Thursday, June 12, 2008

Dikala Musafir Aku Bertemu Syiah di Madinah -Part 2.-



Setelah puas aku bercuti di Cairo bersama keluarga, aku dan keluarga pula terus menuju ke Madinah, dari Lapangan Terbang Cairo, ke Lapangan Terbang Jeddah di Saudi Arabia. Kemudian menaiki bas menuju ke hotel yg berdekatan dengan Masjid Nabawi.

Aku dan keluarga pergi menunaikan umrah secara rombongan melalui syarikat perlancongan di area Shah Alam, memang ramai yg pergi didalam rombongan itu, dalam lingkungan 40 org juga. Aku dan keluarga, menaiki bas dari Lapangan Terbang Jeddah menuju ke hotel Madinah, dijangka sampai pd waktu 12 tengah malam waktu disana.Hampir sampai ke kota Madinah, aku terus mengucapkan syukur kepada Allah kerana diwaktu usia yg muda aku dapat juga menjejaki dikota kaum Ansar ni.

Semasa didalam perjalanan juga aku turut membawa beberapa buah buku untuk dibaca, antara buku yg kerap dibaca ialah buku yg bertajuk Menjawab Segala Kemusykilan Di Tanah Suci Fatwa Haji Umrah dan Ziarah Penerbit Karya Bestari, didalamnya dinukilkan fatwa2 dari ulama Muhammad B Soleh Al Munajid, Muhammad B Soleh Al-Uthaimin dan Abdul Aziz B Baz penyelenggaranya Sakinah Ariff Johor. Memang aku yakin sekali buku ini kerana disertakan sekali dalil-dalil daripada Al-Quran, hadis, kata-kata sahabat,tabiin,tabi'tabiin serta para ulama yg masyhur di kalangan umat islam. Maka aku harap dengan buku ini aku dapt menunaikan umrah berdasarkan Sunnah Nabi Muhamad s.a.w.

Semasa di Madinah perkara yg tidak dapat aku lupakan apabila ketika melawat di Maqam Nabi Muhamad s.a.w, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Al-Khattab di dalam Masjid Nabawi. Apabila sampai disana aku sekadar memberi salam kepada nabi Assalammu'alannabiyyuwwarahmatullahhibawarokatuh, memberi salam kepada Saidina Abu Bakar dan Sidina Umar, Assalamu'alaika ya Abu Bakr, Assalamualaika ya 'Umar. Tetapi yg membuatkan aku jengkel akan pak-pak Arab ni, ada diantara mereka yg aku lihat sampai sanggup melakukan perbuatan solat dihadapan makam tersebut, dan membelakangkan arah kiblat, aku sekadar menjeling sahaja. Sedangkan perbuatan itu bertentangan dengan Sunnah!

"Imam Malik r.h pernah ditanya tentang orang yg selalu menziarahi kubur Nabi s.a.w. Beliau berkata bahawa amalan itu tidak digalakkan, bahkan tidak pernah diperintahkan. Kemudian, beliau menyebut doa Rasulullah s.a.w yg, bermaksud: -Ya Allah, janganlah ENGKAU jadikan kuburku sebagai berhala yang disembah- Riwayat Imam Malik di dalam al-Muwattak. Hadis ini diklasifikasikan sebagai sahih oleh al-Albani di dalam Tahzir al-Saajid min Ittikhadz al-Qubur Masaajid, ms 24-26.

Ibn Rusyd r.h berkata: "Makruh jika terlalu kerap melintasi kubur Nabi s.a.w dan mengucapkan salam kepadanya. Hal ini bagi mengelakkan umat Islam menjadikan kubur itu seperti masjid yang dikunjungi setiap hari bagi mengerjakan solat." (Al-Bayan wa al-Tahshil, jil: 18, ms 444-445)

Al-Qadhi 'Iyadh pernah ditanya mengenai sekumpulan penduduk Madinah yang berdiri di hadapan kubur Nabi s.a.w setiap hari dengan mengucapkan salam sambil memanjatkan doa. Beliau menjawab: "Tiada seorang ulamapun menyampaikan kepadaku tentang kewujudan amalan itu. Umat akhir zaman ini tidak akan memiliki sifat yg baik melainkan setelah mengikut amalan yg pernah dilakukan oleh orang terdahulu." (Al-Syifa bi Ta'rif Huquq al-Mushtafa, jil:2 ms:676) ( Fatwa Haji Umrah dan Ziarah ms 219-220 )

