Sunday, June 29, 2008

Dari Imam As-Syafi'i!? Benarkah..

Kalau dilihat tajuk diatas, aku ingin kemukakan pula pandangan Imam As-Syafi'i, Rahimahullah:

Berkata al-Syafi‘e rahimahullah:

-Sesuatu sunnah daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kemungkinan akan sampai atau tidak sampai kepada seorang itu. Maka apabila sahaja aku menghuraikan pendapatku atau merumuskan sesuatu prinsip dan pada waktu yang sama wujud satu hadis yang sah daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang menerangkan sebaliknya maka pendapat yang betul itu adalah apa yang Nabi katakan dan demikianlah juga akan menjadi pendapat aku. [Riwayat Ibn ‘Asakir di dalam Tarikh Dimashq, 15/1/3.]

-Setiap hadis yang sah daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah juga merupakan ajaran aku walaupun engkau tidak pernah mendengarnya daripada aku sebelum ini.
[Riwayat Ibn Abi Hatim di dalam al-Adab, ms. 93-94.]

-Apabila kamu dapati di dalam bukuku sesuatu yang bertentangan dengan hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam maka berpeganglah kepada Hadis tersebut dan tinggalkanlah apa yang telah aku katakan itu (atau tuliskan).[Riwayat al-Khatib al-Baghdadi di dalam al-Ihtijaj bi al-Syafi‘e, jld. 8, ms. 2 dan al-Nawawi di dalam al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jld. 1, ms. 63.

Al-Imam al-Nawawi ialah seorang imam mujtahid yang masyhur bagi Mazhab al-Syafi‘e. Beliau yang nama asalnya Abu Zakaria Yahya bin Syaraf lahir di Syria pada 631H/1233M. Antara karangan beliau ialah kitab fiqh Mazhab al-Syafi‘e berjudul al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab dan Syarh Shahih Muslim. Meninggal dunia pada 676H/1277M]


-Dalam setiap isu, apabila seseorang ahli hadis itu menjumpai sebuah riwayat yang sahih daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan riwayat itu pula bertentangan dengan ajaran aku maka aku menarik kembali ajaran aku yang asal tadi sama ada pada ketika aku masih hidup atau apabila aku sudah meninggal dunia nanti.
[Riwayat Ibn al-Qayyim di dalam I’lam al Muwaqqi‘in, jld. 2, ms. 363.]

-Pertama, pendapat boleh diterima bilamana tidak ada sunnah dalam hal itu. Akan tetapi jika sunnah menyatakan bahawa seseorang itu harus melakukan sesuatu perkara itu sebegini-sebegini, seseorang itu wajib meninggalkan apa yang dia telah atau sedang lakukan.

Seseorang itu wajib meninggalkan sesuatu amalan yang bertentangan dengan sunnah. Juga dia wajib meninggalkan pendapat yang mengatakan bahawa sunnah hanya boleh tertegak atas dukungan suatu berita yang datang menyusul. Dan seseorang itu patut akur bahawa sunnah itu tidak boleh dikebelakangkan oleh sesuatu apapun yang bertentangan dengannya[al-Risalah, para 426.]

Sumber

Disebut pula oleh Dr Yusuf al-Qaradawi mengkritik golongan taksub mazhab dengan katanya: “Golongan yang taksub ini tidak membolehkan sesiapa yang mengikut sesuatu mazhab keluar daripadanya, sekalipun dalam beberapa masalah yang jelas kepada pengikut mazhab bahawa dalil mazhabnya lemah. Sehingga mereka menyifatkan sesiapa yang keluar mazhab sebagai tidak berpendirian. Perbuatan ini sebenarnya mewajibkan apa yang tidak diwajibkan oleh Allah SWT. Seakan-akan mereka menganggap imam-imam mazhab mempunyai kuasa membuat syari`at dan perkataan mereka adalah hujah syarak yang dipegang dan tidak boleh dibangkang. Ini sebenarnya menyanggahi tunjuk ajar imam-imam mazhab itu sendiri, kerana sesungguhnya mereka telah melarang orang ramai bertaklid kepada mereka atau selain mereka. Ini juga menyanggahi apa yang dipegang oleh golongan salaf umat ini iaitu para sahabah dan mereka yang selepas sahabah sepanjang kurun-kurun yang awal yang merupakan sebaik-baik kurun dan yang paling dekat kepada petunjuk Nabi. Justeru itu, para ulama besar umat ini dan para muhaqqiqnya (penganalisis) membantah sikap melampau di dalam taklid mazhab yang menyamai apa yang dilakukan oleh ahli kitab yang mengambil paderi dan pendita mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Al-Sahwah al-Islamiyyah bain al-Ikhtilaf al-Masyru’ wa al-Tafarruq al-Mazmum , m.s 202, Kaherah: Dar al-Sahwah).

