Friday, May 25, 2012

...Musim Ijtimak...

1) Ijtimak Malaysia berlangsung di 13 buah tempat, antaranya di Terengganu, 03hb-05hb Jun - TERENGGANU
Madrasah Tahfiz Al-Quran, Kubang Bujuk, Kuala Terengganu.

2) Halakah Kemasik dan Kerteh, akan di tugaskan menyediakan makanan untuk para tetamu (anggaran seramai 4-5 ribu orang) selama 4 hari atau 5 hari, dan aku antara mereka yg berada di 'bahagian dapur'.

3) Woaahhh~ ramai le plakkk~ mmg berasap punggung la...jgn la di letakkan part masak~ rela menghidang~ insyaALLAH start 31 May start 'berkampung' di Markas untuk seminggu...

4) Maulana dari India dan Pakistan insyaALLAh akan bg talk / bayan.. InsyaALLAH, Sultan Terengganu juga akan hadir di Ijtimak... Semoga Allah mudahkan segala urusan...

5) Orang ramai sudah sibuk bersiap bergotong royong untuk Ijtimak, aku rilex lg.... -_-; ap punya karkun daa~



 p/s: Boleh ade bro karkun ckp, tgn aku tgn 'lembut' (kantoi r x pernat wat keje berat)...ciss! Aku peduli ap~ bila lagi nak belajar... InsyaALLAH 4 bulan! IPB.... InsyaALLAH Dakwah Maksud HIDUP....


IJTIMA MALAYSIA 2012, Perhimpunan Umum Muslimin di 13 lokasi. 19hb Mei - 26hb Jun 2012. Insya'Allah. Semua muslimin dijemput hadir.


1) Ijtima bermula waktu solat subuh di hari pertama dan berakhir pada waktu yang sama di hari ke-3 selepas ceramah umum dan doa. Ceramah-ceramah umum; setelah solat fardhu Subuh berjemaah, pagi (sekitar 10.30 pg waktu Semenanjung, 9.30pg waktu Sabah Sarawak), asar dan maghrib.

2) Halqah khusus pada pagi hari ke-2 untuk i) Ulama; ustaz/alim/asatizah, ii) VVIP, VIP iii) Pelajar-pelajar dan iv) Bahasa isyarat - dipelawa membawa rakan-rakan istimewa, bisu dan pekak.

3) Makanan disediakan; makan secara berjemaah dan layan diri.

4) Mungkin keadaan sesak dan bermujahadah untuk mendapatkan kemudahan-kemudahan awam seperti tempat letak kereta, dewan/khemah makan, tempat rehat, tandas.



TARIKH & LOKASI:

19hb-21hb Mei - SELANGOR & WIL.PERSEKUTUAN
Masjid Jamek Sri Petaling, Kuala Lumpur.

22hb-24hb Mei - PERAK
Masjid Daerah Perak Tengah, Seri Iskandar.

25hb-27hb Mei - PULAU PINANG
Masjid Daerah Barat Daya, Balik Pulau, Penang.

28hb-30hb Mei - PERLIS & KEDAH
Masjid An Nur, Pokok Sena, Kedah.

31hb Mei-02hb Jun - KELANTAN
Madrasah Darululoom Addeeniyyah, Kg. Apa Apa, Pasir Mas.

03hb-05hb Jun - TERENGGANU
Madrasah Tahfiz Al-Quran, Kubang Bujuk, Kuala Terengganu.

06hb-08hb Jun - PAHANG
Masjid Mat Kilau, Jalan Gambang, Kuantan.

09hb-11hb Jun - MELAKA & N.SEMBILAN
Masjid Tuanku Muhriz, Bandar Seri Jempol.

12hb-14hb Jun - JOHOR & SINGAPURA
Madrasah Tahfiz Sinaran Baru, Kg. Sinaran Baru, Kempas Lama.

15hb-17hb Jun - SARAWAK (Kuching-Sibu)
Surau Darul Muttaqin, Taman Lavender, Kuching.

