Saturday, November 10, 2012

...=D...

...Bismillah...

Segala Pujian Milik ALLAH, akhirnya graduate juga, dengan pointer CGPA 2.65 (cukup2 makan)

InsyaALLAH sambung degree Islamic Banking, walaupun sebelum ini ada terfikir mahu berhenti belajar, tapi aku batalkan niat tersebut,

Untuk mama dan abah, 

InsyaALLAH mahu di tebus semula segala result sampah ak dari SPM sampai diploma.. Untuk degree kali ini, target realistik yang mampu untuk di capai, insyaALLAH 3.3 akan ku maintain tiap2 sem! Walaupun agak lambat masuk degree =) untuk ke jalan Allah selama 4 bulan IPB (India Pakistan Bangladesh)! 

Mungkia aku masuk lambat atau masuk second intake depend on situation, =) Semoga ALLAH mudahkan.. 

"Hidup ini ALLAH beri KUASA memilih" ini pilihan yg aku sudah tekadkan, selebihnya aku serahkan pd ALLAH, dan harapkan pertolonganNYA.

A.I.M.Z.A.b.N.A
9.54AM
10 November 2012


Thursday, November 08, 2012

... Grad ! ...

Alhamdulillah! =D

InsyaALLAH 4 BULAN di jalan Allah! India Pakistan Bangladesh!

Ehh! Tau mana? ko dah grad!?

Aku dengar dari mulut haji fadli (Syura Terengganu). dengar daripada En Naha (Lecturer karkun uitm), yg dari segi "official" aku lulus dan grad! Akhirnya....=DDDDD dan...esok keputusan (9hb Nov) yg real akan keluar!

InsyaALLAH keputusan utk diploma "lulus"  utk lepas ke degree~

InsyaALLAH after 4 month IPB ....target aku lepas ni.....akan sambung degree untuk mak ayah aku! Boleh?

Aku akan target untuk 3.5 above utk degree kali ni! InsyaALLAH Bismillah!

Aku x pernah gembirakan hati mak ayah aku...dengan result yang gempak, jadi untuk degree kelak dengan Izin Allah akan aku tebus keputusan yg macam sampah dari SPM hingga lah diploma.dengan Degree. Bismillah!

InsyaALLAH kahwin masa nk dekat habis degree! muahahaha~ =D

Then cari kerja....untuk anak bini, mak ayah, haji lagi.......... dalam tempoh 5 atau 7 tahun...

kemudian...insyaALLAH buka business sendiri....

Errr macam susah je.....

Susah senang, benda lumrah! memang Fitrah! rempuh sj........! lahau la wa la quwwatailla billah!

Semoga Allah afiat kan aku, guna kan aku dalam ketaatan semasa berada di jalanNYA, dan terbentuk dalam diri aku sifat-sifat sahabat  yg umum radhiaALLAH ajma'in...

A.I.M.Z.A.b.N.A
2.38PM
8 Nov 2012

Saturday, June 09, 2012

...Kembali...

UiTM dungun, aku dtg blk....
Balik2 muka kau UiTM Dungun...
Bila agknya kau ingin lepaskan aku ye...
Kau x salah sebenarnya...
Aku yg salah....

Kau banyak memberi....
Aku? hanya tahu kembali....

Ada seorang lecturer ECO aku sir ridwan namanya, pernah berkata pd aku,
"Allah ta'ala msh nk gunakan tuan utk buat dakwah disini la tu..."
Ameen,

tiba2 adam, msg aku, "Abg zamir... Ayah adam x pcaya hadith ke? Bila ayah n mak adam nk dpt hidayat.?"
terkejut juga, ap hal mlm2 buta msg ak mcm ni....ak reply dia x reply pulak,

Adam ni la yg aku x dpt lupa, sebab ap?
Sebab 'sifat' dia... sumpah ak terharu, terkesima dan mcm2....
ap kes?

satu hari tu, en naha, (lecturer akaun) suh ak tasykil (ajk keluar/tanya keadaan dan keperluan) budak2 utk keluar jalan Allah, kebetulan Allah ta'ala bg aku demam hari tu...
di sebabkan 'takaza agama' aku belajar2 laksanakan walau dlm keadaan x sihat...
dlm masa yg sama basikal pun kwn ak pinjam....
so dari perhentian berjalan sampai ke tenggol, ak cari adam and kawan2 yg nk 'keluar' , ak cari dari perhentian, tenggol and gemia. utk tanya keadaan mcm mn boleh x keluar.

Sampai2 di bilik adam, dia sorang ja kat bilik...kwn2 dia semua blk kampung, waktu tu cuti ap ntah....
So nk di jadikan crta, adam minta teman dia...kat bilik tu...
jahat gak aku, aku terfikir ap tau, "gay ke mamat ni" hahaha~
dia pujuk2 aku on je la...

dan2...waktu tu, lepas ak dh bw brg2 yg patut dan baring atas katil..demam ak bertambah2 ak x larat nk bergerak...sumpah...ak x pernah rasa demam mcm ni....berat semacam.....

[p/s:ha potong line kejap, masa aku demam teruk ni pun Allah ta'ala bg mak ayah aku demam juga,
waktu ni la aku belajar2, ap dia? 2rakaat selesai segala masalah, mmg berkesan,  =) dgn 2 rakaat, tanpa mkn ubat, demam hilang. mak ayh aku mkn ubat, x sembuh2 lagi, hebat kan solat 2 rakaat!? cuba la dgn penuh yakin dan ihtisab
alrght sambung story~ ;p]

ms tu la adam, tiba2 selimut kan ak, perah air letak kat dahi aku, stokin kan kaki aku....
selama 2@3 hari, pergh....~ dh mcm mak aku daaa~
aku agak terkejut dgn sifat 'ikram' dia...
Sebab ak x pernah2 nk ikram org mcm tu,
kawan ak demam pun...ak just bg ubat, x hengat plak nak smpi selimut bdn ka, kaki ka,
Jazakallah Khair Kathira ya Adam.

aku igt lg dia kata
"adam lg rela keluarkan duit utk belanja org mkn dari diri sendiri"
MasyaALLAH dh mcm sifat sahabat, utamakan org lain..
Semoga Allah tambahkan lbh banyak kebaikkan kpd Adam,
Smoga dia x terbaca blog ni, kang kembang terlebey2  plak...mmg ak maki blk..

