Wednesday, May 07, 2008

Ringkasan Tentang Syiah

Bismillahirrahmanirrahim

Syiah ialah golongan yang mendokong cita-cita untuk menjadikan Saidina 'Ali sebagai khalifah Rasullullah Solallahhu a'laihi wa sallam. Mereka berpendapat bahawa Saidina 'Ali sahajalah yang layak dan berhak dilantik menjadi Khalifah selepas kewafatan Rasullullah Solallahhu a'laihi wa sallam. Keyakinan mereka ini berdasarkan hadis berikutnya.



Syiah Imamiyyah


Hadis itu maksudnya:

Daripada Sya'bah, daripada Salamah bin Kuhail katanya:

Aku telah mendengar Abu AtThufail meriwayatkan daripada Abu Sarihah ATAU Zaid b Arqam (Syaibah keliru nama perawi) daripadaa Nabi Muhamad Solallahhu a'laihi wa sallam, sabda baginda: Sesiapa (yang menjadikan) aku sebagai ketuanya maka 'Ali adalah ketuanya. (Riwayat At-Tirmizi. Buku Teks Tingkatan 5 m/s 76)

Berdasarkan hadis ini mereka berhujah Rasulullah telah menamakan Saidina 'Ali sebagai khalifah secara simbolik.


Kumpulan ini dinamakan Syiah Imamiah kerana mereka berpendapat jawatan pemimpin umat islam(imam) hanya layak disandang oleh Ahlul Bait. Pegangan mereka yang berbeza dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah:

> Beri'ktikad bahawa jawatan imam adalah jawatan yang dianugerahkan oleh Allah seperti kenabian. Imam-imam tersebut dianggap ma'sum tetapi tidak mendapat wahyu. Jawatan ini hanya layak disandang oleh 12 Imam daripada kalangan Ahlul Bait mengikut urutan. Setiap imam akan menamakan seseorang sebagai penggantinya. Berdasarkan pandangan ini, mereka juga dikenali dengan nama Syiah Isna'asyariyyah (syiah 12).

> Menolak semua hadis yang bukan diriwayatkan oleh Ahlul Bait.

> Beri'ktikad bahawa imam ke-12 mereka iaitu Muhamad Al-Mahdi alQaim Bilhujjah akan muncul sebagai Imam Mahdi.

>Ber'amal dgn Takiyyah iaitu menyembunyikan i'tikad sebenar mereka apabila berhadapan dengan orang yang berbeza i'tikad dengan mereka.

>Mengharuskan perkahwinan Mut'ah iaitu nikah sementara waktu atau nikah kontrak.



Syiah Zaidiah

Nama Syiah Zaidiah adalah sempena pengasasnya, Zaid bin 'Ali Zin al'Abidin, cicit kpd 'Ali bin Abi Thalib. Pegangan mereka yang berbeza dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah:

> Ber'iktikad kedudukan pelaku dosa besar berada antara keimanan dan kekufuran,

> Ber'iktikad bahawa perbuatan manusia adalah dilakukan oleh manusia bukan Allah,

> Walaubagaimanapun mereka menolak beberapa pegangan Syiah yang lain seperti kema'suman para imam kecuali 'Ali, Fatimah, Hasan dan Husin. Mereka juga menolak Takiyyah dan kepercayaan bahawa Muhamad Al-Mahdi alQaim Bilhujjah sebagai Imam Mahdi.



Syiah al-Batiniyyah


Kumpulan ini dinamakan al Batiniyyah kerana pandangan mereka yang menganggap al-Quran mempunyai makna zahir dan makna batin yang hanya difahami oleh Imam mereka. Mereka merupakan kumpulan Syiah yang paling radikal dan sesat. Pegangan mereka:

> Ber'iktikad bahawa 'Ali dan Imam2 mereka yang lain sebagai tuhan.

> Beriktikad bahawa Imam mereka Muhamad bin Al-Hanafiyyah masih hidup.

> Menghalalkan beberapa kemungkaran seperti minum arak.



* Golongan syiah berpecah menjadi 22 puak. Antara yang masih kekal hingga sekarang ialah Imamiah dan Zaidiah.

* Ahlul Bait ialah kaum keluarga Nabi Muhamad Solallahhu a'laihi wa sallam.


Sumber: Pendidikan Islam Tingkatan 5 Dewan Bahasa dan Pustaka m/s 76-78

No comments:

Post a Comment

Biarlah dgn berilmiah...