Thursday, January 29, 2009

Kisah Fitnah Saiditina Aisyah radhiallah,

Hadis dibawah ini, yg diriwayat oleh Imam Muslim rahimahullah didalam kitabnya, Sahih Muslim amat menyentuh hatiku. Cuba hayati perasaan Ummul Mukminin ini ketika ia diusia remaja. Ingin aku berkogsi bersama mereka yg sudi mapir diblog ku...


Hadis Saidatina Aisyah r.a isteri Nabi s.a.w katanya:

Apabila Rasulullah s.a.w ingin musafir, baginda biasanya mengadakan undian di kalangan isteri-isterinya. Sesiapa yang bernasib baik dialah yang akan keluar bersama Rasulullah s.a.w.

Saidatina Aisyah berkata Rasulullah s.a.w membuat undian di kalangan kami untuk memilih siapakah yang akan turut serta ke medan perang. Tanpa diduga undi akulah yang berjaya. Lalu aku keluar bersama Rasulullah s.a.w. Peristiwa ini berlaku selepas turunnya ayat hijab. Aku dibawa dalam Haudaj (sebuah bilik kecil untuk perempuan yang diletakkan di atas unta). Bilik inilah aku ditempatkan selama berada di sana.

Setelah Rasulullah s.a.w selesai berperang, kami terus pulang. Kami berhenti rehat buat seketika di suatu tempat yang berhampiran dengan Madinah. Sebaik sahaja tiba waktu malam kami diminta supaya meneruskan perjalanan. Pada waktu yang sama aku bangkit dan berjalan jauh dari pasukan tentera. Apabila selesai membuang air besar aku kembali ke tempat kelengkapan perjalanan. Ketika aku menyentuh dadaku mencari kalung, ternyata kalungku yang diperbuat dari manik Zafar (berasal dari Zafar, Yaman) hilang.

Aku kembali lagi ke tempat tadi mencari kalungku sehingga aku ditinggalkan dalam keadaan tersebut. Sementara itu beberapa orang lelaki yang ditugaskan membawaku mengangkat Haudaj ke atas unta yang aku tunggangi kemudian terus pulang. Pada sangkaan mereka aku berada di dalamnya. Saidatina Aisyah berkata: Wanita pada waktu itu semuanya ringan-ringan, tidak terlalu tinggi dan tidak pula terlalu gemuk kerana mereka hanya memakan sedikit makanan menyebabkan para sahabat tidak terasa berat ketika membawa serta mengangkat Haudaj. Apatah lagi aku pada waktu itu seorang gadis.

Mereka membangkitkan unta dan terus berjalan. Sebaik sahaja mereka bertolak aku bertemu kalung yang kehilangan tadi. Aku pergi ke tempat perhentian mereka semasa berperang, namun tidak seorang pun yang ada di sana. Lalu aku kembali ke tempat perhentianku dengan harapan mereka sedar kehilanganku dan kembali mencariku. Ketika berada di tempatku, aku terasa mengantuk dan terus tertidur. Kebetulan Safuan bin Al-Muattal As-Sulami Az-Zakwani telah ditinggalkan oleh pasukan tentera supaya berangkat pada awal malam sehinggalah dia sampai ke tempatku pada pagi tersebut.

Dalam kesamaran dia terlihat seorang manusia sedang tidur. Dia menghampiriku dan didapati aku yang tidur di situ. Dia mengenaliku kerana pernah melihat aku sebelum hijab diwajibkan kepadaku. Aku tersedar oleh ucapannya إِنَّا لِلَّهِ وَ إِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ ketika dia mengetahui bahawa aku tidur di situ. Aku segera menutup wajahku dengan kain tudung. Demi Allah! Dia tidak bercakap dengan aku dan aku juga tidak mendengar kata-katanya walaupun sepatah selain ucapannya إِنَّا لِلَّهِ وَ إِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ sehinggalah dia meminta aku menunggang untanya. Tanpa membuang masa aku terima pelawaannya dan terus naik dengan berpijak di tangannya, lalu beredar dalam keadaan dia menarik unta sehinggalah kami berjaya mendapatkan pasukan tentera yang sedang berhenti rehat kerana panas terik.

Celakalah penuduhku dan orang yang tetap dengan keangkuhannya iaitu Abdullah bin Ubai bin Salul. Setelah sampai di Madinah, aku jatuh sakit di Madinah selama sebulan setelah ku kembali. Sementara itu orang ramai sedang menyebarkan fitnah daripada pereka cerita bohong tetapi aku sendiri tidak mengetahuinya. Aku mula resah setelah Rasulullah s.a.w kelihatan berubah malah aku tidak lagi merasakan kelembutan Rasulullah s.a.w yang biasanya aku rasakan ketika aku sakit. Rasulullah s.a.w cuma masuk mengucapkan salam kemudian bertanya: Bagaimana keadaanmu? Suasana ini menyebabkan aku semakin gelisah kerana bagiku, aku tidak melakukan keburukan.

