Sunday, January 29, 2012

Tanggung Dosa ? Benar?

Assalamualaikum w.b.t.



Tersebar status FB di bawah:

..Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka..

..Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka..

Bapak tanggung dosa anak perempuan, suami tanggung dosa isteri?????

Pertama: Mana datang sifir di atas?

Kedua: Sendiri buat dosa, sendiri tanggunglah.

Si bapa atau suami tidaklah berdosa hanya kerana si anak atau isteri buat dosa. Si bapa atau suami berdosa bila tidak tunaikan kewajipan sebagai suami atau bapa iaitu mendidik ahli keluarga. Hatta kalau si anak dia dan isteri dia soleh solehah belaka, tetapi kalau si suami ini memang tak pernah usaha didik anak isteri, sebaliknya anak isteri terpaksa berpulun mendidik diri sendiri, dan menumpang kasih didikan orang lain, maka si suami atau bapa tetap berdosa walau si anaknya baik pijak semut tak mati.



Al-Quran memberikan mesej jelas kepada kita. Sendiri buat, sendiri tanggung!

قُلْ أَغَيْرَ اللَّهِ أَبْغِي رَبًّا وَهُوَ رَبُّ كُلِّ شَيْءٍ وَلاَ تَكْسِبُ كُلُّ نَفْسٍ إِلاَّ عَلَيْهَا وَلاَ تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى ثُمَّ إِلَى رَبِّكُمْ مَرْجِعُكُمْ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ (الأنعام: 164)

“Katakanlah: "(Sesudah Aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) Patutkah Aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? dan tiadalah (kejahatan) Yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja Yang menanggung dosanya; dan seseorang Yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu ia menerangkan kepada kamu akan apa Yang kamu berselisihan padanya.” (Al-An’am : 164)


Kalau anak dan isteri jahat bukan main, anjing tengok pun lari. Si suami atau bapa belum tentu berdosa. Kalau dia sudah jalan tanggungjawab, nasihat, mendidik dan sebagainya, tetapi anak dan isterinya tetap degil. Itu bukan salah dia. Hidayah di tangan Allah.

Ya, si suami atau bapa mendapat pahala dan dosa, tapi bukan sebab anak dia soleh atau jahat, tapi sebab dia laksanakan tanggungjawab dia.

Ya, si suami mendapat pahala berganda-ganda jika si keluarga menjadi soleh hasil didikan dia. Kebaikan yang anak dan isteri dia lakukan hasil didikan dia, si suami atau bapa akan mendapat sahamnya tanpa mengurangkan pahala si anak dan isteri.

Begitu juga jika anak dan isteri jadi jahat hasil didikan si suami atau bapa, maka si suami atau bapa akan mendapat dosa berganda-ganda tanpa mengurangkan dosa si anak dan isteri sedikit pun.

TIPS: RUJUK HADIS SUNNAH HASANAH DAN SUNNAH SAYYIAH.

نْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَحَثَّ عَلَيْهِ فَقَالَ رَجُلٌ عِنْدِي كَذَا وَكَذَا قَالَ فَمَا بَقِيَ فِي الْمَجْلِسِ رَجُلٌ إِلَّا تَصَدَّقَ عَلَيْهِ بِمَا قَلَّ أَوْ كَثُرَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ اسْتَنَّ خَيْرًا فَاسْتُنَّ بِهِ كَانَ لَهُ أَجْرُهُ كَامِلًا وَمِنْ أُجُورِ مَنْ اسْتَنَّ بِهِ وَلَا يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ اسْتَنَّ سُنَّةً سَيِّئَةً فَاسْتُنَّ بِهِ فَعَلَيْهِ وِزْرُهُ كَامِلًا وَمِنْ أَوْزَارِ الَّذِي اسْتَنَّ بِهِ وَلَا يَنْقُصُ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْئًا

Daripada Abu Hurairah katanya seorang lelaki telah datang menemui Rasulullah s.a.w. lalu baginda menggalakkan para sahabat supaya bersedekah kepada lelaki itu.

