Wolawei~ br pulang dr Ijtimak Terengganu wei. =)
Sebelum ke sn, pd hari Selasa "ghast" pertama di Surau Gong Cengal, bro Arifin ad bg tau, "di markas sekarang pun perlu kan org utk khidmat, x ramai org so aku rasa baik tuan g segera....",
So dup dap, dup dap... Esknya (Rabu) ad mesyuarat di Surau Biru, Kerteh fasal ijtimak.
Mesyuarat di ketuai oleh, Syura Terengganu, Hj Arifin.
Halaqah Kemasik and Kerteh di pertanggungjawabkan utk "Toam" (aka makan).
Mesyuarat punya mesyuarat, hbs mesyuarat, deal dgn bro Romzi, esk (Khamis) lepas subuh gerak ke Markas Madrasah Quran Kubang Bujuk.
Mula2 sampai, turun dari kereta, letak beg pakaian, terus tukar baju.
Kemudian g ratakan tanah, pasir bertimbun2.
Sodok pasir, campak sana, campak sini.
Cangkul sana, cangkul sini.
Jentera datang terus lenyek bg rata!
Khemah plok!
Buat lubang, gali sana, gali sini, korek sana korek sini.
Tarik2 tali, ikat sana, ikat sini.
Woahh~ kejang otot2 ak. Sakit tgn2.
X pernah2 hayat hidup aku buat kerja2 mcm ni.. ;p
Surrender aku!
Amik part lain plok!
Bahagian memotong sayur.
Tenyeh bawang putih, buang kulit ubi, belah tembikai, siang ikan (part ni paling ak x suke, jijik kotor! tau mkn je! hahaha tapi amir sab (ketua bhgian memotong) dah suruh, kita taat sj laa...-_-,.
Ikan bukan sikit... bapok gedebuk sekali 300kg! Ikan aya@Tongkol plok!
x la penat mn kan....^^,
Agak menarik, mcm2 teknik utk mempercepatkan proses membelah dan men'siang'.
Aku namakan teknik membelah tembikai " teknik cepat dan selamat 1", dan "teknik cepat dan selamat 2" utk men'siang' ikan hahaha!
Part potong2 daging aku tgk sj,.x hingin aku wat keje2 mcm ni, hehe
Ak bukan ap..... x sampai 'seru' lg ;p
Nk kene siat2 la, potong2 la, tetak tulang la, tetak kepala lembu la...... aduh leceh nye...hahaha!
Tapi yg paling seronok 'meratah' lembu dan kambing!~ Gear box! Slurrppp!
Bahagian 'Istikbal' makanan plok! (aka penyambut tetamu utk pera jemaah msk ke 'khemah makan')
Pagi, tengah hari, malam.
Aku, Bro Arifin and Bro Shahrul (Amirsab Istikbal).
Bro Shahrul and anak2 buah nya duduk di bahagian pertama ,depan pintu utama.
Bro Arifin di bahagian kedua (sebelum sampai ke khemah utama yakni tunjukkan jalan ke khemah).
Aku di bahagian ketiga, depan pintu khemah yang tidak punya pintu itu,
Sebagai istikbal bahagian ketiga, peranan aku menyambut kedatangan para jemaah dengan muka penuh gembira dan....;
- "sila tuan2... sila, insyaALLAH"
- "di sana msh ad ruang kosong, insyaALLAH"
- "Duduk lima2 (para jemaah makan atas lantai dlm satu bulatan 5 orang) tunggu makanan tuan2 insyaALLAH"
- "Dakwah maksud hidup tuan2, Allah ta'ala bg kenyang bukan makanan yg bg kenyang, insyaALLAH, Bismillah"
- "sabar tuan2, zikir tuan2 insyaALLAH"
- "lepas makan tinggal kan saprah(aka alas tempat makan), dulang boleh letak di sana...."
- "Adik! Sini dik(waiter kebanyakkan dari pelajar2 madrasah, sambil aku mengangkat tangan sebagai isyarat memanggil waiter dan tangan lain menunjukkan ke arah jemaah yg msh belum dihidangkan makanan ), "hujung belah kanan msh ramai x dpt mkanan, hantar sn."
Hari pertama okey lg, msk hari kedua and ketiga...........
Waolawehhh....! Gila ramai! Baru seribu 900 lebih org, khemah makan yg ak tgk besar x cukup! ah sudah...
'Pending=Jem otak=wire short terus!
Sebelum ni Syura2 Terengganu target utk org Terengganu datang seramai 6000 org,!
Ak x dpt bayang kalau betul2 terjadi kehadiran 6000 org, boleh roboh khemah makan tu ak rasa....
Tiba2 x bleh nk wat ap2~ melilau2 mata melihat gelagat manusia....-_-;
Yg ternanti2 makanan ,
Yg berdiri menuggu orang selesai mkn.
Yg jalan ke sana ke mari mencari ruang2 utk duduk mkn.
Dalam keadaan 'shock culture' ak jalan kesana ke mari, ke mari ke sana....then stop.
Berdiri plok di tengah2 para jemaah yg duduk menuggu makanan sambil 'menghantar' isyarat memanggil waiter..
Menyirap aku! Elok2 waiter nak hntar, boleh plok ad beberapa orang yg kebas dari waiter suh letak tempat dia dulu.
Mentang2 pelayan2 dari adik2 madrasah senang2 ko pijak yee!
sabor leee~ grrr~
Aku dah hilang sabar!
Dengan aku2 sekali terjun jd waiter...hbs hilang title supervisor ak, muahahaha~.