Setelah penyakitku beransur sembuh, aku keluar bersama Ummu Mistah ke tempat buang air besar. Ianya adalah tempat yang biasa kami kunjungi untuk membuang air besar dan kami hanya keluar pada waktu malam. Keadaan ini berterusan sehinggalah kami membina tandas berhampiran dengan rumah kami. Kamilah orang arab yang pertama membina tandas untuk bersuci. Akhirnya kami merasa terganggu dengan tandas tersebut yang di bina berhampiran dengan rumah kami.

Suatu hari aku keluar bersama Ummu Mistah binti Abu Ruhmi bin Al-Muttalib bin Abdul Manaf. Ibunya adalah puteri Sakhrin bin Amir ibu saudara Abu Bakar As-Siddiq r.a, anaknya bernama Mistah bin Usaasah bin Abbad bin Al-Muttalib. Setelah kami selesai buang air besar aku berjumpa dengan anak perempuan Abu Ruhmi berhampiran rumahku. Tiba-tiba Ummu Mistah terpijak pakaiannya lalu melatah sambil berkata: Celaka Mistah! Aku berkata kepadanya: Apakah engkau mencela seorang lelaki yang syahid dalam peperangan Badar. Dia menjawab: Wahai Saidatina Aisyah: Tidakkah engkau mendengar apa yang dia katakan? Aku menjawab: Tidak, apakah yang dia katakan? Lantas Ummu Mistah menceritakan kepada aku tuduhan pembuat cerita bohong.

Mendengar cerita itu, sakitku bertambah kuat. Setelah sampai di rumah Rasulullah s.a.w masuk menjengukku. Baginda mengucapkan salam kemudian bertanya: Bagaimana keadaanmu? Aku menjawab: Apakah engkau izinkan aku berjumpa dua orang tuaku? Pada saat itu aku ingin kepastian tentang berita tersebut dari dua orang tuaku. Selepas mendapat keizinan daripada Rasulullah s.a.w, aku segera pulang ke rumah orang tuaku. Sebaik sahaja sampai di sana, aku bertanya ibuku: Mak, apakah cerita yang disebarkan oleh orang ramai mengenai diriku? Ibuku menjawab: Wahai anakku! Tabahkanlah hatimu! Demi Allah berapa orang sahaja wanita cantik berada di samping suami yang menyayanginya dan mempunyai beberapa orang madu tidak difitnahkan, bahkan ramai yang dilontarkan fitnah terhadapnya. Aku berkata: Maha suci Allah s.w.t! Apakah sampai begitu sekali orang ramai memfitnah ku?

Aku terus menangis pada malam tersebut dan tidak lagi mampu menahan air mata. Aku tidak dapat tidur sehingga pada pagi keesokannya, aku masih lagi dalam keadaan demikian. Setelah beberapa ketika Rasulullah s.a.w memanggil Ali bin Abi Talib dan Usamah bin Zaid untuk membincangkan perceraian dengan isterinya. Ketika itu wahyu tidak diturunkan. Usamah bin Zaid memberi pertimbangan kepada Rasulullah s.a.w tentang penjagaan Allah terhadap isteri baginda dan kemesraan Nabi terhadap mereka sambil berkata: Wahai Rasulullah! Mereka adalah keluargamu. Kami cuma mengetahui apa yang baik. Manakala Ali bin Abi Talib pula berkata: Allah tidak menyulitkan kamu malah wanita selain daripadanya masih ramai.

Jika engkau bertanyakan pembantu rumah pun, tentu dia akan memberikan keterangan yang betul. Saidatina Aisyah berkata: Lantas Rasulullah s.a.w memanggil Barirah (pembantu rumah) dan bertanya: Wahai Barirah! Apakah engkau pernah melihat sesuatu yang meragukan tentang Aisyah? Barirah menjawab: Demi Allah yang mengutusmu membawa kebenaran. Sekiranya aku melihat sesuatu padanya, nescaya aku tidak akan menyembunyikannya. Dia tidak lebih dari seorang gadis muda yang sering tertidur di samping adunan roti keluarganya sehinggalah binatang ternakan seperti ayam dan burung datang memakannya.

