Tuesday, April 20, 2010

...Satu Penyakit...

...Bismillahhirrahmanirrahim...

-Masalah-
Andai dibiar maka makin melarat, tetapi ubatnya hanya masa yang menentukan. Penyakit yang aku hadapi ini, tiada keinginan yang kuat untuk mendapat GPA dan CGPA yang tinggi dalam bidang yang aku ambil. Sekadar 'biasa-biasa' cara aku usaha untuknya. Arrgh! Aku bingung, seriusly aku bingung. Untuk hal keduniaan ini, aku tidak mempunyai keinginan yang kuat untuk berjaya untuknya. Aku melihat orang disekeliling aku, MasyaALLAH begitu fikir dan risau mereka untuk mendapatkan GPA yang tinggi dengan berusaha sebaik mungkin! Aku...? biasa-biasa sahaja, "boleh repeat ki4" Aku sendiri musykil dengan sikap aku sekarang. ~Mahu berjaya dengan cemerlang atau biasa-biasa sahaja???~

-Suasana-
Kelas untuk subjek yang aku minat ~boleh dikatakanla minat, sebab sudah nampak tang mana yang best tu~. Untuk sesetengah subjek/matapelajaran, aku bersama kelas/group lain, tidak bersama 'budak-budak' kelas/group yang sama bidangnya dengan aku. Maka suasana di dalam kelas yang bukan sebidang dengan aku(walaupun subjeknya sama) itu amat ajaib sekali. Memandangkan aku bukan dari kalangan group/kelas mereka sebelum ini, maka aku cuba untuk rapat dan mewujudkan suasana friendly tetapi impak yang aku terima, aku persis pendatang asing, waa manyak pressure ooo...mahu bekerjasama pun manyak susah ooo, bila mana lecturer memberikan tugas berkumpulan. Maka persis aku melayan di dunia ku sendiri, mereka dengan dunia mereka, bagai tetamu tidak diundang. ~Ceh alasan semata2~ biorla nampak seperti alasan, tetapi disebabkan suasana di dalam kelas itupun boleh menjejaskan keinginan aku untuk study ooo, aku rasala.~

-Lu Pikirla Sendiri-
Mampir-mampir aku terfikir, aku merasakan bidang ini tidak seseuai untuk diri aku. Ingin sahaja aku quit dan mengambil bidang yang selari dengan jiwa aku ~bidang agama ki3~, TETAPI apabila ditimbang semula dengan akal yang rasional subjek aku itu memang menarik! Iaitu menganalisa dan melakukan perbandingan dalam pelaburan! ~Wee manyak silonok ooo~ kalau study secara bersungguh-sungguh la, tetapi masalahnya keinginan untuk study bersungguh-sungguh itu tidak ada.! ~Arrghh!! apa sudah jadi pada diri aku ini!?~. Dalam pada masa yang sama aku aktif berpersatuan mengendalikan hal-hal berkaitan akademik pelajar, contoh seperti tutor and tutee ~tapi aku tak pernah mengajarpun ki4, tapi bila dapat ajar orang, memang syok ooo, because sharing is caring kui3~ selain mengajar, kelab ini mengendalikan juga event untuk mereka yang memperoleh GPA/CGPA yang terbest, maka mereka itu akan dihargai dan diberi anugerah di atas pentas. Maka aku hanyalah orang-orang yang berkerja untuk merealisasikan dan menghargai mereka yang berjaya itu. ~Aku....??? hu3..x pe dia usaha dapat la, aku....? Hu3 x pe...buat biasa2 sudah...tapi aku....!? Ko takyah la mungkin rezeki ko kat lain kot...tapi aku......!? Arghhh....!! Isk4...-_,-~

-Keputusan-
Maka aku mengambil keputusan untuk membiarkan diri ini sehingga aku merasa meyesal ~baru bleh berjaya kot~. Tunggu datang menyesal dulu baru mau berjaya kaaa!??~ Hmm entah aku tidak mengerti mengapa aku sedemikian rupa, tetapi di dalam hal-hal yang berkaitan ilmu-ilmu Islam boleh pula aku berjaga siang malam. MasyaALLAH. Ada juga aku luahkan kepada Ustaz Arradhi masalah yang aku hadapi ini, dan jawapan yang diberi agak berpihak kepada masalah aku. Aku masih ingat-ingat kabur akan kata-katanya, "setiap jiwa itu ada bidang yang sesuai untuknya" persis seperti itu bunyinya. Tetapi aku memberi alasan, buat masa ini, aku akan cuba juga untuk meminati bidang yang aku tempuhi sekarang memandangkan ia adalah tanggungjawab dan amanah yang telah dipikul di atas bahu aku, beralasankan penerangan ustaz Hasrizal dan rakan-rakan lain di al-fikrah.net. [KLIK]


-Tindakan-
“Ya Haiyyum, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata” (Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani).
Wallahhua'lam. The End.