Hari ketiga. waktu sarapan
Ad sesetengah jemaah yg x boleh sabar, maka hantar wakil utk ambil makanan.
Asbabnya, tempat ambil makanan jd 'bolok'.
Pg tu makanan x cukup, mujur orang dah x ramai.
Kesian ak tgk org2 yg tunggu makanan, ada sorang pakcik tua dengan keadaan x puas hati+ suara sengau "mhanhee mhakhanahn dohk shampai2 laghii nhiii" (mana makanan x sampai2 lagi ni)~ ^^,
Gelabah aku dibuatnya~ "makanan hbs tuan, dlm process nak masak tuan, sabar tuan"
last2 ada sorang bahagian masakan bg ak 'task', "nah bg pd org yg tunggu makanan"
Sambil aku bawa dulang, sambil tu juga......"Buah timun tuan .insyaALLAH buah timun...x3" -_-;
Entah keberapa puluh kali aku ulang,
Mujur dlm 10 minit mkanan back up sampai...fuuhh~.
So pd hari ketiga juga, lepas subuh, terus Maulana dari Pakistan atau India, bg bayan hidayat di sertakan dengan penterjemah. (bayan=penerangan)
Penerangan kenapa dan bagaiamana untuk lakukan 'kerja ini' dan usul2 yang perlu di jaga semasa keluar di jalan Allah.
Seabanyak 23@25 jemaah dapat di keluarkan bertebaran di bumi Malaysia dan luar negara,
Ada Jemaah Jalan Kaki 2 bulan, Jemaah 4 bulan luar negara, jemaah 4 bulan IPB (India, Pakistan, Bangladesh). Jemaah 40 hari sabah sarawak, . Aku? bulan November "4 bulan IPB" InsyaALLAH! Dakwah maksud hidup!
Lepas semua mereka yg hadir pulang dan keluar di jalan Allah maka mereka yg khidmat perlu stay utk kemas2. Halakah kami bahagian makan dan khemah makan ni,
bukala semula khemah.... basuh periuk.
Dan part last ni yg best! 4 kawah nasi beriyani di masak! Woalawehh! Hbs tu! Beras MasyaALLAH panjang2~ teringat ak melantak nasi arab~, + Kari daging! woaahhh~ makan ramai2 dalam talam@dulang plok! MasyaALLAH nikmat x terkata! ;p bab makan excited koo ekk~
Masa lepak2 kat tempat org masak nasi beriyani, sembang2 dgn org2 tua, pangkat abah aku, mesra mcm member2~ x pernah hayat aku jumpa org tua, sembang dgn aku mcm member....hahaha~
Ada sorang cikgu tegur aku ms minum yogurt, dia ajar aku mcm mn nak buat yoguart
1) panaskan susu asli,
2) kemudian suamkan,
3) kemudian campur yogurt asli satu sudu, kacau2
4) letak dlm almari biar sehari.
Woahh sonangnya!
Tiba2~
Ckgu: "kau nak kahwin x!?"
Aku:"Semua org nak kahwin"
Ckgu"Ye la sekarang ni ko nak kahwin x? Aku nk rekemen ni, atau bila?"
Aku:"Dalam satu atau 2 tahun lg insyaALLAH huhuhu" jwb ak berseloroh
Ckgu:"Ha bgs! Aku ad calon, 2 thn lg ye? 2014 ak cari ko!"
muahahaha~ -_-;
Semua perkara yg berkaitan 'sifat' dan "fikir umat" akan di ajar oleh Allah ta'ala di jalan Allah.
Hari ini ramai org salah faham (termasuk aku yg menulis), adalah "Sifat" satu perkara yg dpt di pelajari melalui buku.
Ini satu kefahaman yg kurang lengkap, andai di medan kehidupan tidak diamal.
Hari ini aku salah faham seolah2 harta diri dan masa milik aku, hakikatnya milik Allah, atas maksud itu untuk LATIHkan utk dapat "sifat" dan "fikir umat", kita perlu keluar di jalan Allah agar dapat terapkan dalam kehidupan.
Banyak sifat2 baik, dan ulama telah senaraikan sifat utama yg ada pada diri sahabat sahabiah Radhiallah ajmain;
*Sifat yakin pd kalimah Lailahaillallah Muhammad Rasulullah,
*Sifat Khusyuk dlm solat,
*Sifat ilmu dan zikir,
*sifat memuliakan saudara seislam,
*sifat ikhlas niat,
*Sifat dakwah dan tabligh,
Dengan asbab kita mahu belajar amalkan sifat2 tersebut, maka sifat2 baik yg lain akan mudah utk kita amal dalam kehidupan.
Di dunia manusia berusaha untuk mencapai 2 perkara,
1) Berusaha untuk mengumpul harta benda dunia
2) Berusaha untuk membaiki dirinya sendiri.
Perkara pertama ialah mendirikan bangunan, perdagangan, tanah, perusahaan dan sebagainya. Apabila kita berusaha untuk suatu perkara maka SELURUH PERHATIAN akan tertumpu kepada perkara berkenaan. Akibatnya usaha membaiki diri akan terabai dan "jantung hati" kita akan terpaut kepada benda berkenaan. Apabila kita mati kelak maka segala usaha kita tadi akan menjadi sia-sia. Kesudahannya manusia akan meninggalkan dunia fana ini dalam keadaan HAMPA. Waktu sekalian manusia dikumpul pada Hari Kiamat, mereka akan menangis melihat GOLONGAN MANUSIA yang telah berusaha atas membaiki dirinya. Mereka menangis hingga air mata mengalir deras seperti sungai.
(Maulana Yusof)