengenai solat hajat? Kita perlu ingat, Allah mengutuskan Nabi Muhamad Solallahhu 'laihi wa sallam untuk menyempurnakan agamaNya, dan Nabi Muhamad Solallahhu 'laihi wa sallam telah mengajar kita akan bagaimana tatacara solat yang telah ditetapkan. Kita tiada hak untuk menentu dan menetapkan kaifiat-kaifiat tertentu di dalam solat fardhu mahupun solat sunat. Kita ni lebih bertakwa ke daripada Nabi Muhamad Solallahhu 'laihi wa sallam.? Sampai boleh sesuka hati menentukan kaifiat-kaifiat tertentu. Kalau ada kaifiat-kaifiat tertentu sudah semestinya Nabi akan ajarkan kepada para sahabat dan pengikutnya, sedangkan setiap perkara baru atau yang diada-adakan di dalam ibadah khusus adalah sesat.. nauzubillah.. seperti mana sabda Rasullullah Solallahhu 'laihi wa sallam:

فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيرًا. فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ.

Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kalian berpegang kepada sunnahku dan sunnah al-Khulafa al-Rasyidin al-Mahdiyyin (mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan geraham. Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama) kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid‘ah dan setiap bid‘ah adalah sesat.

[Diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Tirmizi, berkata al-Tirmizi: “Hadis ini hasan sahih”. Juga diriwayatkan oleh Ibn Majah dan al-Darimi dalam kitab Sunan mereka. Demikian juga oleh Ibn Hibban dalam Shahihnya dan al-Hakim dalam al-Mustadrak dengan menyatakan: “Hadith ini sahih”. Ini dipersetujui oleh al-Imam al-Zahabi (Tahqiq al-Mustadrak, jld. 1, m.s. 288)].

Istilah untuk Bida'ah Hasanah juga ramai yang salah faham, untuk mengetahui lebih lanjut sila beli buku atau download e-book [Bida'ah Hasanah Istilah Yang Di Salah Fahami Dr Mohd Asri Zainul Abidin]

Ustaz Fathul Bari


Dr MAZA



Pesanan Imam Malik bin Anas Rahimahullah (179H):

Sesiapa yang membuat bid‘ah dalam Islam dan menganggapnya baik maka dia telah mendakwa Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam mengkhianati risalah. Ini kerana Allah telah berfirman: “Pada hari ini aku telah sempurnakan agama kamu”. Apa yang pada hari tersebut tidak menjadi agama, maka dia tidak menjadi agama pada hari ini. (al-Syatibi, al-I’tishom, m.s. 35.)


Pesanan al-Imam as-Syafi’i Rahimahullah (204H):

كل مسألة تكلَّمْت فيها صح الخبر فيها عن النبي صلى الله عليه وسلم عند أهل النقل بخلاف ما قلت فأنا راجع عنها في حياتي وبعد موتي.

Setiap perkara yang aku telah perkatakannya, sedangkan ada riwayat yang sahih di sisi ulama hadith daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang menyanggahi apa yang aku ucapkan, maka aku menarik balik ucapanku semasa hidupku dan selepas mati.
[Diriwayatkan oleh Ibn Qayyim al-Jauziyyah, ‘Ilam al-Muwaqqi‘iin
(إعلام الموقّعين), jld. 2, m.s. 266.]

[Bida'ah Hasanah Istilah Yg Di Salah Fahami Dr Mohd Asri Zainul Abidin]



SOLAT HAJAT

Solat Hajat ini didasarkan kepada hadis-hadis yang diterima daripada Uthman bin Hunaif, Abdullah bin Aufa, Abu Darda', Anas dan lain2 yg semuanya daif, sangat daif dan maudhu' belaka, yang sama sekali tidak boleh dijadikan hujah selain hadis riwayat Uthman bin Hunaif iaitu:

Seorang buta datang menemui Nabi s.a.w seraya berkata: Ya Rasulullah! do'akan kepada Allah untuk saya supaya ia menyembuhkan saya! Rasulullah Solallahhu 'alaihi wa salam bersabda: Jika engkau mahu aku ta'khirkan untukmu, dan ianya lebih baik dan jika engkau mahu akan ku do'akan untukmu. Laki-laki itu menjawab: Do'akanlah! Rasulullah Solallahhu 'alaihi wa salam menyuruhnya supaya berwudhu' dan membaguskan wudhu'nya dan supaya BERSOLAT DUA RAKAAT dan berdoa' dgn doa ini:

Allahhummainni asaluka wa atawajjah ilaika bimuhammadin nabiyyarahmah YAMUHAMMAD inni khad tawajjatu bika ila rabbi fi haajati haazihi liyukdha allahhuma fasyaffi'hufiyya.

Hadis ini sahih dan hanya hadis ini sahajalah yang dapat dijadikan dasar bagi solat hajat ini.

Akan tetapi doa'nya tentulah tidak sesuai diamalkan kerana ia bersangkutan dengan tawassul kepada Nabi Muhamad Solallahhu 'alaihi wa salam pada masa hidupnya.

Tidak ada kaifiat yang khas bagi solat hajat ini, dan tidak ada pula do'a yang khas atau surah-surah yang khas yang patut dibaca selain surah AL-FATIHAH
. TIDAK ada hadis SAHIH yg menetapkan perkara2 tersebut. [Pedoman Solat2 Sunat Menurut Sunnah Rasul Ustaz Abdul Ghani Azmi haji Idris Penerbit Darul Nu'man m/s 314-315]

Ustaz Fathul Bari



HADIS-HADIS lemah yang lain:

عَنْ اَبِيْ الدَّرْدَاءِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : يَا اَيُّهَا النَّاسُ ، إِنِّيْ سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : مَنْ تَوَضَّأَ فَأَسْبَغَ الْوُضُوْءَ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ يُتِمُّهُمَا أَعْطَاهُ اللهُ مَا سَأَلَ مُعَجَّلاً أَوْ مُؤَخَّرًا

حَدَيْثٌ ضَعِيْفٌ . رَوَاهُ أَحْمَدُ فِى الْمُسْنَدِ 6/332 – 443



“Dari Abi ad-Darda’ radiallahu ‘anhu berkata: Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda!: Barangsiapa yang berwuduk, lalu dia sempurnakan wuduknya, kemudian melakukan solat dua rakaat dengan sempurnanya, nescaya Allah akan menunaikan segala hajatnya (apa sahaja yang diminta) cepat atau lambat”.

Hadis Lemah. Diriwayatkan oleh Ahmad dalam al-Musnad 6/442 – 443.

Hadis di atas ini lemah. Ia dimuatkan oleh Syaid Sabiq dalam kitabnya “Fiqih Sunnah”. Hadis ini dianggap oleh Syaid Sabiq sebagai hadis sahih, namun sebaliknya menurut al-Imam Nasruddin al-Albani rahimahullah bahawa hadis ini terbukti hadis yang lemah. (Lihat penjelasan Nasruddin al-Albani dalam kitabnya: Tamamul Minnah. Hlm 260) Hadis ini tidak boleh dijadikan hujjah untuk membolehkan solat hajat. Begitu juga hadis ini dan yang semisal dengannya tidak mempunyai syawahid.

