Monday, June 16, 2008

Dikala Musafir Di Makkah Last Episode


Disekitar MasjidilHaram sedang di ubah suai

Menuju ke Makkah Al-Mukaramah, dari Madinah Al-Munawarah, mengambil masa selama hampir 7 jam perjalanan. Sebelum itu aku, keluarga dan peserta yg lain bermiqat di Masjid Bir 'Ali untuk berniat Umrah dan sempat juga aku dan beberapa peserta yg lain melakukan solat Asar disana. Aku dan keluarga sampai di Makkah Al-Mukarramah lebih kurang 11 malam waktu disana, sampai sahaja di hotel penginapan, kami terus mengemas beg-beg pakaian kami untuk diletakan dibilik hotel. Selepas itu terus melakukan Ibadah Umrah, hampir pukul 3 pagi selesai sudah ibadah Umrah. Pada pukul 4 pagi waktu Subuh pula menjelama, aduh sungguh letih aku pada waktu itu, baru Umrah belum lagi Ibadah Haji. Maka aku sekadar baring-baring diatas katil sambil membaca buku Fatwa Haji Umrah dan Ziarah.

Sekejap sahaja rupanya melakukan Ibadah Umrah, aku menyangkakan mengambil masa 3 hari, hehehe(:. selesai sudah Ibadah Umrah, maka hari selebihnya banyak aku habiskan di MasjidilHaram. Alhamdulillah, aku juga sempat mendengar beberapa kuliah daripada Syed Abdul Qadir Al-Mandilli, waktunya selepas solat Maghrib hinggan masuk waktu Isyak, sempat juga beliau mencelah akan bab-bab bida'ah, antara bab bidaa'ah yg disampaikan Oleh Syeikh itu ialah, Kenduri Arwah, bab inilah ada juga orang kita yang masih susah hendak menerimanya, selepas habis kuliah, ada seorang pakcik sempat aku melihat gelagatnya begitu bersungguh menceritakan pada orang sebelahnya bahawa kenduri arwah itu boleh, em..cakap belakang boleh la, kalu tidak setuju, jumpa terus Syed Abdul Qadir dan berhujah dengan dia, didalam Masjidilharampun masih lagi ingin menegakkan benang yang basah. Antara tajuk Bida'ah lain yang menarik perhaian aku ialah Umrah 7 kali dapat Haji Kecil. katanya lagi, hadis itu dai'f.

Dan Syed Abdul Qadir Al-Mandili membacakan hadis ini, Sabda Rasullullah s.a.w maksudnya: "Satu Umrah hingga umrah berikutnya menjadi penebus dosa yang dilakukan antara kedua-dua ibadah itu. Manakala Haji Mabrur, tiada ganjaran selain syurga."-Riwayat al-Bukhari: 1773 dan Muslim 1349. , selepas itu dia berkata "orang kita ni silap, mai sekali umrah, dibuatnya dua tiga kali sehari..sepatutnya, sampai di Makkah ni(maksudnya buat umrah sekali ja) , lepastu pulang semula ke tanah air baru betul," em, lebih kurang begitula matannya.


Mana tidaknya orang kita (Malaysia) memang ramai yg apabila melakukan Ibadah Umrah sampai dua tiga kali dalam sehari, ini bertentangan dengan petunjuk Rasullullah s.a.w dan para sahabat:

Dibolehkan melakukan umrah berkali-kali. Rasullullah s.a.w menggalakkan kita melakukan selalu tanpa menentukan jarak waktu antara satu umrah dengan yang lain.

Ibn Qudamah r.h berkata: "Dibolehkan melakukan umrah berulang kali dalam setahun. Pendapat ini telah diriwayatkan daripada Ali, Ibn Umar, Ibn Abbas, Anas, Aisyah, Ata', Tawus, Ikrimah dan Syafi'i. Ini kerana Aisyah pernah mengerjakan umrah dua kali sebulan." (Al-Mughni)

Syeikh Ibn Baz pernah ditanya persoalan yg sama, Beliau mnejawab:
"Perkara itu dibolehkan. Sabda Rasullullah s.a.w maksudnya: "Satu Umrah hingga umrah berikutnya menjadi penebus dosa yang dilakukan antara kedua-dua ibadah itu. Manakala Haji Mabrur, tiada ganjaran selain syurga."-Riwayat al-Bukhari: 1773 dan Muslim 1349.