*Aku tidak mengatakan penceramah-penceramah yg aku ceritakan nanti Taksub Mazhab, jangan salah faham pula. Kata-kata Dr Yusof Qaradhawi saja aku selitkan untuk peringtan kepada diri sendiri dan juga para pembaca, agar mengambil sikap pertengahan didalam beragama, tidak Ghuluw(melampau) dan tidak pula tafrit(cuai) didalam agama yg suci ini, ISLAM.

LUAHAN PERASAAN
Semasa aku menyertai kursus Imam dan Mu'azin berdasarkan Mazhab Syaf'i baru-baru ini di surau berdekatan rumah aku, perasaan aku begitu berkobar-kobar ingin mengetahui apakah syarat-syarat untuk menjadi Imam dan Mu'azin berdasarkan pandangan Mazhab As-Syaf'i sendiri. Tetapi alngkah malangnya, aku berasa sungguh tidak 'puas' akan nikmat dalam menagih ilmu tersebut, seperti melepaskan batuk ditangga cara disampaikan pandangan Mazhab Syafi'i tersebut. Mula-mula aku yakin sekali, akan di bentangkan dengan segala dalil dari kitab2 masyhur Imam As-Syafi'i dan pandangan beberapa ulama', tetapi rupa-rupanya hanya sekadar tulis2 point, dan tanpa ditunjukkan dimana dalil dan sumbernya!?.


Sikap kebanyakkan para da'i
Pada pandangan aku yg jahil dan dahagakan ilmu yg asli tidak patut dilakukan oleh seseorang penceramah dan juga para da'i semasa menyampaikan ilmu agama melalui kursus, atau yg seumpama dengannya ialah dengan tidak diberitahu dimana sumber rujukannya, kitabnya, pandangan 'alim ulama'nya yg terdahulu mahupun yg terkemudian, kalau benarlah mempunyai jiwa tabligh untuk agama Islam, melalui pandangan didalam mazhab tertentu, apa salahnya dikemukakan dan dinyatakan sekali dimana sumber rujukannya, didalam kitab mana, apa pula pendapat para ulama mazhab tersebut didalam sesuatu hukum tersebut. Kerana untuk pengetahuan, orang awam bebas dan tidak terikat didalam mana2 mazhab, hanya *para ulama' yg hebat ilmunya sahaja yg terikat dengan mazhab2 tertentu lebih-lebih lagi didalam ilmu Fiqh(*jika tidak silap. Sila tegur jika silap).

Sungguh mendukacitakan bg aku apabila seseorang da'i menyebarkan Islam melalui kursus atau seumpama dengannya seperti orang malas membaca dan seolah-olah belum membuat kajian terlebih dahulu, dan sekadar hanya mengatakan "..ini merupakan pandangan Mazhab Syafi'i...", dan hanya ditulis didalam bentuk point. Kalau benar itu merupakan pandangan Imam As'Syaf'i sendiri maka buktikan dimana anda mengambil sumbernya! Bukan sekadar cakap2 kosong, "ha.. ini, padangan Imam As"Syafi'i".