Lalu seorang lelaki berkata saya mempunyai sekian banyak harta. Abu Hurairah menyebutkan lagi, tidak ada seorang lelaki pun dalam majlis melainkan bersedekah kepada lelaki itu, dengan banyak ataupun sedikit.

Melihatkan keadaan begini Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa merintis kepada kebaikan lalu diikuti oleh orang lain, maka dia memperolehi pahalanya dengan sempurna dan pahala orang-orang yang menurutinya tanpa mengurangkan pahala-pahala mereka dan sesiapa yang merintis kepada kejahatan lalu diikuti maka dia menanggung dosanya dengan sepenuhnya dan dosa-dosa mereka yang mengikutinya tanpa dikurangi dosa mereka itu sedikitpun.”

[Sunan Ibn Majah]

Jika mahu 'beriman' dengan status FB di atas: Bertanyalah kepada diri kita: Berdosakah Nabi Nuh a.s, Nabi Luth a.s kerana mempunyai keluarga yang menentang Allah?

Source: lobai tampin

Tuesday, January 24, 2012

no Idea

* Pengalaman keluar 40 hari usaha atas iman di Kuala Nerang Kedah, [khuruj fi sabilillah] masih belum dicerita utk di jadikan memori. Apa yg menyebabkan aku teringin hendak keluar? Simple answer, Pilihan Allah.

* Hari pertama....ok x da mood mau carita...sbb sekarang menunjukkan sudah pukul 2.32AM 24januari2012. Aku tulis pendek2 sudah...

* Belajar-belajar JUMPA orang islam dari rumah ke rumah, hati ke hati, dengan pujuk rayu'cakap agama'. Cakap apa? 1)Iman 2)Amal 3) dunia sementara akhirat selama2nya 4)ajak keluar di jalan Allah atau ke rumah Allah.

* Belajar-belajar hidupkan Rumah Allah, yg mana umat islam sekarang hanya 'faham' sekadar solat berjemaah(bg lelaki), solat hajat, tahlil, bacaan yasin, caramah, tempat akad nikah, itu saja la...??. 'Keluar' atau nama arabnya 'khuruj' di jln Allah dengan PELBAGAI matlamat antaranya:

i) bagaimana mahu hidupkan rumah Allah (masjid / surau) dengan '5 amal' masjid di zaman Nabi Salallahhu'alaihi wa salam.
ii) bagaimana kita perlukan 'suasana' untuk 'islahkan diri' dengan cakap dan terapkan 6 sifat 'mereka' yg telah mendapat title di 'belakang' nama mereka iaitu RadhiaALLAHhuan/ha.
iii) sebarkan 'kalimah lailahaillah muhammadurrasulullah' ke seluruh dunia.
iv) bagaimana mahu belajar-belajar sempurnakan agama dalam KEHIDUPAN kita.
v) bagaimana mahu yakin 100% yg Allah Maha Berkuasa Makhluk langsung tidak ada kuasa! Sahabat sahabiah mengambil masa tempoh 9-13thn utk YAKIN ALLAH bg manfaat dan mudharat, Allah YG mutlak KUASANYA! Sehinnga sanggup bg nyawa untuk agama! Saya? Ajaib dan pelik IMAN sahabat!

* Pengalaman dan pertolongan Allah kepada aku,

kisah 1: ketika mana handphone aku yg telah lama rosak selama 9 bulan yg tidak di gunakan.... bermula.... "Kat sini ada kedai hp x? Ak nak baiki, hp ak ni, keypad rosak x bleh tekan langsung." Rakan jemaah: "ada tu ad mir tapi jauh la...kat pekan tu.." aku: "oh ok x pe lah" aku terus letak dalam beg. Selang beberapa hari.... aku bawa keluar hp aku semula, saja-saja mau lihat dan buka, mcm x de keje.... tanpa niat apa2, dengan IZIN Allah ta'ala tiba2! key pad hp ak boleh berfungsi dengan sedia kala. Terkejut! Subhanallah! Hebat Allah ta'ala boleh jadikan suatu perkara dengan berlawanan dengan asbab! Tak logik dek akal manusia! Kau HEBAT ALLAH! Allahhuakbar!

