Sunday, May 31, 2009

Asas Akidahnya bagaimana?

Bismillahhirahmanirrahim


Ingin aku berkongsi secubit pengalaman dengan sang pembaca blog ini. Pada suatu hari aku merencanakan suatu projek untuk menyebarkan satu artikel mengenai HUKUM SELAWAT SYIFA', tetapi agak mengecewakan, kerana artikel yang aku tampal itu ditarik semula oleh AJK Surau di kawasan perumahan aku. Syirik: Ya/Tidak anda nilailah...


Maka aku cuba kongsikan masalah aku ini dengan Syeikh Abulwafaa seorang Founder di AFN. Walaupun ringkas sahaja sesi perbualan aku dengan beliau melalui PM(Private Massage), tetapi beliau telah mengajarkan aku suatu ilmu yang tidak aku sedari selama ini. Jazakallahhukhairankathira, ya Sheikh.


"Assalamu'alaikum...
ana ada buat projek sebar artikel fasal selawat Syifa'
yang jadi masalah ajk plak...... "

Selang beberapa minit,

"Apakah asas 'aqeedah org di masjid tersebut sudah kukuh ?
Mereka faham Sunnah dengan baik ?"

Aku membalasnya semula, "Bukankah hal selawat itu merupakan hal 'Aqidah?"

Syeikh Abulwafaa memberi respon "Soalan saya belum berjawab"

Aku memerhatikan setiap perkataan pesanannya. Em! apa yang masih belum terjawab? Oh! apakah 'asas 'aqeedah' rupanya!. Alhamdulillah, terbuka satu pintu persoalan.

Aku: "Asas 'Aqeedah seperti Rububiyyah, Uluhuhiyyah dan Asma Wasifat? Ana rasakan belum...
Sunnah pun belum lagi..."

Syeikh Abulwafaa: "kalau begitu banyak lagi perkara asas yang perlu dibawa sebelum mahu timbulkan isu selawat syifa"


Simplekan?


Maka dengan itu strategi PEMAHAMAN perlu diselaraskan dengan segera!. Timbul persoalan yang lain. Masih belum cukup(aku rasakan) bagi aku kalau sekadar 'Aqidah didahulukan. Dalam beberapa hari aku memikirkannya, perkara apa yang perlu didahulukan ya. Walaupun mengenai selawat Syifa' itu merupakan hal 'Aqidah, tetapi asas itu perlu diberi keutamaan, apakah dia?.


Alhamdulillah Allah menunjukkan jalanNya. Ya! Sistem Dalam Beragama. Atau nama lainnya ialah Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah. Subhanallah, Alhamdulillah, inilah kesilapan yang aku baru sedari. Dengan adanya sistem ini Insyaallah, umat Islam akan terselamat daripada segala tipu daya Syaitan manusia mahupun jin. Seperti kita mula-mula belajar memandu, pertama sekali apa yang mesti ada? Tentulah kuncikan?. Kalau tidak susahlah kereta mahu dihidupkan. Kemudian gear kereta contohnya, untuk memasuki gear satu mesti tolak kehadapan, gear dua mesti kebelakang dan seterusnya mesti..mesti..mesti....


Semasa kita belajar memandu pun ada sistem-sistemnya yang mesti dilakukan, begitu juga dalam beragama. Jika tidak akan mudahlah umat Islam terpesong sepertimana puak-puak Nasrani dan Yahudi dalam beragama, kerana tidak hati-hatinya penganut mereka dalam mengambil sumber.


Alhamdulillah, beberapa hari yang lalu(sebelum peristiwa yang mengecewakan tersebut berlaku) semasa aku singgah di rumah sahabat aku Pak Sunarto untuk mengambil majalah-majalah sunnah versi Indon, beliau telah memberikan kepada aku sebuah buku untuk dipinjam yang berjudul 'Prinsip Dasar Islam' oleh Ustaz Yazid bin Abdul Qadir Jawas. Aku juga cuba memperhatikan buku-buku manhaj 'Aqidah yang lain di Internet agar dengan itu, pemahaman aku akan lebih mendalam. Semoga dengan buku itu('Prinsip Dasar Islam') dapat aku menyalinnya dan meletakkan di blog ini, dan semoga aku dapat sebarkan dakwah ini di surau kawasan perumahan aku. InsyaAllah.


Walahaulawaquwwataillabillah,
Wassalamu'alaikum.

Saturday, May 30, 2009

Peringatan Bagi Setiap Muslim Dan Muslimat

...Bismillahhirrahhmanirraahim...



Segala puji bagi Allah, selawat dan salam semoga dilimpahkan kepada Nabi yang tiada Nabi setelahnya.

