...Bismillahhirrahmanirrahim...
Kata orang, ada ilmu kongsi2kan.
Kata orang lagi, beramallah dengan ilmu tersebut.
Tetapi dalam bab ini aku tidak tahu bilakah mampu untuk aku beramal, hanya memerah otak mencari jalan soluisnya, kerana kerap terfikir bagaimana ingin mengurangi penyakit masalah sosial di kalangan pemuda-pemudi, di mana hampir kebanyakan mereka menganggap itu perkara "biasa-biasa". Padah apabila insan dikawal oleh kehendak diri.
Mungkin sekadar menjadi teori. Apa-apa pun untuk mengelakkan aku terlupa pada teori ini, aku cuba kongsikan untuk mengelakkan ia hilang begitu saja di memori seorang insan yang mudah lupa. Semoga aku juga dapat mengamalkannya, InsyaAllah.
Basicnya, jika insan itu bertakwa MUNGKIN ini jalan terbaik yang boleh dilakukannya, jika insan itu masih kabur erti kehidupan dan senang dengan kehendak dirinya tanpa disaring mengikut acuan SyariatNya, baca sajala sekadar mengisi masa lapang. =)
Realitinya, pemuda-pemudi sekarang kebanyakkan sedang hot bercouple, dan itulah bukti fitrah manusia inginkan pasangan. p/s: Yang rosak fitrahnya, itu topik lain ok. (=
Islam tidak membunuh naluri dan Fitrah itu!
Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sens of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tidak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah.
Hukum couple!? Tiada maklumat yang jelas mengenainya. Istilah couple itu sendiri insan bermacam-macam mendefinasikannya. Bagi aku apa-apa sahaja definasi yang menghampiri kepada zina, maka jelaslah couple yang dilalui oleh insan-insan yang sedang berkasih itu adalah haram.
Solusinya bagi mereka yang berada di "alam universiti" mencari jalan untuk menjauhi jalan-jalan menuju ke lembah zina, Nikah!
Pasti ada rintangan yang perlu di lalui, iaitu kebanyakkan ibu bapa pasti tidak mengizinkannya bukan? Mereka pasti akan mengatakan KENE ada KERJA!, KENE ada DUIT! KENE ada bla..bla..bla..
Setiap perkara pasti ada jalannya, aku sarankan kalian yang berkunjung di blog ini perhatikan perbincangan di al-Fikrah.net pada page 8 dan 9, pasti ada jalannya. Dan terang benderang. Bacalah dengan lenggok insan yang berani memikul tanggungjawab untuk mencari jalan keluar. Wallahhua'lam Bernikahlah....
assalamualaikum.
ReplyDeletemohon maaf akhi, kerana ana rasa perkataan 'couple' tu macam kurang sesuai. sebabnya orang yang sudah bernikah juga dipanggil couple. mungkin lebih sesuai digunakan istilah couple halal @ couple haram ? tapi mungkin ianya biasa didengar perkataan 'couple' tu lebih cenderung diistilahkan sebelum nikah oleh orang ramai so tak apalah. abaikan. hee :)
hm, bak kata orang, lebih baik berangan-angan untuk nikah berbanding bercouple sebelum nikah. ana juga pernah menulis artikel tentang ini bertajuk "Mari Bicara Tentang Cinta" pada entri yang lalu.
p/s: sekarang masih tengah exam lagi. kurang hasilkan artikel.
Syukran, kerana berkongsi ilmu baru dengan sy. Apa2 pun semoga Allah permudahkan urusan saudari dan diberi markah yang cemerlang dalam exam.
ReplyDeletep/s: Baru pulang dari Indonesia, sempat berkujung di jakarta dan bandung sj.