18hb-20hb Jun - SARAWAK (Bintulu-Miri) & BRUNEI
Masjid An-Na'im, Lutong, Miri.

21hb-23hb Jun - SABAH Pantai Barat
Masjid Hj. Akbar Khan, Kg. Bingkul, Beaufort.

24hb-26hb Jun - SABAH Pantai Timur
Masjid Nur Iman, Sapagaya, Lahad Datu.


InsyaAllah.


:: Iklan tidak rasmi. Tentatif majlis yang ringkas dan mungkin ada kesalahan lokasi.

:: Jika ada kesilapan, infokan. w/a

Thursday, May 24, 2012

...Keliru...

Keliru...
Hari ini aku keliru...
Mungkin ini punca jauh dari perintahNya...
Bukan "Mungkin" tapi adalah "Pasti"....
Pasti bila jauh dan sengaja jauh dari perintahNya...
Menjadi Keliru...
Ya, aku keliru...

Banyak bermain di fikiran "Kenapa"....
'Mengapa'...jadi 'Bagaimana'???
Yang mana 'tindakan' perlu dipilih?
Aku keliru...sungguh aku keliru....
'Tindakan' yg manakah paling 'berkesan'?

Ya Allah...Engkau Hebat,
DiTangan Engkau Kunci segala Kefahaman,
Kunci segala Penerang, untuk aku yg sedang keliru..
Aku hina, bodoh dan dungu... tidak ada apa2...
Sungguh Aku mudah lupa dengan nikmat,
Boleh Engkau ajarkan aku, bagaimana untuk aku, tidak LUPA pd Nikmat Engkau?
Aku perlukan 'PENERANG', CAHAYA dari ENGKAU...
Aku perlukan 'DORONGAN GHAIB' dari ENGKAU...
Aku perlukan 'KEKUATAN ISTIQAMAH' dari ENGKAU...
Sebab aku tidak ada semua itu,

Dengan sekelip mata, aku hilang punca....
Aku keliru dengan hidup...
Asbab jauh dengan perintahMu...
---------------------------------------------------------------

Sedang membaca Tasauf Moden oleh HAMKA...
Diari kehidupan aku, selama cuti panjang tak banyak yg aku manfaatkan,
hanya di penuhi denga kehendak hati dan nafsu..
Benar kesimpulan Sang Bijak Pandai, 'kegagalan seseorang itu apabila diri gagal utk merancang...' shit!





Sunday, May 20, 2012

hmmm

segala periswa yg berlaku, ada hikmah disebaliknya, kerana Allah itu Rabbun Nas; Pendidik manusia...kenapa kita buat tak reti?

Bila Insan Berdosa Ingin Kembali

Begitu ramai insan-insan yg berdosa di dunia ini, termasuk diri kita. Pernah anda menduduki ditempat mereka yg berdosa besar ingin kembali pada jalan yg lurus?

Tahukah perasaan mereka ingin mendekati insan yg memberi peringatan, adakah kita perihatin terhadap mereka? Pernah kita cuba mendekati mereka? Kerana itu setiap muslim bersaudara.


...Mati....

*Setiap manusia pasti mati, mati yg bagaimana dinginkan kalian? Mati di kala dalam kemewahan? Mati dikala dalam kesedihan? Mati dikala kegembiraan? Mati yg bagaimana?

*Aku ingin mati di jalan Allah, ketika meniggikan kalimah Allah dan Rasul, semoga Aku dapat keluar di jalan Allah 4 bulan di India, Pakistan dan Bangladesh untuk belajar dakwah. InsyaALLAH bulan 11 tahun ini!

aku NAK berubah


Aku harap ak sorang sj yg baca post ni....
Aku tulis utk diri aku...
Aku x puas hati dgn "Aku"..

Aku dah salah jalan...
aku dah tenggelam..
aku dah tersesat jauh!
Dari ak umur 16-22 thn,
7 tahun! tujuh tahun!
ak x nampak apa2 perubahan yg aku dah buat utk diri aku...

