Thursday, June 18, 2009

...Prinsip Dasar Islam...

...Bissmillahhirrahmanirrahim...

Aku memohon kemaafan, buat masa ini kerana aku tidak mampu untuk berkongsi ilmu-ilmu yang terdapat di dalam buku Prinsip Dasar Islam oleh Ustaz Yazid Abdul Qadir Jawas. Memandangkan aku mempunyai masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan. InsyaAllah-jika dizinkan Allah- akan aku paparkan di blog ini suatu hari nanti. Buat masa ini sekadar poin-point penting mengeanai Prinsip Dasar Islam / Prinsip Dasar (Manhaj) Ahli As-Sunnah Wal Jamaah oleh Ustaz Ismail Omar yang dapat dikongsikan.

15 Prinsip Dasar (Manhaj) Ahli As-Sunnah Wal Jamaah

Oleh: Ust. Ismail Omar


1. Manhaj ar-Rasul dan para Sahabat ASWJ(Ahli Sunnah Wal Jamaah).
Berpegang teguh kepada manhaj ar-Rasul SAW sewaktu hidupnya dan manhaj para Sahabat selepas darinya. Manhaj itu adalah Al-Quran Al-Karim yang diturunkan oleh Allah kepada Rasul-Nya. Seterusnya Rasul-Nya menerangkan dan menjelaskan kepada sahabat-sahabatnya dalam hadith-hadith sahih. Sekalian Muslimin diarah supaya berpegang teguh kepada keduanya iaitu Al-Quran dan Al-Hadith.


2. Mendahului perintah Allah dan Rasul-Nya dari yang lain.
ASWJ tidak mendahulukan perintah/perkataan sesiapa pun daripada perintah/perkataan Allah dan Rasul-Nya.


3. Kembali kepada Allah dan Rasul-Nya dalam sebarang perselisihan.
ASWJ kembali kepada kalam/perkataan Allah dan Rasul-Nya dalam sebarang perselisihan atau pertikaian.


4. Tidak fanatik kecuali kepada Allah dan Rasul-Nya serta menghormati para Imam Mujtahid.
ASWJ tidak taksub/fanatik kecuali kepada perkataan Allah dan Rasul-Nya yang maksum yang tidak berkata-kata menurut hawa nafsunya.
Mereka menghormati para Imam Mujtahid dan mengambil hukum Feqah daripada Al-Quran, hadith-hadith sahih, dan daripada pendapat kesemua Imam-Imam Mujtahid itu sendiri yang menyuruh meninggalkan mana-mana pendapat mereka yang bercanggah dengan Al-Quran dan hadith sahih. Setiap manusia selain daripada Rasul – walau berapa tinggi sekalipun martabatnya – akan tetap membuat kesilapan.


5. Berjemaah menyatukan barisan umat Islam di atas Aqidah yang sahih.
ASWJ mewajibkan berjemaah sebagai punca kejayaan di dunia dan di akhirat, mereka menyatukan barisan umat Islam atas dasar Aqidah yang betul. Mereka meninggalkan perbalahan dan perselisihan yang boleh membawa perpecahan terutama dalam masalah furu’ atau ranting yang temeh. Mereka mengutamakan segala usaha bekerjasama menegakkan manhaj Aqidah As-Salaf As-Soleh di muka bumi.


6. Tauhid sebagai teras kepimpinan pemerintahan Islam dan hukum perundangan Allah.
ASWJ menganggap Tauhid iaitu pengesaan Allah dalam segala jenis ibadat sebagai asas wajib didirikan di atasnya pemerintah/pimpinan/negara/jamaah Islam yang sahih. Mereka juga menolak setiap sistem perundangan pemerintahan ciptaan manusia.


7. ‘Amr Ma’ruf Nahi Munkar.
ASWJ mengamalkan ‘Amr Ma’ruf dan Nahi Munkar (mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada kejahatan).


