Monday, May 05, 2008

Sembang-sembang Umum Mencari Bakal isteri

Bismillahirrahmanirrahim

Tok Ddeka wrote:
Sekali lagi, kemudi rumahtangga terletak pada ketahanan lelaki, dan bukan kepada berapa lama pasangan itu berkenalan. Kalau lelaki sendiri boleh dipengaruhi oleh kecantikan seseorang wanita, sehingga dia boleh lupa pada pesanan Rasulullah SAW mengenai ciri isteri yang baik, tengoklah nanti apa yang akan jadi pada rumahtangga yang akan dibinanya.

klik disini untuk lebih lanjut

Tok Ddeka wrote:
Pendapat ambo:
Ramai lelaki yang melambat-lambatkan pernikahan, walau calong yang berkenan sudah ada, kerana risau kot-kot calon yang dia berkenan itu bukan yang terbaik untuknya. Begitulah juga bila dia jumpa pula calon yang lain.

Persepsi lelaki pada perempuan sebelum kawin adalah sangat berbeza dengan selepas kawin. Agaknya begitulah juga pesepsi perempuan kepada lelaki. Apa yang terzahir sebelum kahwin adalah sangat sedikit dengan apa yang akan terzahir selepas kahwin pada kedua-duanya. Sebelum kawin, kedua-dua lelaki dan perempuan itu akan cuba menunjukkan yang terbaik, masing-masing akan cuba memikat. Namun, selepas kawin, apabila sudah mula makan setalam dan tidur sebantal, akan terzahirlah pula benda-benda lain yang selama ini disembunyikan oleh kedua-duanya. Maknanya, realiti mengenai lelaki atau perempuan itu hanya akan terzahir kepada keduanya SELEPAS kawin.

Tapi, jangan risau kerana Allah Taala itu CONFIRMED ada, untuk memberikan segala bentuk perasaan kepada laki-bini supaya mereka kekal sebagai laki-bini ke akhir hayat, walau terdapat hal-hal yang selama ini tidak terzahir antara laki-bini itu sebelum mereka kahwin.

JODOH itu di tangan TUHAN. Takkanlah kita hanya pandai sebut saja, tapi tidak tahu menghayati kata-kata itu.

Maknanya, sejauh manakah lelaki itu boleh mengenali seseorang perempuan, dan sejauh manakah perempuan itu mengenali lelaki jika mereka masih belum berkahwin. Dengan itu juga, persoalan ‘nak kenal dengan lebih dekat, lebih mendalam’ sebelum kahwin, pada ambo adalah satu teori yang tidak boleh dipakai. Sejauh mana mereka cuba mengenali sekalipun, mereka tidak akan kenal, dalam kebenaran perkenalan yang sebenarnya. Sedangkan dalam proses pengenalan itu, penyucuk-penyucuk yang terdiri dari Iblis dan Syaitan akan bergerak aktif untuk mendorong pasangan itu ke arah yang kita semua tahu ke mana.

Telah ramai pasangan, yang kononnya berkenalan dengan begitu dekat dan mendalam sebelum kahwin, yang berakhir dengan penceraian. Apa pula sumbangan perkenalan yang begitu dekat dan mendalam kepada kekalnya rumahtangga ke akhir hayat? Adakah sumbangannya? Kalau ada, dalam bentuk apa?

Sekali lagi, kemudi rumahtangga terletak pada ketahanan lelaki, dan bukan kepada berapa lama pasangan itu berkenalan. Kalau lelaki sendiri boleh dipengaruhi oleh kecantikan seseorang wanita, sehingga dia boleh lupa pada pesanan Rasulullah SAW mengenai ciri isteri yang baik, tengoklah nanti apa yang akan jadi pada rumahtangga yang akan dibinanya.

Siapakah lagi yang lebih baik recommendationnya selain dari Rasulullah SAW?

Beristikharahlah, kemudian buatlah keputusan yang tegas dan berperinsip, ya atau tidak. Untuk YA ada kepastiannya, untuk TIDAK juga ada kepastiannya.

WA

No comments:

Post a Comment

Biarlah dgn berilmiah...