Menurut al-Albani rahimahullah: Hadis di atas ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad rahimahullah dalam Musnadnya 6/442 - 443 dengan sanadnya yang lemah (dhaif). Di dalam sanadnya terdapat seorang rawi yang majhul (tidak dikenali/tidak diketahui), iaitu Maimun Abi Muhammad. (Lihat: Tamamul Minnah. Hlm. 260)


قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ كَانَتْ لَهُ إِلَى اللهِ حَاجَةً ، أَوْ إِلَى أَحَدٍ مِنْ بَنِيْ آدَمَ ، فَلْيَتَوَضَاُّ وَلْيُحْسِنِ الْوُضُوْءَ ، ثُمَّ لِيُصَلِّ رَكْعَتَيْنِ ، ثُمَّ الْيُثْنِ عَلَى اللهِ وَلِيُصَلِّ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، ثُمَّ لِيَقُلْ: لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ الْحَلِيْمُ الْكَرِيْمُ ، سُبْحَانَ اللهِ رَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ، اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، أَسْأَلُكَ مُوْجِبَاتِ رَحْمَتِكَ ، وَعَزَائِمِ مَغْفِرَتِكَ ، وَالْغَنِيْمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ، وَالسَّلاَمَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ، لاَ تَدَعْ لِيْ ذَنْبًا اِلاَّ غَفَرْتَهُ ، وَلاَ هَمًّا اِلاَّ فَرَجْتَهُ ، وَلاَ حَاجَةً هِيَ لَكَ رَضًا اِلاَّ قَضَيْتَهَا يَا أَرْحَمَ الرَّحِمِيْنَ

حَدِيْثٌ ضَعِيْفٌ جِدًّا . اَخْرَجَهُ التَّرْمِذِي (1/477). وَابْنُ مَاجَه رَقَم (1348) . وَالْحَاكِمُ (1/230). كُلُّهُمْ مِنْ طَرِيْقِ فَائِدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ أَبِيْ أَوْفَى مَرْفَوْعًا

قَالَ التُّرْمِزِي: هَذَا حَدِيْثٌ غَرِيْبٌ ، فِى اِسْنَادِهِ مَقَال . فَائِدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَن يُضَعَّفُ فِى الْحَدِيْثِ ، وَفَائِدُ هُوَ أَبُوْ الْوَرْقَاء

“Telah bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Barangsiapa yang mempuyai hajat kepada Allah atau kepada salah seorang dari Bani Adam, maka hendaklah dia berwuduk serta membaguskan wuduknya, kemudian solat hajat dua rakaat. Setelah selesai solat hendaklah dia menyanjung Allah dan berselawat kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Kemudian ia membaca doa hajat:

لاَ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ الْحَلِيْمُ الْكَرِيْمُ ، سُبْحَانَ اللهِ رَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ ، اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ ، أَسْألُكَ مُوْجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ ، وَالْغَنِيْمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ ، وَالسَّلاَمَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ ، لاَ تَدَعْ لِيْ ذَنْبًا إِلاَّ غَفَرْتَهُ ، وَلاَ هَمًّا إِلاَّ فَرَجْتَهُ ، وَلاَ حَاجَةً هِيَ لَكَ رِضًا إِلاَّ قَضَيْتَهَا يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Hadis di atas ini sangat lemah. Dikeluarkan oleh Imam Tirmizi (1/477). Ibnu Majah No. 1384. Dan Hakim (1/320). Semuanya dari jalan Faaid bin Abdurrahman dari Abdullah bin Abi Aufa secara marfu’.

Imam Tirmizi rahimahullah dalam riwayatnya menjelaskan tentang hadis ini bahawa:

“Hadis ini gharib (asing), pada sanadnya ada perbincangan (dipersoalkan) atau (maqal مقال) disebabkan Faaid bin Abdurrahman telah dilemahkan hadisnya. Dan Faaid dia adalah Abu al-Waruqa”. (Lihat: Sunan Ibnu Majah, Kitab Iqamatus Solah wa-Sunnatu Fiha. Bab Ma Jaa Fi Solatul Hajah. Hadis 189)

Didapati sanad (rawi) hadis ini sangat lemah, kerana Faaid bin Abdurrahman telah dilemahkan oleh ramai (sejumlah besar) ulama hadis (muhaddis). Di bawah ini dibawakan penjelasan para ulama hadis tentang Faaid bin Abdurrahman Abdul Waruqa’:

Berkata Abdullah bin Ahmad dari bapanya (Imam Ahmad rahimahullah), bahawa hadis ini termasuk “Mungkarul hadis” منكر الحديث atau orang yang ditinggalkan (tidak boleh dipakai) hadisnya.

Berkata Imam Ibnu Ma’in: Faaid binAbdulrrahman dhaif (lemah hadisnya) dan bukan orang yang siqah (tidak dipercayai).

Berkata Imam Abu Daud: Faaid bin Abdurrahman Waruqa’ tidak berguna (istilah yang bermakna lemah/perawi yang lemah).

Berkata Imam an-Nasaii: Faaid bin Abdulrrahman dia perawi yang tidak siqah atau matrukul hadis (hadisnya ditinggalkan).

Berkata Imam Abu Hatim: Hadis-hadis dari Ibn Abi Aufa batil (Faaid bin Abdurrahman meriwayatkan hadis ini dari Ibnu Abi Aufa), maka hadisnya batil.

Berkata Imam al-Hakim: Faaid bin Abdurrahman meriwayatkan hadis ini dari Ibnu Abi Aufa dan hadis-hadisnya adalah maudu’ (palsu).

Berkata Ibnu Hibban: Hadis ini adalah “Mungkarul Hadis” منكر الحديث iaitu jenis hadis yang darjat mungkar.

Berkata Imam al-Bukhari: Mungkarul Hadis. Dan menurut jarah Imam al-Bukhari:

“Bahawa setiap rawi yang telah aku katakan padanya mungkarul hadis, maka tidak boleh diterima segala riwayatnya”. (Lihat: Mizanul I’tidal. 1/6)

Dengan keterangan ini, jelaslah bahawa hadis tentang solat hajat sangat lemah kerana telah lemahkan oleh ramai ulama hadis, malah menurut sebahagian besar ahli hadis (ulama hadis/muhaddis) ia adalah hadis palsu, mungkar atau matruk (ditinggalkan).[sumber]:


Kesimpulan:

1. Solat Hajat
Hampir kesemua hadis mengenai solat Hajat adalah dha'ef, sangat dha'ef dan maudhu'.

a. HR Ahmad dari Abu Darda'. Dha'ef mungkar menurut azZahabi dan Albani (Tamamul Minnah/20)

b. HR Ibn Majah, Termidzi dan al_Hakim dari AbduLlah bin Abu Aufa. Ibn Jauzy, alMaudhu'at 2/140, Albani ( Dha'eef alJami'us Sagheer)

c. HR alMuwatta', atTabarani, adDailami dari Anas bin Malik. Ibn Jauzi meletakkan dalam alMaudhu'at 2/141

Hanya ada satu hadis saja yg sahih: HR atTermidzi, Ibn Majah, alHakim dan Ibn Khuzaymah dari Uthman bin Hunaif mengenai seorang buta yg datang menemui Nabi saw. Maka Nabi menyuruhnya solat dan do'a dlm bentuk tawassul.
Oleh kerana ada satu hadis saja yg boleh menjadi dasar utk solat Hajat dan dikelilingi oleh hadis2 lain yg dha'ef, amat dha'ef dan maudhu', maka solat Hajat ini statusnya kontroversi. sumber