Saidatina Aisyah berkata: Kemudian Rasulullah s.a.w berdiri di atas mimbar meminta pertolongan untuk membersihkan segala fitnah yang dilontarkan oleh Abdullah bin Ubai bin Salul. Saidatina Aisyah berkata lagi: Rasulullah s.a.w bersabda semasa berkhutbah: Wahai kaum Muslimin! Siapakah yang ingin menolongku dari orang yang sanggup melukai hati keluargaku? Demi Allah! Apa yang aku ketahui hanyalah kebaikan. Beberapa orang telah menyebut tentang seorang lelaki yang aku ketahui bahawa dia seorang yang baik. Dia tidak pernah masuk berjumpa isteriku kecuali bersamaku. Lalu Saad bin Muaz Al-Ansariy bangun berkata: Aku yang akan menolongmu daripada orang itu wahai Rasulullah. Jika dia daripada golongan Aus aku akan memenggal lehernya dan sekiranya dia dari kalangan saudara kami daripada golongan Khazraj, perintahkanlah aku nescaya aku akan melaksanakan segala perintahmu itu.

Saidatina Aisyah berkata: Mendengar kata-kata tersebut lantas Saad bin Ubadah bangun. Dia adalah penghulu golongan Khazraj, seorang yang soleh tetapi kadang-kadang dia cepat radang kerana bongkak. Dia menjawab kepada Saad bin Muaz: Engkau bohong! Demi Allah engkau tidak dapat membunuhnya dan tidak mampu untuk membunuhnya! Lalu Usaid bin Hudair sepupu Saad bin Muaz bangun menjawab kepada Saad bin Ubadah: Engkau bohong! Demi Allah, kami akan membunuhnya. Engkau seorang munafik yang membela orang-orang munafik. Maka terjadilah pertengkaran hebat antara golongan Aus dan Khazraj, sehingga mereka hampir membunuh antara satu sama lain.

Rasulullah s.a.w masih tetap berdiri di atas mimbar. Rasulullah s.a.w tidak henti-henti menenangkan mereka sehinggalah mereka terdiam kerana melihat Rasulullah s.a.w diam. Saidatina Aisyah berkata: Melihat keadaan itu aku menangis sepanjang hari. Air mataku tidak berhenti mengalir dan aku tidak dapat tidur sehinggalah pada malam berikutnya. Dua ibu bapaku menganggap tangisanku itu boleh membawa kepada terbelahnya jantungku. Ketika ibu bapaku menunggu aku, seorang perempuan Ansar datang meminta izin menemuiku. Setelah aku mengizinkannya, dia terus masuk lalu duduk sambil menangis.

Saidatina Aisyah berkata: Ketika itu Rasulullah s.a.w masuk memberi salam, lalu duduk bersama aku. Saidatina Aisyah berkata: Baginda tidak pernah berbuat demikian sejak berlakunya fitnah terhadapku sebulan yang lalu. Wahyu juga tidak diturunkan kepada baginda mengenai keadaanku. Saidatina Aisyah berkata: Rasulullah s.a.w mengucapkan Dua Kalimah Syahadah ketika duduk kemudian bersabda: Wahai Aisyah! Aku ketahui berbagai cerita telah diperkatakan tentang dirimu. Jika engkau memang tidak bersalah, Allah pasti tidak akan menyalahkan kamu. Tetapi seandainya engkau bersalah, pohonlah keampunan daripada Allah dan bertaubatlah kepada-Nya kerana sesungguhnya apabila seorang hamba mengaku berdosa, kemudian bertaubat nescaya Allah pasti akan menerima taubatnya.

Saidatina Aisyah berkata: Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w selesai bersabda, aku bertambah sedih sehingga tidak terasa air mataku menitis. Aku berkata kepada ayahku: Jelaskanlah kepada Rasulullah s.a.w mengenai apa yang baginda katakan. Ayahku menjawab: Demi Allah! Aku tidak tahu apa yang harus dijelaskan kepada Rasulullah s.a.w. Kemudian aku berkata kepada ibuku: Jelaskanlah kepada Rasulullah s.a.w. Ibuku juga menjawab: Demi Allah! Aku tidak tahu apa yang harus dijelaskan kepada Rasulullah s.a.w. Lalu aku berkata: Aku adalah seorang gadis muda. Aku tidak banyak membaca Al-Quran. Demi Allah! Aku tahu bahawa kalian telah mendengar semuanya itu sehingga tetap bersemadi di hati kalian, malah kalian mempercayainya. Jika aku katakan kepada kalian bahawa aku tidak bersalah, Allahlah yang mengetahui bahawa aku tidak bersalah, tetapi kalian tetap tidak mempercayaiku. Begitu juga sekiranya aku mengakui melakukan kesalahan, Allahlah yang mengetahui bahawa aku tidak bersalah dan kalian tentu akan mempercayaiku. Demi Allah, aku tidak mempunyai contoh yang tepat untuk aku dan kalian kecuali kata-kata yang disebut oleh ayah Nabi Yusuf a.s: فَصَبْرٌ جَمِيلٌ وَاللَّهُ الْمُسْتَعَانُ عَلَى مَا تَصِفُونَ Yang bermaksud: Kalau begitu bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya dan Allah jualah yang dipohonkan pertolongan mengenai apa yang kamu katakan itu.