8. Berjihad ke jalan Allah.
ASWJ mengajak seluruh kaum Muslimin berjihad di jalan Allah. Ia adalah merupakan perkara wajib ke atas setiap orang Islam menurut keupayaan masing-masing. Berjihad pada jalan Allah itu adalah salah satu daripada 3 cara iaitu: berjihad dengan lidah dan penulisan, berjihad dengan harta dan yang tertinggi ialah berjihad dengan nyawa/jiwa raga.


9. Menghindari bid’ah yang memecah belahkan ummah.
ASWJ menolak segala jalan-jalan yang berunsur bid’ah yang melahirkan puak-puak penghancur yang memecah belahkan ummah dengan mengada-adakan perkara baharu atau bid’ah dalam agama terutama dalam masalah Aqidah serta mengajak menjauhi sunnah Ar-Rasul SAW dan para Sahabatnya.


10. Menghidupkan amalan As-Sunnah dalam hidup mereka.
ASWJ menghidupkan sunnah ar-Rasul SAW dalam ibadat, kelakuan dan perjalanan hidup mereka.
Oleh kerana itu, mereka selalu seolah-olah dianggap menjadi orang dagang/asing yang janggal di antara kaum mereka.


11. Menyatukan ilmu dan amal serta zahir dan batin.
ASWJ mempraktikkan agama Islam dengan menyatukan ilmu dan amalan serta zahir dan batin tanpa memisah antaranya sebagaimana yang dipraktikkan oleh ar-Rasul SAW dan para Sahabatnya.


12. Pertengahan dan kesederhanaan.
ASWJ adalah golongan pertengahan dan kesederhanaan. Mereka bukanlah dari puak pelampau atau ekstremis yang meninggi-ninggikan (memuliakan) atau pun merendah-rendahkan seseorang individu, golongan atau pendapat dengan sebarangan tanpa asas agama. Inilah yang dimaksudkan dengan Siratul Mustaqim atau Jalan Yang Lurus.


13. Syariat Rasulullah SAW.
ASWJ beramal dengan syariat Rasulullah SAW. Tiada sesiapa yang boleh terkeluar darinya. Syariat ini adalah mencakupi segenap sudut agama termasuk bidang Aqidah, Feqah, perancangan, Ibadat, Akhlak, politik kemasyarakatan dan lain-lain.


14. Perbezaan darjat antara umat Islam.
ASWJ menyedari penuh akan hakikat perbezaan darjat antara mereka dari segi ilmu, kefahaman dan kesabaran dalam proses perlaksanaannya. Oleh itu, terdapat perbezaan pendapat dalam ijtihad-ijtihad mereka disebabkan perbezaan tingkatan ilmu mereka berkenaan pemahaman As-Sunnah. Walau apa pun, mereka tetap meraikan perbezaan pendapat dalam ijtihad ini dengan menekankan supaya memelihara penyatuan umat dan menjauhi unsur-unsur perpecahan.


15. Ruang lingkup masyarakat.
ASWJ merangkumi campuran manusia biasa. ASWJ adalah campuran manusia biasa. Ada di antara mereka yang benar dan soleh. Ada yang membuat maksiat disebabkan kelemahan masing-masing samada disedari atau tidak disedari. Walau apa pun, pada keseluruhannya mereka adalah lebih baik jika dibandingkan dengan golongan lain.


Credit: Ustaz Zikie

Tuesday, June 16, 2009

...Melayan Perasaan...

…Bismillahhirrahmanirrahim…

Ketika aku di zaman perubahan hormon berlaku, almari baju di rumah, akulah 'tolong' remukkan. Almari asrama, sampai tercabut pintu, akulah 'tolong' cabutkan. Itu semasa zaman aku tak berfikir secara waras. Time 'hot f.m' saja, mulala aku mencari-cari sesuatu untuk dihancurkan,(alhamdulillah bukan orang, silap hari bulan peristiwa berdarah jawabnya).

