Friday, May 16, 2008

Wujud ke Kaifiat Solat Hajat?

Bismillahhirrahmanirrahim


Assalamu3alaikum, segala pujian hanyalah bagi Allah. Salam dan selawat keatas rasul kita Muhamad Solallahhu 'laihi wa sallam, Ahlul-baitnya serta para sahabat beliau Radhiallahhu'anhuma dan mereka yang mengikuti jalan beliau hingga ke akhir kiamat.

Tajuk kali ini mungkin orang lain sudah biasa mendengar atau membacanya tetapi bagi aku, aku perlu juga untuk menyampaiknnya, kerana sedang seronok aku berborak-borak dengan sahabat aku, tiba-tiba dia menceritakan bagaimana tatacara kaifiat solat hajat yang dilakukan oleh gurunya, aku mendengarnya dan amat terkejut sekali kerana habis sahaja bacaan untuk tahiyyat akhir, kemudian sujud semula dan membaca lailahaillaanta subhanakainni kuntu minazzalimin 10X kali smbil berdoa di dlm hati. Baik..., Nabi ada buat ke? Apa status hadis mengenai solat hajat? Kita perlu ingat, Allah mengutuskan Nabi Muhamad Solallahhu 'laihi wa sallam untuk menyempurnakan agamaNya, dan Nabi Muhamad Solallahhu 'laihi wa sallam telah mengajar kita akan bagaimana tatacara solat yang telah ditetapkan. Kita tiada hak untuk menentu dan menetapkan kaifiat-kaifiat tertentu di dalam solat fardhu mahupun solat sunat. Kita ni lebih bertakwa ke daripada Nabi Muhamad Solallahhu 'laihi wa sallam.? Sampai boleh sesuka hati menentukan kaifiat-kaifiat tertentu. Kalau ada kaifiat-kaifiat tertentu sudah semestinya Nabi akan ajarkan kepada para sahabat dan pengikutnya, sedangkan setiap perkara baru atau yang diada-adakan di dalam ibadah khusus adalah sesat.. nauzubillah.. seperti mana sabda Rasullullah Solallahhu 'laihi wa sallam:

فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيرًا. فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ.

Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kalian berpegang kepada sunnahku dan sunnah al-Khulafa al-Rasyidin al-Mahdiyyin (mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan geraham. Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama) kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid‘ah dan setiap bid‘ah adalah sesat.

[Diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Tirmizi, berkata al-Tirmizi: “Hadis ini hasan sahih”. Juga diriwayatkan oleh Ibn Majah dan al-Darimi dalam kitab Sunan mereka. Demikian juga oleh Ibn Hibban dalam Shahihnya dan al-Hakim dalam al-Mustadrak dengan menyatakan: “Hadith ini sahih”. Ini dipersetujui oleh al-Imam al-Zahabi (Tahqiq al-Mustadrak, jld. 1, m.s. 288)].

Istilah untuk Bida'ah Hasanah juga ramai yang salah faham, untuk mengetahui lebih lanjut sila beli buku atau download e-book [Bida'ah Hasanah Istilah Yang Di Salah Fahami Dr Mohd Asri Zainul Abidin]

Ustaz Fathul Bari


Dr MAZA



Pesanan Imam Malik bin Anas Rahimahullah (179H):

Sesiapa yang membuat bid‘ah dalam Islam dan menganggapnya baik maka dia telah mendakwa Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam mengkhianati risalah. Ini kerana Allah telah berfirman: “Pada hari ini aku telah sempurnakan agama kamu”. Apa yang pada hari tersebut tidak menjadi agama, maka dia tidak menjadi agama pada hari ini. (al-Syatibi, al-I’tishom, m.s. 35.)


Pesanan al-Imam as-Syafi’i Rahimahullah (204H):

كل مسألة تكلَّمْت فيها صح الخبر فيها عن النبي صلى الله عليه وسلم عند أهل النقل بخلاف ما قلت فأنا راجع عنها في حياتي وبعد موتي.

