...Bismillahhirrahmanirrahim...
Sebuah buku yang dibaca oleh aku semasa cuti raya baru-baru ini. Secara umumnya, buku ini adalah sebahagian himpunan tulisan Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah dalam akhbar Mingguan Malaysia dan majalah Al-Islam. Persoalan utamanya banyak berkisar tentang politik antara Melayu dengan bukan Melayu. Fokusnya lebih kepada nasib orang Melayu di bumi mereka sendiri. Kenapa dan mengapa orang Melayu masih ketinggalan di buminya sendiri, sedangkan sudah ada peruntukan, keistimewaan, dan perlindungan dalam perlembagaan?
Banyak info-info yang menarik mengenai buku ini:
Scara ringkas selepas hampir separuh buku ini dibaca oleh aku, berikut inilah perkongsian fakta yang ingin dikongsi bersama:
- Penulis mengkritik akan sikap ahli politik yang menghalalkan zina. Isunya bermula apabila kes kematian Beng Hock, "Ketua Wanita MCA mengeluarkan kenyataan yang lebih ekstrim mendesak Menteri Dalam Negeri supaya anak yang bakal lahir yang dikandung oleh teman wanita Beng Hock "dibinkan" atau diletakkan status anak sah taraf dan bukan anak luar nikah". Jadi disini ditimbulkan persoalan kalau begitu apa gunanya institusi perkahwinan dan kekeluargaan!? Kemudian penulis menukilkan pandangan-pandangan agama seperti Budhha, Kristian dan Islam di mana jelas perbuatan zina yang semakin berleluasa ini adalah perbuatan keji yang semakin dipandang ringan oleh kebanyakkan masyarakat sekarang.
- Penulis menegur akan sikap parti politik pembangkang bukan melayu yang terlalu kiasu (nak menang saja, tak mahu kalah) dalam membuat tuntutan terhadap kerajaan. Sehinggakan hal yang berkaitan mengenai Ketuanan Melayu di pertikaikan(ini baru contoh yang sedikit), mereka yang kiasu ini telah berada sejak zaman penubuhan PAP lagi. Ketika Sinagpura masih berada dalam Malaysia melalui PAP, Lee Kuan Yew pernah berkata, beliau memberikan masa selama 20 tahun kepada rakyat Malaysia untuk berperdana menterikan orang Melayu, selepas itu sesiapa pun boleh menjadi perdana menteri. Bayangkan jika ketua negara kita yang anti Islam mentadbir negara Malaysia?
- Lee Kuan Yew tahu isu ini terlalu sensitif kepada orang Melayu. Lebih celupar lagi, beliau secara terang menolak Malaysia adalah sebuah negara berakarkan Islam. Di sini letaknya betapa penting ilmu SEJARAH itu, agar generasi akan datang dapat menjawab persoalan yang telah termeterai lama tetapi diapi-apikan semula oleh puak kiasu ini.
- Aku sebelum ini secara peribadi mempertikaikan juga mengenai Ketuanan Melayu, mengapa tidak disama ratakan saja untuk semua kaum, itu kan baru adil, itu kan tuntutan ISLAM!? Kemudian apabila aku membaca alasan-alasan dan fakta yang di kemukakan oleh penulis memang munasabah dan pentingnya hak istimewa orang Melayu ini dipertahankan kerana contoh mudah kita boleh lihat sekarang apabila parti sekutu mereka (PAS) ingin menjalankan dasar parti mereka berkaitan Islam, ditolak mentah-mentah oleh mereka. Contoh lain seperti point di atas, semasa Singapura berada di dalam Malaysia! Manakala parti DAP sekarang hampir mengikut jejak langkah PAP. Awas! Nasib umat Islam di bumi Malaysia perlu dipandang serius!
- Jadi disini pentingnya perpaduan orang MELAYU yang beragama ISLAM untuk menjaga tanah mereka, hak keistimewaan mereka agar tidak di cabul oleh puak-puak yang menolak dasar-dasar Islam ini. Dalam buku ini penulis menyarankan umat Islam berbangsa Melayu bersungguh-sunguh menunjukkan nilai-nilai Islam terlebih dahulu sebelum menjalankan dasar-dasar Islam agar tidak menimbulkan salah faham kepada orang bukan Islam terutamanya.
- Lihat sahaja nasib orang Islam (tidak kira bangsa apa sekalipun) di Singapura? Walaupun terdapat peruntukan perlembagaan untuk melindungi agama orang Melayu di Singapura, kaum Muslimin tidak bebas mengamalkan agama mereka. Contohnya seperti, September 2002 timbul isu tudung di sekolah nasional. Perdana Menteri Goh Chok Tong dan Kerajaan Singapura mengharamkan pemakaian tudung di sekolah kerana: amalan tersebut boleh mencetuskan perpecahan kaum dan agama.
- Penulis juga mengkritik akan sikap orang Melayu yang mudah layu apabila dipuji, mudah memaafkan rakan parti yang jelas menghina Islam, tetapi mereka ini tidak pernah sekalipun memohon maaf kepada umat Islam di Malaysia, malah di buat tidak tahu sahaja. Bukan setakat itu, malah kita bangsa Melyu yang mengamalkan Islam sekerat-sekerat ini rela dipergunakan sebagai puppet untuk mendapatkan keuntungan berjuta dan berbillion ringgit. Inilah sikap kita terhadap pegangan kita! Islam anutan kepercayaan kita tidak dimuliakan, tetapi lebih dimuliakan sikap rakus kita kepada dunia!
- Contoh peruntukan yang telah diberikan oleh kerajan kepada bangsa Melayu tidak di uruskan dengan Amanah! Seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pengalaman penulis buku ini berurusan dengan PKNS dalam sektor hartanah dan perumahan menunjukkan PKNS tidak pernah terlibat langsung dalam membangunkan sektor tersebut secara langsung. Semua tanah dan projek yang diperoleh diswastakan kepada syarikat-syarikat Cina seperti kontraktor, arkitek, dan juruteranya. Hanya vendornya sahaja yang mungkin ada beberapa syarikat bumiputera. Hakikatnya PKNS ambil untung atas angin. Yang kaya-raya ialah syarikat-syarikat Cina yang mendapat projek penswastaan tersebut.
- Untuk mengetahui lebih lanjut hujah-hujahnya sila dapat buku ini. Penulis lebih banyak mengutarakan Nasib orang Islam berbangsa Melayu ini yang kian terperosok kedalam lubang kehancuran. Oleh sebab itu politik ini perlu diambil tahu oleh setiap orang Islam, kerana ini merupakan asbab agar kita dapat memilih pemimpin yang memudahkan kita beramal dengan ISLAM. Sekali lagi aku berpesan kepada pembaca-pembaca blog ini sila dapatkan buku ini dan telitilah akan pesanan-pesanan yang ingin di sampaikan oleh penulis. Wassalam
Asalamualaikum Saudara
ReplyDeleteBuku tersebut memang menarik dan bermanfaat.
SEmoga kita mendapat faedah dari penerbitan buku tersebut
dimana nak dpt buku tue.sy berminat nak tau lebih lanjut pasal buku tersebut..
ReplyDeleteboleh di dapati di kedai buku Popular dan kedai buku yg sewaktu dengannya...
ReplyDelete