Teringat juga aku ada diantara rakanku menyuruhku menyampaikan salam kepada Nabi Muhamad s.a.w,

Syeikh Abdurrahman b Nasir al-Barrak, salah seorang Pensyarah Universiti Islam Imam Muhammad b Sa'ud, berkata:
"Mengirim salam kepada Nabi melalui orang yg ingin berangkat ke Madinah tidak berasas sama sekali! Perbuatan itu tidak pernah dilakukan oleh sahabat, tabiin dan para ulama yang lain. Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: "Sesungguhnya salam kamu pasti sampai kepadaku di mana sahaja kamu berada."-Riwayat Abu Ya'la: 469

Ini adalah perbuatan bidaah. Ia tidak disyariatkan sama sekali kepada orang yang sudah meninggal dunia. Salam untuk orang yang sudah meninggal dunia hanya di ucapkan oleh orang yg berziarah itu sendiri. Ini pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w semasa menziarahi perkuburan al-Baqi'. Kemudian baginda mendoakan mereka. Disamping itu, baginda mengajar para sahabat cara memberi salam kepada penghuni kubur iaitu maksudnya: "salam sejahtera wahai kaum Mukminin dan Muslimin yang berada di dalam kubur. Insyaallah kami pasti menyusul. Aku berdoa kepada Allah agar kami dan kamu sentiasa dalam kesejahteraan-Riwayat Muslim 975

Sabda Baginda kepada Aisyah r.a maksudnya:
"sebutlah: Salam sejahtera keatas penghuni kubur dari kalangan kaum Mukminin dan Muslimin. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat keatas mereka yang terdahulu dan terkemudian. Insyaallah kami pasti menyusul." - Riwayat Muslim 974

Salam ini disampaikan daripada orang yang masih hidup kepada orang yang telah meninggal dunia. Jadi, jika kita membaca: Allahhumma solli wa sallim'ala Rasuulillaah maksudnya: "Ya Allah, limpahlnlah selawat dan salam ke atas Rasullallah." Salam ini akan sampai kepada baginda melalui para malaikat yg diutuskan oleh Allah. Begitu juga selawat yang dibaca ketika solat, Assalaamu'alaika ayyuhannabiyyu wa rahmatullahhi wa barakaatuh maksudnya: "salam sejahtera ka atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya."

(Majmu' Fatawa al-Syeikh Ibn Uthaimin, jil:23, ms:416-417) (Fatwa Haji Umrah dan Ziarah ms: 233-235)

Itu baru dikubur, pengalaman aku bersembahyang disebelah orang SYIAH sendiri, lagi membuatkan hatiku musykil akan Syiah ini. Aku tidak sangka juga betapa ramainya orang-orang Syiah di Masjid Nabawi, mungkin Pak Arab yg aku terlihat itu dr kalangan orang-orang Syiah,kalau bukan Syiah pun memang terang2 perbuatan itu salah dan boleh membawa kepada menyengutukan Allah! Sepanjang pemerhatian aku semasa berada di Masjid Nabawi ini, aku memang terperasan apabila orang-orang syiah ini, berdiri dan menghadap kearah kubur, mereka akan melakukan seperti perbuatan solat. Tetapi tahukah anda tatacara solat orang syiah amat berbeza dengan orang-orang Sunni, dimana apabila mereka berdiri menghadap kiblat tangan mereka akan lurus disisi, seolah2 seperti orang yg berdiri sahaja, tidak percaya? anda pergilah sendiri dan saksikan bagaimana orang-orang syiah ini bersolat.

Lagi satu kemusykilan yang membuat hatiku menjadi tidak senang, dimana semasa aku berada disebelah seorang pak arab yg sudah berumur dari negara Iran(aku tahu dari negara Iran kerana Pak Arab ni memakai tali dilehernya yg melambangkan Negera Iran) apabila dia bangun dari sujud, aku terdengar dia menyebut YA 'AlI..YA 'AlI..YA 'ALI..
Aku macam tidak percaya, aku cuba mendengar sekali lagi dan memerhatikan secara jelingan cara Pak Arab Syiah ini solat disebelahku. Memang benar apa yg aku dengar, jelas ditelinga ku dia menyebut YA 'AlI..YA 'AlI..YA 'ALI.. semasa bangun dari sujud untuk berdiri.

