Thursday, May 22, 2008

Video: Petikan Seminar Syiah Yang Memperalat Pentas PAS




Seminar Isu Antarabangsa: Bantahan Pendudukan 60 Tahun Israel Di Bumi Palestin. Cukup cantik nama yang diberikan.

Syiah Imamiyah yang sesat itu telah memperalat pentas PAS sebagai medan untuk menyebarkan fahaman Syiah mereka. Mereka cuba menanamkan kepada peserta perasaan bencikan para sahabatnya yang diredhai Allah s.w.t.

Petikan Soaljawab antara peserta dan Zaini Zainal Abidin (Syiah) di seminar berkenaan.

[KLIK DISINI]

Kisahnya Bermula [DiSini]

Wednesday, May 21, 2008

Semangat Untuk Para Pejuang Sunnah!

Bismillahhirrahmanirrahim

Ayat Al-Quran ini telah diwahyukan kepada Nabi kita Muhamad Solallahhu 'alaihi wa sallam,
Aku berharap bagi para pendukung Sunnah yang hmpir-hampir putus asa, renung-renungkanla kembali Firman Allah ini:

سُوۡرَةُ الزُّمَر
A'uzubillah himinas syaitha nirrajim,


فَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّن ڪَذَبَ عَلَى ٱللَّهِ وَكَذَّبَ بِٱلصِّدۡقِ إِذۡ جَآءَهُ ۥۤ‌ۚ أَلَيۡسَ فِى جَهَنَّمَ مَثۡوً۬ى لِّلۡكَـٰفِرِينَ (٣٢)

(Apabila berlaku yang demikian), maka nyatalah bahawa tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara-perkara yang dusta terhadap Allah dan mendustakan kebenaran sebaik-baik sahaja kebenaran itu disampaikan kepadanya. Bukankah (telah diketahui bahawa) dalam Neraka Jahanam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang yang kafir? (32)


وَٱلَّذِى جَآءَ بِٱلصِّدۡقِ وَصَدَّقَ بِهِۦۤ‌ۙ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُتَّقُونَ (٣٣)

Dan (nyatalah bahawa) yang membawa kebenaran (tauhid dan hukum agama) serta dia (dan pengikut-pengikutnya) mengakui kebenarannya (dengan mematuhi hukum itu), mereka itulah orang-orang yang bertakwa. (33)


لَهُم مَّا يَشَآءُونَ عِندَ رَبِّہِمۡ‌ۚ ذَٲلِكَ جَزَآءُ ٱلۡمُحۡسِنِينَ (٣٤)

Disediakan untuk mereka apa yang mereka kehendaki, di sisi Tuhan mereka; demikianlah balasan orang-orang yang berusaha memperbaiki amal perbuatannya. (34)

لِيُڪَفِّرَ ٱللَّهُ عَنۡہُمۡ أَسۡوَأَ ٱلَّذِى عَمِلُواْ وَيَجۡزِيَہُمۡ أَجۡرَهُم بِأَحۡسَنِ ٱلَّذِى ڪَانُواْ يَعۡمَلُونَ (٣٥)

(Limpah kurnia yang demikian, diberikan kepada orang-orang yang bertakwa) kerana Allah hendak menghapuskan dari mereka (kalaulah ada) seburuk-buruk amal perbuatan yang mereka telah lakukan, serta membalas mereka, akan pahala mereka, dengan balasan yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan. (35)


Usah berputus asa dalam menyampaikan kebenaran Islam, teruskan perjuangan para Rasul yang mulia ini. Allah telah menjanjikan kedudukan yang terpuji disisiNya.

Tuesday, May 20, 2008

Satu Pertanyaan Dari Hati Yg Resah...

Bismillahhirrahmanirrahim

zuljb - May 14, 2008 - 06:13 PM
--------------------------------------------------------------------------------
maafkan saya saudara,

kiranya pertanyaan ini berada di tempat yang salah, saya seorang lelaki islam yang jahil. Jiwa saya sejak akhir-akhir ini begitu resah dan gelisah. soalan saya

1. Kenapa masa kita berada dalam kejahilan rezeki kita banyak dan ketika kita cuba hampir kepadaNya kita tidak mempunyai apa-apa.

2.Setiap kali sujud akhir dalam smbyh kenapa dosa masa silam terbayang kembali.

3.Masih adakah keampunan dariNya walaupun kita pernah berlaku Syirik terhadap Allah.

4.Adakah ada insan memang ditakdirkan hidupnya didunian ini sia-sia saja, tidak memiliki apa-apa kecuali dirinya dan tuhanya serta disisih oleh semua manusia.

5.Kenapa dalam mencari sinar tuhan, perjalanannya penuh dengan ranjau dan duri sehingga kita merasa kecewa dengan dunia, masyarakat dan Tuhan.