Sungguh aku masih merasa tidak 'puas' akan nikmat meneguk ilmu yg aku mati-mati ingat dibentangkan berdasarkan hujah dan dinyatakan sekali sumbernya dimana dan apa pula pandangan ulama yg terdahulu dan mahupun yg terkemudian. Kalau seperti itulah cara menyampaikan ilmu agama, dengan hanya menggunakan point didalam Power Point, selepas itu terang-terang sikit, dan tanpa diberi hujah yg mantap, alahai seperti aku bersembang-sembang dengan kawan2 aku dan menyampaikan kepada mereka, "ini mengikut pandangan mazhab sekian2...." "ini pula merupakan sunnah...". Tidak adakah perasaan dihati anda wahai para dai' perasaan seolah-olah ingin dibuktikan "ini merupakan hujah dan dalilnya yg sahih didalam hal ibdah ini!"(Kalau ceramah-ceramah disurau dengan masa yg agak terhad, bg aku cukuplah dengan menyatakan dalil2 al-quran atau hadis yg sahih, dan bonus dengan memberitahu didalam kitab-kitab sekian dan beberapa pandangan ulama'. Wallahhua'alam)



Sikap masyarakat(orang awam)
Kalau telefon bimbit yg mahal lagi canggih mampu dibeli dan diperolah dengan jaminan 'keasliannya' dan menolak mentah2 telefon bimbit 'underwater' mengapa didalam beragama tidak sedemikian? Kerana masyarakat sekarang tiada langsung perasaan ingin tahu untuk membuktikan benarkah tatacara ibadah aku ini bedasarkan petunjuk Nabi Muhamad s.a.w, para sahabat, tabi'in, tdan tabi' tab'in? Hanya tahu bertaklid dengan mengikut apa sahaja yg dilakukan oleh masyarakat, dan tiada langsung perasaan ingin tahu dan mengkaji serba sedikit tentang wujudkah dalil dan hujah yg mengatakan tatacara ibadah aku sedemikian rupa? Yang tahu terkangkang menonton televisyen melihat hiburan-hiburan yg kian menggila dan merasuk didalam setiap pemikiran anak-muda tak terkecuali orang-orang tua yg dekat nak pencenpun masih 'lagha' dengan hiburan yg kadang-kadang agak bodoh dan terselitnya maksiat!

Pada pandangan anda kalau sekiranya aku bertanya 'dimanakah sumber yang Ustaz perolehi melalui perbentangkan ini adakah hadis2 sahih mengtakan sedemikian rupa?' Agak2 apa yg terjadi pada ustaz itu tanpa ditunjukkan pula dimana sumbernya semasa didalam kursus? Maka aku hanya mendiamkan diri tanpa bertanya, kerana aku merasakan mudharatnya didalam masyarakat akan menyebabkan aku dipandang 'kerek' dan tidak pasal-pasal ustaz itu pula memandang 'kerek' terhadap aku. Maka aku yg ingin menyebarkan juga dakwah Sunnah yg aku ketahui serba sedikit ini, tidak tentu pasal tidak disenangi pula oleh masyarakat kerana kurang adabnya aku semasa bertanya.

Keaslian agama itu sendiri mengapa tidak mahu dicari wahai saudara seislam ku!?, dan dikaji serba sedikit dengan bertanya dimana anda peroleh sumber ini? wujudkah dalilnya? sahih atau tidak? didalam kitab mana?. Mengapa tidak dipupuk didalam diri kita benarkah ini Nabi Muhamad s.a.w buat dan para sahabtanya lakukan? Benarkah tatacara ibadah sedemikian rupa? Sahihkah dalil2nya? Ingat Islam itu sendiri tertegak dengan hujah! Seperti mana para rasul menyampaikan misi Tauhid dan tatacara ibadahnya melalui kitab2 dan suhuf2 yg telah diturunkan oleh Allah Azzawajalla, jadi didalam hal-hal berkaitan tatacara ibadah juga wajib ditegakkan dengan hujah! "Telah sepakat (ijma') 'ulama Islam bahawa hadith(sunnah) adalah dasar bagi hukum Islam dan bahawa umat Islam diwajibkan mematuhi hadith (sunnah) sebagaimana diwajibkan mematuhi al-Quran.[ Hadith 40 Abu Zakariya Yahya bin Sharif Al-Nawawi Terjemah dan Syarahnya oleh Al-Ustaz Mustafa 'Abdul Rahman]" Lebih lanjut berkenaan Al-Ustaz Mustafa Abdul Rahman [disini]