*Apa komen rakan-rakan yang sudah TERbaca ini?

Friday, March 12, 2010

Salahkah Aku Berkira???

...Bismillahhirrahmanirrahim...

Persoalan ini kerap kali bermain difikiran aku, masalah utama apabila aku berkira, berkira??? Berkira?? Berkira?.

Berkira apa?

Aku di Universiti membawa sebuah kereta, maka faham-faham sajalah costnya itu. Aku akui aku bukanlah anak orang "kaya gila" persis "Abah bank in RM500 untuk minggu ini" esok harinya minta lagi. Gilakah! Mak Ayah aku, beri duitpun cukup-cukup bulan sepertimana mereka menerima gaji. Maka duit makan, minyak semua termasuk di dalam area-area "costing" ~benarkah istilah yang aku gunakan ini??. InsyaALLAH betul.~

Aku juga punya bajet tersendiri, simpanan, dan segala macam perancangan untuk masa depan. But r u think that people know it? Confirm! they didn't know it laa! Aku cuba menjelaskan, tetapi mereka tetap mengatakan aku "kedekut! berkira!" Selama ini bila diperhatikan semula perbelanjaan aku sahaja untuk seminggu mengambil kos sebanyak RM100! Aku cuba untuk kurangkan bajet menjadi sehari RM10. Berjayajakah? ~InysaALLAH kalau rezeki itu diberkati Allaah 'Azza wa Jalla, pasti boleh punya. Maka perhatikanlah adakah rezeki yang kau gunakan itu diredhainya atau tidak ~Akupun ada perasan segan, takkan tiap-tiap minggu mau minta duit, tapi apakan daya terpaksa gak minta isk3 dan itu tanggungjawab mereka. Aku punya tanggungjawab ialah belajar~

Timbul persoalan apasal kau tak bawa moto saja? ~a'ah apsal tak bawa moto je?~

Firstly
faktor keselamatan ~nyawa itu sungguh berharga, dan asbab membawa kereta faktor-faktor keselamatannya lebih tinggi berbanding membawa motosikal~. Secondly, aku disini suka pergi ke kuliah sunnah, usrah di luar dan keluar dengan group-group Tabligh, maka aku gemar pergi dengan mereka dan dalam masa yang sama aku ingin menolong mereka tanpa mereka memikirkan masalah pengangkutan, ~kita ada rezeki untuk bawa kereta, kita gunakan untuk ke tempat-tempat seperti itu, banyak manfaatnya dan jika jaraknya jauh maka aku akan minta tolong mereka supportkan duit minyak, ini setakat nak ke pasar malam, bersiar-siar ke bandar Dungun / Kuantan tanpa tujuan. Buat perabih minyak aku!~

Apabila berpersatuan maka adalah event-eventnya, maka banyaklah barang yang perlu dibeli. Sampai disatu tahap, kita juga perlu untuk pergi ke beberapa tempat yang jauh untuk menyervey tempat tersebut ~time alam U ni la kita nak berjalan and redah ke tempat yang aku x pernah meredahnya~ maka apabila aku mengclaim duit minyak, tiada peruntukan! Oh! Kejam! mereka ingat pelajar-pelajar ini semua bapak-bapaknya berpendapatan RM10 000 permonth?! Tapi nak kitorang buat event bagus-bagus, peruntukan untuk duit minyak x da bagi ka???

Tetap Berkira!

Aku tetap nak berkira kerana.

Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu dan janganlah kamu terlalu mengulurkannya[852] karena itu kamu menjadi tercela dan menyesal. (17. Al Israa' ayat 29)

[852]. Maksudnya: jangan kamu terlalu kikir(kedekut), dan jangan pula terlalu pemurah.


