Tuesday, November 04, 2008

Aku Sokong Ap Yg DiKATAKAN...

Sumber: Utusan Malaysia

KOTA BHARU 3 Nov. - Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mempertahankan kenyataannya bahawa formula berasaskan konsep ketuanan Melayu mempunyai unsur negatif yang melemahkan kaum itu dan bersifat perkauman.

Beliau bagaimanapun menegaskan, ia tidak bermaksud bahawa beliau mempersoalkan 'keistimewaan' orang Melayu dalam Perlembagaan seperti yang cuba digambarkan.

Apa yang sebenarnya, menurut Zaid, konsep itu mencerminkan orang Melayu hanya mahu menjadi 'tuan' tanpa mahu berusaha dan bertanggungjawab kepada diri sendiri.

''Seolah-olah orang Melayu ini mahu hak-hak tertentu serta penghormatan dan pengiktirafan tentang kebolehan mereka semata-mata kerana mereka orang Melayu.

''Ini pada saya bukan gambaran yang sebenar. Imej ini melemahkan orang Melayu sendiri. Ramai orang Melayu mahu penghormatan dan pengiktirafan tentang kejayaan mereka berasaskan kebolehan mereka.

'' Orang Melayu mempunyai kebolehan luar biasa dan tidak perlu untuk mengamalkan sikap 'angkuh' kononnya mereka mempunyai hak yang lebih daripada kaum lain," ujar beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.

Zaid mengulas kenyataan beberapa pemimpin UMNO yang mengecam beliau di samping menuntutnya supaya memohon maaf kerana seolah-olah mengkhianati dan memburukkan bangsa sendiri serta melupakan sejarah perjuangan bangsa.

Zaid sebelum ini dilaporkan mendakwa konsep ketuanan Melayu adalah satu kegagalan yang membawa keburukan kepad kaum itu, malah menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar negara.

''Saya tidak terkejut dengan reaksi pemimpin UMNO seperti Datuk Seri Syed Hamid Albar, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib dan Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim mengenai kenyataan saya bahawa model atau formula berasaskan konsep ketuanan Melayu gagal menolong Melayu menuju kejayaan dan kecemerlangan dalam bidang ekonomi ataupun pelajaran.

''Mereka hanya mahu saya minta maaf sambil menghina kewibawaan dan kesetiaan saya kepada bangsa Melayu," ujarnya.

Katanya, punca masalah berkaitan soal ini ialah kalangan yang dianggapnya sebagai 'wira Melayu' seperti Syed Hamid tidak tahu membezakan di antara 'hak' dengan 'keistimewaan.'

''Mungkin juga kerana ini zaman pertandingan dalam UMNO, maka ramai yang bertanding jawatan Naib Presiden mahu mencari sokongan dengan memberi tafsiran sendiri terhadap apa yang saya utarakan," dakwanya.

Katanya, sebagai anak Melayu kampung dari golongan miskin, beliau ingin melihat bangsa Melayu maju dalam ekonomi dan pelajaran.

''Sebab itu saya mencadangkan model baru perlu diketengahkan iaitu model yang berteraskan persaingan terbuka, yang juga dapat memberi ruang supaya anak-anak Melayu boleh rapat dan bekerjasama dengan bukan sahaja kaum lain tetapi juga orang-orang dari negara luar.

''Resipi pembangunan ekonomi orang Melayu mesti lebih luas daripada apa yang diketengahkan oleh kumpulan ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

''Saya tidak perlu meminta maaf kepada Syed Hamid dan kawan-kawannya. Kepada orang Melayu, saya harap anda dapat membezakan di antara pemimpin yang benar-benar memikirkan kepentingan anda daripada pemimpin yang hanya menggunakan nama Melayu untuk kepentingan politik mereka," ujar beliau.

* Aku sokong ap yg diKATAKAN. Inilah bangsa ku, anak Melayu/bapak melayu hanya tahu berseronok, hingga lupa matlamat hidup. Islam dipermainkan dijadikan hanya sebagai alat untuk memuaskan nafsu. Kebenaran disembunyikan, itulah Melayu.(tidak semua begitu, tetapi majoritinya begitu^^)

* Apabila dinasihat>ditegur> tetap degil dan angkuh, tidak mahu menggunakan AKAL yg diberi tetapi lebih mahu memandu hawa nafsu sebagai hala tuju.

* Aku katakan ini bukan hanya kepada orang2 Umno, tetapi kepada semua orang MELAYU yg fanatik kepada sesuatu PARTI, sedangkan para pemimpin bijak,kebanyakkan para pengikut tuli... Juga tidak mahu menggunakan AKAL untuk memajukan diri, hanya tahu... "cukuplah ap yg ada...." maka jdlah pak turut kepada pemimpin, yg bersetuju ap sahaja......

No comments:

Post a Comment

Biarlah dgn berilmiah...