Monday, November 29, 2010

Wajarkah??

....Bismillahhirrahmanirrahim....

Wajarkah sekiranya aku memendam rasa kepada "insan yang tersayang" kerana mereka tidak memerintahkan kepada "aku dan insan-insan yang tersayang" kepada solat DAN menjaga solat HANYA kadang-kadang.

Alih-alih aku yang terasa akan berlaku sesuatu seperti kerosakan iman terhadap "insan-insan yang tersayang" ini, lalu aku yang memperingati insan-insan ini. Aku? Bagaimana bila aku alpa? Hmmmm.... Aku tiada siapa ambil peduli, hanya tahu "kau mesti berjaya dan mendapat kebaikkan di dunia ini!"

Di mana peranan kamu wahai "insan yang tersayang?" Sudah diliputi kesenangan duniawi sehingga mengabaikan amanah untuk menyuruh mereka kepada solat DAN menjaga solat?

Wajarkah mereka bersikap demikian? Sedang dulu mereka begitu tegas kepada aku dalam perihal keagamaan? Di manakah sifat mereka ini yang telah menghilang?

"Insan yang tersayang" hanya menampakkan kegembiraan apabila "insan-insan tersayang" mereka memperolah kebaikkan di dunia semata-mata, tidak menunjukkan sikap benci apabila meninggalkan suruhan Illahi.

Aku manusia biasa yang kadang iman naik dan turun ini, acapkali terasa KETEKANANNYA walau aku bukanlah insan yang selalu memenangi hati mereka di dalam kebaikkan di dunia!

Wajarkah aku menuntut di akhirat nanti!??

Nanti... aku teringat hadis Nabi....


Terjemahan: Salamah bin Yazid Al Ja'fi pernah bertanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, "Wahai Nabi Allah, bagaimanakah pendapatmu jika para penguasa yang memimpin kami selalu menuntut hak mereka atas kami tapi mereka tidak mau memenuhi hak kami, sikap apa yang anda anjurkan kepada kami?"

Maka beliau berpaling, lalu ditanyakan lagi kepada beliau dan beliaupun tetap enggan menjawabnya hingga dua atau tiga kali pertanyaan itu diajukan kepada beliau, kemudian Al Aty'ats bin Qa`is menarik Salamah bin Zayid.

Beliau lalu bersabda: "Dengarkan dan taatilah, sesungguhnya mereka akan mempertanggung jawabkan atas semua perbuatan mereka sebagaimana kalian juga akan mempertanggung jawabkan semua perbuatan kalian."

Telah menceritakan kepada kami [Abu Bakar bin Abu Syaibah] telah menceritakan kepada kami [Syababah] telah menceritakan kepada kami [Syu'bah] dari [Simak] dengan sanad seperti ini,

ia mengatakan, "Lalu Al Asy'ats bin Qa`is menarik Usamah bin Zayid, lantas beliau menjawab: "Dengarkan dan taatilah, sesungguhnya mereka akan mempertanggung jawabkan semua perbuatan mereka sebagaimana kalian juga akan mempertanggung jawabkan semua perbuatan kalian." (Sahih Muslim, Kitab Kepimpinan, Bab Taat kepada pemimpin meskipun mereka tidak memenuhi hak rakyat, sumber di http://lidwa.com/app/ hadis benombor 3433)

Hmm... walaupun aku MERASAKAN hadis di atas macam tiada kene mengena, tapi itulah yang terlintas di sanubariku, mengambil pengajaran darinya. "Setiap orang akan dipertanggungjawabkan atas perbuatannya". Aku juga punya "kuasa" terhadap "insan-insan yang tersayang" itu walaupun kuasa dan tanggungjawab aku tidak seberat "insan yang tersayang".

Aku merasakan perilaku ku ini seperti rintihan anak kecil yang tidak akan dihiraukan tetapi inilah apa yang aku rasakan selama ini. Wassalam.


Saturday, November 27, 2010

Cinta Adalah......