Esok/lusa aku nak gerak uitm, insyaALLAH, semoga ini adalah sem terakhir aku.....
4 bulan IPB insyaALLAH!


Thursday, June 07, 2012

...Penat+Happy+Risau...

Wolawei~ br pulang dr Ijtimak Terengganu wei. =)
Sebelum ke sn, pd hari Selasa "ghast" pertama di Surau Gong Cengal, bro Arifin ad bg tau, "di markas sekarang pun perlu kan org utk khidmat, x ramai org so aku rasa baik tuan g segera....",
So dup dap, dup dap... Esknya (Rabu) ad mesyuarat di Surau Biru, Kerteh fasal ijtimak.
Mesyuarat di ketuai oleh, Syura Terengganu, Hj Arifin.
Halaqah Kemasik and Kerteh di pertanggungjawabkan utk "Toam" (aka makan).
Mesyuarat punya mesyuarat, hbs mesyuarat, deal dgn bro Romzi, esk (Khamis) lepas subuh gerak ke Markas Madrasah Quran Kubang Bujuk.

Mula2 sampai, turun dari kereta, letak beg pakaian, terus tukar baju.
Kemudian g ratakan tanah, pasir bertimbun2.
Sodok pasir, campak sana, campak sini.
Cangkul sana, cangkul sini.
Jentera datang terus lenyek bg rata!
Khemah plok!
Buat lubang, gali sana, gali sini, korek sana korek sini.
Tarik2 tali, ikat sana, ikat sini.
Woahh~ kejang otot2 ak. Sakit tgn2. 
X pernah2 hayat hidup aku buat kerja2 mcm ni.. ;p
Surrender aku!

Amik part lain plok!
Bahagian memotong sayur.
Tenyeh bawang putih, buang kulit ubi, belah tembikai, siang ikan (part ni paling ak x suke, jijik kotor! tau mkn je! hahaha tapi amir sab (ketua bhgian memotong) dah suruh, kita taat sj laa...-_-,.
Ikan bukan sikit... bapok gedebuk sekali 300kg! Ikan aya@Tongkol plok!


x la penat mn kan....^^,
Agak menarik, mcm2 teknik utk mempercepatkan proses membelah dan men'siang'.
Aku namakan teknik membelah tembikai " teknik cepat dan selamat 1", dan  "teknik cepat dan selamat 2" utk men'siang' ikan  hahaha!
Part potong2 daging aku tgk sj,.x hingin aku wat keje2 mcm ni, hehe
Ak bukan ap..... x sampai 'seru' lg ;p
Nk kene siat2 la, potong2 la, tetak tulang la, tetak kepala lembu la...... aduh leceh nye...hahaha!
Tapi yg paling seronok 'meratah'  lembu dan kambing!~ Gear box! Slurrppp!

Bahagian 'Istikbal' makanan plok! (aka penyambut tetamu utk pera jemaah msk ke 'khemah makan')
Pagi, tengah hari, malam.
Aku, Bro Arifin and Bro Shahrul (Amirsab Istikbal).
Bro Shahrul and anak2 buah nya duduk di bahagian pertama ,depan pintu utama.
Bro Arifin di bahagian kedua (sebelum sampai ke khemah utama yakni tunjukkan jalan ke khemah).
Aku di bahagian ketiga, depan pintu khemah yang tidak punya pintu itu,
Sebagai istikbal bahagian ketiga, peranan aku menyambut kedatangan para jemaah dengan muka penuh gembira dan....;

- "sila tuan2... sila, insyaALLAH"

- "di sana msh ad ruang kosong, insyaALLAH"

- "Duduk lima2 (para jemaah makan atas lantai dlm satu bulatan 5 orang) tunggu makanan tuan2 insyaALLAH"

- "Dakwah maksud hidup tuan2, Allah ta'ala bg kenyang bukan makanan yg bg kenyang, insyaALLAH, Bismillah"

- "sabar tuan2, zikir tuan2 insyaALLAH" 

- "lepas makan tinggal kan saprah(aka alas tempat makan), dulang boleh letak di sana...."

- "Adik! Sini dik(waiter kebanyakkan dari pelajar2 madrasah, sambil aku mengangkat tangan sebagai isyarat memanggil waiter dan tangan lain menunjukkan ke arah jemaah yg msh belum dihidangkan makanan ), "hujung belah kanan msh ramai x dpt mkanan, hantar sn."

Hari pertama okey lg, msk hari kedua and ketiga...........
Waolawehhh....!  Gila ramai! Baru seribu 900 lebih org, khemah makan yg ak tgk besar x cukup! ah sudah...
'Pending=Jem otak=wire short terus!
Sebelum ni Syura2 Terengganu target utk org Terengganu datang seramai 6000 org,!
Ak x dpt bayang kalau betul2 terjadi kehadiran 6000 org, boleh roboh khemah makan tu ak rasa....
Tiba2 x bleh nk wat ap2~ melilau2 mata melihat gelagat manusia....-_-;
Yg ternanti2 makanan ,
Yg berdiri menuggu orang selesai mkn.
Yg jalan ke sana ke mari mencari ruang2 utk duduk mkn.
Dalam keadaan 'shock culture' ak jalan kesana ke mari, ke mari ke sana....then stop.
Berdiri plok di tengah2 para jemaah yg duduk menuggu makanan sambil 'menghantar' isyarat memanggil waiter..
Menyirap aku! Elok2 waiter nak hntar, boleh plok ad beberapa orang yg kebas dari waiter suh letak tempat dia dulu.
Mentang2 pelayan2 dari adik2 madrasah senang2 ko pijak yee!
sabor leee~ grrr~
Aku dah hilang sabar!
Dengan aku2 sekali terjun jd waiter...hbs hilang title supervisor ak, muahahaha~.