Ikhwah fillah, Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Allah 'Azza wa Jalla berfirman:

55. Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman. -Adz Dzaariyaat-

Dan firmanNya:

9. oleh sebab itu berikanlah peringatan karena peringatan itu bermanfaat, -al-A´laa-

Dan firmanNya:

21. Maka berilah peringatan, karena sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan. -Al Ghaasyiyah-

Rasulullah Salallahhu'alaihiwassalam bersabda:

Sampaikanlah dariku walaupun hanya satu ayat (HR Bukhari)

Sabdanya juga:

"Dien itu adalah nasihat" (HR Muslim)

Memperlihatkan dari ayat-ayat dan dua hadis di atas, ditambah dengan harapan saya untuk menyampaikan serta membebaskan saya dari tuntutan, maka saya menulis nasihat yang ringkas dan penting ini bagi sesiapa yang merasa dirinya meninggalkan solat atau melengah-lengahkan waktu atau meremehkannya. Dengan memohon taufik Allah saya menyampaikan:

Agar semua mengetahui bahawa Allah menciptakan makhlukNya supaya mereka beribadah kepadaNya dan mentaatiNya, dan tidaklah Allah menciptakan makhlukNya kemudian dibiarkan begitu sahaja atau sekadar sia-sia. Akan tetapi amat mendukacitakan sebahagian manusia telah meremehkan urusan-urusan diennya dan telah merebaklah dosa-dosa besar, dosa-dosa kecil dan bid'ah, kemudian hal itu semakin bertambah sehingga seseorangpun tidak dapat mengelak daripadanya melainkan yang telah dirahmati oleh Allah. Pada kesempatan kali ini saya akan membicarakan tentang dosa besar yang termasuk didalam dosa besar yang paling besar iaitu "meninggalkan solat dengan sengaja". Yang mana kita hidup disekeliling mereka yang masih serumah dengan kita, satu tempat kerja dengan kita, namun masih ada yang tidak mengerjakan solat sedangkan kita tidak mengingatkannya, tidak menasihatinya, bahkan kita masih mengganggap mereka sebagai saudara.

Saya akan memulakan pembicaraan ini dengan bagaimana kedudukan orang yang meninggalkan solat setelah kematiannya dan bagaimana pula sikap kita terhadapnya.

Sesungguhnya orang yang meninggalkan solat dengan sengaja, ketika mati tidak boleh di kuburkan di makam kaum muslimin. Akan tetapi amat mendukacitakan, hari ini ketika ada mereka yang tidak solat meninggal dunia, kita memandikannya, mengkafaninya, mensolatkannya, meminta rahmat untuknya dan bahkan lebih dari itu, kita memohon kepada Allah agar ia diberi keteguhan di akhirat. Keteguhan manakah yang ia miliki jika Rabbnya bertanya kepadanya, "Apakah kamu menunaikan solat wajib?" "Apakah engkau menunaikan tepat pada waktunya?" Agak-agak apa jawapan orang tersebut?.

Tidakkah kita takut kepada Allah wahai yang membiarkannya dan tidak mengatakan bahawa ia kafir?.

Tidakkah kita takut sekiranya Allah meminta pertanggungjawaban kita dan apa yang akan kita katakan nanti kepadaNya?.

Sesungguhnya perkataan saya tersebut bukan sahaja saya tujukan kepada mereka yang solat sahaja, namun juga bagi mereka yang meninggalkannya.

Perlu diketahui wahai engkau yang meninggalkan solat tentang apa yang Allah firmankan tentang engkau. Allah Ta'ala berfirman:

59. Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang jelek) yang mensia-siakan solat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui "ghayyu",
60. kecuali orang yang bertaubat, beriman dan beramal saleh, maka mereka itu akan masuk syurga dan tidak dianiaya (dirugikan) sedikitpun, -Maryam-

Adapun "ghayyu" adalah lembah yang berada di neraka jahannam yang amat jauh kedalamnya, sangat busuk rasanya sedangkan engkau akan menjadi penghuninya jika kamu tidak mengerjakan solat. Bayangkanlah keadaan lembah tersebut dan bagaimana sekiranya kamu menjadi penghuninya?

Allah Ta'ala berfirman:

4. Maka wail-lah bagi orang-orang yang solat,
5. (yaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya. -al-Ma'un-

Adapun wail adalah lembah di neraka jahannam yang seandainya gunung di dunia dijatuhkan ke dalamnya nescaya hancur leburlah kerana panasnya, itulah tempatmu kelak jika kamu tidak mahu bertaubat.

Ibnu Abbas mentafsirkan kedua ayat diatas:

"Mereka adalah orang-orang munafik yang solat ketika ramai orang, namun dia tidak mengerjakannya disaat sendirian."

