Monday, May 05, 2008

Budi Bicara Dalam Berdakwah

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas Nabi junjungan kita Muhamad Solallahhu 'alaihi wa sallam, Assalamua3alaikum saya ucapkan.

Sedikit peringatan kepada mereka yang lupa termasuk diri saya sendiri, di mana kita sering berbicara tetapi leka dengan kesyahduan pembicaraan itu sendiri, di mana kita kadang-kala berbicara tanpa menggunakan 'akal dan banyak menghabiskan masa dengan berbicara akan perihal-perihal yang tidak berfaedah. Sungguh bagi orang-orang yang ditunjukkan hidayah oleh Allah dan orang-orang yang beriman akan terkesan akan ayat ini firman Allah Subhanahu wa ta'ala :

A'uzubillah himinassyaitha nirrajim(Aku berlindung kepada Allah daripada gangguan syaitan yang direjam)

قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ (١)
1. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,

ٱلَّذِينَ هُمۡ فِى صَلَاتِہِمۡ خَـٰشِعُونَ (٢)
2. (yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya

وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَنِ ٱللَّغۡوِ مُعۡرِضُونَ (٣)
3. dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, (23. Al Mu'minuun 1-3)

Renung-renungkanla semula setiap perbuatan dan perkataan yang kita lakukan dan ucapan kita selama ini. Bersediakah kita untuk menghadapi SETIAP pertanyaan drpd Rabb yg Maha Agung akan setiap perilaku perbuatan dan perkataan kita dihadapanNya kelak?


Sekadar mukadimah, bagi menyampaikan secebis ilmu aku ini. Perlu diberi perhatian setiap kerja dan amal-amal ibadat yang khusus mempunyai method dan peraturan yang telah ditetapkan, kalau di dalam perakaunan, seseorang perlu mengetahui asas-asasnya seperti debit dan kredit apakah item-item debit dan apakah pula item-item kredit. Di mana perlu diketahui untuk menyediakan kunci kira-kira, perkara-perkara asas seperti debit dan kredit ini perlu diketahui agar perkiraannya, kedudukannya tidak menjadi celaru dan silap, dimana ruangan debit yang perlu dihuraikan dalam kunci kira-kira ialah antaranya Aset Bukan Semasa(Perabot, Alatan Pejabat) dan Aset Semasa(Tunai, Bank, Stok, Penghutang). Di dalam ruangan Kredit pula antaranya Ekuiti pemilik(modal, untung bersih), Liabiliti Bukan Semasa(Pinjaman) dan Liabiliti Semasa(Pemiutang, sewa terakru). Dengan mengetahui asas-asas dan item-item debit dan kredit ini juga, akaun Imbangan Duga juga dapat dihasilkan.

Seperti itu juga di dalam berdakwah, asas-asasnya juga perlu ada, dimana 'amar makruf wa nahi mungkar merupakan ibadah yang mempunyai method dan berperaturan. Islam adalah agama yang berpegang teguh pada disiplin dan peraturan. Bermula dari wuduk, solat, puasa, zakat sehinggalah haji. Semuanya itu mempunyai method dan rukun-rukunnya. Bermula dari dalam masjid hingga ke medan perang. Begitu juga halnya dengan amar makruf wa nahi mungkar.

Dalam keadaan sukar ketika bertempur dengan musuhpun, para pejuang Islam masih dituntut untuk berpegang pada peraturan tertentu seperti tidak mencincang mayat, tidak membunuh kanak-kanak dan wanita, tidak membunuh para perwakilan(diplomat) dan sebagainya.

Oleh kerana 'amar makruf wa nahi mungkar termasuk ibadah, maka setiap ibadah mempunyai dua syarat, iaitu IKHLAS dan MENEPATI AL-QURAN DAN SUNNAH. Sesiapa yang ikhlas TETAPI TIDAK menepati al-quran dan sunnah, maka amalanya ditolak. Begitulah juga sebaliknya.

Firman Allah S.W.T:

A'uzubillah himinassyaitha nirrajim,

ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلۡمَوۡتَ وَٱلۡحَيَوٰةَ لِيَبۡلُوَكُمۡ أَيُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلاً۬‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡغَفُورُ (
٢)
Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) -Surah Al-Mulk ayat 2-

Maksud أَحۡسَنُ عَمَلاً۬‌ۚ dalam ayat di atas ialah orang yang paling IKHLAS dan BETUL AMALANNYA. Ini kerana, amalan yang dilakukan dengan cara yang salah tidak akan diterima walaupun ikhlas. Sehinggalah ia memenuhi kedua-dua syarat di atas, iaitu ikhlas dan betul. (Ibn Rejab, Jami' al-'Ulum wa al-Hikam, jil:1, ms 23)

Ibn Taimiyah r.h (w.728 H) berkata:

Oleh kerana ini menjadi batasan setiap amalan soleh, maka penyeru kepada makruf dan pencegah mungkar itu sendiri wajib memenuhi tuntutan tersebut. Justeru itu, ia tidak akan menjadi amalan soleh selagi tidak diiringi dengan ilmu dan fikah.

'Umar bin 'Abdul Aziz berkata:

Sesiapa yang mengabdikan diri kepada Allah tanpa ilmu, maka apa yang dia rosakkan lebih banyak daripada apa yang dia perbaiki.

Ini suatu yg jelas. Tujuan dan amalan tanpa ilmu termasuk kejahilan, kesesatan dan mengikut hawa nafsu. Inilah perbezaan antara golongan jahiliah dan Islam. Pelaksana 'amar makruf wa nahi mungkar mestilah mempunyai ilmu mengenai makruf dan mungkar serta mampu membezakan antara kedua-duanya. Dia juga mesti arif tentang, keadaan pelaku maksiat yang ingin dicegahnya itu.

Disunting semula dari:

- Nota Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 dan
- Membela Islam Tanggungjawab dan Disiplin (Dr. Mohd Asri Zainal Abidin)

No comments:

Post a Comment

Biarlah dgn berilmiah...