Thursday, May 15, 2008

Islam Menjaga Kehormatan Kaum Wanita

Bismillahhirahmanirrahim

Allah berfirman(yang bermaksud): Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam,Kami angkut mereka di daratan dan di lautan,Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.[al-Isra`[17]:70]

Syaikh Abdul Rahman as Sa`di r.h mengatakan: “Inilah bentuk pemuliaan Allah terhadap manusia yang tiada bandingannya,di mana Dia memuliakan bani Adam dengan seluruh kesempurnaan,memuliakan mereka dengan ilmu dan akal,mengutus kepada mereka para rasul,menurunkan kitab-kitabNya, kemudian menjadikan mereka sebagai waliNya serta menganugerahi mereka dengan banyak kenikmatan,baik yang zahir mahupun batin.” [1]


Sebahagian Bentuk-bentuk Pemuliaan dan Penjagaan Islam Atas Wanita

1. Islam menyamakan kaum lelaki dengan kaum wanita dalam penciptaan.

Kaum lelaki dan wanita memiliki persamaan dalam penciptaan.Mereka dari seorang diri, sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud:

Wahai sekalian manusia,bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri,dan daripadanya Allah menciptakan isterinya,dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak.Dan bertaqwalah kepada Allah dengan(mempergunakan)namaNya kamu saling meminta satu sama lain dan (peliharalah)hubungan silaturrahim.Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu. [an Nisa`[4]:1]

2. Islam menyamakan wanita dan lelaki dalam hal ibadah dan mu`amalah.

Wanita berkedudukan sama seperti kaum lelaki dalam hal meraih balasan kebaikan dari Allah dalam ibadah. Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh,baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman,maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. [an Nahl [16]:97]

3. Islam memberikan kebebasan dalam hal pemilikan seperti kaum lelaki.

Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain.(kerana) bagi lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan,dan bagi wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan. [an Nisa`[4]:32]

4. Islam mewajibkan untuk memuliakan kedua orang tua dan berbuat baik terhadap kedua-duanya, tidak hanya kepada salah satu di antara keduanya saja.

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya, jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu,maka sekali-kali jangan kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: ” Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya,sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.” [al-Isra`[17]:23-24]

5. Islam memuliakan wanita dengan memberikan perhatian lebih kepada kaum ibu melebihi kaum bapa.

Pernah seorang sahabat datang kepada Rasulullah s.a.w lalu bertanya: “ Wahai Rasulullah,siapakah orang yang yang lebih berhak aku perlakukan dengan baik?” Beliau menjawab: “Ibumu.”.”Kemudian siapa lagi?”.”Beliau menjawab:Ibumu.” ”Kemudian siapa lagi?”.”Beliau menjawab:Ibumu.” ”Kemudian siapa lagi?”.” Beliau menjawab:”Ayahmu.” [2]

6.Islam memuliakan wanita dengan memerintahkan mereka untuk tetap di rumah. Allah berfirman:

Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliah yang dahulu. [al Azab[33]:33 ]

7. Islam memuliakan wanita dengan mensyariatkan hijab.Allah memerintahkan kepada mereka berhijab untuk menjaga kemuliaan dan kehormatan mereka, serta melindungi mereka dari segala bentuk kejahatan dan kerosakan.

Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu,anak- Anak perempuanmu dan isteri-isteri orang beriman:”Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.”Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal,kerana itu mereka tidak diganggu.Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [al Ahzab[33]:59]



8. Islam memuliakan wanita dengan mengharamkan khalwat dan safar tanpa mahram. Semua itu dalam rangka memuliakan dan menjaga kehormatan mereka.

Rasulullah s.a.w bersabda: "Janganlah sekali-kali kaum lelaki berkhalwat dengan wanita kecuali ia bersama mahramnya,dan jangan pula wanita safar(berpergian)kecuali bersama mahramnya.”[3]

9. Islam memuliakan wanita dengan mengharamkan zina dan semua jalan yang menghantar kepada perbuatan tersebut.Hal itu disyariatkan demi menjaga kehormatan mereka,dan dari hal yang dapat menodai kesucian mereka.

Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.[al Isra`[17]:32]

10. Islam memuliakan wanita dengan mengancam keras atas sesiapa yang berbuat keji dan mencoreng kehormatan atau merosakkan nama baik mereka.

Allah berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita yang baik, yang lengah lagi beriman, mereka dilaknat di dunia dan diakhirat, dan bagi mereka azab yang besar. [an Nur[24]:23]

Semoga Allah menunjukkan kita semua ke jalan yang lurus dan diredhaiNya.

Disalin dari majalah al-Mawaddah edisi khusus tahun ke 1 Ramadhan 1428H/Oktober-November 2007/Abu Ayyub as-Salafi

> Sumber

Tuesday, May 13, 2008

Ini Berlaku di Malaysia Kecuali Perlis

Bismillahhirahmanirrahim


Ibnul Qayyim Rahimahullah menyatakan, “Berdoa selepas salam sama ada menghadap ke arah kiblat atau menghadap kepada makmum, semua itu tidak diajar oleh Nabi Solallahu ‘alaihi wa sallam dan tidak pernah diriwayatkan daripada baginda sama ada dengan sanad yang sahih atau hasan.” ... “Secara umumnya, doa itu sendiri dilakukan ketika solat bererti munajat kepada Allah. Oleh itu, mengapa seseorang tidak berdoa ketika sedang bermunajat kepada Tuhannya. Sedangkan, seseorang hamba itu paling hampir dengan Tuhannya adalah ketika solat.” (Za’adul Ma’ad, 1/249-250)

Fikirkan, adakah pesuruh Allah, Muhamad Solallahu ‘alaihi wa sallam mengajarkan kepada kita berdo'a secara BERJEMAAH SELEPAS MENUNAIKAN SOLAT FARDHU?. Andai kata kita melakukannya maka adakah kita dikira telah melaksanakan perintah ALLAH yang telah mengutuskan PESURUHNYA MUHAMAD Solallahu ‘alaihi wa sallam?. Sedangkan Nabi Muhamad Solallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah melakukannya selepas solat fardhu.

GUNAKAN AL-QURAN dan AS-SUNNAH mengikut kefahaman Salafussoleh dalam kita ber'amal dengan 'ibadat-'ibadat khusus. ISLAM itu merupakan cara HIDUP. ISLAM berdasarkan AL-QURAN dan AS-SUNNAH mengikut kefahaman Salafussoleh, PANDUAN untuk SURVIVE hidup di DUNIA!.


Monday, May 12, 2008

Memenuhi Undangan Prihatinkah Kita?

Bismillahhirahmanirrahim


Undangan ke sesuatu majlis atau pesta keraian seperti jamuan makan atau majlis perkahwinan adalah sesuatu yang wajib dipenuhi. Betapa golongan zaman sekarang makin berkurangnya nilai dan tanggungjawab untuk memenuhi sesuatu undangan.

Rasulullah Solallahhu 'alaihi wa sallam bersabda: “Apabila seorang di antara kamu diundang untuk menghadiri pesta perkahwinan, maka hendaklah ia menghadirinya”. (Hadith Riwayat Muslim).