Setiap perkara yang aku telah perkatakannya, sedangkan ada riwayat yang sahih di sisi ulama hadith daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang menyanggahi apa yang aku ucapkan, maka aku menarik balik ucapanku semasa hidupku dan selepas mati.
[Diriwayatkan oleh Ibn Qayyim al-Jauziyyah, ‘Ilam al-Muwaqqi‘iin
(إعلام الموقّعين), jld. 2, m.s. 266.]

[Bida'ah Hasanah Istilah Yg Di Salah Fahami Dr Mohd Asri Zainul Abidin]



SOLAT HAJAT

Solat Hajat ini didasarkan kepada hadis-hadis yang diterima daripada Uthman bin Hunaif, Abdullah bin Aufa, Abu Darda', Anas dan lain2 yg semuanya daif, sangat daif dan maudhu' belaka, yang sama sekali tidak boleh dijadikan hujah selain hadis riwayat Uthman bin Hunaif iaitu:

Seorang buta datang menemui Nabi s.a.w seraya berkata: Ya Rasulullah! do'akan kepada Allah untuk saya supaya ia menyembuhkan saya! Rasulullah Solallahhu 'alaihi wa salam bersabda: Jika engkau mahu aku ta'khirkan untukmu, dan ianya lebih baik dan jika engkau mahu akan ku do'akan untukmu. Laki-laki itu menjawab: Do'akanlah! Rasulullah Solallahhu 'alaihi wa salam menyuruhnya supaya berwudhu' dan membaguskan wudhu'nya dan supaya BERSOLAT DUA RAKAAT dan berdoa' dgn doa ini:

Allahhummainni asaluka wa atawajjah ilaika bimuhammadin nabiyyarahmah YAMUHAMMAD inni khad tawajjatu bika ila rabbi fi haajati haazihi liyukdha allahhuma fasyaffi'hufiyya.

Hadis ini sahih dan hanya hadis ini sahajalah yang dapat dijadikan dasar bagi solat hajat ini.

Akan tetapi doa'nya tentulah tidak sesuai diamalkan kerana ia bersangkutan dengan tawassul kepada Nabi Muhamad Solallahhu 'alaihi wa salam pada masa hidupnya.

Tidak ada kaifiat yang khas bagi solat hajat ini, dan tidak ada pula do'a yang khas atau surah-surah yang khas yang patut dibaca selain surah AL-FATIHAH
. TIDAK ada hadis SAHIH yg menetapkan perkara2 tersebut. [Pedoman Solat2 Sunat Menurut Sunnah Rasul Ustaz Abdul Ghani Azmi haji Idris Penerbit Darul Nu'man m/s 314-315]

Ustaz Fathul Bari



HADIS-HADIS lemah yang lain:

عَنْ اَبِيْ الدَّرْدَاءِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : يَا اَيُّهَا النَّاسُ ، إِنِّيْ سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : مَنْ تَوَضَّأَ فَأَسْبَغَ الْوُضُوْءَ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ يُتِمُّهُمَا أَعْطَاهُ اللهُ مَا سَأَلَ مُعَجَّلاً أَوْ مُؤَخَّرًا

حَدَيْثٌ ضَعِيْفٌ . رَوَاهُ أَحْمَدُ فِى الْمُسْنَدِ 6/332 – 443



“Dari Abi ad-Darda’ radiallahu ‘anhu berkata: Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda!: Barangsiapa yang berwuduk, lalu dia sempurnakan wuduknya, kemudian melakukan solat dua rakaat dengan sempurnanya, nescaya Allah akan menunaikan segala hajatnya (apa sahaja yang diminta) cepat atau lambat”.

Hadis Lemah. Diriwayatkan oleh Ahmad dalam al-Musnad 6/442 – 443.

Hadis di atas ini lemah. Ia dimuatkan oleh Syaid Sabiq dalam kitabnya “Fiqih Sunnah”. Hadis ini dianggap oleh Syaid Sabiq sebagai hadis sahih, namun sebaliknya menurut al-Imam Nasruddin al-Albani rahimahullah bahawa hadis ini terbukti hadis yang lemah. (Lihat penjelasan Nasruddin al-Albani dalam kitabnya: Tamamul Minnah. Hlm 260) Hadis ini tidak boleh dijadikan hujjah untuk membolehkan solat hajat. Begitu juga hadis ini dan yang semisal dengannya tidak mempunyai syawahid.