U See! Allah sendiripun memberi panduan agar tidak bersikap TERLALU pemurah! Kelak kita juga akan menyesal. Bila sudah menyesal time inilah Syaitan mencucuk jarumnya agar kita menyalahkan Allah. Allah know la about their creature right? Pepatah melayu juga ada berpesan, "Buat baik BERPADA-PADA buat jahat jangan sesekali" U see!!!!

Apa salahnya kalau aku nak berkira ~tetapi aku tidaklah kejam sangat, bila aku sendiri nak ke tempat yang merekapun turut sama ingin tujui, aku tidaklah berkira sangat dengan duit minyak~ Melainkan mereka menggunakan kereta aku ketika mana aku tidak ingin menggunakannya maka aku akan kenakan cas iaitu tampunglah duit minyak yang kau gunakan tuu. Ko ingat mak ayah aku cap duit ka???

Apa pandangan korang plak yang membaca ni?

Wednesday, December 09, 2009

Couple or Nikah!?

...Bismillahhirrahmanirrahim...


Kata orang, ada ilmu kongsi2kan.

Kata orang lagi, beramallah dengan ilmu tersebut.

Tetapi dalam bab ini aku tidak tahu bilakah mampu untuk aku beramal, hanya memerah otak mencari jalan soluisnya, kerana kerap terfikir bagaimana ingin mengurangi penyakit masalah sosial di kalangan pemuda-pemudi, di mana hampir kebanyakan mereka menganggap itu perkara "biasa-biasa". Padah apabila insan dikawal oleh kehendak diri.

Mungkin sekadar menjadi teori. Apa-apa pun untuk mengelakkan aku terlupa pada teori ini, aku cuba kongsikan untuk mengelakkan ia hilang begitu saja di memori seorang insan yang mudah lupa. Semoga aku juga dapat mengamalkannya, InsyaAllah.

Basicnya, jika insan itu bertakwa MUNGKIN ini jalan terbaik yang boleh dilakukannya, jika insan itu masih kabur erti kehidupan dan senang dengan kehendak dirinya tanpa disaring mengikut acuan SyariatNya, baca sajala sekadar mengisi masa lapang. =)

Realitinya, pemuda-pemudi sekarang kebanyakkan sedang hot bercouple, dan itulah bukti fitrah manusia inginkan pasangan. p/s: Yang rosak fitrahnya, itu topik lain ok. (=


Islam tidak membunuh naluri dan Fitrah itu!

Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sens of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tidak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah.


Hukum couple!? Tiada maklumat yang jelas mengenainya. Istilah couple itu sendiri insan bermacam-macam mendefinasikannya. Bagi aku apa-apa sahaja definasi yang menghampiri kepada zina, maka jelaslah couple yang dilalui oleh insan-insan yang sedang berkasih itu adalah haram.

Solusinya bagi mereka yang berada di "alam universiti" mencari jalan untuk menjauhi jalan-jalan menuju ke lembah zina, Nikah!

Pasti ada rintangan yang perlu di lalui, iaitu kebanyakkan ibu bapa pasti tidak mengizinkannya bukan? Mereka pasti akan mengatakan KENE ada KERJA!, KENE ada DUIT! KENE ada bla..bla..bla..

Setiap perkara pasti ada jalannya, aku sarankan kalian yang berkunjung di blog ini perhatikan perbincangan di al-Fikrah.net pada page 8 dan 9, pasti ada jalannya. Dan terang benderang. Bacalah dengan lenggok insan yang berani memikul tanggungjawab untuk mencari jalan keluar. Wallahhua'lam Bernikahlah....

Monday, December 07, 2009

JANGAN HAMPIRI ZINA

...Bismillahhirrahmanirrahim...


  • Kami tidak berzina!

Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.


  • Kami hanya berbual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum … Adakah itu menghampiri zina?

Ya, perbuatan itu boleh menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.


  • Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat kearah itu.

Hari ini, ya. Besok belum tentu,mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipudayanya amat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula terlupa. Siapalah kita jika dibandingkan dengan Adam dan Hawa? Iblis amat licik. Pengalamannya banyak. Ia ada lebih 1001 cara. Ingat, pesanan Rasulullah:

Janganlah engkau bersendirian dengan dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan (Tabrani)

Syaitan akan menghembus perasaan berahi. Kita lemah untuk menghadapi tipu daya Iblis.


  • Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada perzinaan. Ada yang hanya bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun!

Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat launnya desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis, akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?


  • Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu pun zina juga ke?

Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegang, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah:

Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua-dua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ketempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman. (Muslim dan Abu Daud).

Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada perzinaan.


  • Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke?

Bincang pelajaran sahaja! Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebih lagi lah.

Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atid?


  • Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.

Study Group!? nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja. Kemana-manapun berdua. Kalau ye pun, carilah ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni,betul ke bincang pelajaran?Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu… banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!


  • Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.

Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.


  • Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.

Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Sudah habiskah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.


  • Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?

Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sens of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia.

Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri / nafsu.Tentu ada cinta secara Islam?Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa "sesuatu" sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah:

Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah).

Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.


  • Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri kepada perzinaan?

Ya. Kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam…Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan perzinaan? Penghujung jalan cinta adalah perzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah perzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibubapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!


  • Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.

Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang. Jadi manusia itu tak tahan diuji? Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa jangan makan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan hampir pokok khuldi itu. Firman Allah yang bermaksud:


Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim. (al-A'araf: 19)


Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan kearah perzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan perzinaan, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.


  • Tetapi cinta lepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin.

Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai-bagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dengan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang. penyabar,sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit.


  • Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti.

Bagaimana diharap kebahagian jika tidak mendapat redha Allah. Kebahagian adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagian bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahnya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagian itu, jika jalan mencapai kebahagian itu tidak diredhai Allah. Kebahagian hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?


  • Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? ganti bercinta..

Semua itu adalah perangkap Iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak belainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya "angkat" ini sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina. Jadi, seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri? Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh pencipta manusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.


  • Apakah orang yang bercinta tidak bermaruah?

Antara kemulian manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadai maruahnya keranan mereka memenghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwain dengan orang yang beriman. Allah berfirman:


Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melaikan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik . Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman. (Surah al-Nur: 3).


Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan? Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta? Itulah pasangan yang layak untuk dirinya.

Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang untuk wanita yang baik ( an-Nur:26 )


  • Kami telah berjanji sehidup semati.

Apa ada pada janji cinta. Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah. Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah. Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggung jawab.Tahukah hati budi lelaki secara umumnya? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok suka dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

  • Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?

Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Setengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di show room sahaja; display only. Tapi ada yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah kehulu, kehilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.

  • Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?

Ya, masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah:

Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina) … Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar. (Al-Ahzab: 35)


  • Bagaimana kami?

Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha?Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi 3 syarat:

1. Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredai Allah ini.

2. Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.

3. Berazam. Bertekat didalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab Kabul.


Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau maha pengampun dan penerima taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa ku curahkan kasih itu kepada orang lain. Oh tuhan, hambamu berdosa……Amin, Ya Rabb.Moga Allah terima taubat mu. Mereka berpisah kerana Allah. Kalau ada jodoh, tidak kemana! Ya Allah bantulah mereka. Kini mereka datang kepintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka

....................................Coretan Kisah Benar:.........................................................

Suatu petang ada seorang remaja perempuan datang berjumpa saya tanpa temujanji. Pakaiannya amat sopan, bertudung labuh dan wajahnya putih bersih. Dia bertanya berbagai-bagai persoalan agama. Saya menjawab sekadar yang saya tahu. Dia bertanya: Apa hukum anak zina. Saya katakan: Anak zina tidak bersalah apa-apa. Yang bersalah ibu bapanya. Anak zina tidak menanggung apa-apa dosa. Dia bertanya lagi: Apakah hubungan anak zina dengan bapanya. Saya katakan: Islam tidak mengiktiraf hubungan darah antara anak zina dengan bapanya. Bahkan bapa itu boleh berkahwin dengan anak zinanya. Remaja itu terus bertanya: Kalau begitu anak zina itu bukan muhrim?. Saya menjawab: Ya. Anak itu tidak boleh mendedahkan auratnya kepada bapa (zina) walaupun di dalam rumah, tidak boleh bersalaman apatah lagi mengucup tangannya…