Sabda Nabi Solallahhu 'alaihi wa sallam lagi: “Seburuk-buruk makanan ialah makanan walimah di mana yang diundang hanyalah orang-orang kaya saja sementara orang-orang yang miskin tidak diundang. Dan barang siapa yang tidak memenuhi undangan, maka berarti ia telah berbuat durhaka kepada Allah dan Rasul-Nya”. (Hadith Riwayat Muslim). Lihatlah betapa baginda amat menekankan terhadap kewajipan memenuhi sesuatu undangan dan ini bukanlah sesuatu yang kecil, malah ia amat besar dan beroleh dosa jika dipandang remeh.

Sikap dan perangai yang tidak mengambil peduli atau tidak memenuhi satu undangan tanpa alasan yang munasabah seperti malas dan alasan lain yang kelihatan sangat tidak wajar bagi seorang muslim. Ini menunjukkan perangai yang tidak matang dan tidak bertanggungjawab.

Hal ini sering terjadi terhadap golongan muda mudi yang tidak menghiraukan tanggungjawab tersebut. Golongan ini mengambil sikap tidak peduli terhadap sesuatu undangan terutamanya undangan dari rakan yang kurang rapat atau rakan yang bukan sekepala dengannya atau mereka yang menyimpan sifat hasad yang dicela dan juga yang mempunyai sikap ego iaitu menjaga status diri dengan tidak menghadiri majlis yang kononnya tidak setaraf dengan pangkat atau kuasanya.

Kehidupan yang sibuk dengan kerja dan jadual harian penuh dan tidak sempat untuk menghadiri undangan adalah tidak mengapa. Namun, kemudahan komunikasi yang ada sekarang tidak mungkin untuk dijadikan alasan susah untuk berhubung bagi memberitahu keuzuran, kemaafan atau sebab-sebab yang menyebabkan kita tidak dapat hadir ke majlis tersebut.

Paling kurang pun, hantarlah pesanan ringkas memberitahu tidak dapat hadir yang hanya mengambil masa 2-3 saat jika terlalu sibuk. Jadi, tidak hairanlah jika seorang yang menjemput kita dan tidak dapat hadir serta tidak memberitahunya dia akan memarahi atau mungkin kecewa dengan ketidakhadiran kita. Orang lain mengharapkan kehadiran anda, tetapi anda sendiri yang tidak hadir tanpa sepatah dua berita. Di sinilah terletaknya sikap keperihatinan kita, di sinilah sebenarnya untuk orang lain menilai yang mana yang boleh dijadikan kawan atau yang tidak boleh dijadikan kawan..

Justeru itu, memenuhi undangan adalah satu kemestian dan satu kewajipan kecuali mempunyai hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu, satu khidmat pesanan ringkas ataupun sms dari anda yang tidak dapat menghadiri sesuatu majlis orang lain akan membuatkan orang tersebut mengetahui sikap peduli dan keperihatinan anda.

Tulisan ini menyeru kepada semua agar tunjukkan sikap peduli kita terhadap sesama muslim terutamanya dalam perkara memenuhi undangan memandangkan tidak lama lagi musim kahwin akan tiba. Letakkanlah keutamaan terhadap undangan tersebut, jika tidak dapat hadir, beritahulah sepatah dua. Anda akan dihargai samaada dapat memenuhi sesuatu undangan ataupun dapat memberitahu anda tidak dapat hadir. Tunjukkanlah sikap peduli dan rasa tanggungjawab kita demi menjaga perpaduan dan ukhwah umat Islam.


Sumber: [klik]

Saturday, May 10, 2008

Isu Siti Fatimah Tan Abdullah: Wawancara bersama Peguam Ustaz Ahmad Jailani


Oleh: zain-ys al-qayyim.net

Bila berita mengenainya disiarkan semalam, ramai yang terpinga-pinga. Di dalam Berita Harian menyiarkan berita bertajuk: Mahkamah benar Siti Fatimah isytihar keluar Islam

Benarkan isytihar murtad? Apakah semua ini? Sama seperti kes Lina Joy?

Di akhbar-akhbar mahupun melalui berita TV, kelihatan Siti Fatimah Tan bersama peguamnya. Seorang Melayu. Sudah tentu Islam.

Seorang Melayu Islam menjadi peguam Siti Fatimah Tan yang mahu isytihar murtad?

Tambah bingung lagi. Apakah semua ini?

Ramai yang mengenali peguam Siti Fatimah Tan. Beliau ialah Ustaz Ahmad Jailani. Saya juga mengenalinya. Beliau juga mengenali saya.

Banyak sudah tersiar samada di laman web mahupun di blog komen-komen yang tidak senang dengan apa yang berlaku. Sebahagiannya menjadikan Ustaz Ahmad Jailani sebagai sasaran kecaman.

Tadi, ada khutbah Jumaat di salah sebuah masjid di Pulau Pinang mengulas tentang isu ini. Ustaz Ahmad Jailani sekali lagi menjadi sasarannya. Pelbagai tuduhan itu dan ini dilemparkan.

Sebelum Jumaat, Piyan menelefon saya. Diajaknya saya untuk bersemuka sendiri dengan Ustaz Ahmad Jailani. Bertanya sendiri apa sebenarnya.

Saya kata OK!

Pukul 5.00 petang kami bertemu dengan beliau di pejabatnya. Kredit kepada Piyan atas usahanya hingga berjaya mewancara beliau. Membongkar apa di sebalik isu ini.

Segala-galanya kekusutan terungkai. Segala yang tersembunyi terbongkar. Itulah faedah bertanya kepada yang empunya diri. Bukan berdasarkan andaian itu dan ini.
Berikut ini rakaman video wawancara kami bersama beliau. Saksikan!

Friday, May 09, 2008

Kerana Kufurnya Sang Isteri...

Bismillahirrahmanirrahim


Dari Sahih BUKHARI, hadith no: 552

Ibnu Abbas r.a. memberitakan bahawa orang ramai berkata kepada Rasulullah SAW: Kami melihat anda seolah-olah anda mengambil sesuatu di tempat anda, sesudah itu kami lihat pula anda undur.

Jawab Nabi SAW: Aku melihat syurga, lalu aku ingin memetik buah-buahannya. Kalaulah buah-buahan itu dapat kupetik, sesungguhnya dapat untuk makanmu seumur dunia. Dan diperlihatkan pula kepadaku neraka. Belum pernah aku menyaksikan pemandangan yang sangat mengerikan seperti hari ini. Ku lihat kebanyakan isinya kaum wanita.

Tanya mereka: Kenapa begitu ya Rasulullah?

Jawab beliau: Kerana kekafiran mereka.

Tanya mereka: Apakah mereka kafir kepada Allah?

Jawab Nabi SAW: Mereka kafir terhadap teman hidup (suami) mereka dan terhadap kebaikan yang dia terima daripadanya. Sekalipun engkau telah berbuat baik kepada mereka sepanjang masa, kemudian dia melihat sesuatu kesalahan daripadamu lantas ia berkata: Saya tidak pernah sedikitpun melihat kebaikan daripadamu.

Wallaahu a'lam.