Menurut al-Albani rahimahullah: Hadis di atas ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad rahimahullah dalam Musnadnya 6/442 - 443 dengan sanadnya yang lemah (dhaif). Di dalam sanadnya terdapat seorang rawi yang majhul (tidak dikenali/tidak diketahui), iaitu Maimun Abi Muhammad. (Lihat: Tamamul Minnah. Hlm. 260)


قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ كَانَتْ لَهُ إِلَى اللهِ حَاجَةً ، أَوْ إِلَى أَحَدٍ مِنْ بَنِيْ آدَمَ ، فَلْيَتَوَضَاُّ وَلْيُحْسِنِ الْوُضُوْءَ ، ثُمَّ لِيُصَلِّ رَكْعَتَيْنِ ، ثُمَّ الْيُثْنِ عَلَى اللهِ وَلِيُصَلِّ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، ثُمَّ لِيَقُلْ: لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ الْحَلِيْمُ الْكَرِيْمُ ، سُبْحَانَ اللهِ رَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ، اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، أَسْأَلُكَ مُوْجِبَاتِ رَحْمَتِكَ ، وَعَزَائِمِ مَغْفِرَتِكَ ، وَالْغَنِيْمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ، وَالسَّلاَمَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ، لاَ تَدَعْ لِيْ ذَنْبًا اِلاَّ غَفَرْتَهُ ، وَلاَ هَمًّا اِلاَّ فَرَجْتَهُ ، وَلاَ حَاجَةً هِيَ لَكَ رَضًا اِلاَّ قَضَيْتَهَا يَا أَرْحَمَ الرَّحِمِيْنَ

حَدِيْثٌ ضَعِيْفٌ جِدًّا . اَخْرَجَهُ التَّرْمِذِي (1/477). وَابْنُ مَاجَه رَقَم (1348) . وَالْحَاكِمُ (1/230). كُلُّهُمْ مِنْ طَرِيْقِ فَائِدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ أَبِيْ أَوْفَى مَرْفَوْعًا

قَالَ التُّرْمِزِي: هَذَا حَدِيْثٌ غَرِيْبٌ ، فِى اِسْنَادِهِ مَقَال . فَائِدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَن يُضَعَّفُ فِى الْحَدِيْثِ ، وَفَائِدُ هُوَ أَبُوْ الْوَرْقَاء

“Telah bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Barangsiapa yang mempuyai hajat kepada Allah atau kepada salah seorang dari Bani Adam, maka hendaklah dia berwuduk serta membaguskan wuduknya, kemudian solat hajat dua rakaat. Setelah selesai solat hendaklah dia menyanjung Allah dan berselawat kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Kemudian ia membaca doa hajat:

لاَ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ الْحَلِيْمُ الْكَرِيْمُ ، سُبْحَانَ اللهِ رَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ ، اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ ، أَسْألُكَ مُوْجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ ، وَالْغَنِيْمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ ، وَالسَّلاَمَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ ، لاَ تَدَعْ لِيْ ذَنْبًا إِلاَّ غَفَرْتَهُ ، وَلاَ هَمًّا إِلاَّ فَرَجْتَهُ ، وَلاَ حَاجَةً هِيَ لَكَ رِضًا إِلاَّ قَضَيْتَهَا يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Hadis di atas ini sangat lemah. Dikeluarkan oleh Imam Tirmizi (1/477). Ibnu Majah No. 1384. Dan Hakim (1/320). Semuanya dari jalan Faaid bin Abdurrahman dari Abdullah bin Abi Aufa secara marfu’.