Tiba-tiba remaja itu tunduk dan kemudian menangis semahu-mahunya. Sesiapa yang melihat pasti akan turut menangis bersamanya. Dengan sedikit kekuatan yang ada, dia mengangkatkan kepalanya: Saya adalah anak zina..Saya cuba tenangkan perasaannya. Adakah kamu pasti? Dia menjawab: Ya. Saya dengar dari sebelah bilik, mak cik bertengkar dengan mak dan ayah. Dalam keadaan marah, mak cik berkata, kamu jangan nak tunjuk baik, warak,.. kak long tu (dirinya) adalah anak zina… Apabila saya mendengar kalimah itu, saya rasakan dunia ini gelap gulita. Saya menangis semahu-mahunya. Mengapa ayah dan mak lakukan begitu.Alhamdulillah Allah masih sayangkan saya. Saya masih hidup. Sudah kering air mata. Saya tidak dapat mengubah sejarah. Ayah dan ibu yang saya kenali , adalah orang yang baik., tidak pernah mengabaikan solat dan puasa, bahkan mereka berdua amat penyayang, ambil berat pendidikan agama anak-anak. Saya tidak percaya mereka pernah terlanjur. Tapi ini adalah hakikatnya… Dia terus menangis dan menangis. Air mata belum dapat menggambarkan luka hatinya….

Ambillah iktibar. Janganlah menjadi ibu atau bapa kepada anak zina. Kasihanilah zuriat kita. Janganlah anak yang tidak berdosa menanggung keaiban ibu bapa mereka. Mereka tidak mahu dilahirkan sebagai anak zina. Oleh itu, jangan hampiri zina. Ingatlah firman Allah yang bermaksud:

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat. (al-Isra': 32)

JANGAN HAMPIRI ZINA
Oleh : Ust. Shopuan Anuar ( ahmadshopuan @ kmk.matrik.edu.my )
HAK CIPTA TAK TERPELIHARA
TOLONG SEBARKAN

Thursday, December 03, 2009

Percaya!? Tetapi...


...Bismillahhirrahmanirrahim...


Aku baru pulang dari Gombak, Selangor. 2 hari aku berada di sana, sekadar mencari ketenangan JIWA di samping sahabat yang banyak menceritakan perihal Iman, dalam masa yang sama suasana yang dapat menggerakkan aku untuk beramal dengan amalan yang soleh, Alhamdulillah(segala puji hanya bagi Allah).

Sedang aku duduk-duduk di meja tulis sahabat aku, sambil mata meliar melihat buku-buku berkaitan Islam tersusun menegak di hadapan, tertarik aku dengan sebuah buku yang berjudul Iman&Amal Soleh oleh Prof. Dr. HAMKA, terbitan Darul Nu'man.

Antara isi tulisan HAMKA yang menarik perhatian aku pada awal muka surat pertama;

"AMANTU BILLAH!

Sekarang saya telah percaya kepada Allah. Ertinya sekarang saya telah mengenal siapa Allah, kenal dan yakin. Inilah IMAN.

Wa Aslamtu Lahu!

Sekarang saya telah menyerah kepadaNya. Menyerah dengan sebulat hati. Ertinya segala perintah dan hukumNya aku turuti, suruhanNya aku kerjakan, laranganNya aku hentikan, dengan segenap kerelaan. Inilah Islam!"

Tersentak aku dengan ayatnya itu, benar! Aku percaya kepada Allah, mengenaliNya melalui Al-Quran dan hadis yang sahih dan yakin akanNya TETAPI mengapa aku tidak menyerah dengan sebulat hati!? Masih ingin melakukan perkara yang dilarangnya!? Masih ingin bermalas-malasan dengan suruhannya!?


Kata beliau lagi:

"Maka Iman dan Islam, percaya dan menyerah adalah dua kalimat yang tidak bercerai selama-lamanya. Tidaklah cukup percaya sahaja, padahal tidak menyerah. Dan menyerah tidaklah sempurna kalau tidak dari kepercayaan.

Bukti kita percaya kepadaNya, tentulah kita ikut perintah-perintahNya. Dan kita mengikut perintah adalah kerana percaya. Kesimpulan daripada keduanya ini, kepercayaan dan ketundukan itulah dia agama! "



Aku terlarut dalam lautan fikiran dengan kata2nya itu, selama ini mengapa masih ada perintahNya yang kadang kala aku lakukan, kadang kala aku tinggalkan? Kau kata kau percaya! Tetapi mengapa masih melakukan apa yang dilarangnya!?