Maka perhatikanlah wahai kamu semua yang meninggalkan solat, apa yang Allah firmankan tentang kamu pula dan perhatikanlah bagaimana Ahlul Jannah yang diliputi kenikmatan bertanya perihal engkau dan bagaiamana pula jawapanmu kelak, Allah berfirman:

38. Tiap-tiap diri bertanggung jawab atas apa yang telah diperbuatnya,
39. kecuali golongan kanan,
40. berada di dalam syurga, mereka tanya menanya,
41. tentang (keadaan) orang-orang yang berdosa,
42. "Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (neraka)?"
43. Mereka menjawab: "Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan shalat,
44. dan kami tidak (pula) memberi makan orang miskin,
45. dan adalah kami membicarakan yang bathil, bersama dengan orang-orang yang membicarakannya,
46. dan adalah kami mendustakan hari pembalasan,
47. hingga datang kepada kami kematian."
48. Maka tidak berguna lagi bagi mereka syafa'at dari orang-orang yang memberikan syafa'at.
-Al Muddatstsir-

Dan ayat-ayat yang membicarakan tentang hal itu amat banyak, maka ambillah pelajaran semoga Allah memberikan hidayah kepada anda.

Adapun hadis-hadis yang berkaitan dengan hal itu akan saya sebutkan sebahagiannya kepada anda.

Rasulullah Salallahhu'alaihiwassalam bersabda:

"Tiada pembatas antara seseorang hamba(muslim) dengan kafir atau syirik selain meninggalkan solat." (HR Muslim, Tirmizi dan selain keduanya)

Beliau juga bersabda sebagaimana yang dirirwayatkan oleh Abdullah bin Qarth:

"Amal pertama yang akan dihisab dari seorang hamba pada hari kiamat nanti adalah solatnya, jika solatnya baik maka baiklah seluruh amalnya dan jika solatnya rosak maka rosaklah seluruh amalnya." (HR Thabrani dan yang lain dengan sanad yang sahih)

Rasulullah Salallahhu'alaihiwassalam juga bersabda ketika membezakan orang yang konsisten didalam solatnya dengan orang yang tidak konsisten mengerjakannya:

"Barangsiapa yang menjaga solat maka baginya cahaya, petunjuk dan kejayaan pada hari kiamat. Dan barangsiapa yang tidak menjaga solatnya, maka tiadalah baginya cahaya, petunjuk dan kejayaan pada hari kiamat dan mereka akan dikumpulkan bersama Fir'aun, Qarun, Haman, dan Ubai bin Khalaf."
(HR Ahmad dan yang lain dengan sanad yang baik)

Sedangkan mereka adalah para pemimpin orang-orang kafir, kita memohon kepada Allah agar menjauhkan kita daripada mereka.

Perhatikanlah wahai yang meninggalkan solat kerana tidur yang nyenyak, apa yang akan menimpa dirimu jika berterusan melakukan sedemikian. Telah diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Rasulullah Salallahhu'alaihiwassalam bermimpi:

"Ada dua malaikat mendatangiku dan berkata, "marilah", maka akupun pergi bersama keduanya, kemudian kami mendapati ada seorang lelaki yang terbaring sedangkan seorang lagi sedang berdiri di atasnya dengan membawa batu besar, tiba-tiba ia melepaskan batu tersebut, lalu mengenai kepala orang yang sedang terbaring disitu sehingga pecah remuk dan batu tersebut terlempar, lalu dia menghampiri batu itu lalu diambilnya semula. Tidaklah ia kembali kepada orang yang terbaring tadi melainkan kepalanya telah pulih kembali seperti keadaan asal. Kemudian ia mendatangi orang tersebut dan mengerjakannya semula sebagaimana sebelumnya. Nabi bersabda, Aku bertanya kepada keduanya, "Subhanallah mengapa dengan mereka berdua itu?" keduanya menjawab, "Marilah...!"

Kemudian pada akhir hadis, beliau bersabda:

"Sesungguhnya aku melihat peristiwa yang menakjubkan sejak malam tadi, apa sebenarnya yang aku lihat tadi? Keduanya berkata kepadaku, "Akan kami khabarkan kepada anda. Adapun orang pertama yang anda lihat iaitu orang yang kepalanya hancur oleh batu, maka sesungguhnya ia adalah mereka yang mengambil al-Quran lalu membuangnya dan mereka tidur dari solat wajib" (HR Bukhari)

Wahai yang meninggalkan solat, wahai orang miskin dan lalai, akan kami ceritakan kepada anda kisah yang dituturkan oleh Imam adz-Zahabi di dalam kitab beliau al-Kaba'ir, maka hayatilah, perhatikanlah dan ulang-ulangilah hingga engkau menyedari akan bahaya yang kelak engkau alami.
Beliau bercerita:

"Ada seorang lelaki yang memiliki saudari wanita yang telah wafat. Ketika mereka pergi untuk menguburkannya jatuhlah kantung miliknya yang berisi harta(wang) ke dalam kubur. Ketika mereka kembali, sedarlah ia akan hal itu, maka diapun kembali ke kubur saudarinya, lalu dia menggali kubur saudarinya, namun tiba-tiba dia melihat api menjilat-jilat di dalam kubur tersebut dengan cepat dia kambus dengan tanah semula, dan ia kembali kepada ibunya dengan menangis seraya bertanya, "Wahai ibu, beritakanlah kepadaku apa yang telah dikerjakan oleh saudariku di dunia?" sambil menceritakan apa yang ia lihat. Ibunyapun turut menangis dan berkata, "Wahai anakku saudarimu telah mensia-siakan solat dan menunda-nunda waktu solatnya."