Mengarut engkau wahai Syiah! Sedarkah ketika solat menghadap Rabb yg Maha Agung dan menymbahnya dengan hati yg mengharapkan keredhaannya dan mengucapkan syukur kepadanya melalui ibadah solat, sanggup mereka(puak Syiah) ini menyengutukan Allah didalam ibadah solat yg telah direka-reka oleh mereka sendiri dengan menyebut YA Alix3. Ajaran Islam kah ini? Adakah ini yg dikatakan sebagai Tiada Tuhan yg BERHAK disembah melainkan Allah yg telah ditunjukkan oleh Nabi Muhamad s.a.w kepada para sahabat?

Oh aku terlupa mereka (puak Syiah) ini mana boleh menerima hadis-hadis daripada para sahabat melainkan dari ahlul-bait sahaja, lalu habis solat yg ditunjukkan Nabi Muhamad s.a.w kepada para sahabat diubahsuainya mengikut kemahuan hati mereka yg busuk itu. Kasihan kepada mereka-mereka yg terpengaruh dengan syiah ini tanpa mengkaji akan sejarah kewujudan syiah ini.

http://diariilmiah.blogspot.com/2008/05/ringkasan-tentang-syiah.html

Sejarah Ringkas




Semasa pulang dari menunaikan solat zohor di Masjid Nabawi menuju ke hotel tempat aku, keluarga dan rombongan yang lain menginap, aku memberi salam kepada seorang peserta didalam rombongan itu juga. Pertama kali aku melihat dia dan keluarga dia yg lain dari awal macam keturunan 'Pak Arab' dan mamak. Kacak pun kacak orangnya peramahpun peramah, memang senang sekali berbicara dengannya. Suasana pada waktu tengah hari yg tidak berapa terasa kepanasannya itu, entah bagaimana terkeluar dari mulutku aku meluahkan ketidakpuasan hatiku terhadap Syiah ini kepada dirinya,antara diaolog yg masih segar difikiranku...

"Saya sebenarnya x berapa suka dengan syiah ni" dia bertanya "kenapa dengan syiah ni?" Aku bercerita dengan penuh semangat "Tidaklah.. mereka ni sanggup mengkafirkan para sahabat seperti Saidina Abu Bakr, Saidina Umar. Abu Hurairah pula, mereka sanggup memperlekehkan dia. Kat Iran kebanyakkan mereka adalah orang2 syiah!" dia bertanya "dahtu seluruh orang Iran kafirlah?" aku menjawab "Tidaklah disana masih ade lagi yg Sunni," aku meneruskan perbualan ku "Syiah ni mereka terlalu mengagungkan Saidina Ali.." dia bertanya, "mengagungkan mcm mn tu?" aku menjawab.."mereka ini tidak dapat menerima sahabat sebagai khalifah seperti Saidina Abu Bakr, Saidina Umar, Saidina Uthman, mereka lebih mengutamakan Ali" lebih kurang begitulah dialog antara aku dengannya. Dia membalas balik "kan ada hadis dimana Nabi Muhamad mengiktiraf Ali.." Aku menjawab dengan semangat "memang ada tapi hadis itu lemah. Dalam buku teks Agama Islam Tingkatan 5 pun ada"

(hadis itu ialah maksudnya Daripada Sya'bah, drpd Salamah bin Kuhail katanya: Aku telah mendengar Abu AtThufail meriwayatkan daripada Abu Sarihah ATAU Zaid b Arqam(Syaibah keliru nama perawi) daripadaa Nabi Muhamad s.a.w, sabda baginda: Sesiapa (yang menjadikan) aku sebagai ketuanya maka 'Ali adalah ketuanya. Riwayat At-Tirmizi. Buku Teks Tingkatan 5 m/s 76)

Pemandangan Masjid Nabawi dikala Maghrib menjelma:


Dia bertanya lagi kepada aku, "apa pendapat kamu tentang wahabi?"
aku menjawab "saya tidak amik tahu sangat akan Wahabi ni, tetapi mereka masih lg berakidah Ahli Sunnah Waljamaah." Tiba-tiba dia mempersoalkan "kenapa tiada hadis daripada Husin?" Terkelu lidah aku, dia menyambung lagi "Kalau awak nak tahu Wahabi ni lagi teruk! mereka menolak keluarga Rasulullah.Tengok perkuburan tidak dibangunkan.." aik? Hati aku rasa tidak sedap dah ni, takkan dia... Aku menyambung "berkenaan perkuburan dibangunkan memang ada hadis nabi melarangnya, dia suruh meratakan.."tiba-tiba sedang kami seronok bertukar pandangan ade orang lain dari negara Malaysia datang mencelah sebentar dengan memberi salam dan orang yang mencelah itu pulak menceritakan akan hal bisnesnya(suruh masuk dalam perniagaan latu). Dipendekkan situasi,pada malam berikutnya disambung semula perbincangan yg tersekat pada watu tengah hari itu.