Cinta=Kepuasan Nafsu Semata-mata

Cinta=Kepuasan Nafsu diiringi Tanggungjawab, Belas Kasihan dan Amanah

Jadi kebanyakkan anak muda sekarang memilih cinta semata-mata untuk memenuhi nafsu mereka, setuju, bila di ajak kawin tak mahu kerana mahu ENJOY tidak mahu diiringi tanggungjawab.

Hmmm....

Thursday, September 16, 2010

Nasib Melayu di Bumi Melayu

...Bismillahhirrahmanirrahim...



Sebuah buku yang dibaca oleh aku semasa cuti raya baru-baru ini. Secara umumnya, buku ini adalah sebahagian himpunan tulisan Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah dalam akhbar Mingguan Malaysia dan majalah Al-Islam. Persoalan utamanya banyak berkisar tentang politik antara Melayu dengan bukan Melayu. Fokusnya lebih kepada nasib orang Melayu di bumi mereka sendiri. Kenapa dan mengapa orang Melayu masih ketinggalan di buminya sendiri, sedangkan sudah ada peruntukan, keistimewaan, dan perlindungan dalam perlembagaan?

Banyak info-info yang menarik mengenai buku ini:

Scara ringkas selepas hampir separuh buku ini dibaca oleh aku, berikut inilah perkongsian fakta yang ingin dikongsi bersama:

  • Penulis mengkritik akan sikap ahli politik yang menghalalkan zina. Isunya bermula apabila kes kematian Beng Hock, "Ketua Wanita MCA mengeluarkan kenyataan yang lebih ekstrim mendesak Menteri Dalam Negeri supaya anak yang bakal lahir yang dikandung oleh teman wanita Beng Hock "dibinkan" atau diletakkan status anak sah taraf dan bukan anak luar nikah". Jadi disini ditimbulkan persoalan kalau begitu apa gunanya institusi perkahwinan dan kekeluargaan!? Kemudian penulis menukilkan pandangan-pandangan agama seperti Budhha, Kristian dan Islam di mana jelas perbuatan zina yang semakin berleluasa ini adalah perbuatan keji yang semakin dipandang ringan oleh kebanyakkan masyarakat sekarang.

  • Penulis menegur akan sikap parti politik pembangkang bukan melayu yang terlalu kiasu (nak menang saja, tak mahu kalah) dalam membuat tuntutan terhadap kerajaan. Sehinggakan hal yang berkaitan mengenai Ketuanan Melayu di pertikaikan(ini baru contoh yang sedikit), mereka yang kiasu ini telah berada sejak zaman penubuhan PAP lagi. Ketika Sinagpura masih berada dalam Malaysia melalui PAP, Lee Kuan Yew pernah berkata, beliau memberikan masa selama 20 tahun kepada rakyat Malaysia untuk berperdana menterikan orang Melayu, selepas itu sesiapa pun boleh menjadi perdana menteri. Bayangkan jika ketua negara kita yang anti Islam mentadbir negara Malaysia?

  • Lee Kuan Yew tahu isu ini terlalu sensitif kepada orang Melayu. Lebih celupar lagi, beliau secara terang menolak Malaysia adalah sebuah negara berakarkan Islam. Di sini letaknya betapa penting ilmu SEJARAH itu, agar generasi akan datang dapat menjawab persoalan yang telah termeterai lama tetapi diapi-apikan semula oleh puak kiasu ini.

  • Aku sebelum ini secara peribadi mempertikaikan juga mengenai Ketuanan Melayu, mengapa tidak disama ratakan saja untuk semua kaum, itu kan baru adil, itu kan tuntutan ISLAM!? Kemudian apabila aku membaca alasan-alasan dan fakta yang di kemukakan oleh penulis memang munasabah dan pentingnya hak istimewa orang Melayu ini dipertahankan kerana contoh mudah kita boleh lihat sekarang apabila parti sekutu mereka (PAS) ingin menjalankan dasar parti mereka berkaitan Islam, ditolak mentah-mentah oleh mereka. Contoh lain seperti point di atas, semasa Singapura berada di dalam Malaysia! Manakala parti DAP sekarang hampir mengikut jejak langkah PAP. Awas! Nasib umat Islam di bumi Malaysia perlu dipandang serius!