Sambungnya lagi;

Mengakui diri beriman padahal tidak mengikut perintah, belumlah bernama MUKMIN:

Terjemahannya: Dan mereka berkata, kami percaya kepada Allah dan RasulNya dan taat. Kemudian itu berpalinglah satu golongan daripada mereka. Dan mereka yang berpaling itu tidaklah orang yang beriman (Surah An-Nur, ayat 47)


....Sunnah ialah perjalanan, jalan yang lurus yang akan di tempuh, yang telah didahului oleh Nabi dan kita ikuti dari belakang atau tradisi Nabi Salallahhu'alaihiwassalam!

Mengaku saja percaya kepada Tuhan, padahal tidak mengikut perintah atau tidak menjalankan isi al-Quran atau TIDAK MENURUTI Sunnah Nabi. Kalau kita fikirkan mendalam, bukanlah iman lagi dan halusnya, bukanlah Islam.

Mengaku percaya kepada Tuhan! Apakah keberatan mengerjakan perintahNya? Mengakui percaya kepada Tuhan! Apakah keberatan menghentikan laranganNya?

Mengaku DIRI SEORANG ISLAM, padahal tidak mengerjakan solat 5 waktu? Cubalah FIKIRkan benarkah pengakuan itu? Mengaku diri seorang Islam, padahal enggan mengeluarkan zakat hartanya? Sebab apa? Apakah lantaran merasa bahawa harta itu bukan pemberian Tuhan? Mengaku diri seorang Islam, padahal enggan melakukan puasa bulan Ramadhan. Apakah sebabnya? Bukankah ini lantaran pengakuan itu belum bulat!? Lain di mulut lain di hati!?

Ini adalah alamat bahawa pengakuan belum betul, kepercayaan belum duduk. Ertinya Iman belum ada! Kalau Iman belum ada nescaya Islam pun belum ada!

Cubalah tanya hati sendiri! Apakah beratnya mengerjakan perintah?

Ada orang menjawab: "Asal hatiku sudah percaya dan budiku sesama makhluk sudah baik, beribadat dan beramal tidak perlu lagi!"

Mendengar jawapan ini sudahlah bertambah nyata bahawa Iman dan Islamnya belum ada! Sebab Islam bukanlah semata-mata kepercayaan dan pengakuan.

Menjadi orang Kristianpun adalah hati baik. Menjadi orang Yahudipun adalah hati baik. Demikian juga menjadi orang Buddha. Adapun setiap agama itu ada caranya sendiri. Kalau mengakui hati baik, padahal keberatan mengerjakan perintah agama, tandanya hati tidak baik!

Ada pula yang menjawab, bahawasanya beribadat kepada Tuhan itu bukanlah solat dan puasa saja, asal kita menolong sesama manusia, asal kita berjuang menegakkan cita-cita Islam. Sudah cukup kita menjadi Islam.

Alangkah ganjilnya jawapan ini! Ini adalah alamat bahawa Islam hanya dikenal pada kulitnya saja.



Itulah antara kata-kata beliau yang begitu memukul jiwa dan iman ku. Perhatikanlah sejauh manakah diri kita dalam beriman dengan Islam.

Wednesday, November 18, 2009

1 Dzulhijjah.

Sudah 1 Dzulhijjah, masa berlalu begitu pantas. Berapa banyak amalan soleh lagi sahih yang telah dilakukan?

« مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ ». يَعْنِى أَيَّامَ الْعَشْرِ. قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلاَ الْجِهَادُ فِى سَبِيلِ اللَّهِ قَالَ « وَلاَ الْجِهَادُ فِى سَبِيلِ اللَّهِ إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَىْءٍ ».

"Tidak ada satu amal sholeh yang lebih dicintai oleh Allah melebihi amal sholeh yang dilakukan pada hari-hari ini (yaitu 10 hari pertama bulan Dzul Hijjah)." Para sahabat bertanya: "Tidak pula jihad di jalan Allah?" Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab: "Tidak pula jihad di jalan Allah, kecuali orang yang berangkat jihad dengan jiwa dan hartanya namun tidak ada yang kembali satupun." (HR. Abu Daud no. 2438, At Tirmidzi no. 757, Ibnu Majah no. 1727, dan Ahmad no. 1968, dari Ibnu ‘Abbas. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini shahih sesuai syarat Bukhari-Muslim.)