Selepas selesai aku solat sunat di Raudhah yg penuh sesak itu, aku segera ingin pulang kehotel, semasa dalam perjalanan pulang, baru sahaja aku ingin keluar melalui pintu pagar Masjid Nabawi yg paling hujung sebelah kanan sekali, aku terserempak dengan dia dan 2 orang lagi anak saudaranya, yang seorang itu sebaya aku, tapi perangai agak "gila-gila", seorang lagi umurnya dalam 20an. Lalu mereka mengajak aku berjalan-jalan di waktu malam di sekitar Masjid Nabawi. Kami berbual-bual dan sambil-sambil itu bergambar di Masjid Nabawi, kemudian bersiar-siar di kedai-kedai sekitar Masjid Nabawi. Anak saudaranya yang sebaya aku dan agak gila-gila itu, berseloroh..."mana awek iran ni, aku nak ngoratla.." aku jawab " buat ap amek awek Iran, akidah diorang mana sama ngan kita hehehe"

Pada masa yang sama hati aku jd tertanya-tanya takkan diapun terpengaruh dengan Syiah?. Aku abaikan sahaja bisikan hati aku itu, bila anak-anak saudara dia membawa diri bersiar-siar, aku mengambil kesempatan itu untuk menyambung semula persoalan-persoalan yg dikemukakan dia yg tersangkut pada tengah hari itu. Umur dia ni aku rasa didalam lingkungan akhir 20an dan awal 30an. Dia bertanya kepada aku "apa yang kamu faham tentang wahabi? Yang kamu faham melalui pembacaan kamu? kita berkongsi dan bertukar pendapat." aku pun menjawab " Wahabi ni sebenarnya, pada zamannya berlaku banyak perkara khurafat dan bidaah, contohnya macam sembah kubur buat perkara yang tiada didalam agama dan namanya ialah Syeikh Muhamad b Abdul Wahab, dia merasa bertanggungjawab untuk membersihkan segala perkara khurafat dan bidaah yg berlaku pada zamannya, dan perkataan wahabi itu sendiri diambil daripada nama ayahnya Wahab, so digelar Wahabi. Sebenarnya kumpulan wahabi ni sendiri tidak suka digelar wahabi. Wahabi ni lamadah 300 tahun yang lalu" itu lah jawapan serba ringkas yg aku bagi.

Sambil berjalan-jalan di kaki lima kota Madinah,
kemudian, situasi agak berubah, dia menjawab "Ap yang saya fhm pula, Wahabi ni egent British! Dik.. wahabi ni baru lagi, baru wujud 60 tahun yg lalu" kami berhenti di satu persimpangan jalan, hati ku jadi tersentap, aik? dari mana pulak wahabi egent British ni??. "kamu terlalu baca banyak buku wahabini. Saya sebenarnya benci wahabi tu.!" Dengan semangat sekali die menjawab. Dan situasi terus berubah, die berhujah dengan penuh emosi, maka aku amik keputusan mendengar sahaja segala apa yang ingin disampaikan, dipendekkan cerita, di antara hujah-hujah yang dia sampaikan pada aku antaranya yang masih terngiang-ngiang dikepala otak aku, "kamu tahu x dalam Sahih Bukhari ade menceritakan nabi kencing berdiri!?" emm...apa mslhnya nabi kencing beridri??
[Hukum Kencing Berdiri]