Ditolak Penyaksian Seorang Penyanyi



Bismillahhirahmanirrahim

Kata-kata al-Imam as-Syafie Rahimahullah di dalam kitabnya al-Umm (6/226):

( قَالَ الشَّافِعِيُّ ) رحمه الله تعالى : فِي الرَّجُلِ يُغَنِّي فَيَتَّخِذُ الْغِنَاءَ صِنَاعَتَهُ يُؤْتَى عَلَيْهِ وَيَأْتِي لَهُ , وَيَكُونُ مَنْسُوبًا إلَيْهِ مَشْهُورًا بِهِ مَعْرُوفًا , وَالْمَرْأَةُ , لَا تَجُوزُ شَهَادَةُ وَاحِدٍ مِنْهُمَا ; وَذَلِكَ أَنَّهُ مِنْ اللَّهْوِ الْمَكْرُوهِ الَّذِي يُشْبِهُ الْبَاطِلَ , وَأَنَّ مَنْ صَنَعَ هَذَا كَانَ مَنْسُوبًا إلَى السَّفَهِ وَسُقَاطَة الْمُرُوءَةِ , وَمَنْ رَضِيَ بِهَذَا لِنَفْسِهِ كَانَ مُسْتَخِفًّا , وَإِنْ لَمْ يَكُنْ مُحَرَّمًا بَيِّنَ التَّحْرِيمِ , وَلَوْ كَانَ لَا يَنْسُبُ نَفْسَهُ إلَيْهِ , وَكَانَ إنَّمَا يُعْرَفُ بِأَنَّهُ يَطْرَبُ فِي الْحَالِ فَيَتَرَنَّمُ فِيهَا , وَلَا يَأْتِي لِذَلِكَ , وَلَا يُؤْتَى عَلَيْهِ , وَلَا يَرْضَى بِهِ لَمْ يُسْقِطْ هَذَا شَهَادَتَهُ , وَكَذَلِكَ الْمَرْأَةُ.

( قَالَ الشَّافِعِيُّ ) رحمه الله تعالى : فِي الرَّجُلِ يَتَّخِذُ الْغُلَامَ وَالْجَارِيَةَ الْمُغَنِّيَيْنِ وَكَانَ يَجْمَعُ عَلَيْهِمَا , وَيَغْشَى لِذَلِكَ فَهَذَا سَفَهٌ تُرَدُّ بِهِ شَهَادَتُهُ , وَهُوَ فِي الْجَارِيَةِ أَكْثَرُ مِنْ قِبَلِ أَنَّ فِيهِ سَفَهًا وَدِيَاثَةً , وَإِنْ كَانَ لَا يَجْمَعُ عَلَيْهِمَا وَلَا يَغْشَى لَهُمَا كَرِهْت ذَلِكَ لَهُ , وَلَمْ يَكُنْ فِيهِ مَا تُرَدُّ بِهِ شَهَادَتُهُ.

( قَالَ ) وَهَكَذَا الرَّجُلُ يَغْشَى بُيُوتَ الْغِنَاءِ , وَيَغْشَاهُ الْمُغَنُّونَ إنْ كَانَ لِذَلِكَ مُدْمِنًا , وَكَانَ لِذَلِكَ مُسْتَعْلِنًا عَلَيْهِ مَشْهُودًا عَلَيْهِ فَهِيَ بِمَنْزِلَةِ سَفَهٍ تُرَدُّ بِهَا شَهَادَتُهُ . وَإِنْ كَانَ ذَلِكَ يَقِلُّ مِنْهُ لَمْ تُرَدَّ بِهِ شَهَادَتُهُ لِمَا وَصَفْت مِنْ أَنَّ ذَلِكَ لَيْسَ بِحَرَامٍ بَيِّنٍ .


Ringkasannya: Tidak diterima kesaksian orang yang menjadikan nyanyian sebagai pekerjaannya serta terkenal sebagai penyanyi. Kerana nyanyian adalah perkara makruh yang melalaikan yang mirip kepada kebatilan. Dan orang yang berbuat demikian dikira telah jatuh maruahnya dan siapa yang redha perbuatan itu, maka dia telah meringan-ringankan (agamanya) walaupun ia bukanlah haram dengan pengharaman yang jelas.

Jika orang itu tidak mengaku sebagai penyanyi, tetapi dia meminati nyanyian dengan melagukannya dan tiada orang datang padanya atau dia pergi untuk menyanyi, serta dia tidak redha dengan perkara itu, maka kesaksiannya tidak ditolak.

Juga ditolak kesaksian orang yang membeli hamba yang penyanyi dan menghimpun orang serta menghadiri nyanyian mereka. Jika dia tidak menghimpun orang serta tidak menghadiri nyanyian mereka, maka kesaksiannya tidak tertolak, tetapi perkara itu dibenci.

Orang yang menghadiri tempat-tempat nyanyian atau penyanyi datang kepadanya, jika dia selalu lakukan dengan terang-terangan, maka kesaksiannya ditolak. Jika dia jarang lakukan, tidak ditolak kesaksiannya kerana perkara itu bukanlah haram secara jelas.


Kata-kata Imam Syafie tersebut dinyatakan dalam bab kehakiman (الأقضية).
Takrif kesaksian (الشهادة) menurut ulama mazhab syafie:

إخْبَارٌ بِحَقٍّ لِلْغَيْرِ عَلَى الْغَيْرِ بِلَفْظِ أَشْهَدُ

"pemberitahuan tentang hak seseorang oleh seorang yang lain, dengan lafaz: Aku saksikan".

Wallahu a3lam



Sumber: al-ahkam.net oleh izrail panel fiqh


Wednesday, May 07, 2008

Ringkasan Tentang Syiah

Bismillahirrahmanirrahim

Syiah ialah golongan yang mendokong cita-cita untuk menjadikan Saidina 'Ali sebagai khalifah Rasullullah Solallahhu a'laihi wa sallam. Mereka berpendapat bahawa Saidina 'Ali sahajalah yang layak dan berhak dilantik menjadi Khalifah selepas kewafatan Rasullullah Solallahhu a'laihi wa sallam. Keyakinan mereka ini berdasarkan hadis berikutnya.



Syiah Imamiyyah


Hadis itu maksudnya:

Daripada Sya'bah, daripada Salamah bin Kuhail katanya:

Aku telah mendengar Abu AtThufail meriwayatkan daripada Abu Sarihah ATAU Zaid b Arqam (Syaibah keliru nama perawi) daripadaa Nabi Muhamad Solallahhu a'laihi wa sallam, sabda baginda: Sesiapa (yang menjadikan) aku sebagai ketuanya maka 'Ali adalah ketuanya. (Riwayat At-Tirmizi. Buku Teks Tingkatan 5 m/s 76)

Berdasarkan hadis ini mereka berhujah Rasulullah telah menamakan Saidina 'Ali sebagai khalifah secara simbolik.


Kumpulan ini dinamakan Syiah Imamiah kerana mereka berpendapat jawatan pemimpin umat islam(imam) hanya layak disandang oleh Ahlul Bait. Pegangan mereka yang berbeza dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah:

> Beri'ktikad bahawa jawatan imam adalah jawatan yang dianugerahkan oleh Allah seperti kenabian. Imam-imam tersebut dianggap ma'sum tetapi tidak mendapat wahyu. Jawatan ini hanya layak disandang oleh 12 Imam daripada kalangan Ahlul Bait mengikut urutan. Setiap imam akan menamakan seseorang sebagai penggantinya. Berdasarkan pandangan ini, mereka juga dikenali dengan nama Syiah Isna'asyariyyah (syiah 12).

