Tuesday, June 16, 2009

...Melayan Perasaan...

…Bismillahhirrahmanirrahim…

Ketika aku di zaman perubahan hormon berlaku, almari baju di rumah, akulah 'tolong' remukkan. Almari asrama, sampai tercabut pintu, akulah 'tolong' cabutkan. Itu semasa zaman aku tak berfikir secara waras. Time 'hot f.m' saja, mulala aku mencari-cari sesuatu untuk dihancurkan,(alhamdulillah bukan orang, silap hari bulan peristiwa berdarah jawabnya).

Ada di antara mereka yang melayan perasan atau melepaskan tekanan dengan menulis dan berpuisi dengan apa yang dirasainya. Selain itu, ada dengan cara 'masuk bilik menjerit sambil menakup mukanya pada bantal sampai puas', kemudian tidur. Ada juga dengan cara melakukan aktiviti fizikal, seperti menumbuk dan menendang punch bag, berlari dengan sekuat hati sampai penat, tekan tubi dan macam-macam aktiviti fizikal. Ada pula dengan cara yang tidak sepatutnya seperti merosakkan harta benda awam(aku latu).

Perubahan demi perubahan dan sekarang aku sudah tahu caranya untuk melepaskan tension dan melayan perasaan, Alhamdulillah. Sekadar perkongsian. Aku kadang-kadang melayan perasaan dengan mendengar lagu. Tetapi aku lebih selesa mendengar lagu-lagu yang tidak aku fahami apa maksudnya.Huhuhu, akupun tak tahu kenapa. Asalkan rentak muzik itu membuatkan telinga aku sedap mendengarnya aku layan.

Sekali sekala aku mendengarkannya...
Ingin aku kongsikan sebuah lagu yang aku gemar sekali mendengarkannya dengan pasang secara kuat ketika melayan perasaan ini huhuhu. Bila aku mendengarkan lantunan irama dan lagu itu... seolah-olah...ia memberikan aku satu macam sentuhan dan momentum....

Semoga terhibur.






6 comments:

  1. -hak3...aku klw mrh2..ak tgk cte 3 abdul je..
    -pas2 dgr dialog yg ni.."ayahanda marah..??","tidak,ayahanda seronok..!!"..kua3..

    ReplyDelete
  2. aekau memang nak kena! siap aekau aku jual! hahaha...

    ReplyDelete
  3. Memang ada pelbagai cara untuk menghilangkan kemarahan atau stress.. bagi saya adala dengan mengambil ilmu mempertahankan diri seperti silat dan karate... Alhamdulillah.. membantu saya mengawal kemarahan..

    ReplyDelete
  4. to naqiubex: Alhamdulillah, itula cara sebaiknya. Sy dulupun masuk juga silat. Lain orang, lain cita rasanya. Tak lama sy masuk silatni, ada sikit-sikit belajar dengan kawan, kemudian belajar kat sekolah, kemudian gabung semua sekali bunga2 silat dari pelbagai silat. Kemudian main la aekau sorang2 bersilat tu......

    ReplyDelete
  5. le nim doh jadi guane?hehe...glekek suke bc cite awok neh

    ReplyDelete
  6. to ..::بشرى::.. : lo ni makin ganaz....hehehe kereta plak jd mangsa..abih la kete mu....hehehe

    ReplyDelete

Biarlah dgn berilmiah...