Hari ketiga. waktu sarapan
Ad sesetengah jemaah yg x boleh sabar, maka hantar wakil utk ambil makanan.
Asbabnya, tempat ambil makanan jd 'bolok'.
Pg tu makanan x cukup, mujur orang dah x ramai.
Kesian ak tgk org2 yg tunggu makanan, ada sorang pakcik tua dengan keadaan x puas hati+ suara sengau "mhanhee mhakhanahn dohk shampai2 laghii nhiii" (mana makanan x sampai2 lagi ni)~ ^^,
Gelabah aku dibuatnya~ "makanan hbs tuan, dlm process nak masak tuan, sabar tuan"
last2 ada sorang bahagian masakan bg ak 'task', "nah bg pd org yg tunggu makanan"
Sambil aku bawa dulang, sambil tu juga......"Buah timun tuan .insyaALLAH buah timun...x3" -_-;
Entah keberapa puluh kali aku ulang,
Mujur dlm 10 minit mkanan back up sampai...fuuhh~.

So pd hari ketiga juga, lepas subuh, terus Maulana dari Pakistan atau India, bg bayan hidayat di sertakan dengan penterjemah. (bayan=penerangan)
Penerangan kenapa dan bagaiamana untuk lakukan 'kerja ini' dan usul2 yang perlu di jaga semasa keluar di jalan Allah.
Seabanyak 23@25 jemaah dapat di keluarkan bertebaran di bumi Malaysia dan luar negara,
Ada Jemaah Jalan Kaki 2 bulan, Jemaah 4 bulan luar negara, jemaah 4 bulan IPB (India, Pakistan, Bangladesh). Jemaah 40 hari sabah sarawak, . Aku? bulan November "4 bulan IPB"  InsyaALLAH! Dakwah maksud hidup!

Lepas semua mereka yg hadir pulang dan keluar di jalan Allah maka mereka yg khidmat perlu stay utk kemas2. Halakah kami bahagian makan dan khemah makan ni,
bukala semula khemah.... basuh periuk.
Dan part last ni yg best! 4 kawah nasi beriyani di masak! Woalawehh! Hbs tu! Beras MasyaALLAH panjang2~ teringat ak melantak nasi arab~, + Kari daging! woaahhh~ makan ramai2 dalam talam@dulang plok! MasyaALLAH nikmat x terkata! ;p bab makan excited koo ekk~

Masa lepak2 kat tempat org masak nasi beriyani, sembang2 dgn org2 tua, pangkat abah aku, mesra mcm member2~ x pernah hayat aku jumpa org tua, sembang dgn aku mcm member....hahaha~
Ada sorang cikgu tegur aku ms minum yogurt, dia ajar aku mcm mn nak buat yoguart

1) panaskan susu asli,
2) kemudian suamkan,
3) kemudian campur yogurt asli satu sudu, kacau2
4) letak dlm almari biar sehari.
Woahh sonangnya!

Tiba2~

Ckgu: "kau nak kahwin x!?"
Aku:"Semua org nak kahwin"
Ckgu"Ye la sekarang ni ko nak kahwin x? Aku nk rekemen ni, atau bila?"
Aku:"Dalam satu atau 2 tahun lg insyaALLAH huhuhu" jwb ak berseloroh
Ckgu:"Ha bgs! Aku ad calon, 2 thn lg ye? 2014 ak cari ko!"

muahahaha~ -_-;



Semua perkara yg berkaitan 'sifat' dan "fikir umat" akan di ajar oleh Allah ta'ala di jalan Allah.
Hari ini ramai org salah faham (termasuk aku yg menulis), adalah "Sifat" satu perkara yg dpt di pelajari melalui buku.
Ini satu kefahaman yg kurang lengkap, andai di medan kehidupan tidak diamal.
Hari ini aku salah faham seolah2 harta diri dan masa milik aku, hakikatnya milik Allah, atas maksud itu untuk LATIHkan utk dapat "sifat" dan "fikir umat", kita perlu keluar di jalan Allah agar dapat terapkan dalam kehidupan.
Banyak sifat2 baik, dan ulama telah senaraikan sifat utama yg ada pada diri sahabat sahabiah Radhiallah ajmain;

*Sifat yakin pd kalimah Lailahaillallah Muhammad Rasulullah,
*Sifat Khusyuk dlm solat,
*Sifat ilmu dan zikir,
*sifat memuliakan saudara seislam,
*sifat ikhlas niat,
*Sifat dakwah dan tabligh,

Dengan asbab kita mahu belajar amalkan sifat2 tersebut, maka sifat2 baik yg lain akan mudah utk kita amal dalam kehidupan.

Di dunia manusia berusaha untuk mencapai 2 perkara,
1) Berusaha untuk mengumpul harta benda dunia
2) Berusaha untuk membaiki dirinya sendiri.