Saidatina Aisyah berkata: Kemudian aku beredar lalu berbaring di tempat tidurku. Saidatina Aisyah berkata: Demi Allah! Pada saat itu aku yakin diriku tidak bersalah dan Allah akan menunjukkan bahawa aku tidak bersalah. Tetapi Demi Allah! Aku tidak menyangka bahawa wahyu akan diturunkan tentang permasalahanku kerana persoalanku adalah terlalu remeh untuk difirmankan oleh Allah s.w.t. Namun begitu aku mengharapkan agar Rasulullah s.a.w melihat dalam mimpinya bahawa Allah s.w.t membersihkan aku dari fitnah itu. Saidatina Aisyah berkata: Demi Allah! Rasulullah s.a.w tidak beredar dari tempat duduk baginda dan tidak ada seorangpun di kalangan keluarga kami keluar. Apabila Allah s.w.t menurunkan wahyu kepada Nabi-Nya, baginda kelihatan berubah. Baginda duduk membongkok sambil berpeluh bagaikan mutiara pada musim sejuk kerana beratnya menerima firman Allah s.w.t yang diturunkan kepada baginda.

Saidatina Aisyah berkata: Setelah itu Rasulullah s.a.w terus ketawa. Ucapan pertama baginda selepas menerima wahyu tersebut ialah sabdanya: Bergembiralah, wahai Aisyah! Sesungguhnya Allah s.w.t telah membersihkan kamu! Lalu ibuku berkata kepadaku: Bangunlah berjumpa Rasulullah s.a.w. Aku menjawab: Demi Allah! Aku tidak akan bangun berjumpa baginda. Aku hanya akan memuji kepada Allah s.w.t kerana Dialah yang menurunkan ayat Al-Quran menyatakan kebersihanku. Lalu Allah s.w.t menurunkan ayat إِنَّ الَّذِينَ جَاءُوا بِالْإِفْكِ عُصْبَةٌ مِنْكُمْ Yang bermaksud: (Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu) sebanyak sepuluh ayat. Allah s.w.t menurunkan ayat-ayat tersebut yang menyatakan kebersihanku.

Saidatina Aisyah berkata: Lalu Sayidina Abu Bakar orang yang selalu memberi nafkah kepada Mistah kerana dia adalah salah seorang daripada kaum keluarga Abu Bakar dan seorang miskin berkata: Demi Allah! Aku tidak akan memberikan nafkah kepadanya lagi selepas dia memfitnahkan Saidatina Aisyah r.a. Sebagai teguran terhadap tindakan itu Allah s.w.t menurunkan ayat وَلَا يَأْتَلِ أُولُوا الْفَضْلِ مِنْكُمْ وَالسَّعَةِ أَنْ يُؤْتُوا أُولِي الْقُرْبَى sehingga ayat أَلَا تُحِبُّونَ أَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ Yang bermaksud: Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya di antara kamu bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum keluarga sehinggalah kepada firman Allah s.w.t yang bermaksud: Tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu. Hibban bin Musa berkata: Abdullah bin Al-Mubarak menyebut: Inilah ayat yang paling aku harapkan dalam Kitab Allah. Abu Bakar berkata: Demi Allah! Memang aku inginkan keampunan Allah s.w.t. Lalu Abu Bakar kembali memberikan nafkah kepada Mistah sebagaimana biasa dan berkata: Aku tidak akan berhenti memberi nafkah kepadanya.

Saidatina Aisyah berkata: Rasulullah s.a.w pernah bertanya Zainab binti Jahsyin isteri Nabi s.a.w tentang masalahku: Apakah yang engkau ketahui atau apakah pendapatmu? Zainab menjawab: Wahai Rasulullah! Aku selalu menjaga pendengaran dan penglihatanku. Demi Allah! Apa yang aku ketahui hanyalah kebaikan. Saidatina Aisyah berkata: Dialah dari kalangan isteri-isteri Nabi s.a.w yang membanggakan aku. Allah s.w.t mengurniakan kepadanya sifat warak berbanding dengan saudara perempuannya iaitu Hamnah binti Jahsyin yang turut serta menyebarkan fitnah. Maka celakalah dia bersama orang-orang yang celaka!