  • Jadi disini pentingnya perpaduan orang MELAYU yang beragama ISLAM untuk menjaga tanah mereka, hak keistimewaan mereka agar tidak di cabul oleh puak-puak yang menolak dasar-dasar Islam ini. Dalam buku ini penulis menyarankan umat Islam berbangsa Melayu bersungguh-sunguh menunjukkan nilai-nilai Islam terlebih dahulu sebelum menjalankan dasar-dasar Islam agar tidak menimbulkan salah faham kepada orang bukan Islam terutamanya.

  • Lihat sahaja nasib orang Islam (tidak kira bangsa apa sekalipun) di Singapura? Walaupun terdapat peruntukan perlembagaan untuk melindungi agama orang Melayu di Singapura, kaum Muslimin tidak bebas mengamalkan agama mereka. Contohnya seperti, September 2002 timbul isu tudung di sekolah nasional. Perdana Menteri Goh Chok Tong dan Kerajaan Singapura mengharamkan pemakaian tudung di sekolah kerana: amalan tersebut boleh mencetuskan perpecahan kaum dan agama.

  • Penulis juga mengkritik akan sikap orang Melayu yang mudah layu apabila dipuji, mudah memaafkan rakan parti yang jelas menghina Islam, tetapi mereka ini tidak pernah sekalipun memohon maaf kepada umat Islam di Malaysia, malah di buat tidak tahu sahaja. Bukan setakat itu, malah kita bangsa Melyu yang mengamalkan Islam sekerat-sekerat ini rela dipergunakan sebagai puppet untuk mendapatkan keuntungan berjuta dan berbillion ringgit. Inilah sikap kita terhadap pegangan kita! Islam anutan kepercayaan kita tidak dimuliakan, tetapi lebih dimuliakan sikap rakus kita kepada dunia!

  • Contoh peruntukan yang telah diberikan oleh kerajan kepada bangsa Melayu tidak di uruskan dengan Amanah! Seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pengalaman penulis buku ini berurusan dengan PKNS dalam sektor hartanah dan perumahan menunjukkan PKNS tidak pernah terlibat langsung dalam membangunkan sektor tersebut secara langsung. Semua tanah dan projek yang diperoleh diswastakan kepada syarikat-syarikat Cina seperti kontraktor, arkitek, dan juruteranya. Hanya vendornya sahaja yang mungkin ada beberapa syarikat bumiputera. Hakikatnya PKNS ambil untung atas angin. Yang kaya-raya ialah syarikat-syarikat Cina yang mendapat projek penswastaan tersebut.

  • Untuk mengetahui lebih lanjut hujah-hujahnya sila dapat buku ini. Penulis lebih banyak mengutarakan Nasib orang Islam berbangsa Melayu ini yang kian terperosok kedalam lubang kehancuran. Oleh sebab itu politik ini perlu diambil tahu oleh setiap orang Islam, kerana ini merupakan asbab agar kita dapat memilih pemimpin yang memudahkan kita beramal dengan ISLAM. Sekali lagi aku berpesan kepada pembaca-pembaca blog ini sila dapatkan buku ini dan telitilah akan pesanan-pesanan yang ingin di sampaikan oleh penulis. Wassalam

Friday, July 30, 2010

Tanpa Prejudis , Kebenaran Akan Teserlah..Saksikan

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Ramai antara umat Islam mungkin berasa geram dan sangat ingin mengutarakan pandangan terbuka dan bebas kepada dunia barat khususnya berkenaan konflik antara dunia Islam, Palestin, Negara haram Israel dan USA. Dengan kesempatan sedikit kebebasan media di Britain, kita wajar mengucapkan penghargaan dan tahniah kepada seorang warga barat dan bekas ahli parlimen Britain yang telah berjaya menyampaikan mesej tersebut. Saksikan beliau mengajar atau ‘membelasah' wartawan Sky TV News dengan fakta dan data.

George Galloway, beliau yang merupakan bekas ahli parlimen Britain, merupakan ahli parlimen parti Labour sejak dari tahun 1987, namun pada tahun 2003, beliau dibuang dari parti labour disebabkan pendiriannya yang sentiasa mengkrtiik serangan ke atas Iraq, Lubnan dan sokongannya ke atas Hizbollah, Palestin dan secara Islam secara umumnya.

