Monday, May 25, 2009

Syirik: Ya / Tidak anda nilailah...

Bismillah...

Aku tertarik dengan hujah yang dikemukakan oleh Dr. Azwira bin Abdul Aziz mengenai selawat Syifa', dan aku bandingkan dengan hujah yang diberikan oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din. Kalau kita melihatnya dengan 'akal yang sihat, jelas hujah yang mengatakan MAKNA Selawat Syifa' itu sendiri memang terpesong dan boleh menyebabkan SYIRIK kepada Allah.

Fatwa selawat Syifa' syirik.
Hujah yang mengataka Selawat Syifa' tidak Syirik.

Subahanallah..

Aku tidak mengatakan cara perawatan Darussyifa' itu sesat/salah.

Sedangkan meRuqyah/merawat orang menggunakan kalimah-kalimah suci al-Quran itu memang ada dalilnya dari hadis-hadis yang Sahih.

حدثنا ‏ ‏يحيى بن يحيى التميمي ‏ ‏أخبرنا ‏ ‏هشيم ‏ ‏عن ‏ ‏أبي بشر ‏ ‏عن ‏ ‏أبي المتوكل ‏ ‏عن ‏ ‏أبي سعيد الخدري ‏
‏أن ناسا من ‏ ‏أصحاب رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏كانوا في سفر فمروا بحي من أحياء ‏ ‏العرب ‏ ‏فاستضافوهم فلم يضيفوهم فقالوا لهم هل فيكم ‏ ‏راق ‏ ‏فإن سيد الحي لديغ ‏ ‏أو مصاب ‏ ‏فقال رجل منهم نعم فأتاه ‏ ‏فرقاه ‏ ‏بفاتحة الكتاب ‏ ‏فبرأ الرجل فأعطي ‏ ‏قطيعا ‏ ‏من غنم فأبى أن يقبلها وقال حتى أذكر ذلك للنبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏فأتى النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏فذكر ذلك له فقال يا رسول الله والله ما ‏ ‏رقيت ‏ ‏إلا ‏ ‏بفاتحة الكتاب ‏ ‏فتبسم وقال ‏ ‏وما أدراك أنها ‏ ‏رقية ‏ ‏ثم قال خذوا منهم واضربوا لي ‏ ‏بسهم ‏ ‏معكم ‏


Terjemahannya: Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a: Sesungguhnya beberapa orang dari kalangan sahabat Rasulullah s.a.w sedang berada dalam perjalanan. Mereka pergi ke salah sebuah kampung Arab dan mereka berharap agar boleh menjadi tetamu kepada penduduk kampung tersebut. Namun ternyata penduduk kampung itu tidak mahu menerima mereka. Tetapi ada yang bertanya: Apakah ada di antara kamu yang boleh menjampi? Kerana ketua atau penghulu kampung kami terkena sengat. Salah seorang dari para sahabat menjawab: Ya, ada. Lalu beliau menemui ketua kampung tersebut dan menjampinya dengan surah Al-Fatihah. Kemudian ketua kampung tersebut sembuh, maka sahabat tersebut diberi beberapa ekor kambing. Beliau tidak mahu menerimanya dan mengajukan syarat: Aku akan menyampaikannya kepada Nabi s.a.w, beliau pun pulang menemui Nabi s.a.w dan menyatakan pengalaman tersebut. Beliau berkata: Ya Rasulullah! Demi Allah, aku hanya menjampi dengan surah Al-Fatihah. Mendengar kata-kata itu, Rasulullah s.a.w tersenyum dan bersabda: Tahukah engkau, bahawa Al-Fatihah itu memang merupakan jampi. Kemudian baginda bersabda lagi: Ambillah pemberian daripada mereka dan pastikan aku mendapatkan bahagian bersama kamu (HR Muslim)

Maka aku sebarkan di kawasan surau perumahan aku, apa yang menyedihkan ada diantara mereka yang tidak boleh menerimanya dan mencabut artikel yang aku tampalkan di papan kenyataan.

Wahai umat Islam bangunlah! Islam tertegak dengan hujah dan dalil. Nilai dahulu hujah kedua-duanya. Maka yang hak itu jelas dan yang batil itu jelas.

Aku tidak mahu menghukum "maka sifulan itu batallah imannya?" kerja hukum menghukum bukan tugas aku. Aku sekadar peringatkan sahaja.

Ajk masjid memberi alasan,
"Ini isu kontroversi, tok2 guru sejak dulu kala lagi dah ajar, tak ada pula bising"

Astaghfirullah.. Sungguh aku merasa kasihan kepada mereka yang berkata seperti itu, tidak ubah seperti yang Allah ceritakan didalam al-Quran, apabila para rasulnya memberi peringtan akan kesyirikan.

72. Berkata Ibrahim: "Apakah berhala-berhala itu mendengar (doa)mu sewaktu kamu berdoa (kepadanya)?,

73. atau (dapatkah) mereka memberi manfaat kepadamu atau memberi mudharat?"

74. Mereka menjawab: "(Bukan karena itu) sebenarnya kami mendapati nenek moyang kami berbuat demikian." -Asy Syu'araa'-

170. Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah," mereka menjawab: "(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami". "(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?". -al-Baqarah-



Kalau diri tidak dididik "Islam itu tertegak atas hujah", maka jawapan itulah yang diberi. "Bukan tok guru atau datuk nenek" kita yang menjadi bukti bahawa itu amalan Islam/zikir yang diajar oleh nabi...tetapi dalil dari nas-nas al-Quran dan hadis-hadis yang sahih yang mengikut kefahaman Salafussoleh yang menjadi bukti amalan yang kita amalkan itu adakah benar atau tidak.

Kira baik Ajk tak buang artikel2 aku, katanya "nanti saya minta Ustaz bacakan, kalau dia kata ok saya tampal semula.."

Alhamdulillah semoga Allah permudahkan urusan hamba mu ini yang banyak dosa..
Semoga Allah memberi petunjuk kepada mereka yang masih berkeras perihal berkaitan 'Aqidah ini.

Walahaulawala quwwataillabillah...

2 comments:

  1. bersabarlah..anta dh bace e-book ghulam ad-dakwah??ana tgh bace skrg ni..anta tryla bace..

    ReplyDelete
  2. Syukran ya akhi...

    Banyak yang harus di peraiki diri ini.

    ReplyDelete

Biarlah dgn berilmiah...