POINT YG BERKAITAN DENGAN TAJUK DIATAS
Antara inti kandungan didalam kursus itu baik sekali, apakah syarat2 menjadi imam, bagaimana penyususnan saf yg betul, apa yg perlu dilakukan jika imam terbatal, cara bacaan Al-Fatihah dan azan yg betul, praktikalpun ada. Tetapi sayang seribu sekali sayang semuanya hanya disampaikan dan dibentangkan tanpa ditunjukkan dalil2nya sahih atau tidak Wallahhu'alam dan dibentangkan dalam bentuk point sahaja, dan hanya diberitahu serba sedikit sahaja dalilnya. Aku juga musykil apabila penceramah tersebut mengatakan kedudukan saf 2 orang(imam dan makmum sahaja) didalam mazhab syafi'i perlunya makmum kebelakang sedikit, aku pun tertanya-tanya juga pada masa itu, mana dalilnya? Betulkah pandangan Imam As-Syafi'i sedemikian rupa? Didalam kitab mana?

Selepas selesai pembentangan berkaitan Imam dan Makmum, aku terus bangkit dan bertanya kepada ustaz tersebut,.."ustaz setahu saya kedudukan Imam dan makmum sejajar, itu apa yg saya baca didalam hadis Sahih Bukhari, dimana Ibnu Abbas semasa solat dengan Rasulullah s.a.w di sebelah kiri beliau, lalu Nabi terus pegang kepala Ibnu Abbas lalu diletakkannya ditepi Nabi, emm tidak tahulah kalau saya yg salah faham,?" Ustaz itu pun jawab, "bahasa arab luas maksudnya, kamu kena belajar bahasa arab, lagi satu jangan baca hadis, baca kitab fekah dulu". Pula...aku pun senyap sajalah.

Ibnu Abbas r.a. bahawa beliau pernah solat berjamaah bersama Rasulullah pada suatu malam dan berdiri di sebelah kirinya. Maka Rasulullah memegang kepala Ibnu Abbas dari belakang lalu memindahkannya ke sebelah kanannya. (Hadis Riwayat Muslim, No. 763. Bukhari, no. 183)

Diriwayatkan dari Jabir bin Abdillah al-Anshaari:

“… Rasulullah s.a.w. berdiri untuk menunaikan solat, lalu akupun datang dan berdiri di samping kiri beliau. Rasulullah meraih tanganku lalu memindahkanku ke sebelah kanan beliau. Kemudian datang pula Jabbar bin Shakr r.a., ia berwudhu’ lalu mengikuti solat kami, ia berdiri di samping/sebelah kiri Rasulullah. Beliaupun meraih tangan kami berdua lalu memindahkan kami ke belakang beliau...” (Hadis Riwayat Muslim, no. 3006)

Di dalam kitab Subulus Salam (oleh al-Imam ash-Shan’ani), Diriwayatkan bahawa Ibnu Juraij pernah bertanya kepada Atha' (seorang tabi'in), “Seseorang yang menjadi ma’mum bagi seseorang yang lain, dimanakah ia (ma’mum) harus berdiri?” Jawab Atha’, “Di tepinya”. Ibnu Juraij bertanya lagi, “Apakah si Ma’mum itu harus dekat dengan Imam sehingga ia satu saf dengannya, iaitu tidak ada jarak antara keduanya (ma’mum dan imam)?" Jawab Atha’: “Ya!” Ibnu Juraij bertanya lagi, “Apakah si ma’mum tidak berdiri jauh sehingga tidak ada jarak antara mereka (ma’mum dan imam)? Jawab Atha’: “Ya”. (Subulus Salam, jilid 2, m/s. 31).”
fiqh-sunnah.blogspot.com/2008/03/087-saf-di-dalam-solat-kedudukan

