...Bismillahhirrahmanirrahim...
Andai dibiar maka makin melarat, tetapi ubatnya hanya masa yang menentukan. Penyakit yang aku hadapi ini, tiada keinginan yang kuat untuk mendapat GPA dan CGPA yang tinggi dalam bidang yang aku ambil. Sekadar 'biasa-biasa' cara aku usaha untuknya. Arrgh! Aku bingung, seriusly aku bingung. Untuk hal keduniaan ini, aku tidak mempunyai keinginan yang kuat untuk berjaya untuknya. Aku melihat orang disekeliling aku, MasyaALLAH begitu fikir dan risau mereka untuk mendapatkan GPA yang tinggi dengan berusaha sebaik mungkin! Aku...? biasa-biasa sahaja, "boleh repeat ki4" Aku sendiri musykil dengan sikap aku sekarang. ~Mahu berjaya dengan cemerlang atau biasa-biasa sahaja???~
-Suasana-
Kelas untuk subjek yang aku minat ~boleh dikatakanla minat, sebab sudah nampak tang mana yang best tu~. Untuk sesetengah subjek/matapelajaran, aku bersama kelas/group lain, tidak bersama 'budak-budak' kelas/group yang sama bidangnya dengan aku. Maka suasana di dalam kelas yang bukan sebidang dengan aku(walaupun subjeknya sama) itu amat ajaib sekali. Memandangkan aku bukan dari kalangan group/kelas mereka sebelum ini, maka aku cuba untuk rapat dan mewujudkan suasana friendly tetapi impak yang aku terima, aku persis pendatang asing, waa manyak pressure ooo...mahu bekerjasama pun manyak susah ooo, bila mana lecturer memberikan tugas berkumpulan. Maka persis aku melayan di dunia ku sendiri, mereka dengan dunia mereka, bagai tetamu tidak diundang. ~Ceh alasan semata2~ biorla nampak seperti alasan, tetapi disebabkan suasana di dalam kelas itupun boleh menjejaskan keinginan aku untuk study ooo, aku rasala.~
-Lu Pikirla Sendiri-
Mampir-mampir aku terfikir, aku merasakan bidang ini tidak seseuai untuk diri aku. Ingin sahaja aku quit dan mengambil bidang yang selari dengan jiwa aku ~bidang agama ki3~, TETAPI apabila ditimbang semula dengan akal yang rasional subjek aku itu memang menarik! Iaitu menganalisa dan melakukan perbandingan dalam pelaburan! ~Wee manyak silonok ooo~ kalau study secara bersungguh-sungguh la, tetapi masalahnya keinginan untuk study bersungguh-sungguh itu tidak ada.! ~Arrghh!! apa sudah jadi pada diri aku ini!?~. Dalam pada masa yang sama aku aktif berpersatuan mengendalikan hal-hal berkaitan akademik pelajar, contoh seperti tutor and tutee ~tapi aku tak pernah mengajarpun ki4, tapi bila dapat ajar orang, memang syok ooo, because sharing is caring kui3~ selain mengajar, kelab ini mengendalikan juga event untuk mereka yang memperoleh GPA/CGPA yang terbest, maka mereka itu akan dihargai dan diberi anugerah di atas pentas. Maka aku hanyalah orang-orang yang berkerja untuk merealisasikan dan menghargai mereka yang berjaya itu. ~Aku....??? hu3..x pe dia usaha dapat la, aku....? Hu3 x pe...buat biasa2 sudah...tapi aku....!? Ko takyah la mungkin rezeki ko kat lain kot...tapi aku......!? Arghhh....!! Isk4...-_,-~
-Keputusan-
Maka aku mengambil keputusan untuk membiarkan diri ini sehingga aku merasa meyesal ~baru bleh berjaya kot~. Tunggu datang menyesal dulu baru mau berjaya kaaa!??~ Hmm entah aku tidak mengerti mengapa aku sedemikian rupa, tetapi di dalam hal-hal yang berkaitan ilmu-ilmu Islam boleh pula aku berjaga siang malam. MasyaALLAH. Ada juga aku luahkan kepada Ustaz Arradhi masalah yang aku hadapi ini, dan jawapan yang diberi agak berpihak kepada masalah aku. Aku masih ingat-ingat kabur akan kata-katanya, "setiap jiwa itu ada bidang yang sesuai untuknya" persis seperti itu bunyinya. Tetapi aku memberi alasan, buat masa ini, aku akan cuba juga untuk meminati bidang yang aku tempuhi sekarang memandangkan ia adalah tanggungjawab dan amanah yang telah dipikul di atas bahu aku, beralasankan penerangan ustaz Hasrizal dan rakan-rakan lain di al-fikrah.net. [KLIK]
-Tindakan-
“Ya Haiyyum, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata” (Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani).
Wallahhua'lam. The End.
*Apa komen rakan-rakan yang sudah TERbaca ini?
pigi study la weyh; main tenet je mwahahaha
ReplyDeleteseriously; jom study x rugi kot; x kn ko nak berjaya kat akhirat je; dunia ko tinggal kn? kena balance kan; x leh berat sebelah; adil la cikit...
ya akhi..
ReplyDeletejadikanlah bidang yang enta belajar sekarang ini sebagai ALAT untuk enta mendapatkan akhirat. Allah suruh kita seimbangkan ilmu dunia dan akhirat. kita pakai dunia ini seperti pakaian, makanan, tenaga - keperluan kita seadanya. adalah semata-mata untuk mendapatkan akhirat. jadi, belajarlah baik2. dunia hanya keperluan, akhirat adalah kepentingan. bezakanlah baik2. seimbangkanlah baik2..
semoga tetap terus istiqamah... wassalam.