Ada di antara mereka yang melayan perasan atau melepaskan tekanan dengan menulis dan berpuisi dengan apa yang dirasainya. Selain itu, ada dengan cara 'masuk bilik menjerit sambil menakup mukanya pada bantal sampai puas', kemudian tidur. Ada juga dengan cara melakukan aktiviti fizikal, seperti menumbuk dan menendang punch bag, berlari dengan sekuat hati sampai penat, tekan tubi dan macam-macam aktiviti fizikal. Ada pula dengan cara yang tidak sepatutnya seperti merosakkan harta benda awam(aku latu).

Perubahan demi perubahan dan sekarang aku sudah tahu caranya untuk melepaskan tension dan melayan perasaan, Alhamdulillah. Sekadar perkongsian. Aku kadang-kadang melayan perasaan dengan mendengar lagu. Tetapi aku lebih selesa mendengar lagu-lagu yang tidak aku fahami apa maksudnya.Huhuhu, akupun tak tahu kenapa. Asalkan rentak muzik itu membuatkan telinga aku sedap mendengarnya aku layan.

Sekali sekala aku mendengarkannya...
Ingin aku kongsikan sebuah lagu yang aku gemar sekali mendengarkannya dengan pasang secara kuat ketika melayan perasaan ini huhuhu. Bila aku mendengarkan lantunan irama dan lagu itu... seolah-olah...ia memberikan aku satu macam sentuhan dan momentum....

Semoga terhibur.






Friday, June 12, 2009

…Bismillahhirrahmanirrahim…

Prinsip Dasar Islam
Menurut al-Quran dan as-Sunnah yang Sahih


Mukadimah
Segala puji hanya bagi Allah Subhanahu wa ta’ala, kami memuji-Nya, memohon pertolongan dan keampunan daripada-Nya, kami berlindung kepada Allah daripada kejahatan diri kami dan kejelekan ‘amal perbuatan kami. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka tidak ada sesiapapun yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberinya petunjuk.

Aku bersaksi bahawasanya tidak ada ilah yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah semata-mata, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawasanya Nabi Muhamad Sholallahhu ‘alaihi wa sallam adalah hamba dan Rasulnya.

102. Hai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepada-Nya dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam. -AQ, ‘Ali Imran-

1. Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Rabb-mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri (Adam), dan dari padanya Allah menciptakan isterinya (Hawa) dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan nama-Nya kamu saling meminta, dan (peliharalah) hubungan kekeluargaan. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu. -AQ, an-Nisaa’-

70. Hai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, 71. niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar. -AQ, al-Ahzaab-

Amma ba’du:
Sesungguhnya sebenar-benar perkataan adalah Kitabullah (al-Quran) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhamad Sholallahhu ‘alaihi wa sallam (as-Sunnah). Seburuk-buruk perkara adalah perkara yang diada-adakan (dalam agama), setiap yang diada-adakan (dalam agama) adalah bid’ah, setiap bid’ah adalah sesat, dan setiap kesesatan tempatnya di Neraka.

Setiap muslim yakin sepenuhnya bahawa kurnia Allah yang terbesar di dunia ini adalah agama Islam. Seorang muslim wajib bersyukur kepada Allah atas nikmat-Nya yang telah memberikan hidayah ke dalam Islam. Allah menyatakan bahawa nikmat Islam adalah kurnia yang terbesar,

Dia berfirman:
3… Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu… -AQ, al-Maidah-

Sebagai bukti syukur seorang muslim atas nikmat ini, adalah dengan menjadi muslim yang ridha Allah sebagai Rabbnya, Islam sebagai agamanya dan Rasulullah Sholallahhu ‘alaihi wa sallam sebagai Nabinya. Seorang muslim harus menerima Islam dengan sepenuh hatinya dan meyakininya. Erti menerima Islam adalah seseorang harus dengan penuh kesedaran dan keyakinan menerima apa yang diajarkan oleh Nabi Muhamad Sholallahhu ‘alaihi wa sallam dan mengamalkan sesuai dengan apa yang diajarkan oleh beliau. Jika seseorang ingin menjadi muslim sejati, pengikut Nabi Muhamad Sholallahhu ‘alaihi wa sallam yang setia, maka ia harus meyakini Islam sebagai satu-satunya agama yang hak (benar), dengan mempelajari agama Islam dengan bersungguh-sungguh dan mengamalkan Islam dengan ikhlas kerana Allah dan mengikuti contoh Nabi Muhamad Sholallahhu ‘alaihi wa sallam.