> Menolak semua hadis yang bukan diriwayatkan oleh Ahlul Bait.

> Beri'ktikad bahawa imam ke-12 mereka iaitu Muhamad Al-Mahdi alQaim Bilhujjah akan muncul sebagai Imam Mahdi.

>Ber'amal dgn Takiyyah iaitu menyembunyikan i'tikad sebenar mereka apabila berhadapan dengan orang yang berbeza i'tikad dengan mereka.

>Mengharuskan perkahwinan Mut'ah iaitu nikah sementara waktu atau nikah kontrak.



Syiah Zaidiah

Nama Syiah Zaidiah adalah sempena pengasasnya, Zaid bin 'Ali Zin al'Abidin, cicit kpd 'Ali bin Abi Thalib. Pegangan mereka yang berbeza dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah:

> Ber'iktikad kedudukan pelaku dosa besar berada antara keimanan dan kekufuran,

> Ber'iktikad bahawa perbuatan manusia adalah dilakukan oleh manusia bukan Allah,

> Walaubagaimanapun mereka menolak beberapa pegangan Syiah yang lain seperti kema'suman para imam kecuali 'Ali, Fatimah, Hasan dan Husin. Mereka juga menolak Takiyyah dan kepercayaan bahawa Muhamad Al-Mahdi alQaim Bilhujjah sebagai Imam Mahdi.



Syiah al-Batiniyyah


Kumpulan ini dinamakan al Batiniyyah kerana pandangan mereka yang menganggap al-Quran mempunyai makna zahir dan makna batin yang hanya difahami oleh Imam mereka. Mereka merupakan kumpulan Syiah yang paling radikal dan sesat. Pegangan mereka:

> Ber'iktikad bahawa 'Ali dan Imam2 mereka yang lain sebagai tuhan.

> Beriktikad bahawa Imam mereka Muhamad bin Al-Hanafiyyah masih hidup.

> Menghalalkan beberapa kemungkaran seperti minum arak.



* Golongan syiah berpecah menjadi 22 puak. Antara yang masih kekal hingga sekarang ialah Imamiah dan Zaidiah.

* Ahlul Bait ialah kaum keluarga Nabi Muhamad Solallahhu a'laihi wa sallam.


Sumber: Pendidikan Islam Tingkatan 5 Dewan Bahasa dan Pustaka m/s 76-78

Novelis Syiah Di Malaysia!

Anda ingin mengenali siapakah novelis syiah di Malaysia? 'Beliau' merupakan seorang novelis yang diminati oleh orang ramai.

Anda akan dapat melihat dengan jelas akan hasil tulisannya yang berbaur syiah.

Ini laman web tokoh Syiah tersebut ---> Tokoh Syiah.

'Beliau' juga menyatakan Imam As-Syafi'i merupakan berfahaman Syiah!?
Benarkah? ---> Jawapannya

Pada pandangan aku, apabila aku membaca hasil tulisannya, memang jelas, terang dan nyata hasil tulisannya mempunyai unsur-unsur Syiah. Dan 'mereka' ini juga mempunyai senjata yang ampuh untuk berselindung daripada mengaku diri mereka syiah iaitu dengan bertakiyah. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang syiah sila ambil masa 2 jam setengah dan tontonilah video Arkib : Muzakarah Ulama-Syiah-


Bolehkah Kita Berdamai Dengan Syiah?

Tuesday, May 06, 2008

Kini Di Zaman "Kejahatan"

Bismillahirrahmanirrahim

Kita kini di zaman kekeliruan Islam, serulah kepada Allah Yang Maha Agung dan Maha Penyayang agar diberikan hidayah Islam sebagaimana Islam dibawa oleh Rasulnya Muhamad s.a.w,

Monday, May 05, 2008

Sembang-sembang Umum Mencari Bakal isteri

Bismillahirrahmanirrahim

Tok Ddeka wrote:
Sekali lagi, kemudi rumahtangga terletak pada ketahanan lelaki, dan bukan kepada berapa lama pasangan itu berkenalan. Kalau lelaki sendiri boleh dipengaruhi oleh kecantikan seseorang wanita, sehingga dia boleh lupa pada pesanan Rasulullah SAW mengenai ciri isteri yang baik, tengoklah nanti apa yang akan jadi pada rumahtangga yang akan dibinanya.

klik disini untuk lebih lanjut

Tok Ddeka wrote:
Pendapat ambo:
Ramai lelaki yang melambat-lambatkan pernikahan, walau calong yang berkenan sudah ada, kerana risau kot-kot calon yang dia berkenan itu bukan yang terbaik untuknya. Begitulah juga bila dia jumpa pula calon yang lain.

Persepsi lelaki pada perempuan sebelum kawin adalah sangat berbeza dengan selepas kawin. Agaknya begitulah juga pesepsi perempuan kepada lelaki. Apa yang terzahir sebelum kahwin adalah sangat sedikit dengan apa yang akan terzahir selepas kahwin pada kedua-duanya. Sebelum kawin, kedua-dua lelaki dan perempuan itu akan cuba menunjukkan yang terbaik, masing-masing akan cuba memikat. Namun, selepas kawin, apabila sudah mula makan setalam dan tidur sebantal, akan terzahirlah pula benda-benda lain yang selama ini disembunyikan oleh kedua-duanya. Maknanya, realiti mengenai lelaki atau perempuan itu hanya akan terzahir kepada keduanya SELEPAS kawin.

Tapi, jangan risau kerana Allah Taala itu CONFIRMED ada, untuk memberikan segala bentuk perasaan kepada laki-bini supaya mereka kekal sebagai laki-bini ke akhir hayat, walau terdapat hal-hal yang selama ini tidak terzahir antara laki-bini itu sebelum mereka kahwin.

JODOH itu di tangan TUHAN. Takkanlah kita hanya pandai sebut saja, tapi tidak tahu menghayati kata-kata itu.

Maknanya, sejauh manakah lelaki itu boleh mengenali seseorang perempuan, dan sejauh manakah perempuan itu mengenali lelaki jika mereka masih belum berkahwin. Dengan itu juga, persoalan ‘nak kenal dengan lebih dekat, lebih mendalam’ sebelum kahwin, pada ambo adalah satu teori yang tidak boleh dipakai. Sejauh mana mereka cuba mengenali sekalipun, mereka tidak akan kenal, dalam kebenaran perkenalan yang sebenarnya. Sedangkan dalam proses pengenalan itu, penyucuk-penyucuk yang terdiri dari Iblis dan Syaitan akan bergerak aktif untuk mendorong pasangan itu ke arah yang kita semua tahu ke mana.

Telah ramai pasangan, yang kononnya berkenalan dengan begitu dekat dan mendalam sebelum kahwin, yang berakhir dengan penceraian. Apa pula sumbangan perkenalan yang begitu dekat dan mendalam kepada kekalnya rumahtangga ke akhir hayat? Adakah sumbangannya? Kalau ada, dalam bentuk apa?

Sekali lagi, kemudi rumahtangga terletak pada ketahanan lelaki, dan bukan kepada berapa lama pasangan itu berkenalan. Kalau lelaki sendiri boleh dipengaruhi oleh kecantikan seseorang wanita, sehingga dia boleh lupa pada pesanan Rasulullah SAW mengenai ciri isteri yang baik, tengoklah nanti apa yang akan jadi pada rumahtangga yang akan dibinanya.