Wanita ini hanya menunda waktu solatnya, lantas bagaimana keadaanmu nanti padahal engkau meninggalkannya secara keseluruhan? Saya tidak akan memanjangkan huraian saya kepadamu. Hanya didorong oleh rasa belas kasihan dan keprihatinan terhadap keadaanmu aku menulis nasihat yang berharga ini dan aku berharap kepada Allah semoga ia bermanfaat bagimu sehingga engkau tidak tidur di malam hari sebelum merenungkan apa yang telah aku tuliskan untukmu dan engkau sedar bahawa pintu taubat masih terbuka luas di hadapanmu selagi nyawa belum sampai di kerongkong dan sebelum matahari terbit dari barat. Allah Ta'ala berfirman:

53. Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. -az-Zumar-

Maka bersegeralah bertaubat sebelum ajal menjemputmu, Allah tempat memohon pertolongan.

Semoga selawat dari Allah dilimpahkan kepada Nabi kita Muhamad Salallahhu'alaihiwassalam. Ya Allah bukankah aku telah menyampaikan? Maka saksikanlah Ya Allah!.

````````````````````````````````````````````````
Daripada: Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah Rahimahullah huta'ala a'lam.
Sumber: Kaidah Ahlussunnah Wal Jama'ah, Terbitan At-Tibyan -Solo. m/s 58-68
Disunting bahasa semula oleh abu_ishak.

Wednesday, May 27, 2009

Biarlah Beradab Wahai Budak

Tulisan ini membuatkan aku bermuahasabah balik pada diriku. Ya kadang kala mungkin secara tidak sedar perilaku kita seperti kebudak-budakkan, sungguh bahasa itu memperwatakkan jiwa yang berada didalam dirinya....

Alhamdulillah dan Jazakallah hu khairan kathira.. ya Akhi..


Oleh : Yussamir Yusof / yawausin
www.yussamir.com


“Biarlah beradab”. Kita boleh mengkritik jika apa yang kritik itu betul. Tetapi cara kita mengkritik itu juga harus ada caranya. Masyarakat Malaysia penuh dengan sopan-santun dan budi bicara. Masyarakat kita terkenal dengan budaya tersebut. Kita berbangga budaya dan cara hidup masyarakat Malaysia yang sebegitu.

Kadang-kadang kita terlupa untuk memerhatikan tindak-tanduk kita. Kita suka sangat bercakap tanpa melihat adakah cara dan bahasa yang digunakan bersesuaian. Sejak kecil saya diajar apabila bercakap perlu lihat dengan siapa kita bercakap. Kalau orang tersebut orang dewasa, saya perlu berhati-hati menggunakan intonasi dan bahasa yang bersesuaian. Kalau sama umur dengan saya, caranya lain pula dan begitulah yang seterusnya.

Islam juga mengajar penganutnya untuk memerhatikan sekeliling sebelum berkata-kata. Jika bercakap dengan ibu-bapa ada caranya, begitu juga jika mahu menegur ibu-bapa ada kaedahnya.

“...maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Uff”, dan janganlah engkau menengking (dan/atau) menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” [al-Isra 17:23]


BERBUDI BAHASA

Kita perlu lihat bahawa kritik itu bukan atas dasar emosi. Kritikan itu harus di atas kewajaran dan kewarasan. Jika benar kita kritik atau menegur itu untuk kebaikan bersama, Alhamdulilah. Tetapi dalam masa yang sama kita harus tahu cara untuk mengutarakannya. Saya bagi satu analogi, “Seorang Ustaz sedang memberi ceramah di surau. Kemudian semasa sedang rancak memberi ceramah, beliau tersalah memetik ayat-ayat alQuran. Setelah habis ceramah kita berjumpa dengan beliau secara berdepan. – Alhamdulilah untuk langkah pertama sudah betul iaitu menegur bukan didepan orang ramai - Tetapi semasa kita menegur di depannya itu, kita menggunakan perkataan kasar dan beremosi. Maka langkah kedua itu kita sudah tersilap langkah dan disebabkan kejadian itu maka bertegang uratlah antara kita dengan ustaz tersebut.

Semuanya silap cara dan kaedah untuk menegur. Kita ada hak untuk menegur, tetapi kita tidak ada hak untuk menggunakan perkataan-perkataan yang tidak sesuai pada orang yang mahu kita tegur. Kita belajar dari kesilapan, tetapi ingat sekali buat silap selama-lamanya akan diingati orang lain. Bak kata pepatah, “luka boleh kita ubati, tetapi parutnya tetap ada.”


PUISI BERTAJUK “SEORANG BUDAK”

Seorang budak yang tidak tahu apa-apa mula bersuara.