Imam Tirmizi rahimahullah dalam riwayatnya menjelaskan tentang hadis ini bahawa:

“Hadis ini gharib (asing), pada sanadnya ada perbincangan (dipersoalkan) atau (maqal مقال) disebabkan Faaid bin Abdurrahman telah dilemahkan hadisnya. Dan Faaid dia adalah Abu al-Waruqa”. (Lihat: Sunan Ibnu Majah, Kitab Iqamatus Solah wa-Sunnatu Fiha. Bab Ma Jaa Fi Solatul Hajah. Hadis 189)

Didapati sanad (rawi) hadis ini sangat lemah, kerana Faaid bin Abdurrahman telah dilemahkan oleh ramai (sejumlah besar) ulama hadis (muhaddis). Di bawah ini dibawakan penjelasan para ulama hadis tentang Faaid bin Abdurrahman Abdul Waruqa’:

Berkata Abdullah bin Ahmad dari bapanya (Imam Ahmad rahimahullah), bahawa hadis ini termasuk “Mungkarul hadis” منكر الحديث atau orang yang ditinggalkan (tidak boleh dipakai) hadisnya.

Berkata Imam Ibnu Ma’in: Faaid binAbdulrrahman dhaif (lemah hadisnya) dan bukan orang yang siqah (tidak dipercayai).

Berkata Imam Abu Daud: Faaid bin Abdurrahman Waruqa’ tidak berguna (istilah yang bermakna lemah/perawi yang lemah).

Berkata Imam an-Nasaii: Faaid bin Abdulrrahman dia perawi yang tidak siqah atau matrukul hadis (hadisnya ditinggalkan).

Berkata Imam Abu Hatim: Hadis-hadis dari Ibn Abi Aufa batil (Faaid bin Abdurrahman meriwayatkan hadis ini dari Ibnu Abi Aufa), maka hadisnya batil.

Berkata Imam al-Hakim: Faaid bin Abdurrahman meriwayatkan hadis ini dari Ibnu Abi Aufa dan hadis-hadisnya adalah maudu’ (palsu).

Berkata Ibnu Hibban: Hadis ini adalah “Mungkarul Hadis” منكر الحديث iaitu jenis hadis yang darjat mungkar.

Berkata Imam al-Bukhari: Mungkarul Hadis. Dan menurut jarah Imam al-Bukhari:

“Bahawa setiap rawi yang telah aku katakan padanya mungkarul hadis, maka tidak boleh diterima segala riwayatnya”. (Lihat: Mizanul I’tidal. 1/6)

Dengan keterangan ini, jelaslah bahawa hadis tentang solat hajat sangat lemah kerana telah lemahkan oleh ramai ulama hadis, malah menurut sebahagian besar ahli hadis (ulama hadis/muhaddis) ia adalah hadis palsu, mungkar atau matruk (ditinggalkan).[sumber]:


Kesimpulan:

1. Solat Hajat
Hampir kesemua hadis mengenai solat Hajat adalah dha'ef, sangat dha'ef dan maudhu'.

a. HR Ahmad dari Abu Darda'. Dha'ef mungkar menurut azZahabi dan Albani (Tamamul Minnah/20)

b. HR Ibn Majah, Termidzi dan al_Hakim dari AbduLlah bin Abu Aufa. Ibn Jauzy, alMaudhu'at 2/140, Albani ( Dha'eef alJami'us Sagheer)

c. HR alMuwatta', atTabarani, adDailami dari Anas bin Malik. Ibn Jauzi meletakkan dalam alMaudhu'at 2/141

Hanya ada satu hadis saja yg sahih: HR atTermidzi, Ibn Majah, alHakim dan Ibn Khuzaymah dari Uthman bin Hunaif mengenai seorang buta yg datang menemui Nabi saw. Maka Nabi menyuruhnya solat dan do'a dlm bentuk tawassul.
Oleh kerana ada satu hadis saja yg boleh menjadi dasar utk solat Hajat dan dikelilingi oleh hadis2 lain yg dha'ef, amat dha'ef dan maudhu', maka solat Hajat ini statusnya kontroversi. sumber

No comments:

Post a Comment

Biarlah dgn berilmiah...