Friday, May 25, 2012

...Musim Ijtimak...

1) Ijtimak Malaysia berlangsung di 13 buah tempat, antaranya di Terengganu, 03hb-05hb Jun - TERENGGANU
Madrasah Tahfiz Al-Quran, Kubang Bujuk, Kuala Terengganu.

2) Halakah Kemasik dan Kerteh, akan di tugaskan menyediakan makanan untuk para tetamu (anggaran seramai 4-5 ribu orang) selama 4 hari atau 5 hari, dan aku antara mereka yg berada di 'bahagian dapur'.

3) Woaahhh~ ramai le plakkk~ mmg berasap punggung la...jgn la di letakkan part masak~ rela menghidang~ insyaALLAH start 31 May start 'berkampung' di Markas untuk seminggu...

4) Maulana dari India dan Pakistan insyaALLAh akan bg talk / bayan.. InsyaALLAH, Sultan Terengganu juga akan hadir di Ijtimak... Semoga Allah mudahkan segala urusan...

5) Orang ramai sudah sibuk bersiap bergotong royong untuk Ijtimak, aku rilex lg.... -_-; ap punya karkun daa~



 p/s: Boleh ade bro karkun ckp, tgn aku tgn 'lembut' (kantoi r x pernat wat keje berat)...ciss! Aku peduli ap~ bila lagi nak belajar... InsyaALLAH 4 bulan! IPB.... InsyaALLAH Dakwah Maksud HIDUP....


IJTIMA MALAYSIA 2012, Perhimpunan Umum Muslimin di 13 lokasi. 19hb Mei - 26hb Jun 2012. Insya'Allah. Semua muslimin dijemput hadir.


1) Ijtima bermula waktu solat subuh di hari pertama dan berakhir pada waktu yang sama di hari ke-3 selepas ceramah umum dan doa. Ceramah-ceramah umum; setelah solat fardhu Subuh berjemaah, pagi (sekitar 10.30 pg waktu Semenanjung, 9.30pg waktu Sabah Sarawak), asar dan maghrib.

2) Halqah khusus pada pagi hari ke-2 untuk i) Ulama; ustaz/alim/asatizah, ii) VVIP, VIP iii) Pelajar-pelajar dan iv) Bahasa isyarat - dipelawa membawa rakan-rakan istimewa, bisu dan pekak.

3) Makanan disediakan; makan secara berjemaah dan layan diri.

4) Mungkin keadaan sesak dan bermujahadah untuk mendapatkan kemudahan-kemudahan awam seperti tempat letak kereta, dewan/khemah makan, tempat rehat, tandas.



TARIKH & LOKASI:

19hb-21hb Mei - SELANGOR & WIL.PERSEKUTUAN
Masjid Jamek Sri Petaling, Kuala Lumpur.

22hb-24hb Mei - PERAK
Masjid Daerah Perak Tengah, Seri Iskandar.

25hb-27hb Mei - PULAU PINANG
Masjid Daerah Barat Daya, Balik Pulau, Penang.

28hb-30hb Mei - PERLIS & KEDAH
Masjid An Nur, Pokok Sena, Kedah.

31hb Mei-02hb Jun - KELANTAN
Madrasah Darululoom Addeeniyyah, Kg. Apa Apa, Pasir Mas.

03hb-05hb Jun - TERENGGANU
Madrasah Tahfiz Al-Quran, Kubang Bujuk, Kuala Terengganu.

06hb-08hb Jun - PAHANG
Masjid Mat Kilau, Jalan Gambang, Kuantan.

09hb-11hb Jun - MELAKA & N.SEMBILAN
Masjid Tuanku Muhriz, Bandar Seri Jempol.

12hb-14hb Jun - JOHOR & SINGAPURA
Madrasah Tahfiz Sinaran Baru, Kg. Sinaran Baru, Kempas Lama.

15hb-17hb Jun - SARAWAK (Kuching-Sibu)
Surau Darul Muttaqin, Taman Lavender, Kuching.

18hb-20hb Jun - SARAWAK (Bintulu-Miri) & BRUNEI
Masjid An-Na'im, Lutong, Miri.

21hb-23hb Jun - SABAH Pantai Barat
Masjid Hj. Akbar Khan, Kg. Bingkul, Beaufort.

24hb-26hb Jun - SABAH Pantai Timur
Masjid Nur Iman, Sapagaya, Lahad Datu.


InsyaAllah.


:: Iklan tidak rasmi. Tentatif majlis yang ringkas dan mungkin ada kesalahan lokasi.

:: Jika ada kesilapan, infokan. w/a

No comments:

Post a Comment

Biarlah dgn berilmiah...