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 4974

Sunday, January 18, 2009

Istiwa' (berada) diatas 'Arasy

Allah telah menyebut sifat istiwa' di atas 'Arasy ini sebanyak 7 kali di dalam Al-Quran. Contohnya dalam surah Taha ayat 5 dengan firmannya:

ٱلرَّحۡمَـٰنُ عَلَى ٱلۡعَرۡشِ ٱسۡتَوَىٰ
(Yaitu) Tuhan Yang Maha Pemurah. Yang bersemayam di atas 'Arsy

Sebenarnya kita adalah jahil berkenaan bentuk dan cara istiwa' Allah kerana kita jahil berkenaan bentuk cara zat Allah. Dalam bahasa Arab yg asli kalimah " istiwa' " membawa empat maksud iaitu:
menetap (aftaqarra)

naik keatas ('alaa)
meninggi (irtafa'a)
dan menaiki (fa'ada).

Ulama'-ulama' yg terawal tidak pernah mentafsirkan kalimah ini sebagai berkuasa, memerintah, atau menjajah. Penakwilan dengan makna yg bukan dari salah satu dari empat makna yg terdapat di dalam bahasa Arab yg asli ini adalah merupakan penyelewengan dari iktiqad tauhid nama-nama dan sifat-sifat yg suci.

  • Istiwa' maklum : Di dalam bahasa Arab asli
  • Bagaimana bentuk dan caranya tidak diketahui : Tidaklah mengetahuinya melainkan Allah sendiri
  • Beriman dengannya wajib : Disebabkan wujud dalil yg sahih yg menetapkan atau menyebutnya.
  • Menyoal berkenaanya adalah perbuatan BID'AH : Kerana bagaimana bentuk dan caranya tidaklah diketahui melainkan Allah sendiri dan para sahabat Nabi Shallallah hu 'alaihiwassalam tidak pernah menyoalkan berkenaannya.

(Manhaj Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah-Ismail bin Omar, m/s 185-186 nota kaki 176 ---> Al-'Aqidah Al-Wasathiah oleh Syeikhul Islam ibnu Taimiyyah)


Thursday, January 15, 2009

ISU PALESTINE : QUNUT NAZILAH ATAU SOLAT HAJAT?

Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

-http://akob73.blogspot.com/-

Keganasan dan kerakusan rejim zionis di bumi Palestin amat menyedihkan hati seluruh umat Islam di seluruh dunia. Sehingga artikel ini ditulis 875 orang rakyat Palestin termasuk kanak-kanak kecil telah terkorban manakala lebih daripada 3,000 orang lagi telah tercedera akibat dari serangan udara tentera Israel di Semenanjung Gaza. Entah mengapa agaknya penindasan terhadap rakyat Palestine seakan-akan tiada kesudahannya. Kita juga amat kesal dengan kebaculan pemimpin-pemimpin negara Arab yang gagal untuk bersatu tenaga bagi membantu umat Islam di Palestin memerangi tentera penceroboh Israel. Hal ini menyebabkan negara sekecil Israel boleh merampas tanah serta membunuh umat Islam di Palestin sesuka hati mereka di hadapan mata bangsa Arab tanpa mereka mampu untuk berbuat apa pun. Dalam usaha untuk membantu umat Islam di Palestine maka ramai dikalangan umat Islam di Malaysia menyeru untuk dilaksanakan solat hajat secara berjemaah di masjid-masjid demi memohon keselamatan sauadara-saudara kita di sana. Hanya sahaja apa sepatutnya yang lebih utama untuk dilaksanakan ketika musibah dan bencana sedang melanda umat Islam adalah mengerjakan qunut nazilah dalam solat-solat fardu. Namun sunnah Rasulullah s.a.w. mengerjakan qunut nazilah ini jarang-jarang dikerjakan walaupun keadaan umat Islam di seluruh dunia begitu terhimpit dan sewajarnya kita mendoakan keselamatan untuk mereka menurut tatacara yang diajar oleh Baginda. Dalil disyariatkan qunut nazilah ini adalah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abdullah ibnu Abbas r.a, dia berkata: “Rasulullah s.a.w. telah berqunut sebulan berturut-turut dalam solat Zuhur, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh iaitu dalam rakaat terakhir ketika iktidal sehabis mengucapkan ‘sami’allahuliman hamidah.’ Di situ baginda berdoa untuk kebinasaan Banu Sulaim, Ra’al, Dzakwan dan Ushaiyah, sedang makmum yang di belakangnya mengaminkan doa itu.” - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya. No: 1231