Perkara pertama ialah mendirikan bangunan, perdagangan, tanah, perusahaan dan sebagainya. Apabila kita berusaha untuk suatu perkara maka SELURUH PERHATIAN akan tertumpu kepada perkara berkenaan. Akibatnya usaha membaiki diri akan terabai dan "jantung hati" kita akan terpaut kepada benda berkenaan. Apabila kita mati kelak maka segala usaha kita tadi akan menjadi sia-sia. Kesudahannya manusia akan meninggalkan dunia fana ini dalam keadaan HAMPA. Waktu sekalian manusia dikumpul pada Hari Kiamat, mereka akan menangis melihat GOLONGAN MANUSIA yang telah berusaha atas membaiki dirinya. Mereka menangis hingga air mata mengalir deras seperti sungai.
(Maulana Yusof)








Friday, May 25, 2012

...Musim Ijtimak...

1) Ijtimak Malaysia berlangsung di 13 buah tempat, antaranya di Terengganu, 03hb-05hb Jun - TERENGGANU
Madrasah Tahfiz Al-Quran, Kubang Bujuk, Kuala Terengganu.

2) Halakah Kemasik dan Kerteh, akan di tugaskan menyediakan makanan untuk para tetamu (anggaran seramai 4-5 ribu orang) selama 4 hari atau 5 hari, dan aku antara mereka yg berada di 'bahagian dapur'.

3) Woaahhh~ ramai le plakkk~ mmg berasap punggung la...jgn la di letakkan part masak~ rela menghidang~ insyaALLAH start 31 May start 'berkampung' di Markas untuk seminggu...

4) Maulana dari India dan Pakistan insyaALLAh akan bg talk / bayan.. InsyaALLAH, Sultan Terengganu juga akan hadir di Ijtimak... Semoga Allah mudahkan segala urusan...

5) Orang ramai sudah sibuk bersiap bergotong royong untuk Ijtimak, aku rilex lg.... -_-; ap punya karkun daa~



 p/s: Boleh ade bro karkun ckp, tgn aku tgn 'lembut' (kantoi r x pernat wat keje berat)...ciss! Aku peduli ap~ bila lagi nak belajar... InsyaALLAH 4 bulan! IPB.... InsyaALLAH Dakwah Maksud HIDUP....


IJTIMA MALAYSIA 2012, Perhimpunan Umum Muslimin di 13 lokasi. 19hb Mei - 26hb Jun 2012. Insya'Allah. Semua muslimin dijemput hadir.


1) Ijtima bermula waktu solat subuh di hari pertama dan berakhir pada waktu yang sama di hari ke-3 selepas ceramah umum dan doa. Ceramah-ceramah umum; setelah solat fardhu Subuh berjemaah, pagi (sekitar 10.30 pg waktu Semenanjung, 9.30pg waktu Sabah Sarawak), asar dan maghrib.

2) Halqah khusus pada pagi hari ke-2 untuk i) Ulama; ustaz/alim/asatizah, ii) VVIP, VIP iii) Pelajar-pelajar dan iv) Bahasa isyarat - dipelawa membawa rakan-rakan istimewa, bisu dan pekak.

3) Makanan disediakan; makan secara berjemaah dan layan diri.

4) Mungkin keadaan sesak dan bermujahadah untuk mendapatkan kemudahan-kemudahan awam seperti tempat letak kereta, dewan/khemah makan, tempat rehat, tandas.



TARIKH & LOKASI:

19hb-21hb Mei - SELANGOR & WIL.PERSEKUTUAN
Masjid Jamek Sri Petaling, Kuala Lumpur.

22hb-24hb Mei - PERAK
Masjid Daerah Perak Tengah, Seri Iskandar.

25hb-27hb Mei - PULAU PINANG
Masjid Daerah Barat Daya, Balik Pulau, Penang.

28hb-30hb Mei - PERLIS & KEDAH
Masjid An Nur, Pokok Sena, Kedah.

31hb Mei-02hb Jun - KELANTAN
Madrasah Darululoom Addeeniyyah, Kg. Apa Apa, Pasir Mas.

03hb-05hb Jun - TERENGGANU
Madrasah Tahfiz Al-Quran, Kubang Bujuk, Kuala Terengganu.

06hb-08hb Jun - PAHANG
Masjid Mat Kilau, Jalan Gambang, Kuantan.

09hb-11hb Jun - MELAKA & N.SEMBILAN
Masjid Tuanku Muhriz, Bandar Seri Jempol.

12hb-14hb Jun - JOHOR & SINGAPURA
Madrasah Tahfiz Sinaran Baru, Kg. Sinaran Baru, Kempas Lama.

15hb-17hb Jun - SARAWAK (Kuching-Sibu)
Surau Darul Muttaqin, Taman Lavender, Kuching.

18hb-20hb Jun - SARAWAK (Bintulu-Miri) & BRUNEI
Masjid An-Na'im, Lutong, Miri.

21hb-23hb Jun - SABAH Pantai Barat
Masjid Hj. Akbar Khan, Kg. Bingkul, Beaufort.

24hb-26hb Jun - SABAH Pantai Timur
Masjid Nur Iman, Sapagaya, Lahad Datu.


InsyaAllah.


:: Iklan tidak rasmi. Tentatif majlis yang ringkas dan mungkin ada kesalahan lokasi.

:: Jika ada kesilapan, infokan. w/a

Thursday, May 24, 2012

...Keliru...

Keliru...
Hari ini aku keliru...
Mungkin ini punca jauh dari perintahNya...
Bukan "Mungkin" tapi adalah "Pasti"....
Pasti bila jauh dan sengaja jauh dari perintahNya...
Menjadi Keliru...
Ya, aku keliru...

Banyak bermain di fikiran "Kenapa"....
'Mengapa'...jadi 'Bagaimana'???
Yang mana 'tindakan' perlu dipilih?
Aku keliru...sungguh aku keliru....
'Tindakan' yg manakah paling 'berkesan'?