"Kamu tahu x nabi pernah bersetubuh dengan aisyah diatas unta, tu dalam Bukhari tu.." emm aku tidak pernah dengar pula dalam Bukhari tapi, ap masalahnya? Itu isteri dia biarla.. dia berhujah lagi "Kalau kamu kata Iran tu kafir, diorang tidak boleh memasuki Kota Makkah dan Madinah ni tahu, Iran tu sanggup membantu Palestin dengan menghantar bantuan kepada Palestin dengan menghantar tentera Hizbullah, Tengok Wahabi(Arab saudi)? ad bantu?" Bila masa pulak aku kata Iran kafir ni,lagi satu orang-orang sunni pun bantu juga Palestin Hamas, bantu juga. Aduh aku sudah duga dia ni SYIAH, kerana semasa dia 'bertukar pendapat' dengan aku, dia membela Khomeini Ayatullah, dan Presiden Iran dan dia berkata lagi,kamu lihat negara Iran, negara A.s pun takut, Saudi Arabia??" dia juga sempat memperlekehkan Abu Hurairah, dan para sahabat yang lain. Aku hanya berdiam diri, dan mendengar segala hujahnya yg seperti ingin memarahi aku. Aku cuba mengawal keadaan dengan berstuju apa sahaja yang dikatakannya, tetapi didalam hati aku banyak meneybut HASBUNALLAH HI WANI'MALWAKIL dan aku sekali-kali tidak akan bersetuju akan SYIAH!

Dan ini pengalaman yang menarik, akhir sekali dia mengambil keputusan mengajak aku untuk berjumpa dengan kawannya yamg berbangsa Iran. Aku tidak sangka sama sekali warga Iran itu boleh berbahasa melayu dengan baik sekali, dia juga ada membuat kajian, antara sunni dan syiah, maka warga Iran ini berpihak kepada Syiah, katanya lagi, "saya juga ade kitab muktabar orang2 sunni,..." aku bertanya" kenapa ada orang pukul-pukul kepala masa 10 muharram?" Warga Iran menjawab, "em itu sebenarnya adat mereka, Ulama kami(syiah) melarangnya" em dalam sesi temubual itu dia menggunakan hujah berdasarkan ayat al-quran untuk menunjukkan Ahlul-bait tu maksum contohnya:

Al-Ahzab ayat 33:
33. dan hendaklah kamu tetap di rumahmu[1215] dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu[1216] dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait[1217] dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.

Sebenarnya maksud ayat bersih itu:
[1215]. Maksudnya: Isteri-isteri Rasul agar tetap di rumah dan keluar rumah bila ada keperluan yang dibenarkan oleh syara'. Perintah ini juga meliputi segenap mukminat.

[1216]. Yang dimaksud Jahiliyah yang dahulu ialah Jahiliah kekafiran yang terdapat sebelum Nabi Muhammad s.a.w. Dan yang dimaksud Jahiliyah sekarang ialah Jahiliyah kemaksiatan, yang terjadi sesudah datangnya Islam.

[1217]. Ahlul bait di sini, yaitu keluarga rumah tangga Rasulullah s.a.w.

Aku banyak mendengar dan sambil-sambil itu aku bertanya beberapa soalan. aku bertanya kenapa orang-orang Syiah seperti bersolat menghadap kubur nabi? warga Iran itu menjawab, "em sebab kami rindu dan ingin merasakan kasih sayang Nabi Muhamad(lebih kurang begitula ayatnya, tidak berapa ingat matan) dan menggunakan dalil ayat Al-quran berikut:

Yusuf ayat 93:
93. Pergilah kamu dengan membawa baju gamisku ini, lalu letakkanlah dia kewajah ayahku, nanti ia akan melihat kembali; dan bawalah keluargamu semuanya kepadaku."

Em aku tidak faham juga, kenapa dia menggunakan dalil diatas sebagai hujah mereka seolah-olah melakukan perbuatan bersolat dan menghadap kubur Nabi?, sebab kalau dibaca kisah keseluruhan ayat Al-Quran surah Yusof itu, sekadar kisah Nabi Yusuf, so apa kena mengena dengan bersolat menghadap kubur nabi dan merasa rindu serta kasih sayang nabi? Perlu ditekankan disini bahawa syariat antara Nabi dan Rasul pada setiap zaman berbeza, ayat diatas menceritakan kisah Nabi Yusof dan Syariat dizaman Nabi Ya'kub (entahla, mungkin aku yang salah faham atau mereka dengan hati yang busuk memetik ayat2 al-Quran dengan sesuka hati dan mengatakan itulah Nabi dan keluarganya buat).