Anas bin Malik pula telah berkata: “Rasulullah s.a.w. tidaklah pernah berdoa selepas bangun daripada rukuk kecuali untuk memohon kebaikan kepada orang ramai atau mengutuk sesetengah kaum itu.” - Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah dalam Sahih Ibnu Khuzaimah dan juga diriwayatkan oleh al-Hafidz Ibnu Hajar dalam Bulughul Maram, no: 0242

Mengerjakan qunut nazilah ketika terjadinya bencana dalam kaum Muslimin merupakan pegangan mazhab Syafi’i, Hanafi dan juga Hambali. Berkaitan dengan perlaksanaan qunut nazilah ini Syaikh al-Mubarakfury telah berkata: Ini memang dikhususkan pada hari-hari genting dan ketika terjadinya peristiwa menakutkan atau bencana, kerana Nabi s.a.w. tidak pernah membaca qunut kecuali untuk mendoakan kebaikan bagi kaum muslimin atau memohonkan kebinasaan kaum kafir – Dinukil dari kitab Taudhih al-Ahkam Min Bulughul Maram karangan Abdullah bin Abdurrahaman al-Bassam, jilid 2, ms. 236

Syaikh Abu Ubaidah pula telah menegaskan: Membaca doa qunut (nazilah) dalam keadaan-keadaan tertentu merupakan bantuan berupa doa kepada sesama umat Islam. Sedangkan mendoakan musuh kaum muslimin supaya hancur telah dicontohkan dari Rasulullah s.a.w. dengan cara berdoa (berqunut nazilah) ketika solat, tepatnya setelah membaca sami’allahu liman hamidah pada rakaat terakhir. - Syaikh Abu Ubaidah Mashur bin Hassan dalam kitab beliau Al-Qawl al-Mubiin fii Akhthaa’ al-Musholliin, ms. 136- 137.

Di antara lafaz-lafaz doa yang pernah Rasulullah s.a.w. ketika qunut nazilah adalah seperti berikut:

Ya Allah, Selamatkan al-Walid bin al-Walid, Salamah bin Hisyam, Ayyash bin Abi Rabi’ah serta orang-orang beriman yang tertindas. Ya Allah. Timpakanlah kecelakaan daripada Mu kepada penduduk Mudhar, jadikanlah mereka atas mereka seperti tahun-tahun Yusuf (masa kemarau). – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya no: 804Ya Allah, Laknatlah fulan, fulan dan fulan - Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya no: 4559

Untuk situasi sekarang ini maka di dalam lafaz doa qunut nazilah tersebut hendaklah kita mendoakan keselamatan bagi rakyat Palestine dan ditimpakan kecelakaan terhadap rejim Zionis dan penyokong-penyokong kekejaman mereka. Qunut nazilah ini dilaksanakan setelah mengucapkan ‘sami’allahuliman hamidah’ ketika bangun dari posisi rukuk. Hendaklah imam mengeraskan suaranya ketika berdoa dan makmun dibelakangnya mengaminkan doa tersebut. Inilah sunnah Rasulullah s.a.w. ketika terjadinya musibah yang melanda kaum Muslimin. Tidak ada sebarang riwayat yang menunjukkan Rasulullah s.a.w. pernah menganjurkan solat hajat secara berjemaah dalam apa jua keadaan. Bahkan hadis-hadis tentang solat hajat itu sendiripun adalah berstatus lemah. Lazimnya, dalil yang digunakan untuk mensyari’atkan solat sunat hajat ini adalah hadis-hadis yang berikut.

Menurut Faaid bin Abdurrahman yang meriwayatkan daripada Abdullah bin Abi Aufa, Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah atau kepada salah seorang bani Adam (manusia) hendaklah dia berwuduk serta membaguskan wuduknya kemudian solat dua rakaat. Terus (setelah selesai solat) hendaklah dia menyanjung Allah dan berselawat kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, kemudian dia mengucapkan doa…… Menurut Abu ‘Isa ini adalah hadis Gharib dan dalam sanadnya terdapat Faaid bin ‘Abdurrahman yang dha’if (lemah) dalam hadis dan Faaid dia adalah Abu al-Waruqa’. - Hadis riwayat Imam al-Tirmizi dalam Sunannya Kitab al-Sholaah, no: 441.