Dia bersuara sebab dia rasa dia sudah bagus.
Kita perhatikan sahaja gelagatnya.
Sungguh menghairankan dan menggelikan hati.
Katanya dia sudah dapat beribu-ribu.
Katanya dia sudah banyak buat kerja dari orang lain.
Dia bangga dan meninggi diri berkata, “Akulah yang terbaik.”

Kadang-kadang dia mengadu dia sering sakit-sakit.
Kita kata, apa kaitan penyakit kau dengan perangai kau?
Sungguh biadap bila bersuara, sungguh rimas dibuat diri semuanya.
Engkau tidak pernah diundang, kau datang kami terima dengan tangan terbuka.

Ah, sungguh bisa suara-suaramu.
Tapi kita sedar, kau hanya seorang budak.
Hingus masih lagi melekat dan meleleh di sini-sana.
Kita tidak kuasa untuk melayan perasan dan perangai anehmu.

Sebab kita tahu,
Itulah yang membezakan yang berakal dengan tidak.
Wahai akal, gunakannya sebaik mungkin.
Umurmu semakin lanjut dimamah usia.
Tetapi usahlah biarkan dirimu dilanjut pemikiran singkat.

Budak, kita sudah lama berkecimpung dalam dunia ini.
Kita yang membukanya, dan kita juga yang mengusahakannya.
Kita gembira tika itu bersama-sama dengan keluarga.
Tapi kini kau datang membuat onar,
Memalit duri dalam keluarga .

Adakah hanya keangkuhan sahaja yang boleh kau kongsikan bersama?
Kita sebenarnya rungsing memikirkan engkau.
Engkau tidak pernah disukai orang.
Sebenarnya orang suka memperalat diri kau.
Engkau berasa hebat, tetapi sebenarnya kepala kau singkat.

Budak, kita cakap ini terus terang untuk kau sedar siapa diri kau.
Engkau benar-benar virus dalam diri keluarga .
Ah budak, kau sekarang bercanda pula.
Mahu bermain buih di atas ombak.
Kau menyuruh orang memilih engkau atau tidak.
Hahaha..aku bertambah geli hati melihatnya.

Ah, engkau memang suka untuk berbuat begitu.
Sebab kita tahu kepala engkau memang singkat.
Kita doa, agar keluarga ini terus hidup,
Terus melaksanakan kerja-kerja yang ada.
Moga selamat semuanya...


Saya akhiri artikel ini dengan sebuah kata-kata dari Yahya bin Mu’adz (Taarikhul Baghdaad: 14/209) , katanya “Sebaik-baik perkara ialah: Perkataan yang lembut, yang dikeluarkan dari lautan yang dalam, daripada lidah seorang yang lemah-lembut.” Kerana bahasa memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia, oleh itu belajarlah untuk berbahasa dengan orang yang mengetahui dan juga dengan pengalaman. Moga kita sama-sama terus menggali budaya dan bahasa yang sesuai untuk kita tuturkan. Kerana BAHASA ITU ADALAH JIWA.

Monday, May 25, 2009

Syirik: Ya / Tidak anda nilailah...

Bismillah...

Aku tertarik dengan hujah yang dikemukakan oleh Dr. Azwira bin Abdul Aziz mengenai selawat Syifa', dan aku bandingkan dengan hujah yang diberikan oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din. Kalau kita melihatnya dengan 'akal yang sihat, jelas hujah yang mengatakan MAKNA Selawat Syifa' itu sendiri memang terpesong dan boleh menyebabkan SYIRIK kepada Allah.

Fatwa selawat Syifa' syirik.
Hujah yang mengataka Selawat Syifa' tidak Syirik.

Subahanallah..

Aku tidak mengatakan cara perawatan Darussyifa' itu sesat/salah.

Sedangkan meRuqyah/merawat orang menggunakan kalimah-kalimah suci al-Quran itu memang ada dalilnya dari hadis-hadis yang Sahih.

حدثنا ‏ ‏يحيى بن يحيى التميمي ‏ ‏أخبرنا ‏ ‏هشيم ‏ ‏عن ‏ ‏أبي بشر ‏ ‏عن ‏ ‏أبي المتوكل ‏ ‏عن ‏ ‏أبي سعيد الخدري ‏
‏أن ناسا من ‏ ‏أصحاب رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏كانوا في سفر فمروا بحي من أحياء ‏ ‏العرب ‏ ‏فاستضافوهم فلم يضيفوهم فقالوا لهم هل فيكم ‏ ‏راق ‏ ‏فإن سيد الحي لديغ ‏ ‏أو مصاب ‏ ‏فقال رجل منهم نعم فأتاه ‏ ‏فرقاه ‏ ‏بفاتحة الكتاب ‏ ‏فبرأ الرجل فأعطي ‏ ‏قطيعا ‏ ‏من غنم فأبى أن يقبلها وقال حتى أذكر ذلك للنبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏فأتى النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏فذكر ذلك له فقال يا رسول الله والله ما ‏ ‏رقيت ‏ ‏إلا ‏ ‏بفاتحة الكتاب ‏ ‏فتبسم وقال ‏ ‏وما أدراك أنها ‏ ‏رقية ‏ ‏ثم قال خذوا منهم واضربوا لي ‏ ‏بسهم ‏ ‏معكم ‏