Ya Allah...Engkau Hebat,
DiTangan Engkau Kunci segala Kefahaman,
Kunci segala Penerang, untuk aku yg sedang keliru..
Aku hina, bodoh dan dungu... tidak ada apa2...
Sungguh Aku mudah lupa dengan nikmat,
Boleh Engkau ajarkan aku, bagaimana untuk aku, tidak LUPA pd Nikmat Engkau?
Aku perlukan 'PENERANG', CAHAYA dari ENGKAU...
Aku perlukan 'DORONGAN GHAIB' dari ENGKAU...
Aku perlukan 'KEKUATAN ISTIQAMAH' dari ENGKAU...
Sebab aku tidak ada semua itu,

Dengan sekelip mata, aku hilang punca....
Aku keliru dengan hidup...
Asbab jauh dengan perintahMu...
---------------------------------------------------------------

Sedang membaca Tasauf Moden oleh HAMKA...
Diari kehidupan aku, selama cuti panjang tak banyak yg aku manfaatkan,
hanya di penuhi denga kehendak hati dan nafsu..
Benar kesimpulan Sang Bijak Pandai, 'kegagalan seseorang itu apabila diri gagal utk merancang...' shit!





Sunday, May 20, 2012

hmmm

segala periswa yg berlaku, ada hikmah disebaliknya, kerana Allah itu Rabbun Nas; Pendidik manusia...kenapa kita buat tak reti?

Bila Insan Berdosa Ingin Kembali

Begitu ramai insan-insan yg berdosa di dunia ini, termasuk diri kita. Pernah anda menduduki ditempat mereka yg berdosa besar ingin kembali pada jalan yg lurus?

Tahukah perasaan mereka ingin mendekati insan yg memberi peringatan, adakah kita perihatin terhadap mereka? Pernah kita cuba mendekati mereka? Kerana itu setiap muslim bersaudara.


...Mati....

*Setiap manusia pasti mati, mati yg bagaimana dinginkan kalian? Mati di kala dalam kemewahan? Mati dikala dalam kesedihan? Mati dikala kegembiraan? Mati yg bagaimana?

*Aku ingin mati di jalan Allah, ketika meniggikan kalimah Allah dan Rasul, semoga Aku dapat keluar di jalan Allah 4 bulan di India, Pakistan dan Bangladesh untuk belajar dakwah. InsyaALLAH bulan 11 tahun ini!

aku NAK berubah


Aku harap ak sorang sj yg baca post ni....
Aku tulis utk diri aku...
Aku x puas hati dgn "Aku"..

Aku dah salah jalan...
aku dah tenggelam..
aku dah tersesat jauh!
Dari ak umur 16-22 thn,
7 tahun! tujuh tahun!
ak x nampak apa2 perubahan yg aku dah buat utk diri aku...

Aku masa kecik ada tabiat suka mencuri,
curi batery(zaman kereta "tamiya"),
curi barang kedai,
curi duit berpuluh dan beratus-ratus,(zaman nk beli digimon)
aku hairan...
bila difikir2kan balik KENAPA aku bertindak sedemikian, dan BAGAIMANA perangai buruk itu boleh hilang?

Di zaman sekolah rendah. aku msh igt (ketika aku darjah 4),
ad seorang kawan bernama Firdaus,
seorang budak yg pandai dan cemerlrang,
ak x puas hati, aku x tahu kenapa...
Ap aku buat??

Ketika waktu rehat,
Sedia maklum, semua pelajar wajib turun rehat.
Aku tunggu dalam kelas sampai semua turun rehat,
Kemudian....
Aku selongkar beg dia
dan ambil buku latihan K.H (kemahiran hidup) yg perlu di hantar waktu kelas nnt,
dan ap aku buat?
Aku koyak helaian kertas yg perlu di hantar hari itu,
dan aku buang kan di tingkap sekolah(aras 2 atau 3),
Buku latihan dia ak simpan semula.

Aku tersenyum puas!
Hahaha! Masa ak tgk muka dia gelabah, aku hapyy!
JAHAT kan aku waktu tu, bila aku fikir2 semula, knp aku sanggup buat mcm tu?
Dan sekarang ak serba salah, kenapa aku ada perangai buruk tu,
Dan perasaan itu datang kembali waktu aku di teknik,
kawan baik aku, Fitri.

Selalu dapat markah terbaik,
dia selalu dapat focus dlm kelas,
aku? Masa di kelas selalu mengantuk dan tido dlm kelas!
Aku dah usaha x mau bg mengantuk! Mengantuk juga!
kelas KIMIA, PHYSIC, ADDMATH....
last2 SPM E, D & D!
hahaha. -_-;
Hingga terkeluar dari mulut ak "Semoga Aku x jumpa ko kat U nnt, hahaha!"

Dengan berseloroh dia pun berkata, "aku pun x nak jumpa kau...haha!"
Tahu kenapa aku ckp mcm tu?
Sebab HATI aku.
DENGKI, IRI HATI, X PUAS HATI!
Aku minta pd Allah hilangkan perasaan mcm ni, Allah kabulkan...

Sudah 5thn aku x jumpa kawan baik aku tu,
AGAR HATI aku x 'SAKIT' aku minta di jauhkan....
Aku hairan kenapa aku perlu dengki,
Hingga pernah sekali aku menangis kat Surau Teknik Kuantan, kenapa ak jd mcm ni~
Kenapa aku x jd mcm kwn baik aku...rajin, x tido dlm kelas..
hmm...

Sekarang perangai buruk aku itu ad lagi... TAK BERSUNGGUH,
ak msh igt beberapa pencpaian yg ak mmg salute pd diri ak sendiri,
Masa aku di PRA-DIP, dan SEM 5,
Apa yg aku usaha dapat di capai, dan x dapat bayangkan betap puasnya dan gembiraya dgn USAHA yg ak buat, Aku dapat sifat2 yg baik! Aku rajin, bersungguh dan bersemangat!
Sekarang, hilang kembali.........

