Sunday, May 31, 2009

Asas Akidahnya bagaimana?

Bismillahhirahmanirrahim


Ingin aku berkongsi secubit pengalaman dengan sang pembaca blog ini. Pada suatu hari aku merencanakan suatu projek untuk menyebarkan satu artikel mengenai HUKUM SELAWAT SYIFA', tetapi agak mengecewakan, kerana artikel yang aku tampal itu ditarik semula oleh AJK Surau di kawasan perumahan aku. Syirik: Ya/Tidak anda nilailah...


Maka aku cuba kongsikan masalah aku ini dengan Syeikh Abulwafaa seorang Founder di AFN. Walaupun ringkas sahaja sesi perbualan aku dengan beliau melalui PM(Private Massage), tetapi beliau telah mengajarkan aku suatu ilmu yang tidak aku sedari selama ini. Jazakallahhukhairankathira, ya Sheikh.


"Assalamu'alaikum...
ana ada buat projek sebar artikel fasal selawat Syifa'
yang jadi masalah ajk plak...... "

Selang beberapa minit,

"Apakah asas 'aqeedah org di masjid tersebut sudah kukuh ?
Mereka faham Sunnah dengan baik ?"

Aku membalasnya semula, "Bukankah hal selawat itu merupakan hal 'Aqidah?"

Syeikh Abulwafaa memberi respon "Soalan saya belum berjawab"

Aku memerhatikan setiap perkataan pesanannya. Em! apa yang masih belum terjawab? Oh! apakah 'asas 'aqeedah' rupanya!. Alhamdulillah, terbuka satu pintu persoalan.

Aku: "Asas 'Aqeedah seperti Rububiyyah, Uluhuhiyyah dan Asma Wasifat? Ana rasakan belum...
Sunnah pun belum lagi..."

Syeikh Abulwafaa: "kalau begitu banyak lagi perkara asas yang perlu dibawa sebelum mahu timbulkan isu selawat syifa"


Simplekan?


Maka dengan itu strategi PEMAHAMAN perlu diselaraskan dengan segera!. Timbul persoalan yang lain. Masih belum cukup(aku rasakan) bagi aku kalau sekadar 'Aqidah didahulukan. Dalam beberapa hari aku memikirkannya, perkara apa yang perlu didahulukan ya. Walaupun mengenai selawat Syifa' itu merupakan hal 'Aqidah, tetapi asas itu perlu diberi keutamaan, apakah dia?.


Alhamdulillah Allah menunjukkan jalanNya. Ya! Sistem Dalam Beragama. Atau nama lainnya ialah Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah. Subhanallah, Alhamdulillah, inilah kesilapan yang aku baru sedari. Dengan adanya sistem ini Insyaallah, umat Islam akan terselamat daripada segala tipu daya Syaitan manusia mahupun jin. Seperti kita mula-mula belajar memandu, pertama sekali apa yang mesti ada? Tentulah kuncikan?. Kalau tidak susahlah kereta mahu dihidupkan. Kemudian gear kereta contohnya, untuk memasuki gear satu mesti tolak kehadapan, gear dua mesti kebelakang dan seterusnya mesti..mesti..mesti....


Semasa kita belajar memandu pun ada sistem-sistemnya yang mesti dilakukan, begitu juga dalam beragama. Jika tidak akan mudahlah umat Islam terpesong sepertimana puak-puak Nasrani dan Yahudi dalam beragama, kerana tidak hati-hatinya penganut mereka dalam mengambil sumber.


Alhamdulillah, beberapa hari yang lalu(sebelum peristiwa yang mengecewakan tersebut berlaku) semasa aku singgah di rumah sahabat aku Pak Sunarto untuk mengambil majalah-majalah sunnah versi Indon, beliau telah memberikan kepada aku sebuah buku untuk dipinjam yang berjudul 'Prinsip Dasar Islam' oleh Ustaz Yazid bin Abdul Qadir Jawas. Aku juga cuba memperhatikan buku-buku manhaj 'Aqidah yang lain di Internet agar dengan itu, pemahaman aku akan lebih mendalam. Semoga dengan buku itu('Prinsip Dasar Islam') dapat aku menyalinnya dan meletakkan di blog ini, dan semoga aku dapat sebarkan dakwah ini di surau kawasan perumahan aku. InsyaAllah.


Walahaulawaquwwataillabillah,
Wassalamu'alaikum.

3 comments:

  1. ana pun dah lama fikir tentang asas-asas aqidah ini..sejak ustaz(x igt ustaz mne) kata bahawa ape yg prlu dibetulkan adalah aqidah..kemudian dah mantap aqidah,nak ajar yang lain-lain memang xde masalah dah...macam dulu,ana try nak bagitahu semua orang tentang bid'ah..tp org msih tak faham lagi apa konsep ibadah,jadi ana fikir ana kena fahamkan orang dahulu dengan konsep ibadah tersebut baru lah kepada bid'ah..

    ReplyDelete
  2. to Pidot: yup, kat kolej, kita just amik komik2 kat al-fikrah.net kendian kita sebar amacam? sekurang2 nya x la berat sangat..

    ReplyDelete
  3. bismillah.

    ya benar. mohon maaf, sekadar ingin mencelah sedikit. memang hal seperti ini selalu berlaku. asas prinsip Islam lah yang paling utama dalam berdakwah kerana itulah 'kunci' yang enta maksudkan dalam artikel enta ni :) namun, kadang2 benda ni sangat kurang ditekankan oleh para da'ie, malah sifat ghairah dan gelojoh para da'ie akhirnya menyampaikan benda-benda yang 'berat' dahulu tanpa memperkenalkan asas kepada mereka yang masih belum mengerti. semoga Allah pimpin kita ke jalan yang lurus..

    ReplyDelete

Biarlah dgn berilmiah...