Siapakah lagi yang lebih baik recommendationnya selain dari Rasulullah SAW?

Beristikharahlah, kemudian buatlah keputusan yang tegas dan berperinsip, ya atau tidak. Untuk YA ada kepastiannya, untuk TIDAK juga ada kepastiannya.

WA

Budi Bicara Dalam Berdakwah

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas Nabi junjungan kita Muhamad Solallahhu 'alaihi wa sallam, Assalamua3alaikum saya ucapkan.

Sedikit peringatan kepada mereka yang lupa termasuk diri saya sendiri, di mana kita sering berbicara tetapi leka dengan kesyahduan pembicaraan itu sendiri, di mana kita kadang-kala berbicara tanpa menggunakan 'akal dan banyak menghabiskan masa dengan berbicara akan perihal-perihal yang tidak berfaedah. Sungguh bagi orang-orang yang ditunjukkan hidayah oleh Allah dan orang-orang yang beriman akan terkesan akan ayat ini firman Allah Subhanahu wa ta'ala :

A'uzubillah himinassyaitha nirrajim(Aku berlindung kepada Allah daripada gangguan syaitan yang direjam)

قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ (١)
1. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,

ٱلَّذِينَ هُمۡ فِى صَلَاتِہِمۡ خَـٰشِعُونَ (٢)
2. (yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya

وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَنِ ٱللَّغۡوِ مُعۡرِضُونَ (٣)
3. dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, (23. Al Mu'minuun 1-3)

Renung-renungkanla semula setiap perbuatan dan perkataan yang kita lakukan dan ucapan kita selama ini. Bersediakah kita untuk menghadapi SETIAP pertanyaan drpd Rabb yg Maha Agung akan setiap perilaku perbuatan dan perkataan kita dihadapanNya kelak?


Sekadar mukadimah, bagi menyampaikan secebis ilmu aku ini. Perlu diberi perhatian setiap kerja dan amal-amal ibadat yang khusus mempunyai method dan peraturan yang telah ditetapkan, kalau di dalam perakaunan, seseorang perlu mengetahui asas-asasnya seperti debit dan kredit apakah item-item debit dan apakah pula item-item kredit. Di mana perlu diketahui untuk menyediakan kunci kira-kira, perkara-perkara asas seperti debit dan kredit ini perlu diketahui agar perkiraannya, kedudukannya tidak menjadi celaru dan silap, dimana ruangan debit yang perlu dihuraikan dalam kunci kira-kira ialah antaranya Aset Bukan Semasa(Perabot, Alatan Pejabat) dan Aset Semasa(Tunai, Bank, Stok, Penghutang). Di dalam ruangan Kredit pula antaranya Ekuiti pemilik(modal, untung bersih), Liabiliti Bukan Semasa(Pinjaman) dan Liabiliti Semasa(Pemiutang, sewa terakru). Dengan mengetahui asas-asas dan item-item debit dan kredit ini juga, akaun Imbangan Duga juga dapat dihasilkan.

Seperti itu juga di dalam berdakwah, asas-asasnya juga perlu ada, dimana 'amar makruf wa nahi mungkar merupakan ibadah yang mempunyai method dan berperaturan. Islam adalah agama yang berpegang teguh pada disiplin dan peraturan. Bermula dari wuduk, solat, puasa, zakat sehinggalah haji. Semuanya itu mempunyai method dan rukun-rukunnya. Bermula dari dalam masjid hingga ke medan perang. Begitu juga halnya dengan amar makruf wa nahi mungkar.

Dalam keadaan sukar ketika bertempur dengan musuhpun, para pejuang Islam masih dituntut untuk berpegang pada peraturan tertentu seperti tidak mencincang mayat, tidak membunuh kanak-kanak dan wanita, tidak membunuh para perwakilan(diplomat) dan sebagainya.

Oleh kerana 'amar makruf wa nahi mungkar termasuk ibadah, maka setiap ibadah mempunyai dua syarat, iaitu IKHLAS dan MENEPATI AL-QURAN DAN SUNNAH. Sesiapa yang ikhlas TETAPI TIDAK menepati al-quran dan sunnah, maka amalanya ditolak. Begitulah juga sebaliknya.

Firman Allah S.W.T:

A'uzubillah himinassyaitha nirrajim,

ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلۡمَوۡتَ وَٱلۡحَيَوٰةَ لِيَبۡلُوَكُمۡ أَيُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلاً۬‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡغَفُورُ (
٢)
Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) -Surah Al-Mulk ayat 2-

Maksud أَحۡسَنُ عَمَلاً۬‌ۚ dalam ayat di atas ialah orang yang paling IKHLAS dan BETUL AMALANNYA. Ini kerana, amalan yang dilakukan dengan cara yang salah tidak akan diterima walaupun ikhlas. Sehinggalah ia memenuhi kedua-dua syarat di atas, iaitu ikhlas dan betul. (Ibn Rejab, Jami' al-'Ulum wa al-Hikam, jil:1, ms 23)

Ibn Taimiyah r.h (w.728 H) berkata:

Oleh kerana ini menjadi batasan setiap amalan soleh, maka penyeru kepada makruf dan pencegah mungkar itu sendiri wajib memenuhi tuntutan tersebut. Justeru itu, ia tidak akan menjadi amalan soleh selagi tidak diiringi dengan ilmu dan fikah.

'Umar bin 'Abdul Aziz berkata:

Sesiapa yang mengabdikan diri kepada Allah tanpa ilmu, maka apa yang dia rosakkan lebih banyak daripada apa yang dia perbaiki.

Ini suatu yg jelas. Tujuan dan amalan tanpa ilmu termasuk kejahilan, kesesatan dan mengikut hawa nafsu. Inilah perbezaan antara golongan jahiliah dan Islam. Pelaksana 'amar makruf wa nahi mungkar mestilah mempunyai ilmu mengenai makruf dan mungkar serta mampu membezakan antara kedua-duanya. Dia juga mesti arif tentang, keadaan pelaku maksiat yang ingin dicegahnya itu.

Disunting semula dari:

- Nota Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 dan
- Membela Islam Tanggungjawab dan Disiplin (Dr. Mohd Asri Zainal Abidin)

Kelebihan Dari Ilmu Hadis

Bismillahirrahmanirrahim


Apakah kelebihan bagi mereka yang mempelajari hadis dan ilmu-ilmu berkaitan dengannya?


Jawapan:

Ya, memang terdapat beberapa kelebihan, di antaranya:


Pertama:

Rasulullah SAW telah mendoakan secara khusus kepada mereka yang mempelajari hadis baginda SAW dengan sabdanya:

Maksudnya: Semoga ALLAH memberikan cahaya kepada seseorang yang mendengar hadis daripadaku lalu menghafaznya sehingga dia menyampaikannya kepada orang lain[1].


Kedua:

al Syafie pernah menyebut:

Kamu semua hendaklah mendampingi orang-orang yang mempelajari hadis. Sesungguhnya mereka ialah orang yang paling tepat amalannya dalam kalangan manusia
[2].