Aku teringat kata2 MAK aku dan lecturer eco ak,
"Awal2 ja semangat, kemudian hilang...."
Betul sgt2, knp haa?? Knp ak mcm ni?
Sumpah aku rasa hilang 'harga diri'...
Aku hairan bagaimana org lain boleh maintainkan sifat baik yg mereka ada...

aku NAK berubah....
aku BENCI dgn diri aku sekarang ni...
Andai ada KUASA yg boleh hilang kan zaman gelap aku... Aku nak buang! Aku x ske nak igt..
AKU nak yg baik2 sj! Aku nak ad SIFAT yg baik2! bukan yg BURUK!
Tp sekrang ak tenggelam dgn SIFAT BURUK ak...
Ak nak keluar! .






Sunday, January 29, 2012

Tanggung Dosa ? Benar?

Assalamualaikum w.b.t.



Tersebar status FB di bawah:

..Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka..

..Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka..

Bapak tanggung dosa anak perempuan, suami tanggung dosa isteri?????

Pertama: Mana datang sifir di atas?

Kedua: Sendiri buat dosa, sendiri tanggunglah.

Si bapa atau suami tidaklah berdosa hanya kerana si anak atau isteri buat dosa. Si bapa atau suami berdosa bila tidak tunaikan kewajipan sebagai suami atau bapa iaitu mendidik ahli keluarga. Hatta kalau si anak dia dan isteri dia soleh solehah belaka, tetapi kalau si suami ini memang tak pernah usaha didik anak isteri, sebaliknya anak isteri terpaksa berpulun mendidik diri sendiri, dan menumpang kasih didikan orang lain, maka si suami atau bapa tetap berdosa walau si anaknya baik pijak semut tak mati.



Al-Quran memberikan mesej jelas kepada kita. Sendiri buat, sendiri tanggung!

قُلْ أَغَيْرَ اللَّهِ أَبْغِي رَبًّا وَهُوَ رَبُّ كُلِّ شَيْءٍ وَلاَ تَكْسِبُ كُلُّ نَفْسٍ إِلاَّ عَلَيْهَا وَلاَ تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى ثُمَّ إِلَى رَبِّكُمْ مَرْجِعُكُمْ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ (الأنعام: 164)

“Katakanlah: "(Sesudah Aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) Patutkah Aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? dan tiadalah (kejahatan) Yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja Yang menanggung dosanya; dan seseorang Yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu ia menerangkan kepada kamu akan apa Yang kamu berselisihan padanya.” (Al-An’am : 164)


Kalau anak dan isteri jahat bukan main, anjing tengok pun lari. Si suami atau bapa belum tentu berdosa. Kalau dia sudah jalan tanggungjawab, nasihat, mendidik dan sebagainya, tetapi anak dan isterinya tetap degil. Itu bukan salah dia. Hidayah di tangan Allah.

Ya, si suami atau bapa mendapat pahala dan dosa, tapi bukan sebab anak dia soleh atau jahat, tapi sebab dia laksanakan tanggungjawab dia.

Ya, si suami mendapat pahala berganda-ganda jika si keluarga menjadi soleh hasil didikan dia. Kebaikan yang anak dan isteri dia lakukan hasil didikan dia, si suami atau bapa akan mendapat sahamnya tanpa mengurangkan pahala si anak dan isteri.

Begitu juga jika anak dan isteri jadi jahat hasil didikan si suami atau bapa, maka si suami atau bapa akan mendapat dosa berganda-ganda tanpa mengurangkan dosa si anak dan isteri sedikit pun.

TIPS: RUJUK HADIS SUNNAH HASANAH DAN SUNNAH SAYYIAH.

نْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَحَثَّ عَلَيْهِ فَقَالَ رَجُلٌ عِنْدِي كَذَا وَكَذَا قَالَ فَمَا بَقِيَ فِي الْمَجْلِسِ رَجُلٌ إِلَّا تَصَدَّقَ عَلَيْهِ بِمَا قَلَّ أَوْ كَثُرَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ اسْتَنَّ خَيْرًا فَاسْتُنَّ بِهِ كَانَ لَهُ أَجْرُهُ كَامِلًا وَمِنْ أُجُورِ مَنْ اسْتَنَّ بِهِ وَلَا يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ اسْتَنَّ سُنَّةً سَيِّئَةً فَاسْتُنَّ بِهِ فَعَلَيْهِ وِزْرُهُ كَامِلًا وَمِنْ أَوْزَارِ الَّذِي اسْتَنَّ بِهِ وَلَا يَنْقُصُ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْئًا

Daripada Abu Hurairah katanya seorang lelaki telah datang menemui Rasulullah s.a.w. lalu baginda menggalakkan para sahabat supaya bersedekah kepada lelaki itu.

Lalu seorang lelaki berkata saya mempunyai sekian banyak harta. Abu Hurairah menyebutkan lagi, tidak ada seorang lelaki pun dalam majlis melainkan bersedekah kepada lelaki itu, dengan banyak ataupun sedikit.

Melihatkan keadaan begini Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa merintis kepada kebaikan lalu diikuti oleh orang lain, maka dia memperolehi pahalanya dengan sempurna dan pahala orang-orang yang menurutinya tanpa mengurangkan pahala-pahala mereka dan sesiapa yang merintis kepada kejahatan lalu diikuti maka dia menanggung dosanya dengan sepenuhnya dan dosa-dosa mereka yang mengikutinya tanpa dikurangi dosa mereka itu sedikitpun.”

