Wednesday, July 29, 2009

...Berapa Juzuk Dah Hafal?...

...Bismillahhirrahmanirrahim...

All the praise of Allah, (Alhamdulillah), sudah lama peristiwa ini bersarang di kepala otak seorang pelupa ini. Al-kisahnya berlaku semasa aku sedang berjalan-jalan mencari sahabat aku di Perhimpunan Ijtimak di Nilai baru-baru ini(baru ke?). Di bawah terik mentari yang menunjukkan waktu tengah hari, aku berjalan sambil memegang handphone, terpandang aku pada seorang 'Pak Arab' yang lebat janggutnya, terlebih dahulu dia memberi salam kepada aku.

"Assalamu'alaikum, Kaifahaluka? (Bagaimana keadaan kamu?)

"Wa'alaikumussalam, Alhamdulillah Ana bikhair (Saya baik)"

You can speak 'Arabic?

Terkejut aku dibuatnya. Dengan 'selamber' aku membalas semula dengan English rojak aku, "oh no-no just a litle."

Soalan 'cepuk' mas menghentak kepala aku, "Are you Hafiz?"

Mak aih, soalan apakah ini? Ada rupa hafizkah aku ini? Seperti seorang munafik saja diri ini! (Allah lebih mengetahui akan hambanya adakah ia bertakwa atau tidak).

Dengan 'selamber'nya, "Oh no, no, no!, I'am not hafiz."

"Oh! How much juzuk are you remember?" (lebih kurang begitula bunyi soalannya)

Dengan 'English brokennya' aku mebalas, "Just a litlle!"

"How much?"

"Err, no juzuk just a more little."

"Hahaha!" Sekali Pak Arab tu ketawa daa....mungkin mendengar jawapan English aku yang broken tu kot...hehehe.

"But now i'am trying to remember juzuk 30"

"Oh! Alhamdulillah." Semasa ingin beredar Pak Arab tersebut ada menyebut beberapa ucapan seperti doa agar Allah permudahkan hafalan aku InsyaAllah. Aku tidak berapa ingat lafaz doa yang disebutkan oleh Pak Arab tersebut, tetapi apabila diteliti ia seperti satu ucapan doa agar dipermudahkan untuk aku menghafal Kalam Suci ini. InsyaAllah.

'Jazakallah hu khair, ya Syeikh Assalamu'alaikum'

"Wa'alaikumussalam.'

Beredarlah masing-masing membawa tujuan. Peristiwa tersebut apabila difikir-fikirkan semula, perasaan MALU itu ada juga, kerana banyaknya ayat-ayat suci al-Quran yang tidak dihafal. Berdasarkan pengalaman aku di negara Egypt(Mesir), driver baspun banyak juzu' yang dihafalnya, aku?

Baru tadi Ustaz Arradhi menelefon aku. Sama juga NADAnya. soalan 'cepuk' mas dari ustaz Arradhi. "Hafal surah apa dah?" Amik kau. "Err... baru An-Naba' ustaz hehe.." "Ha! An-Naba'! Itu budak empat lima tahun lepas dah tu...." Ambik...! Bertambah aura semangat aku! Grr..! Hahaha! Kelakar juga ustaz seorang ini, loyar buruknya kuat, tetapi berisi hingga menembusi ke hati.

Walaubagaimanapunpun sungguh terharu aku rasakan, seorang ustaz yang berilmu, yang baru sahaja aku kenali di al-Fikrah.net, baru sahaja berjumpa di Ijtimak dalam jangka masa yang pendek, tidak sampai setahun perkenalan sudah ramah dan mesra. Barakallahhufik Ya Syeikh. Syukran atas semangat yang diberikan walaupun dalam nada bergurau. Jazakallah Khair Kathira. Begitu juga dengan Ustaz Razali, keramahan mereka terhadap diri ini seperti ada suatu semangat untuk aku selalu berdamping dan mencari orang-orang yang berilmu lagi berakhlak.

Tidak ketinggalan juga kepada sahabat-sahabat yang aku bergaul dengan mereka, yang baik aku cuba contohi, dan yang buruk itu sama-sama kita ingatkan. Manusia tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan. Sama-samalah saling nasihat menasihati di atas kebenaran wahai sahabat.

"Dalam hidup ini, betapa banyak ilmu pengetahuan, pengalaman yang baik untuk kehidupan dan hikmah diperolehi ketika kita bersembang, bergurau, makan sehidang dan bekerja dengan seseorang yang berilmu, baik dan jujur.

Justeru itu berusaha untuk berdamping dengan ilmuwan, orang yang baik dan jujur demi mengutip mutiara-mutiara hikmah dan manfaat ilmu serta akhlak adalah merupakan usaha yang tinggi nilainya di sisi Islam dan dihitung sebagai ibadah. Orang yang baik itu bukan dilihat pada serbannya, atau jubahnya, atau bijian tasbih yang dibelinya, atau seumpamanya. Orang baik itu adalah insan yang mulia di sisi Allah."

Namun kemuliaan di sisi Allah tidak dapat untuk kita salami, cuma ada petanda dalam kehidupan. Seseorang yang jujur dengan agamanya, berdisiplin dengan prinsip-prinsip mulia dan menghayati akhlak yang baik dalam hidupnya dapatlah pada zahirnya dihitung sebagai orang baik atau soleh. Ini dapat kita rasai apabila kita berada di sampingnya.



Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Biarlah dgn berilmiah...