Tuesday, October 28, 2008

Siapa Yg Membahagiakan Kita?

Laman Fikir

Assalamu3alaikum, kepada saudara2 seislamku, insan2 dan manusia2(insan2 dan manusia sama latu...aduyai..) sekalian. Tulisan untuk tatapan semua lapisan masyarakat (:

Semasa dalam perjalanan pulang dr Kuala Lumpur ke Kerteh, selepas menghadiri Majlis Eid Fitri bersama rakan2 al-fikrah.net dan beramah mesra bersama Mufti Perlis Dr Asri pd hari ini 27 Oktober 2008, aku menerima satu pesanan ringkas SMS yg bertarikh 27 Oktober 2008 pd pukul 5.50 minit petang 07 saat huhuhu:

"Disaat ibumu tidur lelap, cuba kamu pandangi dia dalam2,
Dan bayangkan matanya tidak akan terbuka untuk selamanya,
Tangannya tidak mampu lagi untuk menghapuskan air mata kita,
Dan tidak ad lg nasihatnya yg selama ini sering kita abaikan,

Bayangkan ibumu sudah TIADA,
Dan apakah kamu sudah mampu membahagiakannya?
Yang sekian kalinya dia selalu membahagiakanmu, memenuhi kehendak mu,
Apakah kamu pernah berfikir?
Betapa besar pengorbanannya..

KirimSMS ini ke 10 orang, kalau kamu termasuk orang yg sayang pd ibu...

AMANAH"


Kalau dibaca sepintas lalu, memang tidak perasan apa2 dan akupun rasa nak sent kpd 10 orang yg tersayang huhu, tp....tp.... entah aku rs em...nantila nanti kedit hbs pulak...hehehe. So aku biarkan dalam inbox tu utk sementara waktu...

Kemudian aku baca semula pd malam hr ketika duduk didalm bas. Eh! Ad yg tak kena ni, ini kes SERIUS ni! Cuba korang perhatikan ap yg aku highlight kan dibawah ni...:

"Disaat ibumu tidur lelap, cuba kamu pandangi dia dalam2,
Dan bayangkan matanya tidak akan terbuka untuk selamanya,
Tangannya tidak mampu lagi untuk menghapuskan air mata kita,
Dan tidak ad lg nasihatnya yg selama ini sering kita abaikan,

Bayangkan ibumu sudah TIADA,
Dan apakah kamu sudah mampu membahagiakannya?
Yang sekian kalinya dia selalu membahagiakanmu, memenuhi kehendak mu,
Apakah kamu pernah berfikir?
Betapa besar pengorbanannya..

KirimSMS ini ke 10 orang, kalau kamu termasuk orang yg sayang pd ibu...

AMANAH"

Point 1-menghapuskan-: Siapa yg dapat menghapuskan AIR MATA? Adakah seorang manusia yg lemah lg hina yg bergelar IBU? Tidak! yg dapat menghapuskan air mata hanyalah ALLAH Tuhan yg menjadikan manusia dan mencipta semesta alam. Perkataan tersebut boleh menyebabkan SYIRIK.

Surah Al-Muu'minun 23:

12. Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah.

13. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim).

14. Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.

Yela kalau dr sudut bahasa tu tak betul...tulislah mengesat tak ada la aku nak poning2 ha, em bersangka baikla, mungkin yg buat SMS ini tak tahu perkataan mengesat, pasai tu dia tulis menghapus...Wallahhualam. ^,^

Point 2-membahagiakan-: Siapakah yg dapat membahagiakan insan? Adakah seorang manusia yg lemah lg hina yg bergelar IBU? Tidak! yg dapat membahagiakan hanyalah ALLAH Tuhan yg menjadikan manusia dan mencipta semesta alam. Perkataan tersebut boleh menyebabkan SYIRIK.

Surah An-Najm 53:

43. dan bahwasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis,

44. dan bahwasanya Dialah yang mematikan dan menghidupkan,

45. dan bahwasanya Dialah yang menciptakan berpasang-pasangan pria dan wanita.

Kalau dr sudut bahasa melayu kurang tepat tu, ubah la perkataan bahagia kepada berbakti/berbuat baik tak ada la aku 'melompat' sgt bila terbaca ^,^ dan lebih selari dgn perintah Allah subhanahuwata'ala untuk kita berbakti kepada kedua orang ibu bapa bukan membahagiakan.

Luqman 31:

14. Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun[1180]. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.

Maka kesimpulannya siapa2 yg dapat pesanan ringkas tersebut, hantar semula kpdnya dan tegurlah sahabat kita itu dan bglah pendapat serta solusinya seperti kaedah diatas. Kalau panjang sgt seperti aku huraikan seperti diatas, ringkaskan (: Jgn kita mengkritik sahaja, tetapi tidak mesra untuk bg pendapat/ solusinya.

*Kirim ARTIKEL ini kpd 10 orang, kalau kamu termasuk orang yg sayang pd AKIDAH kamu, saudara2 seislam, dan umat manusia yg lain hehehe...

Wednesday, October 22, 2008

Iman Up Down & Amar Makruf Wanahi Mungkar

Bila Iman korang naik....mudah nak buat baik,
Bila Iman korang down....mudah nak buat jahat,

kan2...ngaku shjalah...

Apa kaitan iman turun naik dgn amar makruf wa nahimungkar?

Renungkan, tanggungjawab dan peranan kita didalam amar makruf wa nahi mungkar kian diabaikan, apa sudah jd...? Sedangkan sesuatu situasi kemungkaran boleh jd fardhu ain/kifayah keatas diri kita...

Tidak berbanggakah kita sebagai umat Muhamad s.a.w yg dimuliakan kerana adanya Amar makruf wanahimungkar ini. Tidak teringatkah kita kaum bani israil dibinasakan kerana membiarkan perkara mungkar berlaku didepan mata?

Silap kita juga knp tidak dicari rakan2 yg suka memberi peringatan dan nasihat kepada kita..? Silap kita juga kenapa pilih kwn2 yg sekepala dgn kita nak pula sekepala buat2 'nakalkan..' sekepala buat benda baikkan bagus....

Bila bergaul dgn rakan2 yg baik...secara otomatik...mereka akan mengajak kita untuk melakukan perkara2 yg baik walaupun kita anggap remeh benda tu tapi baik utk kita, contoh "Jom berjemaah di surau/masjid..../kau tau x perkara yg mencemarkan aqidah?/potongla kuku tu nmpk kemas dan bersih./ pakai la wangi2 sunnah pa..(untuk perempuan tidak dibenarkan. Sekadar diri sendiri shj bau) "...ok perhatikan, itu bila iman mereka naik, kita sebagai ahlisunnah waljamaah...kita beriman bahawasanya Iman akan upgrade dan down...

Bila iman mereka down atau akan ad penyakit malas....Alhamdulillah iman kita pula upgrade...maka kita peringat rakan2 kita pula....

Indah bukan, kejadian Allah dan hikmah disebalik iman turun naik, kerana itu betapa pentingnya amarmakruf wa nahimungkar didalam kehidupan seharian dan perlu diingatkan biarlah dengan adab2nya.. (Budi Bicara Dalam Berdakwah) carilah rakan2 yg sudi menegur kita bila melakukan kesilapan, kita pula perlulah bersedia jika ada sebarang teguran atau nasihat pd diri kita Just my 5 cent.. :)