Mesejnya dan ringkas dan pendek tetapi tepat amat baik untuk ditonton oleh jutaan umat Islam di seluruh dunia, atas dasar tersebut, saya khaskan entry kali ini untuk memberi publisiti untuk umat Islam menonton perdebatannya secara langsung di SKY NEWS, sebuah stesyen TV swasta berpengaruh di Britain.

Di dalam petikan temuramah itu, beliau seluasnya menghentam tindakan zalim Israel dan USA secara terbuka. Dia juga membantah tuduhan bahawa Palestin, Lubnan dan Iran sebagai Terrorist.

Kelam kabut wartawan jadinya. "What a silly person you are" katanya kepada wartawan yang berat sebelah.

Nasihat saya buat semua, MESTI LIHAT!! Dan amat wajar dipanjangkan kepada semua rakan bagi meningkatkan kefahaman berkenaan isu ini. Hanya 9 minit namun saya yakin, ia amat menarik. Beliau juga berjaya menutup kata-katanya di akhir minit tersebut dengan kata yang amat cemerlang.

Itulah, apabila mereka berfikir tanpa prejudis, mereka akan terbuka kepada kebenaran. Carilah video-video beliau di Youtube, penuh dengan kritikan yang pelbagai terhadap kejahatan Israel, USA dan pimpinan negara Barat. Beliau juga membantah Draw Muhammad day.


Saksikan di bawah :

Wednesday, June 09, 2010

...Teruskan mencari erti kehidupan....

...Bismillahhirrahmanirrahim...

Cuti semester selama dua bulan dan dalam masa yang terluang itu aku mencari kerja kosong. Alhamdulillah ketemu juga. Part time work as a waiter di Shah Alam seksyen13 berhampiran di Tesco Extra. Sebagai waiter memang kerjanya sibuk dan penat, nak pula ketika waktu melayan customer yang bermacam kerenah, sehingga ada yang meminta lilin daripada aku, kerana pada waktu itu kedai makan tersebut black out. Dalam liku-liku mencari kurniaNYA ini ada juga ruang untuk berehat seketika sambil berbual-bual. Banyak perkara yang dibualkan, hanya ingin dikongsi beberpa topik perbualan yang masih terngiang-ngiang di minda ku ini.

Bila dibualkan perkara "keyakinan" masih ada yang mempercayai bomoh, dimana berlaku satu peristiwa ketika rakan sekerja aku ini masih kecil, ibunya sakit-sakit teruk dan ibunya dirasakan terkena buatan orang. Peyelesaiannya bertemu dengan bomoh, diceritakan juga bagaimana cara rawatan dilakukan terhadap ibunya. Penuh dengan khurafat dan syirik, dan katanya "sembuh ibu aku!". Aku mengatakan perkara sedemikian merupakan jerat syaitan. Itu boleh bawa kepada syirik. Aku tak tahu selama ni... jawabnya. Ada juga "Chef" yang masih percaya bahawa ikan dapat meyelamatkan kedai daripada disihir. Aku hanya mampu mengatakan itu syirik, yang boleh melindungi daripada terkena sihir dan buatan orang ialah Allah, bukan ikan kepercayaan orang melayu dahulu kala.

Berbual mengenai kehidupan masing-masing, latar belakang dari kecil sehingga kehidupan sekarang. Aku memulakan topik perihal "kenapa tidak solat?". Segala macam alasan dikemukakan. Ada yang senyap seribu bahasa. Tersengih-sengih dalam erti kata mengejek. Beralasan tidak ada transport dan yang paling menarik "Mana sah solat, sebab aku dah tinggal solat jumaat lebih 3 kali!!'. Apabila solat diabaikan segala macam perkara mungkar boleh berlaku. Ada di antara mereka yg umurnya sebaya dengan ku, dengan mudah membeli kondom. Sibuk dengan mencari duit, sehingga ilmu mengenai islam yang mereka belajar di sekolah, seolah-olah sudah cukup pada mereka.