Posisi umat Islam yang kita lihat sekarang ini amat menyedihkan, mereka mengaku Islam, kad pengenalan mereka Islam, mereka semua mengaku sebagai muslim, tetapi mereka tidak mengetahui tentang Islam, tidak berusaha untuk mengamalkan Islam, bahkan ada sebahagian ritual yang mereka amalkan hanya ikut-ikutan saja. Penilaian baik dan tidaknya seseorang sebagai muslim bukan dengan pengakuan dan kad pengenalannya, tetapi berdasarkan ilmu dan amalnya. Allah tidak memberikan penilaian berdasarkan keaslian kad pengenalan yang dikeluarkan pemerintah, juga tidak kepada rupa dan bentuk tubuh, tetapi Allah melihat kepada hati dan amal.

Dari Abu Hurairah Radhiyallahhu’anh, ia berkata, “Telah bersabda Rasulullah Sholallahhu ‘alaihi wa sallam “:

“Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kalian, tidak juga kepada harta kalian, akan tetapi Dia melihat kepada hati dan amalan kalian.” (HR Muslim (no. 2564 (33) ), daripada Sahabat Abu Hurairah Radhiyallahhu’anh)


Seorang muslim wajib mempelajari tentang Islam berdasarkan al-Quran dan Sunnah Nabi Sholallahhu ‘alaihi wa sallam yang sahih menurut pemahaman para Sahabat Radhiyallahhu’anhum. Al-Quran diturunkan oleh Allah agar dibaca, difahami isinya dan diamalkan petunjuknya. Al-Quran dan as-Sunnah merupakan pedoman hidup abadi dan terpelihara, yang harus dipelajari dan diamalkan. Seorang muslim tidak akan sesat selama mana mereka berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah menurut pemahaman para Sahabat.

Al-Quran adalah petunjuk hidup, penawar, penyembuh, rahmat dan sumber kebahagiaan.

Allah Ta’ala berfirman:

57. Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran (al-Quran) dari Rabbmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. 58. Katakanlah (Muhamad): "Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan." -AQ, Yunus-

Dalam buku kecil ini penulis menjelaskan prinsip-prinsip dasar agama Islam yang wajib diketahui oleh setiap muslim dan muslimah. Mudah-mudahan dengan membaca buku ini pembaca akaan bertambah iman, ilmu yang bermanfaat, wawasan tentang Islam dan mudah-mudahan Allah memberikan hidayah dan taufik kepada kita untuk dapat melaksanakan syari’at Islam dan istiqamah (konsisten) di atas ‘aqidah dan manhaj yang benar.

Buku yang ada di tangan pembaca ini adalah cetakan ketiga setelah mengalami revisi, editing dan penambahan beberapa pembahasan yang penulis anggap perlu dari cetakan pertama dan kedua. Semoga Allah menjadikan kerja ini sebagai amalan soleh yang bermanfaat pada hari yang tidak bermanfaat lagi harta dan anak-anak, selain orang yang menemui Rabbnya dengan amalan yang soleh.

Semoga selawat dan salam dilimpahkan kepada Nabi Muhamad Sholallahhu ‘alaihi wa sallam, ahlul bait (keluarga), para Sahabatnya, dan orang-orang yang mengikuti jejak beliau Sholallahhu ‘alaihi wa sallam sampai hari Kiamat.

Penulis
Yazid bin Abdul Qadir Jawas

Suntingan Bahasa
Abu Ishak

Bersambung….

Tajuk seterusnya “Prinsip Dasar Agama Islam -PERTAMA Mensyukuri Nikmat Yang Allah Subhanahu wa ta’ala Kurniakan Kepada Kita”
InsyaAllah.

