Tuesday, November 11, 2008

Allah Berada Di Atas Arsy?

Utusan Malaysia

Kemusykilan anda dijawab
MOHD YUSOF ABAS

SOALAN:
Ada kawan saya cuba memperkenalkan akidah Ibnu Taimiah yang mengatakan Allah berada di atas Arasy (saperti mana firman Allah SWT dalam Surah Taha ayat 5). Bolehkah tuan jelaskan maksud sebenar ayat tersebut?

- Jawahir Samat, Kulai, Johor.

JAWAPAN:
Apa yang ditimbulkan oleh kawan anda itu hanyalah kekeliruan yang sengaja dibawa oleh mereka yang berpenyakit hatinya. Ini seperti yang ditegaskan oleh Allah SWT dalam firmannya yang bermaksud: "Adapun mereka yang ada penyakit zaigh (hati busuk) dalam hatinya, mereka sengaja mengikut-ikuti apa yang kesamaran dari ayat mutasyabih tersebut, kerana mencari fitnah dan mencari takwelnya sendiri (mengikut fikirannya sendiri)" (Surah Ali Imran ayat 7). Mereka tahu bahawa suatu perkataan (kalimah) yang mutasyabih itu mengandungi makna yang banyak, ada yang sesuai seperti ayat muhkam yang lain tetapi mereka berdegil tidak mahu menerima makna yang jelas tersebut. Mereka ingin menerima makna yang samar juga, pada hal makna yang tidak samar itu pun adalah makna (majaz) bagi kalimah yang mutasyabih tersebut.

Itulah sebenarnya tanda hati kawan anda yang berpenyakit tadi. Bagi kita sesuai dengan kedudukan seseorang itu harus dia menerima sebarang makna yang sesuai dan layak dengan kesucian dan kebesaran Allah, apa lagi makna dan sifat tersebut dijelaskan Allah dalam ayat (muhkam) dari Quran-Nya sendiri. Sedangkan makna bersemayam itu membawa kesamaran yang memberi faham Tuhan menyerupai makhluk-Nya dan ini adalah suatu pembohongan kerana bagaimana Allah yang qadim (tiada permulaan dan tiada pengakhiran) itu boleh berada atas arasy yang baru dan tidak wujud lagi, kerana kalam Tuhan itu qadim sebelum adanya sesuatu yang baru dari makhluk. Ini adalah kedangkalan yang nyata dari fahaman dan pemikiran mereka. Wallahualam.



* Aku amat-amat tidak setuju dengan jawapan yg diberikan oleh MOHD YUSOF ABAS, sungguh tidak patut sekali penerangan yg diberikan oleh beliau sebagai orang yg berilmu.

* Memang sukar untuk seseorang itu jika tidak dapat membezakan fahaman iktikad al-Jahmiyyah dengan iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah.

* Sedangkan Allah istiwaa(bersemayam) diatas Arsy merupakan iktikad Ahli Sunnah Waljamaah dan yg mengubah maksud/menta'wilkan maksud istiwaa kepada Istawla merupakan fahaman al-Jahmiyyah yg sesat lg menyesatkan.

"Mereka(Ahli Sunnah Wal Jamaah) tidak menta’wil ISTIWAA/ISTAWAA dengan ISTAWLA yang artinya : Berkuasa. Seperti halnya kaum Jahmiyyah dan yang sefaham dengan mereka yang mengatakan ”Allah istiwaa di atas ‘Arsy” itu maknanya : Allah menguasai ‘Arsy !. Bukan Dzat Allah berada di atas langit yakni di atas ‘Arsy-Nya, karena Allah berada dimana-mana tempat !?… Mereka ini telah merubah perkataan dari tempatnya dan telah mengganti perkataan yang tidak pernah dikatakan Allah kepada mereka sama seperti kaum Yahudi (baca surat Al-baqarah : 58-59).

* Lihat, baca dan fahami ulasan yg diberikan oleh sahabat kita Abu Usamah Mohd Masri bin Mohd Ramli yg lebih berilmiah dan diyakini, bukan hanya dengan mengatakan seseorang itu hati berpenyakit.

http://the-authenthic.blogspot.com/2008/11/allah-berada-di-atas-arsy.html

No comments:

Post a Comment

Biarlah dgn berilmiah...