Adakah mereka tidak mengetahui, bahawasanya kita boleh terjerumus di lembah Kufur al-Ikraad (tidak peduli),

"Ini merupakan kekufuran orang yang mengenepikan langsung berkenaan pengetahuan dan apatah lagi mempelajari dan mengerjakan amalan-amalan agama. Ia tidak membohongi ataupun membenarkan soal-soal agama. Ia juga tidak memusuhi ataupun menunjukkan ketaatan terhadap agama. Kekufuran begini banyak sekali terdapat di zaman sekarang ini dikalangan orang-orang yang asal ibu bapanya adalah beragama Islam tetapi dia sendiri telah terlatih lalu tenggelam dengan cara pemikiran dan kehidupan barat semasa mengejar kerjaya yang disanjung tinggi terutama sekali tatkala dia sedang belajar di negara-negara barat. Begitu juga golongan orang-orang miskin terutama sekali di kawasan pedalaman atau di tengah kesibukan bandar ibu kota yg senantiasa sibuk mencari wang hinggakan tidak mengendahkan langsung persoalan-persoalan agama. Di sebaliknya mereka berlindung dengan muzik, dadah dan alat-alat hiburan yang lain untuk menghilangkan penat lelah tanpa menghiraukan persoalan kebatinan kepercayaan agama.

Firman Allah dalam surah al-Ahqaf ayat 3: terjemahannya: "Dan orang-orang yang kafir berpaling dari apa yang diperingatkan kepada mereka" (Ismail Omar, Manhaj Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, Bahagian-bahagian kufur, m/s 265)

- Life di U-
Hampir sebulan berada di tempat pengajian. Cabarannya juga berbeza. Pengalaman bekerja sebagai waiter membuat aku terfikir agak susah untuk mencari duit untuk menyara kehidupan apabila sudah bekeluarga kelak. ~^_^~ . And now... kehidupan sebagai seorang student memang kurang bebanannya, dan masih sedar bahawa diri ini di biayai oleh PAMA. Hmm.... bagaimana untuk isteri dan anak-anak aku kelak, adakah aku mampu untuk menyara mereka sebagaimana ibu bapa aku menyara aku sekarang? Teruskan usaha mencari redha Allah dalam setiap sudut kehidupan. Dan manusia itu tidak terlepas dalam melakukan dosa dan kesilapan. Carilah jalan (ilmu yang sahih dan amal yang istiqamah) untuk memajukan diri sebagai benteng untuk menyelamatkan diri dari tipu daya kehidupan dunia yang sekadar mainan ini.


Wednesday, May 12, 2010

....Selamatkan....

...Akhirnya aku sendiri terperosok ke lubang yang aku selalu ingat-ingatkan pada diri. Ya Allah ampunkan aku, selamatkan aku....

Tuesday, April 20, 2010

...Satu Penyakit...

...Bismillahhirrahmanirrahim...

-Masalah-
Andai dibiar maka makin melarat, tetapi ubatnya hanya masa yang menentukan. Penyakit yang aku hadapi ini, tiada keinginan yang kuat untuk mendapat GPA dan CGPA yang tinggi dalam bidang yang aku ambil. Sekadar 'biasa-biasa' cara aku usaha untuknya. Arrgh! Aku bingung, seriusly aku bingung. Untuk hal keduniaan ini, aku tidak mempunyai keinginan yang kuat untuk berjaya untuknya. Aku melihat orang disekeliling aku, MasyaALLAH begitu fikir dan risau mereka untuk mendapatkan GPA yang tinggi dengan berusaha sebaik mungkin! Aku...? biasa-biasa sahaja, "boleh repeat ki4" Aku sendiri musykil dengan sikap aku sekarang. ~Mahu berjaya dengan cemerlang atau biasa-biasa sahaja???~