Gharib bermaksud yang asing, jauh, aneh atau susah difahami. Hadis gharib bermaksud hadis yang diriwayatkan dengan satu sanad atau hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi. Hadis gharib ini ada yang sahih, hasan dan juga dha’if (lemah). Namun begitu hadis yang diperbincangkan ini statusnya dha’if dan tidak boleh dijadikan sebagai dalil dalam menetapkan sesuatu hukum. Ini diindikasikan sendiri oleh Imam al-Tirmizi r.h ketika meriwayatkan hadis ini. Hadis di atas ini berstatus dha’if jiddan (sangat lemah) kerana dalam sanadnya terdapat Faaid bin Abdurrahman Abu al-Waruqa’ dan beliau telah dilemahkan oleh ulamak hadis seperti Imam al-Tirmizi, Imam Abdullah bin Ahmad, Imam Ibn Ma’in, Imam Abu Daud, Imam al-Nasaai, Imam Abu Hatim, Imam al-Hakim, Imam Ibn Hibban dan Imam al-Bukhari. Oleh itu hadis di atas tidak boleh dijadikan dalil untuk mensyari’atkan solat Hajat.Sebuah hadis berkaitan dengan solat hajat juga telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Maimun Abu Muhammad al-Mura’i al-Tamimi. Dia berkata: Yahya bin Abi Kathir telah menceritakan daripada Yusuf bin Abdullah bin Salam daripada Abu Darda’ radhiallahu’ anh katanya: Wahai sekalian manusia! Aku telah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa berwuduk dan menyempurnakannya, kemudian mengerjakan solat dua rakaat dengan sempurna, apa sahaja yang dimintanya akan diberi oleh Allah baik cepat mahupun lambat. - Hadis riwayat Imam Ahmad dalam Musnadnya, no: 26225.

Hadis ini juga tidak sahih kerana dalam sanadnya terdapat seorang perawi, iaitu Maimun Abu Muhammad al-Mura’i. Beliau seorang yang majhul (tidak dikenali) sebagaimana yang telah dinyatakan oleh ulamak hadis seperti Imam Ibn Ma’in, Imam Ibn ‘Adiy, Imam al-Zahabi dan Syeikh Nashiruddin al-Albani. Sanad hadis ini juga munqati’ (terputus) kerana Yahya bin Abi Kathir yang merupakan seorang tabi’ al-tabi’in telah meriwayatkan secara terus daripada Yusuf bin Abdullah bin Salam. Sedangkan Yusuf merupakan seorang sahabat Nabi s.a.w. Al-Tabi’in adalah seseorang yang di dalam hidupnya sempat berjumpa dengan sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam Manakala tabi’ al-Tabi’in adalah seseorang yang sempat berjumpa seorang tabi’in. Di dalam hadis ini, seorang tabi’ al-Tabi’in telah meriwayatkan hadis secara terus daripada seorang sahabat Nabi s.a.w tanpa perantaraan daripada seorang tabi’in di dalam sanadnya. Oleh itu, hadis ini dikategorikan sebagai munqati’, iaitu terputus sanadnya.

Oleh itu marilah kita menyuburkan semula sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam yang semakin jarang-jarang diamalkan di Malaysia iaitu membaca qunut nazilah ketika terjadi apa jua bentuk musibah sama ada di dalam negeri mahupun di luar negeri. Semoga doa-doa kita itu dimakbulkan Allah s.w.t. dan dapat membantu meringankan beban saudara-saudara seagama kita serta menghancurkan musuh-musuh Islam.

Friday, January 02, 2009

Doakan dalam setiap solat!

Musuh utama umat Islam, adalah Syaitan lakanatullah.

Syaitan yg bertopengkan manusia, adalah Nasrani dan Yahudi.

Tentera Israel sekali lagi membunuh umat Islam dengan sewenag-wenangnya!

Berdoalah ketika sujud,

Saat yg paling dekat antara seorang hamba dengan Rabbnya adalah ketika dia sedang sujud(kepada Rabbnya) maka perbanyakanlah do'a dalam sujud kalian"
(HR Muslim, Abu Daud dan an-Nasa'i)

Atau selepas solat.

Berdoalah untuk umat-umat Islam yg ditindas oleh kaum kafir laknat dan munafik.

"Alahamdulillah..

Allahhummasolli 'ala Muhammad, wa 'ala ali Muhammad, Kamasollaita'ala Ibrahim, wa 'ala ali Ibrahim Innakahimidunmajid, Allahhumma barik 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad, kamabarak ta'ala Ibrahim, wa'ala ali Ibrahim innakahamidunmajid.

Ya Allah dengan namamu aku bertawasul yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang lg Maha Perkasa yg berkuasa atas segala sesuatu, bantulah umat-umat Islam yg ditindas oleh kaum-kaum kafir laknat dan munafik! Berilah mereka(Umat Islam) rezeki yg tidak disangka-sangka. Bantulah juga tentera-tentera Islam untuk menentang kaum-kaum kafir laknat dan munafik! Berilah mereka(tentera-tentera Islam) kebijaksanaan dan kekuatan untuk menentang mereka!
Walhamdulillallah hi rabbil'alamin"

Along Haramkan..