Terjemahannya: Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a: Sesungguhnya beberapa orang dari kalangan sahabat Rasulullah s.a.w sedang berada dalam perjalanan. Mereka pergi ke salah sebuah kampung Arab dan mereka berharap agar boleh menjadi tetamu kepada penduduk kampung tersebut. Namun ternyata penduduk kampung itu tidak mahu menerima mereka. Tetapi ada yang bertanya: Apakah ada di antara kamu yang boleh menjampi? Kerana ketua atau penghulu kampung kami terkena sengat. Salah seorang dari para sahabat menjawab: Ya, ada. Lalu beliau menemui ketua kampung tersebut dan menjampinya dengan surah Al-Fatihah. Kemudian ketua kampung tersebut sembuh, maka sahabat tersebut diberi beberapa ekor kambing. Beliau tidak mahu menerimanya dan mengajukan syarat: Aku akan menyampaikannya kepada Nabi s.a.w, beliau pun pulang menemui Nabi s.a.w dan menyatakan pengalaman tersebut. Beliau berkata: Ya Rasulullah! Demi Allah, aku hanya menjampi dengan surah Al-Fatihah. Mendengar kata-kata itu, Rasulullah s.a.w tersenyum dan bersabda: Tahukah engkau, bahawa Al-Fatihah itu memang merupakan jampi. Kemudian baginda bersabda lagi: Ambillah pemberian daripada mereka dan pastikan aku mendapatkan bahagian bersama kamu (HR Muslim)

Maka aku sebarkan di kawasan surau perumahan aku, apa yang menyedihkan ada diantara mereka yang tidak boleh menerimanya dan mencabut artikel yang aku tampalkan di papan kenyataan.

Wahai umat Islam bangunlah! Islam tertegak dengan hujah dan dalil. Nilai dahulu hujah kedua-duanya. Maka yang hak itu jelas dan yang batil itu jelas.

Aku tidak mahu menghukum "maka sifulan itu batallah imannya?" kerja hukum menghukum bukan tugas aku. Aku sekadar peringatkan sahaja.

Ajk masjid memberi alasan,
"Ini isu kontroversi, tok2 guru sejak dulu kala lagi dah ajar, tak ada pula bising"

Astaghfirullah.. Sungguh aku merasa kasihan kepada mereka yang berkata seperti itu, tidak ubah seperti yang Allah ceritakan didalam al-Quran, apabila para rasulnya memberi peringtan akan kesyirikan.

72. Berkata Ibrahim: "Apakah berhala-berhala itu mendengar (doa)mu sewaktu kamu berdoa (kepadanya)?,

73. atau (dapatkah) mereka memberi manfaat kepadamu atau memberi mudharat?"

74. Mereka menjawab: "(Bukan karena itu) sebenarnya kami mendapati nenek moyang kami berbuat demikian." -Asy Syu'araa'-

170. Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah," mereka menjawab: "(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami". "(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?". -al-Baqarah-



Kalau diri tidak dididik "Islam itu tertegak atas hujah", maka jawapan itulah yang diberi. "Bukan tok guru atau datuk nenek" kita yang menjadi bukti bahawa itu amalan Islam/zikir yang diajar oleh nabi...tetapi dalil dari nas-nas al-Quran dan hadis-hadis yang sahih yang mengikut kefahaman Salafussoleh yang menjadi bukti amalan yang kita amalkan itu adakah benar atau tidak.

Kira baik Ajk tak buang artikel2 aku, katanya "nanti saya minta Ustaz bacakan, kalau dia kata ok saya tampal semula.."

Alhamdulillah semoga Allah permudahkan urusan hamba mu ini yang banyak dosa..
Semoga Allah memberi petunjuk kepada mereka yang masih berkeras perihal berkaitan 'Aqidah ini.

Walahaulawala quwwataillabillah...

Thursday, May 21, 2009

Wahyu, sunah sumber motivasi kesihatan jiwa

Tajdid Iman: Wahyu, sunah sumber motivasi kesihatan jiwa
Oleh Dr Juanda Jaya
juanda72@hotmail.com

Mukmin berdisiplin menjaga iman mampu peroleh ketenangan hidup dunia, akhirat

RAMAI menangis ketika menghadapi sakaratul maut. Apakah makna tangisan itu? Sebenarnya, tangisan itu membawa makna manusia tidak mahu berenggang dengan dunia kerana begitu cintakannya mengalahkan cinta kepada Allah dan mengatasi keinginannya untuk kembali bertemu Allah.

Dia benci kepada kematian, padahal itu perjumpaan istimewa antara hamba dengan Allah. Mereka mahu setiap hari adalah hari yang gembira seolah-olah menyambut kelahiran baru. Padahal, kelahiran dan kematian tidak akan membawa sebarang makna kepada seseorang jika mereka lupa diri dan lupa jalan pulang ke akhirat.