Dan kami(aku dan dia) meminta izin untuk pulang kerana sudah lewat malam, aku lihat jam ditangannya sudah pukul 1 lebih waktu pagi di Madinah. Semasa dalam perjalanan pulang ke hotel tempat kami menginap, dia sendiri didepan aku mengaku, "saya mengaku saya memang bermazhab ahlul-bait", aku bertanya, keluarga yang lain tahu? "tahu, dan mereka tahu saya Syiah", aku bertanya lagi, "so semua keluarga awak yang ikut rombongan umrah sekali tu syiah la?" "eh tidak hanya saya dan keluarga belah isteri saya Syiah, keluarga belah isteri saya yang kuatnya",

Dia juga menyatakan di Malaysia ada banyak tempat untuk mempelajari Syiah. Aku jadi terkejut, "banyak ke?", dia jawab "hauzah(tempat belajar Syiah) kat Gombak ade K.l, Melaka pun ade.. hampir setiap negeri di Malaysia ada Hauzah" Innalillahhiwainnailaihiraji'un, dia berasal di Melaka, maka aku merasakan Syiah di Melaka juga kuat, Wallahhu'alam sekadar pandangan aku. Berhati-hati akan ajaran Syiah! Semasa dalam perjalanan pulang ke hotel juga, tiba-tiba kami disapa oleh warga Iran tadi, terkejut juga aku, apasal dengan termengah-mengah dan bersemangat mengejar aku dan dia ni? Warga Iran itu mengajak aku dan dia ke hotelnya semula. Baru aku tahu rupanya-rupanya warga Iran itu, dia ingin memberi kepada aku sebuah buku yang difotostatenya kepada aku, buku berbahasa Indonesia bertajuk Mengenal Syiah/Ja'far al-Hadi, penterjemah Abu Fathimah S, penyunting Ali Asghar. Judul Asli buku ni al-Hakikah ka Maa Hiya
Cetakan pertama 1427 H/Mei 2006M.

Serta sebuah buku kecil yang difotostate bertajuk Rasulullah(s.a.w.w) dan Ahlulbait (a.s)Site: www.al-shia.com

Buku yang aku dapat aku masih simpan dan kadang-kala aku membacanya, em banyak betul penyelewengan dan pembohongan yang dilakukan Syiah, dan berbeza sungguh Syiah dengan Sunni.



Ketahuilah rukun Islam Syiah dengan Sunni juga berbeza!



Dan semasa aku dan keluarga ingin pulang kerumah masing-masing(sudah sampai di KLIA) dia memberikan aku sekeping DVD Perang Karbala, berbahasa Arab subtitle, Indonesia.
Aku pun tengokla cerita Perang Karbala Version Syiah punya, memang berbeza dengan Version Sunni, dan punya Pembohongnya SYIAH ni! Habis dilakonkannya watak Amirul Mukminin Yazid itu, seorang yang jahat,minum araknya, bermain dengan monyetnya. Cerita yang sebenar, semasa Perang Karbala orang-orang syiah sendiri yang membunuh Saidina Husin, ditulis

oleh Maulana Muhammad Asri Yusoff


Version Sunni Perang Karbala


Cukuplah sekadar pengalaman aku di Madinah bertemu dengan warga negara Malaysia yang berfahaman Syiah, Part 3 semasa aku melakukan Umrah bersama keluarga, dan ada juga antara peristiwa yang tidak disangka-sangka.

6 comments:

  1. rasanya baik jika saudara sebarkan artikel ini untuk tatapan umum supaya masyarakat awam tidak terpengaruh dengan syiah ini.

    ReplyDelete
  2. InsyaALLAH atas saranan saudara...akan di sebarkan.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Untuk pengetahun bersama, ada jg pandangan dari kalangan Mazhab Malik apabila berdiri solat dengan meluruskan tangan disisi, dan tidak bersedekap. Wallahhua'lam

    ReplyDelete
  5. kah kah kah..cerita wahabi anak murid cia..adik beradik usama bin obama..kah kah kah

    ReplyDelete
  6. Apakah kamu pasti yg berdiri mengadap kubur itu tengah sholat menghadap kubur? Kamu tidak pasti byk perkara tapi sudah banyak menyebut perihal menyeleweng. Memanglah kamu akan fikir gitu kerana ianya lain dari apa yg kamu lakukan setiap hari. Yg kamu lihat org mengadap kubur dan sebut ya ali itu, org itu sendang melakukan ziarah. Dia sedang menghadap kubur dan memberi salam penuh hormat . Sebabnya adalah di dlm kubur yg dia menghadap itu adalah keluarga rasulullah. Mereka bukan lakukan sholat. Sholat hanya pada arah kiblat. Lain kali kalau x faham, tanya dan jangan takut kepada penjelasan supaya elak dari terjadi fitnah memfitnah.

    ReplyDelete

Biarlah dgn berilmiah...