Tidak salah melakukan umrah tiga atau empat kali. Aisyah r.a pernah melakukan hal itu ketika Haji Wada' sebanyak dua kali dalam masa kurang 20 hari." (Majmu' Fatawa, jil:17, ms: 432)

Ulama Majlis Fatwa Tetap berkata:
"Sebahagian ulama berpendapat bahawa jarak masa antara dua umrah mestilah sekadar tumbuhnya rambut baru bagi yang bercukur. Jangka masanya lebih kurang seminggu atau sepuluh hari." (Fatwa al-Lajnah al-Daaimah, jil:11, ms:337)

Syeikh Ibn Uthaimin r.h berkata:
"Imam Ahmad mengatakan bahawa seseorang tidak patut mengulangi umrah selagi rambutnya belum menghitam(tumbuh). Berdasarkan kenyataan Imam Ahmad, perlaksanaan umrah secara berulangan seperti yg dilakukan sebahagian masyarakat, terutamanya mereka yg mengerjakannya setiap hari sepanjang bulan Ramadhan, ia bercanggah dengan amalan para salaf." (Al-Syarh al-Mumti', jil:7 ms:242) .

Ibn Qudamah r.h berkata:
"Ali r.h melaksanakan umrah sekali sebulan. Sebaliknya, Anas akan melaksanakan umrah apabila kulit kepalanya mula menghitam. Hal ini dinytakan oleh Imam As-Syafi'i menerusi Musnadnya.

Ikrimah berpendapat, bahawa seseorang boleh mengerjakan umrah apabila rambutnya sudah boleh dicukur.

Ata' pula berpendapat, jika mampu, seseorang henndaklah melakukan umrah sekali sebulan. Ahmad mengatakan bahawa dalam masa sepuluh hari, rambut sudah boleh dicukur." (al-Mughni. Rujuk: Majmu' al-Fatawa, jil:26, ms: 45)
(Fatwa Haji Umrah dan Ziarah ms: 299-301)


Dan suatu ketika, tiba-tiba ada dua orang insan yang begitu rapat dengan aku juga ingin melakukan Ibadah Umrah sekali lagi, aku merayu kepada mereka bahawa perbuatan itu bertentangan dengan sunnah Rasullullah s.a.w. Aku mengingatkan kepada mereka akan pesanan Syeikh Abdul Qadir Al-Mandili, tidak cukup dengan itu aku tunjukkan juga apa kata-kata para Imam salaf melalui buku Fatwa Haji Umrah dan Ziarah, tetapi apakan daya aku, mereka beralasan "kita datang dari jauh apa salahnya" memang tidak salah tetapi amalan itu akan menjadi sia-sia,

Firman Allah S.W.T:

A'uzubillah himinassyaithanirrajim,

ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلۡمَوۡتَ وَٱلۡحَيَوٰةَ لِيَبۡلُوَكُمۡ أَيُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلاً۬‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡغَفُورُ (٢)
Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)-Surah Al-Mulk ayat 2-

Maksud أَحۡسَنُ عَمَلاً۬‌ۚ dlm ayat di atas ialah orang yg paling IKHLAS dan BETUL AMALANNYA. Ini kerana, amalan yg dilakukan dengan cara yg salah tidak akan diterima walaupun ikhlas. Sehinggalah ia memenuhi kedua2 syarat di atas, iaitu ikhlas dan betul. (Ibn Rejab, Jami' al-'Ulum wa al-Hikam, jil:1, ms 23)


Disana juga aku disindir oleh ustaz rombongan umrah, dimana dia berkata kepada aku "rugi x buat umrah sekali lagi, Nabi dan para sahabatpun buat umrah banyak kali. Jangan percaya dengan kata-kata orang" aku sekadar menjawab didalam hati, "memang lah x salah buat umrah, tetapi CARAnya yg salah" aku sekadar tersenyum, aku risau juga kalau aku mengatakan "Apa yg ustaz buat tu salah" akan mengeruhkan lagi hubungan silaturrahim dan bermasam muka ketika berada Tanah Haram. Maka aku berharap kepada Allah Azzawajjalla dia akan terbaca tulisn aku ini.