Wednesday, June 10, 2009

Ulasan Ringkas: Ketegasan 'Aqidah Keluasan Fiqh.

Bismillahhirrahmanirrahim

Alhamdulillah, dapat juga aku menghadirkan diri, di Masjid Wilayah untuk mendengar pidato yang bertajuk "Ketegasan 'Aqidah Keluasan Fiqh" yang disampaikan oleh mantan Mufti Perlis, Dr Muhamad Asri Zainul Abidin. Turut hadir tetamu kehormat adalah mantan Perdana Menteri ke empat Dr Mahathir Muhamad, dan Datuk Shahidan Kasim untuk memperdengarkan pidato beliau.

Penerangan yang amat bernas, dan selalu diulang-ulang di dalam kuliah beliau. Walaupun begitu, bagi aku tidak menjemukan. Perkara yang dibangkitkan antaranya sejarah kemunculan Syiah dan Khawarij. Kalau dilihat munculnya puak-puak tersebut disebabkan mereka mempolitikkan Islam dan bukan memandu kepada untuk mengIslamkan politik.

Disebabkan masalah politik ketika pemerintahan Khalifah 'Ali, maka timbul puak-puak ini dimana diantara mereka ada yang terlalu taksub dengan pemerintahan Khalifah hingga enggan menta'ati perintah dan arahan Khalifah, yang disebelah pihak lain pula terlalu taksub menentang cara pemerintahan Khalifah hingga 'mencabut tangan' daripada menta'ati pemerintah. Ketika itulah umat Islam mula berpecah belah.

Maka timbullah iktikad-iktikad atau bid'ah di dalam agama. Puak Khawarij beriktikad di mana pelaku dosa besar menjadi kafir. Syiah pula terlalu mengagungkan keluarga Nabi, dan keluarga nabilah yang lebih layak dalam khalifah.

Antara isu lain yang sentiasa disebutkan oleh beliau adalah sistem pengurusan Mahkamah Syari'ah. Pengurusan yang tidak efektif, telah mencontengkan arang diwajah agama Islam, dan menyebabkan orang bukan Islam dan kemungkinan besar orang Islam sendiri menyangka itulah Islam. Bukan! itu bukan Islam, itu adalah disebabkan pengurusan oleh umat Islam itu sendiri.

Pegawai agama juga begitu gemar mencegah kemungkaran yang tersembunyi, apabila mendapat laporan ada pasangan yang sedang berkhalwat, dengan segera melakukan pencegahan. Tetapi apabila ada isteri yang mengadu kepada pegawai agama, bahawasanya dia dipukul suami, tidak pula dicegah malah menasihati isteri yang malang itu, "sabarlah anda mendapat pahala". Sepatutnya pegawai agama itu berjumpa dengan suami itu dan mengatakan "anda telah melakukan kezaliman dengan memukul isteri anda!". Tetapi itulah realiti zaman ini, pegawai agama lebih gemar mecari-cari kemungkaran yang tersembunyi daripada kemungkaran yang terang-terangan.

Masih terkesan dengan cara penceritaan beliau, ketika menceritakan peristiwa Perang Jamal. Hampir menitis air mata aku, kerana begitu sayangnya para sahabat ketika itu walaupun mereka terpaksa berperang sesama sendiri. Iktibar yang dapat diambil, apabila peperangan itu sudah selesai, mereka kaum mukminin bersedih atas kematian saudara mereka yang mereka perangi. Tercetusnya peperangan itu apabila segelintir tentera Khalifah Saidina 'Ali telah menyerang tentera Ummul Mukminin Saiditina 'Aisyah pada waktu malam. Maka tercetuslah peperangan sesama saudara Islam sendiri. Betapa pentingnya untuk kita menta'ati pemerintah walaupun kita tidak bersetuju dengannya(melainkan bertentangan dengan Syara').

Video Rakaman:
Pidato Perdana