[Sunan Ibn Majah]

Jika mahu 'beriman' dengan status FB di atas: Bertanyalah kepada diri kita: Berdosakah Nabi Nuh a.s, Nabi Luth a.s kerana mempunyai keluarga yang menentang Allah?

Source: lobai tampin

Tuesday, January 24, 2012

no Idea

* Pengalaman keluar 40 hari usaha atas iman di Kuala Nerang Kedah, [khuruj fi sabilillah] masih belum dicerita utk di jadikan memori. Apa yg menyebabkan aku teringin hendak keluar? Simple answer, Pilihan Allah.

* Hari pertama....ok x da mood mau carita...sbb sekarang menunjukkan sudah pukul 2.32AM 24januari2012. Aku tulis pendek2 sudah...

* Belajar-belajar JUMPA orang islam dari rumah ke rumah, hati ke hati, dengan pujuk rayu'cakap agama'. Cakap apa? 1)Iman 2)Amal 3) dunia sementara akhirat selama2nya 4)ajak keluar di jalan Allah atau ke rumah Allah.

* Belajar-belajar hidupkan Rumah Allah, yg mana umat islam sekarang hanya 'faham' sekadar solat berjemaah(bg lelaki), solat hajat, tahlil, bacaan yasin, caramah, tempat akad nikah, itu saja la...??. 'Keluar' atau nama arabnya 'khuruj' di jln Allah dengan PELBAGAI matlamat antaranya:

i) bagaimana mahu hidupkan rumah Allah (masjid / surau) dengan '5 amal' masjid di zaman Nabi Salallahhu'alaihi wa salam.
ii) bagaimana kita perlukan 'suasana' untuk 'islahkan diri' dengan cakap dan terapkan 6 sifat 'mereka' yg telah mendapat title di 'belakang' nama mereka iaitu RadhiaALLAHhuan/ha.
iii) sebarkan 'kalimah lailahaillah muhammadurrasulullah' ke seluruh dunia.
iv) bagaimana mahu belajar-belajar sempurnakan agama dalam KEHIDUPAN kita.
v) bagaimana mahu yakin 100% yg Allah Maha Berkuasa Makhluk langsung tidak ada kuasa! Sahabat sahabiah mengambil masa tempoh 9-13thn utk YAKIN ALLAH bg manfaat dan mudharat, Allah YG mutlak KUASANYA! Sehinnga sanggup bg nyawa untuk agama! Saya? Ajaib dan pelik IMAN sahabat!

* Pengalaman dan pertolongan Allah kepada aku,

kisah 1: ketika mana handphone aku yg telah lama rosak selama 9 bulan yg tidak di gunakan.... bermula.... "Kat sini ada kedai hp x? Ak nak baiki, hp ak ni, keypad rosak x bleh tekan langsung." Rakan jemaah: "ada tu ad mir tapi jauh la...kat pekan tu.." aku: "oh ok x pe lah" aku terus letak dalam beg. Selang beberapa hari.... aku bawa keluar hp aku semula, saja-saja mau lihat dan buka, mcm x de keje.... tanpa niat apa2, dengan IZIN Allah ta'ala tiba2! key pad hp ak boleh berfungsi dengan sedia kala. Terkejut! Subhanallah! Hebat Allah ta'ala boleh jadikan suatu perkara dengan berlawanan dengan asbab! Tak logik dek akal manusia! Kau HEBAT ALLAH! Allahhuakbar!

kisah 2: Sedang sedap baring dgn niat iktikaf dlm rumah Allah pd tgh hari selepas makan, datang 'bunyi' getaran hp..."zamir ad top up x??" aku: "Ada tu ada tp ak x jual dah, yg card tu ad la ko nak berapa?" kwn: "Aku nak boleh x? hahahaha! x nk bayar" untuk pengetahuan mungkin korang yang terbaca rasa jengkel dgn sikap kawan aku, apahal pula tiba2 sms nak minta topupkan?? Nak plak kwn aku ni mmg kaki 'pau' barang masa dok sebilik, sampai 'bengkek' juga hati masa dok sebilik.....

tp ketahuilah...... korang hafal x surah 'wadduha...wallail li iza saja"? Korang tgk x terjemahannya, perhatikan ayat kedua TERAKHIR "wa ammassa ila fala tanhar!" ce tgk...dan belajar2 la untuk amal walau x kena dengan 'hati dan perasaan'...

Masa tu aku beli lebih card topup untuk mudahkan aku x perlu ke pekan pergi beli topup, al-maklum org musafir nak plak jemaah kami di hantar di kawasan kuala nerang yg dok dalam kampung (ms ni surau area2 kampung).... Aku niat. Tak pa lah aku belajar2 bg kerana Allah... "Nah no pin dia RM5" kwn: "ko biar betul sial, aku main2 la hahaha! Nak kene byr x ni?!" aku; "amik je la.." dan kemudian kami berbalas sms lg, ntah ap di mencarut ak x igt. Member aku ni kasar bahasa sikit... x ksh la tu.

Selang beberapa hari, aku ziarah rumah pak saudara aku, semasa aku keluar di jalan Allah ni lah, mereka tahu aku ikut tabligh... Aku belajar-belajar tebal muka gak jumpa untuk ziarah dan ckp agama... Tp kat sepupu laki aku je la hahahaha~ kat Pak sedara aku x berani la 1st time kot... nak plak tau perangai baik buruk aku... dan lg..x kene umur(alasan...), member aku yg umur sama dengan pak sedara aku yg amik tanggung jawab untuk dakwah. Di takdirkan Allah, nenek aku ada kat situ, biasala ibukan rindu la pada anak2nya, nak pula dah tua dan tinggal sorang2 kat kmpung....so baik tinggal dengan anak2, nenek aku suka pindah2, kejap rumah anak yg ni, kejap yang tu....lepastu mula membebel....x selesa la...g umah sana la... kejap kelantan, kejap kedah, kejap k.l, lepas tu pindah balik rumah yg kata x selesa tu...ha3 umah ak kat tengganu je x lg eh! pernah sekali dua aku igt lg lepas tu...katanya jauh sgt la dr kedah...hahahah~ ak dengar je la pak n mak sedara ak membebel dan pening kepala memikir perangai nenek aku......