-Suasana-
Kelas untuk subjek yang aku minat ~boleh dikatakanla minat, sebab sudah nampak tang mana yang best tu~. Untuk sesetengah subjek/matapelajaran, aku bersama kelas/group lain, tidak bersama 'budak-budak' kelas/group yang sama bidangnya dengan aku. Maka suasana di dalam kelas yang bukan sebidang dengan aku(walaupun subjeknya sama) itu amat ajaib sekali. Memandangkan aku bukan dari kalangan group/kelas mereka sebelum ini, maka aku cuba untuk rapat dan mewujudkan suasana friendly tetapi impak yang aku terima, aku persis pendatang asing, waa manyak pressure ooo...mahu bekerjasama pun manyak susah ooo, bila mana lecturer memberikan tugas berkumpulan. Maka persis aku melayan di dunia ku sendiri, mereka dengan dunia mereka, bagai tetamu tidak diundang. ~Ceh alasan semata2~ biorla nampak seperti alasan, tetapi disebabkan suasana di dalam kelas itupun boleh menjejaskan keinginan aku untuk study ooo, aku rasala.~

-Lu Pikirla Sendiri-
Mampir-mampir aku terfikir, aku merasakan bidang ini tidak seseuai untuk diri aku. Ingin sahaja aku quit dan mengambil bidang yang selari dengan jiwa aku ~bidang agama ki3~, TETAPI apabila ditimbang semula dengan akal yang rasional subjek aku itu memang menarik! Iaitu menganalisa dan melakukan perbandingan dalam pelaburan! ~Wee manyak silonok ooo~ kalau study secara bersungguh-sungguh la, tetapi masalahnya keinginan untuk study bersungguh-sungguh itu tidak ada.! ~Arrghh!! apa sudah jadi pada diri aku ini!?~. Dalam pada masa yang sama aku aktif berpersatuan mengendalikan hal-hal berkaitan akademik pelajar, contoh seperti tutor and tutee ~tapi aku tak pernah mengajarpun ki4, tapi bila dapat ajar orang, memang syok ooo, because sharing is caring kui3~ selain mengajar, kelab ini mengendalikan juga event untuk mereka yang memperoleh GPA/CGPA yang terbest, maka mereka itu akan dihargai dan diberi anugerah di atas pentas. Maka aku hanyalah orang-orang yang berkerja untuk merealisasikan dan menghargai mereka yang berjaya itu. ~Aku....??? hu3..x pe dia usaha dapat la, aku....? Hu3 x pe...buat biasa2 sudah...tapi aku....!? Ko takyah la mungkin rezeki ko kat lain kot...tapi aku......!? Arghhh....!! Isk4...-_,-~

-Keputusan-
Maka aku mengambil keputusan untuk membiarkan diri ini sehingga aku merasa meyesal ~baru bleh berjaya kot~. Tunggu datang menyesal dulu baru mau berjaya kaaa!??~ Hmm entah aku tidak mengerti mengapa aku sedemikian rupa, tetapi di dalam hal-hal yang berkaitan ilmu-ilmu Islam boleh pula aku berjaga siang malam. MasyaALLAH. Ada juga aku luahkan kepada Ustaz Arradhi masalah yang aku hadapi ini, dan jawapan yang diberi agak berpihak kepada masalah aku. Aku masih ingat-ingat kabur akan kata-katanya, "setiap jiwa itu ada bidang yang sesuai untuknya" persis seperti itu bunyinya. Tetapi aku memberi alasan, buat masa ini, aku akan cuba juga untuk meminati bidang yang aku tempuhi sekarang memandangkan ia adalah tanggungjawab dan amanah yang telah dipikul di atas bahu aku, beralasankan penerangan ustaz Hasrizal dan rakan-rakan lain di al-fikrah.net. [KLIK]


-Tindakan-
“Ya Haiyyum, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata” (Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani).
Wallahhua'lam. The End.

*Apa komen rakan-rakan yang sudah TERbaca ini?

Friday, March 12, 2010

Salahkah Aku Berkira???

...Bismillahhirrahmanirrahim...

Persoalan ini kerap kali bermain difikiran aku, masalah utama apabila aku berkira, berkira??? Berkira?? Berkira?.

Berkira apa?