Aku masa kecik ada tabiat suka mencuri,
curi batery(zaman kereta "tamiya"),
curi barang kedai,
curi duit berpuluh dan beratus-ratus,(zaman nk beli digimon)
aku hairan...
bila difikir2kan balik KENAPA aku bertindak sedemikian, dan BAGAIMANA perangai buruk itu boleh hilang?

Di zaman sekolah rendah. aku msh igt (ketika aku darjah 4),
ad seorang kawan bernama Firdaus,
seorang budak yg pandai dan cemerlrang,
ak x puas hati, aku x tahu kenapa...
Ap aku buat??

Ketika waktu rehat,
Sedia maklum, semua pelajar wajib turun rehat.
Aku tunggu dalam kelas sampai semua turun rehat,
Kemudian....
Aku selongkar beg dia
dan ambil buku latihan K.H (kemahiran hidup) yg perlu di hantar waktu kelas nnt,
dan ap aku buat?
Aku koyak helaian kertas yg perlu di hantar hari itu,
dan aku buang kan di tingkap sekolah(aras 2 atau 3),
Buku latihan dia ak simpan semula.

Aku tersenyum puas!
Hahaha! Masa ak tgk muka dia gelabah, aku hapyy!
JAHAT kan aku waktu tu, bila aku fikir2 semula, knp aku sanggup buat mcm tu?
Dan sekarang ak serba salah, kenapa aku ada perangai buruk tu,
Dan perasaan itu datang kembali waktu aku di teknik,
kawan baik aku, Fitri.

Selalu dapat markah terbaik,
dia selalu dapat focus dlm kelas,
aku? Masa di kelas selalu mengantuk dan tido dlm kelas!
Aku dah usaha x mau bg mengantuk! Mengantuk juga!
kelas KIMIA, PHYSIC, ADDMATH....
last2 SPM E, D & D!
hahaha. -_-;
Hingga terkeluar dari mulut ak "Semoga Aku x jumpa ko kat U nnt, hahaha!"

Dengan berseloroh dia pun berkata, "aku pun x nak jumpa kau...haha!"
Tahu kenapa aku ckp mcm tu?
Sebab HATI aku.
DENGKI, IRI HATI, X PUAS HATI!
Aku minta pd Allah hilangkan perasaan mcm ni, Allah kabulkan...

Sudah 5thn aku x jumpa kawan baik aku tu,
AGAR HATI aku x 'SAKIT' aku minta di jauhkan....
Aku hairan kenapa aku perlu dengki,
Hingga pernah sekali aku menangis kat Surau Teknik Kuantan, kenapa ak jd mcm ni~
Kenapa aku x jd mcm kwn baik aku...rajin, x tido dlm kelas..
hmm...

Sekarang perangai buruk aku itu ad lagi... TAK BERSUNGGUH,
ak msh igt beberapa pencpaian yg ak mmg salute pd diri ak sendiri,
Masa aku di PRA-DIP, dan SEM 5,
Apa yg aku usaha dapat di capai, dan x dapat bayangkan betap puasnya dan gembiraya dgn USAHA yg ak buat, Aku dapat sifat2 yg baik! Aku rajin, bersungguh dan bersemangat!
Sekarang, hilang kembali.........

Aku teringat kata2 MAK aku dan lecturer eco ak,
"Awal2 ja semangat, kemudian hilang...."
Betul sgt2, knp haa?? Knp ak mcm ni?
Sumpah aku rasa hilang 'harga diri'...
Aku hairan bagaimana org lain boleh maintainkan sifat baik yg mereka ada...

aku NAK berubah....
aku BENCI dgn diri aku sekarang ni...
Andai ada KUASA yg boleh hilang kan zaman gelap aku... Aku nak buang! Aku x ske nak igt..
AKU nak yg baik2 sj! Aku nak ad SIFAT yg baik2! bukan yg BURUK!
Tp sekrang ak tenggelam dgn SIFAT BURUK ak...
Ak nak keluar! .