kisah 2: Sedang sedap baring dgn niat iktikaf dlm rumah Allah pd tgh hari selepas makan, datang 'bunyi' getaran hp..."zamir ad top up x??" aku: "Ada tu ada tp ak x jual dah, yg card tu ad la ko nak berapa?" kwn: "Aku nak boleh x? hahahaha! x nk bayar" untuk pengetahuan mungkin korang yang terbaca rasa jengkel dgn sikap kawan aku, apahal pula tiba2 sms nak minta topupkan?? Nak plak kwn aku ni mmg kaki 'pau' barang masa dok sebilik, sampai 'bengkek' juga hati masa dok sebilik.....

tp ketahuilah...... korang hafal x surah 'wadduha...wallail li iza saja"? Korang tgk x terjemahannya, perhatikan ayat kedua TERAKHIR "wa ammassa ila fala tanhar!" ce tgk...dan belajar2 la untuk amal walau x kena dengan 'hati dan perasaan'...

Masa tu aku beli lebih card topup untuk mudahkan aku x perlu ke pekan pergi beli topup, al-maklum org musafir nak plak jemaah kami di hantar di kawasan kuala nerang yg dok dalam kampung (ms ni surau area2 kampung).... Aku niat. Tak pa lah aku belajar2 bg kerana Allah... "Nah no pin dia RM5" kwn: "ko biar betul sial, aku main2 la hahaha! Nak kene byr x ni?!" aku; "amik je la.." dan kemudian kami berbalas sms lg, ntah ap di mencarut ak x igt. Member aku ni kasar bahasa sikit... x ksh la tu.

Selang beberapa hari, aku ziarah rumah pak saudara aku, semasa aku keluar di jalan Allah ni lah, mereka tahu aku ikut tabligh... Aku belajar-belajar tebal muka gak jumpa untuk ziarah dan ckp agama... Tp kat sepupu laki aku je la hahahaha~ kat Pak sedara aku x berani la 1st time kot... nak plak tau perangai baik buruk aku... dan lg..x kene umur(alasan...), member aku yg umur sama dengan pak sedara aku yg amik tanggung jawab untuk dakwah. Di takdirkan Allah, nenek aku ada kat situ, biasala ibukan rindu la pada anak2nya, nak pula dah tua dan tinggal sorang2 kat kmpung....so baik tinggal dengan anak2, nenek aku suka pindah2, kejap rumah anak yg ni, kejap yang tu....lepastu mula membebel....x selesa la...g umah sana la... kejap kelantan, kejap kedah, kejap k.l, lepas tu pindah balik rumah yg kata x selesa tu...ha3 umah ak kat tengganu je x lg eh! pernah sekali dua aku igt lg lepas tu...katanya jauh sgt la dr kedah...hahahah~ ak dengar je la pak n mak sedara ak membebel dan pening kepala memikir perangai nenek aku......

Maka sembang2 la dengan 'maktok' aku ni, pasal arwah paklang aku...yg mengikut cerita nenek aku, dia pun ikut tabligh, dan buat dakwah gak, dan masa terbabit dengan dakwah dia kurus. Kat situ aku dah nampak kenapa makin kurus, kuat puasa la tu...dan mati muda...aku terkejut gak dengar...masa dia mati excident mlm tu...esok tu lahir aku, kiranya dia meniggal 17 ogos... yg sejuk hati aku mendengar, paklang aku dengan kawan2nya menuju ke satu tempat dengan menaiki kereta untuk lepak, ms otw nak pergi tu, paklang aku cakap dengan kawan2 dia, kita solat dulu...maka diorang pun pergi solat. Sambung perjalanan, entah mcm mn kat selekoh tajam kemalangan. Alahamdulillah mati dlm sempat menunaikan solat. Bila dengar tu entah ap aku rasa x tahu, rasa nak mimpi jumpa juga paklang aku. Aku berharap semoga Aku dan dia dapat pengampunan Allah dan masuk syurga tanpa hisab dan jumpa kat sana. Kadang2 nenek aku tgk susuk tubuh ak mcm arwah paklang, katanya lah...ak 'eyeee'kan aje...

