Friday, November 07, 2008

Antara Cara-cara Mengajak Masyarakat Kepada Sunnah.

Oleh Ustaz Abu_Umair Panel Feqh Al-Ahkam.net

ِBismillah...

Sedikit pandangan,

- Seorang yang ingin mengubah masyarakat daripada amalan yang tidak bertepatan dengan sunnah kepada amalan yang sunnah, mestilah memulakan dengan dua sifat penting, ILMU dan HIKMAH. Tanpa dua sifat ini, dakwah tidak akan berjaya, malahan masyarakat semakin menjauhi pendakwah.

- Pendakwah mesti tahu, amalan yang dilakukan oleh masyarakat (seperti doa jamaie setiap selepas solat) mereka ambil daripada ustaz-ustaz yang mereka percayai. Maka bukan satu yang mudah untuk diubah selagi mereka tidak percayai dan tsiqah pada ilmu anda.

- Pendakwah juga mesti sedar bahawa melakukan perubahan secara drastik dalam amalan yang mereka lakukan puluhan tahun, boleh menyebabkan mereka benci kepada pendakwah, atau kepada sunnah. Jangan sampai ini terjadi.

- Tetapi hikmah dalam dakwah bukan juga bererti kita langsung tidak melakukan perubahan kepada sunnah, atau terlalu bertolak ansur hingga tidak berani menerangkan kebenaran. Sunnah mesti diterangkan, tetapi dengan cara yang boleh diterima, seperti sedikit demi sedikit.

- Jangan terlalu menonjolkan bahawa kita menyalahi mereka. Jika jemaah melakukan zikir jamaie, jangan terus bangkit dan keluar daripada surau. Tidak salah terus berada dalam majlis, tetapi berzikirlah bersendirian sebagaimana sunnah.

- Cari peluang untuk memberikan tazkirah, dan tumpukan kepada kepentingan mengikuti sunnah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, dan mengikuti sunnah para salaf. Jangan terus membidaahkan amalan mereka, atau radd kepada mana-mana ustaz.

- Rapatilah mereka yang berpengaruh seperti imam, AJK masjid dan tumpukan dakwah kepada mereka.

Wassalam
_________________

Sumber: Doa Ramai2 Tidak Bid'ah

No comments:

Post a Comment

Biarlah dgn berilmiah...