Atau amalan-amalan yang keji dan dosa banyak dilakukan?

"Hidup ini bukan milik kita"

Saturday, September 12, 2009

...Zikir Secara Berjemaah...

Dhikr recited in unison following the prayers

- Zikir secara berkoir (bersama) selepas Solat -

Oleh: Syeikh Muhammad Shalih Al Munajid

Credit:

http://www.islamqa.com/ar/ref/10491-Arab-

http://www.islamqa.com/en/ref/10491-English-

http://al-fikrah.net/-Malay- (Creditx2 pada Tuan Hasan Tuan Lah dan Dr Shiha)



I am in Malaysia and women often pray in Jamaah, but the one who is Iman stands one step infront of the others. Is this in the Sunnah?
They argue a lot about the interpretation of the Hadith where Aisha RA was seen leading the women in prayer while she was ine the middle of the row. Could you please tell me if there is any daleels for their behaviour or not???


2/ In Malaysia, people interpret the Zikrin jammah after the Swalaat as something that rasulullah SAW and the Sahabas dulged into. For me it is clear that it is BIDAH. Could you please tell me some daleels that prove that ZIKR in Jamaah( loud chanting of duaahs and SUBHANALLAH ALHAMDOULILLAH And ALLAHU ACKBAR)is not part of the Sunnah...

1/ Saya menetap di Malaysia dan kaum wanita selalu solat secara berjama`ah, tapi yg menjadi Imam maju setapak ke hadapan dari yg lain. Apakah ini sunnah?
Mereka berhujah agak panjang seputar hadith di mana Aisyah bisa menjadi Imam solat berjama`ah (wanita) dgn berada di tengah-tengah saf. Bolehkah tuan jelaskan apakah ada dalil dalam tindakan mereka itu?


2/
Di Malaysia, masyarakat mentafsirkan zikir berjama`ah selepas solat sbg amalan RasuluLlah dan para sahabat. Bagi saya, ia bid`ah yg jelas. Bolehkah dikemukakan dalil-dalil utk membuktikan zikir bersama (melantunkan dgn kuat bacaan do`a dan zikir) itu bukan sebahagian dari sunnah?



Praise be to Allaah.
1 – With regard to a woman leading other women in prayer, please see Questions # 9783, 14247.

Segala puji bagi Allah.

1. mengenai isu wanita menjadi Imam solat (berjama`ah), sila lihat #9783 dan 14247

[Rumusan: Seorang wanita boleh mengimami shalat beberapa wanita dengan berdiri di tengah-tengah mereka, dan jika yang menjadi ma'mum hanya seorang, maka ma'mum ini berdiri di sebelah kanan imamnya.
[Fatawa Al-Lajnah Ad-Da'imah Lil Ifta VII/390, fatwa nomor 8328]



With regard to dhikr recited in unison, the Standing Committee was asked about du’aa’ and dhikr recited in unison, and they answered:

The basic principle concerning dhikr and acts of worship is that there is no room for adding or subtracting anything. Allaah should only be worshipped in the ways that He has prescribed; this applies whether it is something that can be done at any time or something that is limited to a specific time and how it is to be done and how many times it is to be done. With regard to dhikrs and du’aa’s that Allaah has prescribed and all kinds of worship that are not limited with regard to time and numbers, location or a particular way in which they are to be done, it is not permissible for us to adhere to a particular way, time or number; rather we are to do these acts of worship without restrictions as it was prescribed.

2. Mengenai isu zikir jama`iy, ia pernah diajukan kepada Lajnah Daimah (AJK Tetap Fatwa KSA) dan berikut adalah penjelasan mereka:

Falsafah atau dasar asasi seputar zikir dan ibadah ialah 'berhenti" yakni tak ada ruang utk menokok tambah atau mengurangi apapun. Allah hendaklah diibadahi menurut cara-cara yang telah ditetapkan; ia merangkumi apa yg boleh dilakukan sepanjang masa, atau utk jangkawaktu terhad, cara ia dilaksanakan, dan berapa kali ia kena dilakukan.
Adapun mengenai zikir2, do`a2 dan apa jua ritual yang tidak bersangkut dgn masa, jumlah, lokasi, atau cara tertentu utk dikerjakan, maka tidak dibenarkan ke atas kita utk terikat dengan cara tertentu, masa dan jumlah, bahkan kita boleh aja melakukan ibadah2 tsb tanpa apa2 sekatan sebagaimana asalnya.