Aku pulak rajin mulut tanya macam2...pasal keturunan kat mana la...ap la...itu la... nenek aku pun bg tau...ayah maktok lu dari sumetera, dtg tanah melayu hijrah. Aku x ingat la plak...tp kat Pinang...buka sekolah ajar agama... Oh kira cikgu la...ni... "x da ke keturunan kita dari timur tengah???" "x tau plak maktok" Apa sal aku tanya mcm tu? Sebab muka aku mcm org arab sikit kan...so nk tau gak kot2 ada darah timur tgh ke...muahahahah~ Dah hbs sembang...dan mau berangkat pulang...tiba2...nenek aku hulur ke aku RM50..."eh! knp plak ni", nenek aku tanpa mengeluarkan bahasa di mulut hanya isyarat di muka suruh amik sj! Ak dah agak dah...bila lama x jumpa then nak berangkat pulang, nenek aku rajin benor sedekah ke cucunya.... SO~ selang beberapa hari aku terfikir....eh hari tu...ak ad bg top up rm 5 ke member, ni nenek aku bg rm50. Allahhuakbar! janji KAU benar! satu kebaikkan di ganda berapa kali wahai kalian???? seeepuluhhh kali ganda. Sedekah menambahkan rezeki! Engkau benar ya ALLAH!

Kisah ke 3, aku belajar2 solat dhuha untuk hadirkan khusyuk....lepas dua rakaat, solat lagi, solat lagi..solat lagi...dan surah kegemaran aku bila buat solat dhuha.... 'Waddu ha' dan 'alam nasyrah laka sodrak'. Sbb apa aku suka dua surah tu? korang perhatikan maknanya, dan seolah-olah surah tu saling berkait antara satu sama lain. sumber kekuatan untuk aku. Sampai tiba-tiba tgh solat datang nikmat 'Manis' dalam solat~ Nak ckp x reti, korang buat la...mmg rasa nak buat lg...dan lg dan lg..... rasa...arghhh~ susah nak diTULIS dan diCERITAKAN...terlalu nikmat!~ Ini nikmat...mmg betul2 kaw! Susah nak dapat~ Sumpah mmg susah utk aku rasa mcm ni, sekali sekala boleh rasa tapi ia memang nikmat! ....Fabi ayyi alaaaa irob bikuma tukazziban....!

*Err....panjang la plak....menghayati benar aku meulisnya...x kisah la...semoga boleh jd 'momentum' untuk kalian belajar2 kejar akhirat(bukan bermakna meninggalkan mencari KEPERLUAN. KEPERLUAN sekadar KEPERLUAN bukan KESENANGAN) dan belajar laksanakan'KERJA' yg telah ditinggalkan Nabi dan para sahabat, DAKWAH! Allah ta'ala bg tahu sebelah kepak nyamukpun x ada nilainya dunia ini pd PANDANGAN ALLAH! dan ketika mana Nabi berjalan bersama sahabat, nabi ternampak bangkai anak kambing, dan nabi katakan kepada sahabat, lebih kurang mafhumnya "begitula NILAI dunia". Sebelum berakahir, aku ingin kongsi ap yang aku rasa KETIKA berada dlm tempoh 40 hari tu, Allah telah bukakan hijab pd hati aku, di mana DUNIA LANGSUNG aku x rasa BERNILAI DAN BERHARGA, dan ALLAH ta'ala campakkan RASA RUGI yg amat sangat kalau dalam sesaat dan minit aku, diisi dengan nyanyian untuk menghiburkan hati, TAPI perlu-perlu sangat di ganti dengan ZIKIRULLAH! Kerana satu kalimah SubhanaLLAH saja tuan2! darjat bg SANG AHLI SYURGA begitu JAUH sehingga LUASNYA antara langit dan bumi. Doakan sy untuk keluar 4 bulan India Pakistan Banglades untuk belajar2 buat dakwah! Belajar2 untuk dapat Allah! Doakan untuk saya agar saya mati di jalan Allah! InsyaALLAH! Aku ingin mati di jalan ALLAH!