Maka sembang2 la dengan 'maktok' aku ni, pasal arwah paklang aku...yg mengikut cerita nenek aku, dia pun ikut tabligh, dan buat dakwah gak, dan masa terbabit dengan dakwah dia kurus. Kat situ aku dah nampak kenapa makin kurus, kuat puasa la tu...dan mati muda...aku terkejut gak dengar...masa dia mati excident mlm tu...esok tu lahir aku, kiranya dia meniggal 17 ogos... yg sejuk hati aku mendengar, paklang aku dengan kawan2nya menuju ke satu tempat dengan menaiki kereta untuk lepak, ms otw nak pergi tu, paklang aku cakap dengan kawan2 dia, kita solat dulu...maka diorang pun pergi solat. Sambung perjalanan, entah mcm mn kat selekoh tajam kemalangan. Alahamdulillah mati dlm sempat menunaikan solat. Bila dengar tu entah ap aku rasa x tahu, rasa nak mimpi jumpa juga paklang aku. Aku berharap semoga Aku dan dia dapat pengampunan Allah dan masuk syurga tanpa hisab dan jumpa kat sana. Kadang2 nenek aku tgk susuk tubuh ak mcm arwah paklang, katanya lah...ak 'eyeee'kan aje...

Aku pulak rajin mulut tanya macam2...pasal keturunan kat mana la...ap la...itu la... nenek aku pun bg tau...ayah maktok lu dari sumetera, dtg tanah melayu hijrah. Aku x ingat la plak...tp kat Pinang...buka sekolah ajar agama... Oh kira cikgu la...ni... "x da ke keturunan kita dari timur tengah???" "x tau plak maktok" Apa sal aku tanya mcm tu? Sebab muka aku mcm org arab sikit kan...so nk tau gak kot2 ada darah timur tgh ke...muahahahah~ Dah hbs sembang...dan mau berangkat pulang...tiba2...nenek aku hulur ke aku RM50..."eh! knp plak ni", nenek aku tanpa mengeluarkan bahasa di mulut hanya isyarat di muka suruh amik sj! Ak dah agak dah...bila lama x jumpa then nak berangkat pulang, nenek aku rajin benor sedekah ke cucunya.... SO~ selang beberapa hari aku terfikir....eh hari tu...ak ad bg top up rm 5 ke member, ni nenek aku bg rm50. Allahhuakbar! janji KAU benar! satu kebaikkan di ganda berapa kali wahai kalian???? seeepuluhhh kali ganda. Sedekah menambahkan rezeki! Engkau benar ya ALLAH!

Kisah ke 3, aku belajar2 solat dhuha untuk hadirkan khusyuk....lepas dua rakaat, solat lagi, solat lagi..solat lagi...dan surah kegemaran aku bila buat solat dhuha.... 'Waddu ha' dan 'alam nasyrah laka sodrak'. Sbb apa aku suka dua surah tu? korang perhatikan maknanya, dan seolah-olah surah tu saling berkait antara satu sama lain. sumber kekuatan untuk aku. Sampai tiba-tiba tgh solat datang nikmat 'Manis' dalam solat~ Nak ckp x reti, korang buat la...mmg rasa nak buat lg...dan lg dan lg..... rasa...arghhh~ susah nak diTULIS dan diCERITAKAN...terlalu nikmat!~ Ini nikmat...mmg betul2 kaw! Susah nak dapat~ Sumpah mmg susah utk aku rasa mcm ni, sekali sekala boleh rasa tapi ia memang nikmat! ....Fabi ayyi alaaaa irob bikuma tukazziban....!

*Err....panjang la plak....menghayati benar aku meulisnya...x kisah la...semoga boleh jd 'momentum' untuk kalian belajar2 kejar akhirat(bukan bermakna meninggalkan mencari KEPERLUAN. KEPERLUAN sekadar KEPERLUAN bukan KESENANGAN) dan belajar laksanakan'KERJA' yg telah ditinggalkan Nabi dan para sahabat, DAKWAH! Allah ta'ala bg tahu sebelah kepak nyamukpun x ada nilainya dunia ini pd PANDANGAN ALLAH! dan ketika mana Nabi berjalan bersama sahabat, nabi ternampak bangkai anak kambing, dan nabi katakan kepada sahabat, lebih kurang mafhumnya "begitula NILAI dunia". Sebelum berakahir, aku ingin kongsi ap yang aku rasa KETIKA berada dlm tempoh 40 hari tu, Allah telah bukakan hijab pd hati aku, di mana DUNIA LANGSUNG aku x rasa BERNILAI DAN BERHARGA, dan ALLAH ta'ala campakkan RASA RUGI yg amat sangat kalau dalam sesaat dan minit aku, diisi dengan nyanyian untuk menghiburkan hati, TAPI perlu-perlu sangat di ganti dengan ZIKIRULLAH! Kerana satu kalimah SubhanaLLAH saja tuan2! darjat bg SANG AHLI SYURGA begitu JAUH sehingga LUASNYA antara langit dan bumi. Doakan sy untuk keluar 4 bulan India Pakistan Banglades untuk belajar2 buat dakwah! Belajar2 untuk dapat Allah! Doakan untuk saya agar saya mati di jalan Allah! InsyaALLAH! Aku ingin mati di jalan ALLAH!