Ketiga:

Menurut salah seorang pengkaji hadis pada masa ini, Abd. Salam Allush:

Tidak ada ilmu yang lebih bermanfaat - selain berkaitan Al Quran - daripada mempelajari hadis. Sesungguhnya di dalam hadis itu terdapat tauhid, asas-asasnya, sifat-sifat ALLAH dan jenis-jenisnya, nama-nama ALLAH dan maknanya, jawapan terhadap dakwaan para mulhid (atheis), kisah-kisah umat terdahulu, cerita orang-orang zuhud, peringatan daripada para Nabi terdahulu, mukjizat bagi ahli bahasa, sumber bagi ahli fiqh, peristiwa-peristiwa dan peperangan Baginda, hukum-hakam yang Baginda SAW putuskan, maklumat tentang isteri-isterinya, anak-anaknya, keluarganya dan para sahabatnya, kisah hidup mereka (para sahabat), kelebihan-kelebihan mereka, umur mereka, keturunan mereka, keadaan serta kata-kata mereka, mazhab dan fatwa-fatwa mereka[3].


Keempat:

Mempelajari serba sedikit tentang ilmu pengkajian hadis dapat membantu seseorang untuk membezakan di antara hadis-hadis yang sahih daripada yang palsu.


Kelima:

Menurut Mohd Asri B. Zainul Abidin:

Mengetahui sedikit sebanyak disiplin ilmu hadith membantu kita mendekati dan memahami hadith. Orang awam juga sangat penting mendekati ilmu ini. Sesetengah golongan yang menyandarkan diri kepada agama kadang-kadang tidak bertanggungjawab terhadap hadith-hadith Nabi SAW. Kadangkala mereka membaca hadith yang palsu, atau membuat huraian yang salah terhadap hadith. Orang awam yang tidak mempunyai asas-asas pengetahuan dalam ilmu hadith akan mudah percaya dan terpedaya. Jika mereka dibekalkan dengan ilmu hadith ini, mereka mungkin akan berfikir semula atas sesuatu perkara berkaitan hadith yang dinyatakan, atau mungkin boleh menyoal kembali kenyataan yang dibuat[4].



Keenam:

Mempelajari hadis akan menjadikan kita memahami bagaimana Al Quran ingin diterapkan dan diamalkan di dalam kehidupan. Seluruh kehidupan Rasulullah SAW adalah merupakan terjemahan serta huraian kepada isi kandungan Al Quran. Oleh itu mereka yang ingin menjadikan diri mereka sebagai golongan yang mempraktikkan isi Al Quran hendaklah mempelajari dan mengamalkan hadis-hadis Rasulullah SAW. Isteri Rasulullah SAW, Aisyah pernah berkata:

Maksudnya: Sesungguhnya akhlak Nabi ALLAH SAW adalah Al Quran[5].


Ketujuh:

Dengan mempelajari hadis, kita akan dapat mengetahui bagaimanakah Rasulullah SAW beribadah lalu kita dapat mencontohi Baginda SAW. Kita yakin bahawa ibadah yang dilakukan Baginda SAW itulah yang terbaik dan berpeluang untuk diterima di sisi ALLAH.





Untuk Lebih Lanjut Sila Klik [disini]


--------------------------------------------------------------------------------

[1]Hadis Sahih riwayat Abu Daud (3660) dan imam-imam lain dengan lafaz yang sedikit berbeza.

[2]Al Adab al Syar’iyyah – Ibn Muflih – jilid 1 – muka surat 231 – cetakan kedua 1996 – Muassasah al Risalah, Lubnan.

[3]Ilm Zawaaid al Hadith – Abd. Salam Allush – muka surat 13 – cetakan 1995 – Dar Ibn Hazm, Lubnan.

[4]Pendahuluan buku Selangkah Ke Arah Mengenal Al-Sunnah terbitan Karya Bestari. Buku ini adalah panduan ringkas yang amat baik berkenaan asas-asas yang perlu diketahui tentang ilmu hadis.

[5]Hadis sahih riwayat Muslim (hadis no. 1773).

Sunday, May 04, 2008

Kempen Menutup Aurat

Bismillahirrahmanirrahim


Perintah menutup aurat, adalah perintah yang wajib dipatuhi oleh semua umat Islam.Hari ini kita dikejutkan dengan berbagai-bagai perlakuan jenayah, tingkah laku tidak bermoral dan aktiviti sosial yang amat membimbangkan yang dilakukan oleh muda-mudi, remaja umat Islam itu sendiri.

Kita cukup bersemangat, apabila bercerita tentang keburukan dan keaiban individu lain. Kalau duduk melepak di kedai-kedai kopi sambil bersembang-sembang bab perilaku buruk orang lain yang tidak menutup aurat, maka kitalah juara, kita sahajalah yang betul, kitalah orang yang paling ‘baik dan soleh’ serta paling beriman dan bertaqwa kepada Allah swt.

Allah swt memerintahkan setiap individu muslim itu agar menjaga dirinya sendiri dan ahli seluruh ahli keluarganya dari menjadi korban bahang bakar api neraka yang maha dahsyat , sebagaimana firman-Nya :


يا أيها الذين ءامنوا قوا أنفسكم وأهليكم نارا


“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka” (al-Quran - Tahrim 66 : 6)


Maka , cubalah renung dan perhatikan, adakah kita telah selesaikan tanggungjawab menyelamatkan ahli keluarga kita sendiri dari dibakar dan dijilat api neraka, sebelum kita sibuk-sibuk dok mencari dan mencari dan mencari kesalahan orang lain.

Ingatlah wahai sahabat, daripada kita dok membuang masa, dengan aktiviti mencaci dan menghina perlakuan orang lain, maka adalah lebih baik, kita merancang satu pelan tindakan yang lebih bijaksana dan sempurna dalam mendidik dan mentarbiyah diri kita sendiri serta seluruh ahli keluarga kita terhadap betapa pentingnya melaksanakan setiap perintah Allah swt, terutama dalam hal-hal menjaga aurat, agar sama-sama dapat kita melepaskan diri dari jilatan api neraka.

Sesungguhnya kadang-kadang sembang dan borak kita itulah yang akan menghumbankan kita ke dalam api neraka Allah swt , sebagaimana sabda Rasulullah saw :


ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب

“Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat”

( HR Imam Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 298 )


Seruan

Ketahuilah , jika semua umat Islam mengambil berat akan ayat Allah swt dalam surah At-Tahrim ayat 6 di atas , maka in sya Allah, dengan izin yang Maha Kuasa, mungkin tidak ada lagi masalah moral yang akan berlaku dikalangan remaja zaman sekarang.

Maka dengan ini, penulis menyeru kepada semua umat Islam untuk melakukan tajdid dalam keluarga kita semua, agar sama-samalah kita melaksanakan kempen menutup aurat dengan sebenar-benar penghayatan kepadanya. Tutuplah aurat dengan sebaik mungkin. Lakukanlah ia dengan penuh keikhlasan kepada Allah swt. Pantaulah ahli keluarga kita, didiklah ia, tarbiyahlah ia. Bimbinglah ia dengan penghayatan Islam yang penuh dengan segala macam hikmah dan rahmah. In sya Allah, semoga kita berjaya menyelamatkan diri kita dan ahli keluarga dari siksa Allah swt yang Maha pedih. Amin ya Rabbal ‘Alamin.

klik disini