Friday, January 02, 2009

Along Haramkan..

Semasa percutian di Langkawi bersama keluarga, berlaku satu peristiwa yg amat tersentuh juga hatiku dan juga Iman ku....

Kisah bermula apabila bilik hotel yg bapaku sewa untuk 3 hari 2 malam hanya mempunya 2 katil yg bersaiz queen. Kami sekeluarga 6 orang, maka ibu dan ayah memang tiada masalah. Kami yg adik beradik, mulanya tidak kisah tidur sekali adik laki dan perempuan di atas satu katil, berkongsi bantal dan selimut.

Tiba-tiba adik perempuan ku yg kecil sekali berusia 10 tahun bersuara,

"Alongkan haram adik beradik tidur sekatil?"

Terpanah aku dgn kata-kata adik aku..

"Tak Haram tp Nabi melarang keras..."

Aku mengakui, aku memang tidak berani mengatakan haram dengan sesuka hati, memandangkan ilmu aku begitu sedikit, dan memerlukan Ilmu yg mantap untuk mengharamkan sesuatu. Jika aku tersilap maka tegurlah diriku ini, sesungguhnya peringatan itu amat berguna bagi orang2 yg beriman. Maka aku mengambil langkah berhati-hati dengan mengatakan Nabi melarang keras.

"مروا أولادكم بالصلاة لسبع، واضربوهم عليها لعشر وفرقوا بينهم في المضاجع "

“Perintahkanlah anak-anakmu dengan (menunaikan)solat pada umur 7 tahun.Dan pukullah mereka kerana (meninggalkan) solat pada umur 10 tahun , dan pisahkanlah antara mereka pada tempat tidurnya.”

(HR Imam Ahmad , Abu Daud dan al-Hakim) -al-ahkam.net-

"Bagus2 ini dinamakan amar makruf wa nahi mungkar."

kataku pada adik ku dan diriku..

Aku berfikir sebentar, dan membuat keputusan dimana yg lelaki(aku dan adik lelaki) tidur di bawah, manakala yg perempuan tidur diatas katil.

Kalau mampu sewalah dua bilik, tidak mampu, asingkan dan jangan sesekali tidur sekatil dan selimut sekali. Jangan lupa membawa cadar lebih.

No comments:

Post a Comment

Biarlah dgn berilmiah...