Dunia begitu manis dan lazat sehingga mampu mempengaruhi manusia ke tahap mabuk yang teruk dan seterusnya lupa kepada akhirat, walaupun al-Quran sudah mengingatkan manusia dengan ayat yang mendekatkan mereka kepada alam akhirat, namun rangsangan dunia terbukti mampu memutuskan tali ingatan itu perlahan-lahan.

Semakin manusia lalai dan lupa, maka semakin sakitlah jiwa, kerana jiwa itu sebenarnya rindu kepada akhirat tetapi dipaksa juga cinta kepada dunia. Bukankah manusia dijadikan daripada dua elemen berlainan?

Jiwa atau roh dicipta untuk merindui Allah sedangkan jasad sebagai alat sokongan membolehkannya hidup di dunia. Jasad dan roh saling memerlukan untuk berperanan sebagai hamba Allah. Jika manusia hanya mementingkan jasad dan lupakan kedudukan roh, maka tempanglah hidup dan terseksalah roh selama-lamanya.

Roh atau jiwa manusia layaknya seperti jasad, boleh mengalami sakit yang teruk dan ada kalanya beransur-ansur pulih menjadi sihat semula. Seorang mukmin mengambil berat mengenai kesihatan roh dan jiwa.

Dia faham simptom tidak sihat yang mempengaruhi jiwa. Untuk itu, dia berusaha menjaga pantang larang yang boleh menjejaskan kesihatan jiwa. Dia hendaklah berpantang daripada melakukan maksiat, asyik dengan perkara mubah sehingga menjejaskan ibadah dan mengikut kata nafsu melulu.

Bukan hanya berpantang saja diperlukan untuk memastikan jiwa insan sihat, tetapi dia juga mesti melakukan langkah pembinaan dan pembaharuan jiwa iaitu:

# Mencari sumber motivasi

Roh memerlukan suntikan motivasi untuk membolehkannya hidup dan cergas. Rasulullah SAW hanya menggunakan pendekatan al-Quran dan hadis untuk membangkitkan roh manusia.

Sahabat sentiasa mendapat tiupan nafas baru setiap kali mendengar sabda Rasulullah SAW dan ayat al-Quran yang diturunkan. Semua yang mereka dengar adalah motivasi, tiada kekecewaan dan kerunsingan selepas mendengar pengajaran Baginda SAW. Bahkan mereka akan berasa lemah dan sedih, kacau dan gelisah jika tidak berdekatan dengan Baginda SAW.

Daripada Abu Rib'ie Hanzalah bin Rib'ie Al-Usaidi (beliau salah seorang setiausaha Baginda SAW) berkata: "Saya berjumpa dengan Abu Bakar kemudian beliau bertanya: Bagaimana keadaanmu wahai Hanzalah? Saya menjawab: Hanzalah sudah munafik! Abu Bakar berseru: Subhanallah, apa yang kamu katakan tadi? Saya menjelaskannya: Jika kami bersama Nabi SAW, kami memikirkan syurga dan neraka seakan-akan kami melihatnya, tetapi apabila kami pulang dan bergaul dengan isteri dan anak serta mengurus pelbagai urusan maka kami sering lupa. Abu Bakar berkata: Demi Allah, kami juga begitu. Kemudian saya dan Abu Bakar pergi menghadap Rasulullah SAW lalu saya berkata: Wahai Rasulullah sesungguhnya Hanzalah sudah munafik. Rasulullah SAW bersabda: Mengapa begitu? Saya berkata: Wahai Rasulullah apabila kami berada dihadapanmu kemudian engkau menceritakan mengenai neraka dan syurga, kami seolah-olah melihatnya dengan mata kami, namun setelah kami keluar dan bergaul dengan isteri dan anak serta mengurus pelbagai urusan maka kami sering lupa. Rasulullah SAW bersabda: Demi zat yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya, apabila kamu tetap dalam keadaanmu seperti ketika berada di depanku dan sentiasa mengingatnya nescaya malaikat akan bersalaman denganmu di tempat tidurmu dan di jalan. Tetapi wahai Hanzalah, sesaat dan sesaat. Baginda mengulanginya tiga kali." (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Betapa Hanzalah memerlukan bimbingan wahyu dan hadis Rasulullah SAW untuk menyuntikkan motivasi ke jiwanya yang gelisah. Tetapi anehnya manusia kini, mencari ketenangan dengan mengikut hawa nafsunya menerusi harta, hiburan, wanita, perniagaan dan mengikuti ajaran sesat serta menyeleweng daripada al-Quran dan hadis yang menyebabkan jiwa mereka semakin gelisah.

Ia bagaikan dadah yang memberi ketenangan sekejap saja kemudian semakin melaratlah jiwa tanpa bimbingan wahyu. Ada pula yang mencuba pelbagai teknik untuk mendapat ketenangan jiwa, seperti meditasi gaya Hindu Buddha, mengamal tarekat songsang, menokok tambah amalan ibadat yang kononnya memberi kepuasan lebih kepada jiwa.