Aku di Universiti membawa sebuah kereta, maka faham-faham sajalah costnya itu. Aku akui aku bukanlah anak orang "kaya gila" persis "Abah bank in RM500 untuk minggu ini" esok harinya minta lagi. Gilakah! Mak Ayah aku, beri duitpun cukup-cukup bulan sepertimana mereka menerima gaji. Maka duit makan, minyak semua termasuk di dalam area-area "costing" ~benarkah istilah yang aku gunakan ini??. InsyaALLAH betul.~

Aku juga punya bajet tersendiri, simpanan, dan segala macam perancangan untuk masa depan. But r u think that people know it? Confirm! they didn't know it laa! Aku cuba menjelaskan, tetapi mereka tetap mengatakan aku "kedekut! berkira!" Selama ini bila diperhatikan semula perbelanjaan aku sahaja untuk seminggu mengambil kos sebanyak RM100! Aku cuba untuk kurangkan bajet menjadi sehari RM10. Berjayajakah? ~InysaALLAH kalau rezeki itu diberkati Allaah 'Azza wa Jalla, pasti boleh punya. Maka perhatikanlah adakah rezeki yang kau gunakan itu diredhainya atau tidak ~Akupun ada perasan segan, takkan tiap-tiap minggu mau minta duit, tapi apakan daya terpaksa gak minta isk3 dan itu tanggungjawab mereka. Aku punya tanggungjawab ialah belajar~

Timbul persoalan apasal kau tak bawa moto saja? ~a'ah apsal tak bawa moto je?~

Firstly
faktor keselamatan ~nyawa itu sungguh berharga, dan asbab membawa kereta faktor-faktor keselamatannya lebih tinggi berbanding membawa motosikal~. Secondly, aku disini suka pergi ke kuliah sunnah, usrah di luar dan keluar dengan group-group Tabligh, maka aku gemar pergi dengan mereka dan dalam masa yang sama aku ingin menolong mereka tanpa mereka memikirkan masalah pengangkutan, ~kita ada rezeki untuk bawa kereta, kita gunakan untuk ke tempat-tempat seperti itu, banyak manfaatnya dan jika jaraknya jauh maka aku akan minta tolong mereka supportkan duit minyak, ini setakat nak ke pasar malam, bersiar-siar ke bandar Dungun / Kuantan tanpa tujuan. Buat perabih minyak aku!~

Apabila berpersatuan maka adalah event-eventnya, maka banyaklah barang yang perlu dibeli. Sampai disatu tahap, kita juga perlu untuk pergi ke beberapa tempat yang jauh untuk menyervey tempat tersebut ~time alam U ni la kita nak berjalan and redah ke tempat yang aku x pernah meredahnya~ maka apabila aku mengclaim duit minyak, tiada peruntukan! Oh! Kejam! mereka ingat pelajar-pelajar ini semua bapak-bapaknya berpendapatan RM10 000 permonth?! Tapi nak kitorang buat event bagus-bagus, peruntukan untuk duit minyak x da bagi ka???

Tetap Berkira!

Aku tetap nak berkira kerana.

Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu dan janganlah kamu terlalu mengulurkannya[852] karena itu kamu menjadi tercela dan menyesal. (17. Al Israa' ayat 29)

[852]. Maksudnya: jangan kamu terlalu kikir(kedekut), dan jangan pula terlalu pemurah.


U See! Allah sendiripun memberi panduan agar tidak bersikap TERLALU pemurah! Kelak kita juga akan menyesal. Bila sudah menyesal time inilah Syaitan mencucuk jarumnya agar kita menyalahkan Allah. Allah know la about their creature right? Pepatah melayu juga ada berpesan, "Buat baik BERPADA-PADA buat jahat jangan sesekali" U see!!!!

Apa salahnya kalau aku nak berkira ~tetapi aku tidaklah kejam sangat, bila aku sendiri nak ke tempat yang merekapun turut sama ingin tujui, aku tidaklah berkira sangat dengan duit minyak~ Melainkan mereka menggunakan kereta aku ketika mana aku tidak ingin menggunakannya maka aku akan kenakan cas iaitu tampunglah duit minyak yang kau gunakan tuu. Ko ingat mak ayah aku cap duit ka???

Apa pandangan korang plak yang membaca ni?