In matters where it isproven in the words or deeds of the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) that an action is to be done at a certain time or a certain number of times or in a certain place or in a certain manner, then we should worship Allaah in accordance with what has been prescribed. It has not been proven from the words or deeds or approval of the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) that he recited du’aa’ in unison with others following the prayers, or after reading Qur’aan, or following each lesson, whether that took the form of the imaam reciting du’aa’ and the congregation saying Ameen to his du’aa’, or whether they all recited du’aa’ together in unison. That was not known at the time of the Rightly-Guided Khaleefahs or any of the Sahaabah (may Allaah be pleased with them).

Utk perkara yg telah dibuktikan melalui perkataan atau perbuatan Nabi SAW di mana ianya dilakukan pada waktu tertentu atau untuk bilangan yg tertentu atau di tempat tertentu atau dengan cara yg tertentu, maka kita hendaklah beribadat kepada Allah mengikut cara yg telah ditentukan. Tiada bukti dari perkataan atau perbuatan atau persetujuan dari Nabi SAW yang menunjukkan baginda membaca doa secara berjamaah selepas solat, atau selepas membaca Qu'aan, atau selepas setiap kuliah, samada ianya berbentuk imam membaca doa dan makmum mengaminkan doanya, atau mereka semua membaca doa secara berjamaah. Perbuatan tersebut tidaklah diketahui semasa zaman Khalifah al-Rasyidin atau mana - mana Sahabat RA.


Whoever adheres to the practice of reciting du’aa’ in unison following the prayers or after reading Qur’aan or after every lesson has innovated something and introduced into the religion something which is not a part of it. It was narrated that the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) said: “Whoever innovates something in this matter of ours (i.e. Islam) that is not part of it will have it rejected.” And he said: “Whoever does something that is not in accordance with this matter of ours (Islam) will have it rejected.”

Sesiapa saja yang mengamalkan pembacaan doa beramai - ramai selepas solat atau selepas membaca Qur'aan atau selepas setiap kuliah telah mencipta sesuatu dan memperkenalkannya ke dalam agama sesuatu yang bukan sebahagian daripadanya. Nabi SAW telah bersabda bahawa: "Sesiapa saja yang mencipta sesuatu mengenai perihal kami (i.e. Islam) yang mana ianya bukan sebahagian daripadanya maka ia adalah tertolak." Dan baginda bersabda: "Sesiapa yang melakukan sesuatu yang tidak mengikut cara kami (Islam) maka ia adalah tertolak".


If it were prescribed to adhere to a certain way of doing it, the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) and his successors (khulafa’) after him would have adhered to that. We have stated above that no such thing was proven from him or from his companions (may Allaah be pleased with them). All goodness is to be found in following the guidance of the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) and the guidance of the Rightly-Guided Khulafa’ (may Allaah be pleased with them); all evil is to be found in going against their guidance and following the innovated matters against which the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) warned us by saying, “Beware of newly-innovated matters, for every innovation is misguidance.” May Allaah bless our Prophet Muhammad and his family and companions, and grant them peace.

Fataawa Islamiyyah, 4/178

Islam Q&A

Jika ianya ditentukan utk berpegang dgn cara tertentu utk melakukannya, maka sudah tentu Nabi dan khulafa' ar-rashidin telah berpegang dengannya. Kita telah tetapkan di atas bahawa tidak ada yg warid (datang) dari baginda maupun para sahabat baginda

Semua kebaikan dengan mengikuti sunnah Nabi dan sunnah khulafa' ar-rasyidin; segala kejahatan ialah dengan menolak petunjuk mereka dan mengikuti apa yang ditokoktambah (bid`ah) sebagaimana amaran baginda dalam sabdanya:
وإياكم ومحدثات الأمور ؛ فإن كل محدثة بدعة
jauhilah perkara2 bid`ah, sesungguhnya semua bid`ah adalah sesat"

salam sejahtera atas junjungan Nabi Muhammad, keluarga dan sahabat2 baginda.

Fataawa Islamiyyah, 4/178

Islam Q&A