Nah ini merupakan bukti dan dalil yg sahih yg mengatakan Imam dan Makmum duduk bersebelahan, tetapi menjadi persoalan aku sekarang kalau benar pendapat Imam As-Syafi'i mengatakan perlu jarak kebelakang sedikit dimana dalilnya? Pada pandangan aku yg serba daif ini, aku tidaklah berkeras akan hal ini(imam dan makmum perlu duduk sebelah juga bila berdua) perlu dilihat juga situasi masyarakat itu macam mana, sekiranya masyarakat sekeliling masih ramai yg jahil akan hal ini, maka solat sahaja seperti pendapat yg entah dari Ulama' mana itu. Sekiranya kita dikelilingi oleh masyarakat dimana ramai yg mengetahui sunnah yg sebenarnya, maka kita amalkan. Contoh salah satu tempat di Institut Al-Khadem, , untuk beramal dengan sahabat yg tahupun lagi bagus. Aku berharap agar para da'i tidak menymbunyikan kebenaran yg sebenarnya.

Usai sudah sesi Imam dan Makmum, seterusnya acara berkaitan Mu'azzin, disini juga diterangkan itu sunnah dan ini sunnah. Tetapi sayang seribu kali sayang masih ada yg aku terpinga-pinga dan tidak begitu yakin untuk mengamalkannya, kerana tiada ditunjukkan dalil yg sahih. Hanya berkata "ini sunnah..". Perlu ditegaskan, didalam hal-hal ibadah khusus, seseorang itu perlu bersungguh-sungguh untuk mencari ilmunya, bukan hanya sekadar ikut mengikut, kerana agama Islam itu 'ilmu! Kalau masih menjadi ikut-ikutan orang dan hanya ikut sahaja apa yg ditunjukkan oleh masyarakat dan datuk nenek kita dahulu tanpa mengetahui dalil yg jelas dari hadis yg sahih atau qias ulama' didalam hal2 ibadah, dan berkeras juga mengatakan "orang-orang dahulu buat betul dah.." maka kenyataan tersebut tidak ubah seperti apa yg telah difirman kan oleh Allah Subhanahuwata'ala didalam firmannya:

A'uzubillahhiminassyaithanirrajim.

170. Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah," mereka menjawab: "(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami". "(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?". [Al-Baqarah ayat 170:]

*Dalam suatu riwayat dikemukakan bahwa turunnya ayat ini (S. 2: 170) sehubungan dengan ajakan Rasulullah SAW kepada kaum Yahudi untuk masuk Islam, serta memberikan kabar gembira, memperingatkan mereka akan siksaan Allah serta adzab-Nya. Rafi' bin Huraimallah dan Malik bin 'auf dari kaum Yahudi menjawab ajakan ini dengan berkata: "Hai Muhammad! Kami akan mengikuti jejak nenek moyang kami, karena mereka lebih pintar da lebih baik daripada kami." Ayat ini turun sebagai teguran kepada orang-orang yang hanya mengikuti jejak nenek moyangnya. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Sa'id atau 'Ikrimah yang bersumber dari Ibnu Abbas.)


Aku juga tidak berapa yakin apbila, dinyatakan sebelum azan perlu mengucap Subhanallah walhamdulillah walailahaillah Allahhuakbar, Walauhaulawaquwwataillabilla. Adakah dalilnya? Sahihkah?
Selain itu, Ustaz yg mengajar bagaimana cara Muazzin dengan betul juga, mengatakan sunnah sebelum mengucapkan Asshhaduallah ilahaillahx2 Ashaduannamuhammadarraasulullahx2 secara kuat, perlu mengucap terlebih dahulu kalimah-kalimah tersebut(Asshhaduallah ilahaillahx2 Ashaduannamuhammadarraasulullahx2)secaara perlahan, adakah hadisnya? sahihkah?
Setakat yg aku jumpa ialah:


Didalam Kitab: Kumpulan Do'a dan Zikir Nabawi
oleh: Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah,
Pentahqiq: Syaikh Nashruddin Al-Albani
Penerbit: AlMaktab Al-Islami(Arab)
Penterjemah: Abu Ihsan Al-Atsari Al-Medani
Penerbit(Indonesia): DAR EL-HUJJAH, Jakarta
Cetakan Pertama Sya'ban 1422 hijrah, November 2001 M

di m/s 79
Umar bin al-Khattab Radiyallahhuanh berkata: Rasulullah s.a.w bersabda

"Jika muazzin mengucapakan: (Allahu akbar Allahu akbar), lalu salah seorang dari kamu turut mengucapkan(Allahu akbar Allahu akbar). Kemudian apabila muazzin mengucapkan(Asyhaduallailahaillallah), ia turut mengucapkan (Asyhaduallailahaillallah), Kemudian bila muazzin mengucapkan (Ashaduannamuhammadarrasullullah) ia turut mengucapkan (Ashaduannamuhammadarrasullullah) Apabila muazzin mengucapkan (hai'alassollah) ia mengucapkan (lahaulawalaquwwataillabillah). Kemudian bila muazzin mengucapkan (haiya'alafallah), ia mengucapkan (lahaulawalaquwwataillabillah). Kemudian bila muazzin mengucapkan (Allahu akbar Allahu akbar), ia turut mengucapkan(Allahu akbar Allahu akbar). Dan bila muazzin mengucapkan (lailahailallah), ia turut mengucapkan (lailahailallah), denga ketulusan hatinya maka ia masuk syurga." (HR Muslim)


Untuk pengetahuan, dimana lafaz iqamah ketika Muazzin melafazkan "Qad Qaamatissollah", dan menjawabnya dengan lafaz "A qamahallahhuwaada maha" maksudnya "Semoga Allah menegakkan dan mengabdikannya" adalah hadis Dai'f,

Diriwayatkan dari sebahagian sahabat nabi bahawasanya Bilal adalahh sahabat yg bertugas mengumandangkan iqamah, ketika ia mengucapkan "Qad Qaamatissollah", Rasulullah s.a.w, mengucapkan "Aqamahallahhuwaada maha" maksudnya "Semoga Allah menegakkan dan mengabdikannya"*(HR Abu Daud)

*Saya katakan(Syeikh Nassruddin al-Albani): Sanadnya Dhaif, didalamnya terdapat seorang perawi dhaif dan dua orang perawi dhaif. Oleh sebab itu dinyatakan dhaif oleh Al-Baihaqi, An-Nawawi dan Al-Asqalani. Saya telah menjelaskan dalam Dhaif Sunan Abu Daud no:84, sy tambahkan disini: Tidak boleh beramal berdasarkan hadis ini kerana menyelisihi dalil umum dari Rasulullah s.a.w: "katakanlah seperti yg dikatakan oleh muazzin." Orang-orang banyak yg lengah dalam masalah ini.
(Kumpulan Do'a dan Zikir Nabawi m/s 83)

Selain itu didalam kitab Al-Lajnah ad-Daaimah lil buhunuts al-'Ilmiyyah wal Iftaa' mengatakan ucapan itu("A qamahallahhuwaada maha") berdasarkan hadis Dhaif.

Selain itu ada juga beberapa kesalahan didalam doa selepas azan yg mungkin kebanyakkan mereka tidak perasan iaitu apbila membaca "Allahhummarabbahazihidda'watitaamah.."hingga selesai dan ditambah pula dengan kalimah "Innakala tukhrlifullmi'ad" maksudnya "engkau tidak pernah menyalahi janji". Dimana ada dua pandangan disini

-Tidak boleh diamalkan"Innakala tukhrlifullmi'ad" kerana sanadnya lemah dan syadz. Lihat Irwaa-ulGhaliil oleh Syeikh Nasruddin Al-Albani no24 (1/260-261)

-menurut riwayat Al-Baihaqi 1/410, Al-Allamah Abdul Aziz Bin Baz berpendapat Isnad hadis tersebut hasan dalam Tuhfatul Akhyar, hal 38( Hisnul Muslim Bacaan ketika mendengar Azan )

Wallahhu'alam.
[Artikel Tambahan]

No comments:

Post a Comment

Biarlah dgn berilmiah...