Semasa percutian di Langkawi bersama keluarga, berlaku satu peristiwa yg amat tersentuh juga hatiku dan juga Iman ku....

Kisah bermula apabila bilik hotel yg bapaku sewa untuk 3 hari 2 malam hanya mempunya 2 katil yg bersaiz queen. Kami sekeluarga 6 orang, maka ibu dan ayah memang tiada masalah. Kami yg adik beradik, mulanya tidak kisah tidur sekali adik laki dan perempuan di atas satu katil, berkongsi bantal dan selimut.

Tiba-tiba adik perempuan ku yg kecil sekali berusia 10 tahun bersuara,

"Alongkan haram adik beradik tidur sekatil?"

Terpanah aku dgn kata-kata adik aku..

"Tak Haram tp Nabi melarang keras..."

Aku mengakui, aku memang tidak berani mengatakan haram dengan sesuka hati, memandangkan ilmu aku begitu sedikit, dan memerlukan Ilmu yg mantap untuk mengharamkan sesuatu. Jika aku tersilap maka tegurlah diriku ini, sesungguhnya peringatan itu amat berguna bagi orang2 yg beriman. Maka aku mengambil langkah berhati-hati dengan mengatakan Nabi melarang keras.

"مروا أولادكم بالصلاة لسبع، واضربوهم عليها لعشر وفرقوا بينهم في المضاجع "

“Perintahkanlah anak-anakmu dengan (menunaikan)solat pada umur 7 tahun.Dan pukullah mereka kerana (meninggalkan) solat pada umur 10 tahun , dan pisahkanlah antara mereka pada tempat tidurnya.”

(HR Imam Ahmad , Abu Daud dan al-Hakim) -al-ahkam.net-

"Bagus2 ini dinamakan amar makruf wa nahi mungkar."

kataku pada adik ku dan diriku..

Aku berfikir sebentar, dan membuat keputusan dimana yg lelaki(aku dan adik lelaki) tidur di bawah, manakala yg perempuan tidur diatas katil.

Kalau mampu sewalah dua bilik, tidak mampu, asingkan dan jangan sesekali tidur sekatil dan selimut sekali. Jangan lupa membawa cadar lebih.
luahan bicara seorang jejaka yang fikir tentang dunia dan akhirat......
susah nak cari laki yang boleh praktikkan benda-begini dalam kehidupan seharian.....
baca dan hayati....
.



Saya suka sangat tengok jari-jemari awek saya...
Cantik betul...sungguh!
Sampai takut nak pegang...
Bukan takut patah tau...
Tapi takut nanti jari-jemari kami tak boleh tolong each other
Di satu hari yang gila forever
Depan yang Maha Esa...


Saya suka tengok rambut awek saya...
Cantik betul...sungguh!
Sebab tu saya belikan dia tudung...
Hmm..bukan sebab saya cemburu orang lain tengok pulak tau...
Tapi, sebab saya nak tengok rambut iklan pantene dia tu sampai bila-bila...
Takut nanti dibakar api neraka,
Di satu hari yang gila forever


Saya suka tengok body awek saya...
Solid betul...sungguh!
Sebab tu saya belikan dia telekung
Supaya masa dia 'dating' dengan kekasih dia Yang Utama
Dia jauh lebih cantik dan berseri menghadap Nya
Saya pun tumpang dapat pahala...
Perghh, syoknya...


Saya sedih sangat bila tengok awek saya tak tidur,
Tak makan,
Sebab rindu kat saya...
Saya pun macam tu jugak,
Ada problem yang sama...
Dia tanya apa ubatnya?
Saya pun bagi dia Quran untuk penenang jiwa...
Semoga lebih cintakan Nya daripada saya...


Saya sedih tengok awek saya
selalu pesan macam-macam kat saya
"Makan, minum, jaga diri,
Drive elok-elok tau...nanti awak sakit saya susah hati...
Bla bla bla..." katanya
Tapi bila tengok movie sama-sama 'burn' Asar, Maghrib begitu saja,
Dia tak kata satu apa pun...
Hai berdosanya saya...


Kesimpulannya...
Saya memang sayang sangat kat dia...
Nak jumpa dia, bersama dia
Pada hari yang gila forever...
Di dunia dan akhirat
Terutamanya, janji nak share 'heaven' sama-sama...
Kekal bahagia selamanya...


Semoga kami saling mengingati,
Dosa sendiri pun infiniti...
Nak tanggung dosa dia pula lagi lepas ni...
Semoga kami menginsafi diri
Ya Allah, ampunkanlah kami...
Semoga kami kekal
Bersama selamanya
Di syurga yang kekal Abadi...


indahnya perhubungan jika begini cara kita berfikiran....

AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR.....