Di Makkah Al-Mukaramah juga aku berpeluang berjumpa dengan Ustaz Ismail Omar, yg diperkenalkan oleh sahabatku Abang Man. Dimana pd waktu itu ada perjumpaan pelajar-pelajar yg menyertai Daurah. Ustaz Ismail Omar berbincang dengan mereka perihal bagaimana keadaan mereka belajar dengan syeikh-syeikh diMakkah, berbincang tentag segelintir pelajar didalam kumpulan itu yg ingin belajar di Yaman, berta'aruf, selepas itu makan dan sesi motivasi dan kesedaran diri. Aku pulak seperti tetamu yg tidak diundang, segan juga aku dibuatnya, mana tidaknya tiba-tiba sahabat aku Abang Man mengajak aku ke asramanya, tanpa pengetahuan aku ada perjumpaan antara mereka. (makluman perjumpaan itu sekdar dibilik asrama sahaja).

Ustaz Ismail Omar banyak menceritakan pengalaman hidupnya, dimana dia dapat mengkatamkan Kitab Sahih Bukhari di Yaman, sebelum itu pada usia 25 tahun dia berazam untuk belajar agamaa dan memahaminya, dan dia pergi ke Yaman, ustaz itu berkata "pada waktu itu bahasa arab pun ana tak faham, lepastu ana mula mengaji alhamdulillah akhirnya ana dapat menghabiskan kitab Sahih Bukhari dan mendapat sijil dari Syeikh disana.." dan ada juga kitab-kitab hadis yg lain, aku tidak ingat kitab apa. Dan pada suatu ketika apabila dia membaca Al-Quran, tiba-tiba dia dapat memahaminya dengan baik sekali, dan pada masa itu air matanya berlinang dan dia berkata inilah apa yg aku cari selama ini. Banyak juga cerita-ceritanya, sampai berair jugalah mata aku dibuatnya kerana menahan mengantuk hehehe (: Dia bercerita itu pun untuk menyedarkan diri aku dan pelajar-pelajar yg menyertai daurah itu, agar tetap dalam berdakwah, pesannya lagi "jangan nanti dah kahwin habis lenyap macam itu saja, enta kena kuat sahsiah diri"(maksudnya jangan la sebab bini kerja dakwah diabaikan), katanya lagi "dan jangan enta tipu diri sendiri" lebih kurang seperti itu la kata-kata nasihat dan amarannya. Sekarang ni, dia sedang buat projek besar jugakla(tak salah aku projek buat hotel kot wallahhu'alam), itulah sumber mencari rezekinya(busnisseman aku rasa ustaz ni), aku tidak bertanya pula dia kerja apa, sebab semasa sudah selesai sesi perjumpaan itu, dia memohon agar didoakan agar mudah untuk dia memperoleh projek yg sedang dirancangnya itu, katanya lagi doa orang yang bermusafir makbul, maka doa-doakanla. Aku ingat umur Ustaz itu, agak-agak aku la dalam 40 an la bini 3 orang. Masyaallah, aku hampir tidak percaya tetapi itula apa yg keluar dari mulut Ustaz Ismail Omar. Ustaz Ismail Omar kata dia ada menulis buku tentang Syiah yg bertajuk Syiah, nickname pada buku tu Ibnu Omar. Wallahhua'alam, itu apa yg aku dengar.

Aku juga mengucapkan terima kasih kepada sahabat aku Abang Man, kerana banyak menasihati aku, dalam masa yg sama aku juga memberi nasihat kepadanya, dan terimakasih sekali lagi kerana membawa aku berjumpa dengan Ustaz Ismail Omar yg aku baru kenal, dan aku merasakan fikrah Ustaz Ismail Omar sama sepertimana fikrah Dr Maza. Jazakallahhukhairankathira ya sahabat. Hanya Allah yg dapat membalas jasa baikmu.
Itu sahaja peristiwa-peristiwa yg begitu berbekas difikiran aku, selama mana aku bermusafir dinegara Arab, dan aku berharap selepas ini aku dapat pula menunaikan Ibadah Haji, pada usia yg muda dan sihat tubuh badan. Wallahhu'alam

1 comment:

  1. ya akhi i really like this artikel ! SEmuga ustaz yang nak buat umrah banyak kali tu baca artikel ini he, he !

    ReplyDelete

Biarlah dgn berilmiah...