Padahal iblis sudah menipu lintasan hati mereka sehingga menimbulkan keraguan dan seterusnya mencadangkan untuk mengamalkan perkara bidaah yang secara langsung menafikan sunnah Rasulullah SAW.

Suatu hari, tiga orang datang ke rumah isteri Rasulullah SAW. Mereka bertanya ibadah Nabi SAW. Setelah diberitahu, mereka menganggap seakan-akan ibadah Nabi SAW hanya sedikit. Mereka bertanya: "Di manakah tempat kami berbanding Nabi SAW padahal Baginda sudah diampuni semua dosanya baik yang lalu mahupun akan datang. Salah seorang di antara mereka berkata: Saya akan sentiasa sembahyang sepanjang malam. Yang lain berkata: Saya akan berpuasa setiap hari. Yang lain berkata: Saya akan menjauhkan diri daripada wanita dan tidak akan berkahwin selama-lamanya. Kemudian Rasulullah SAW datang dan bersabda kepada mereka: Kaliankah yang berkata begini dan begini? Demi Allah. Sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut dan paling bertakwa kepada Allah di antara kalian, tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku solat dan tidur, aku juga mengahwini wanita. Sesiapa yang menyimpang daripada sunnahku, maka dia bukan golonganku." (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Sesiapa mencari sumber motivasi lain selain sunah Rasulullah SAW yang berpaksikan wahyu-Nya, nescaya mereka akan tertolak. Usaha mereka sia-sia dan jalan yang mereka pilih sesungguhnya menipu diri sendiri.

Allah berfirman bermaksud: "Katakanlah, wahai Muhammad: Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku nescaya Allah akan mengasihi dan mengampuni kamu." (Surah Ali-Imran, ayat 31)

Firman Allah lagi yang bermaksud: "Dan ini adalah jalan-Ku yang lurus, Maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan (yang lain), kerana jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalan-Nya, yang demikian itu diperintahkan Allah supaya kamu bertakwa." (Surah Al-An'am, ayat 153)

Mengapa sisihkan terus agama dari jiwa dan memilih maksiat sebagai dadah yang memberi kepuasan sementara? Akhirnya jiwa dan roh itu semakin tenat dan mati sebelum jasad dikuburkan. Berjalan seperti mayat yang hidup. Hanya jasad tiada roh!

Tidak mustahil ketenangan yang dirasai Hanzalah dapat dirasai jiwa kita, tetapi dengan satu syarat, ikutilah jalan Sunnah Nabi SAW.

# Disiplin menjaga iman

Kesihatan roh dan jiwa hanya dapat dirasai dengan disiplin dalam menjaga iman. Usaha menilai diri dan mengenal pasti keadaan iman setiap masa adalah amalan Rasulullah SAW dan sahabat. Pelik tetapi benar, keadaan manusia zaman sekarang boleh berdisiplin untuk kebaikan dunianya, tetapi menyerah kalah untuk iman.

Mereka boleh berdisiplin menjaga diet pemakanan, bersungguh mencergaskan badan dengan senaman, susah payah hadir dalam kelas pendidikan, mengikuti kursus keusahawanan, bergiat mencapai cita-cita, tetapi malangnya tidak pandai berdisiplin menjaga keimanan.

Sembahyang dilakukan apabila perlu, majlis ilmu agama dipinggirkan berbanding ilmu dunia, usaha mencari hidayah ditinggalkan kerana terlalu sibuk mencari habuan dunia. Bagaimana mungkin jiwa akan tenang dalam keadaan sebegini. Tiada disiplin dalam mencari akhirat.

Iman dan hidayah boleh bertambah serta berkurang bergantung sejauh mana seseorang berusaha mengekalkan dan mempertingkatkannya. Allah berfirman bermaksud: "Dan orang yang berjihad mencari keredaan Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan Kami. Sesungguhnya Allah benar-benar bersama orang yang berbuat baik" (Surah al-Ankabut, ayat 69)

Setiap mukmin mempunyai sensitiviti kuat mengenai jiwanya, tiada seorang doktor pun boleh mengubat penyakit dalam jiwa melainkan diri kita sendiri yang berpegang kepada motivasi wahyu serta berani berdisiplin menjaga iman. Inilah jihad sebenar!

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Agama/20090518221040/Article