Maafkan saya jika pertanyaan ini lucu buat saudara disini
delete aje post ini jika soalan saya ini tidak bernilai untuk dijawab.
--------------------------------------------------------------------------------
Abu_syu'aib - May 20, 2008 - 03:10 PM

--------------------------------------------------------------------------------
بسم الله والصلاة والسلام على رسول الله وبعد

Kepada saudara yang bertanya ianya bukanlah satu soalan yang lucu tapi saya rasakan ianya suatu pertanyaan yang lahir dari lubuk hati yang ikhlas…

Katahuilah wahai saudaraku Allah s.w.t. itu Maha Pengampun lagi Maha Pengasih. Allah s.w.t. mendengar setiap permasalahan hamba-hambaNya,
dan Allah amat suka kepada hamba-hambaNya yang meminta kepadaNya. Pohonlah kepadaNya, mengadulah kepadaNya, anda perlu meyakini bahawa doa anda diterima olehNya.

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Maksudnya: Dan Tuhanmu telah berfirman, Berdoalah kepada Ku, Aku akan perkenankan untukmu. (Surah al-Mukmin: 60)

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ

Maksudnya: Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, (katakanlah) bahawasanya Aku ini sangat dekat, Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaKu (Surah al-Baqarah: 186)

Kewajipan kita di dalam berdoa mestilah Husnu al-Zhan (bersangka baik) terhadap Allah s.w.t. bahawa Allah akan menerimanya.

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِي فَإِنْ ذَكَرَنِي فِي نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِي نَفْسِي وَإِنْ ذَكَرَنِي فِي مَلَإٍ ذَكَرْتُهُ فِي مَلَإٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ بِشِبْرٍ تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا وَإِنْ أَتَانِي يَمْشِي أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً.


Maksudnya:
“Allah berfirman: Aku sentiasa bersama apa yang disangkakan oleh hamba-Ku kepada-Ku. Aku bersamanya apabila dia mengingati-Ku. Jika dia berzikir dalam dirinya Aku akan mengingatinya seperti itu juga. Jika dia berzikir di khalayak ramai, Aku akan mengingatinya di khalayak yang lebih baik dari itu. Jika dia mendekati-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta. Jika dia mendekati-Ku sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku berjalan, Aku akan datang kepadanya dengan berlari-lari anak.” (Al-Bukhari)

Hayatilah firman Allah di dalam sebuah hadis Qudsi dari sahabat , Abu Zar al-Ghifari r.a.:

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيمَا رَوَى عَنْ اللَّهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى أَنَّهُ قَالَ يَا عِبَادِي إِنِّي حَرَّمْتُ الظُّلْمَ عَلَى نَفْسِي وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا فَلاَ تَظَالَمُوا، يَا عِبَادِي كُلُّكُمْ ضَالٌّ إِلاَّ مَنْ هَدَيْتُهُ فَاسْتَهْدُونِي أَهْدِكُمْ، يَا عِبَادِي كُلُّكُمْ جَائِعٌ إِلاَّ مَنْ أَطْعَمْتُهُ فَاسْتَطْعِمُونِي أُطْعِمْكُمْ، يَا عِبَادِي كُلُّكُمْ عَارٍ إِلاًّ مَنْ كَسَوْتُهُ فَاسْتَكْسُونِي أَكْسُكُمْ، يَا عِبَادِي إِنَّكُمْ تُخْطِئُونَ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَأَنَا أَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا فَاسْتَغْفِرُونِي أَغْفِرْ لَكُمْ،

Daripada Nabi s.a.w. baginda meriwayatkan daripada Allah Tabaraka wa Ta’ala bahawa Allah berfirman: Wahai Hamba-Ku, sesungguhnya Aku mengharamkan kezaliman ke atas diri-Ku, dan Aku mengharamkannya diantara kamu maka janganlah kamu berlaku zalim, Wahai hamba-Ku, Kamu semua berada di dalam kesesatan kecuali sesiapa yang aku berikan hidayah kepadanya makan pohonlah hidayah kepada-Ku nescaya Aku akan memberikan kamu hidayah, Wahai hamba-Ku, Kamu semua dalam keadaan lapar kecuali sesiapa yang aku berikan makan kepadanya, maka pohonlah kepada-Ku makanan nescaya Aku akan memberikan kamu makanan, Wahai hamba-Ku, Kamu semua tidak berpakaian kecuali sesiapa yang Aku berikan kepadanya pakaian maka pohonlah kepada-Ku pakaian nescaya aku akan berikan kamu pakaian. Wahai hamba-Ku sesungguhnya kamu melakukan kesalahan di waktu malam dan siang, dan Aku menghapuskan dosa kesemuanya maka pohonlah keampunan kepada-Ku, nescaya Aku ampunkan Kamu.
Di dalam hadis yang sama Allah berfirman lagi:

يَا عِبَادِي لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ قَامُوا فِي صَعِيدٍ وَاحِدٍ فَسَأَلُونِي فَأَعْطَيْتُ كُلَّ إِنْسَانٍ مَسْأَلَتَهُ مَا نَقَصَ ذَلِكَ مِمَّا عِنْدِي

Maksudnya: Wahai hamba-hamba-Ku, Kiranya semua manusia yang terdahulu dan terkemudian daripada kamu dari kalangan manusia dan jin berada di satu tempat, mereka meminta kepada-Ku, lalu Aku berikan setiap orang akan permintaannya, Yang demikian itu tidaklah mengurangkan sedikitpun apa yang ada disisi-Ku. (Hadis diriwayatkan oleh Muslim: 2577)

Manusia itu akan diuji oleh Allah s.w.t. dan semakin hampir seorang hamba itu kepada Tuhannya semakin diuji. Allah s.w.t. berfirman di dalam surah al-Baqarah: 155

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ.

Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.

Maka orang yang paling kuat ujian yang ditempuhinya ialah Para Nabi kemudian orang-orang yang soleh dan seterusnya.

Nabi bersabda:

أشد الناس بلاء الأنبياء ، ثم الأمثل فالأمثل ، يبتلى الرجل على حسب ( وفي رواية :قدر) دينه، فإن كان دينه صلبا اشتد بلاؤه وإن كان في دينه رقة ابتلي على حسب دينه.

Maksudnya: Orang yang paling kuat ujiannya ialah para Nabi kemudian seterusnya dan seterusnya, diuji seorang itu mengikut kadar agamanya, kalau kuat agamanya maka kuatlah ujiannya, sekiranya agamanya nipis akan diuji mengikut kadarnya. (al-Tirmizi, Ibn Majah, silsilah al-Sohihah 1/225)

Di dalam hadis yang lain, Nabi bersabda:

أشد الناس بلاء الأنبياء، ثم الصالحون، إن كان أحدهم ليبتلى بالفقر، حتى ما يجد أحدهم إلا العباءة التي يحويها.

Manusia yang kuat ujiannya ialah para Nabi kemudian orang-orang soleh, seorang itu diuji dengan kefakiran sehingga tidak mempunyai apa-apa kecuali hanya Aba’ah (jubah yang dipakai diluar) yang ada padanya

Seseorang yang telah melakukan dosa di masa silamnya setelah dia bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat Allah akan mengampuninya. Taubat yang dilakukan hendaklah ikhlas kepada Allah, dan berjanji tidak akan mengulanginya, serta dia perlu memperbanyakkan amalan-amalan kebaikan. Khabar gembira kepada anda bahawasanya ketika sujud itulah saat ketika anda berada sangat-sangat hampir kepadaNya, doa anda akan dimaqbulkan oleh Allah

Allah s.w.t. Maha Pengampun dan Penyayang..sekiranya seseorang itu ikhlas bertaubat daripada perbuatan Syiriknya dan kembali kepangkuan Tuhannya, Allah s.w.t. akan mengampunkannya

Allah s.w.t. menciptakan semua makhlukNya ini bukanlah sia-sia. Allah s.w.t. berfirman

أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لاَ تُرْجَعُونَ

Yang bermaksud: Adakah kamu menyangka bahawa sesungguhnya Kami menciptakanmu sia-sia atau main-main (saja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?

Setiap yang diciptakan mempunyai tujuan, manusia umpamanya diciptakan oleh Allah untuk mengabdikan diri kepadaNya…

Janganlah kita berputus asa dalam mencari rahmat Allah s.w.t. walaupun di dalam perjalanan tersebut kita menempuhi pelbagai ranjau yang berduri..seperti yang disebutkan sebelum ini Allah pasti akan menguji hamba-hambaNya yang hampir kepadaNya

Allah berfirman di dalam surah al-ankabut ayat 2 yang bermaksud apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan :kami beriman, sedangkan mereka belum diuji lagi…
Wallahu a’lam

Sumber

Monday, May 19, 2008

Nasi Kerabu Dan Popia

Bismillahhirrahmanirrahim

Pada suatu malam aku sedang menuju ke dapur untuk mencari something untuk dimakan, aku terlihat di atas meja sebungkus makanan dan di sebelahnya sebungkus plastik kuning. Aku agak ni konpom nasi kerabu, plastik kuning tu ape yek..aku jenguk-jenguk.. la sekali Popia. Fuh... sodap ni yela sebelum ni mak aku pggl "Zamir..mai mkn nasi kerabu mama beli ni" aku jwb "x lpr lg"(aicen dok lapar lagi) sebelum tu, aku makan Popia kering lu, tggl sebiji je ngan sos, ok latu favourite jugak tu..adei..lmbt makan jadi gitula tinggal je sebijik.. Alhmdulillah Allah bagi gak rezeki. Bismillah, aku start makan. Selesai aku makan Popia Alhamdulillah, giliran Nasi Kerabu pulak menjadi mangsaku hehehe! Woo..sedap...lauk daging bakar, kerabunya..telur masin and sayur-sayur mcm kurang umh! Aku cmpur ngan sos popia..hehe! Lg sedap..dimakan..


Sedang syok aku kunyah nasi kerabu(sambil berangan) di dapur, terlintas difikiran aku..

"Sungguh sukar ingin diceritakan sesetengah pengalaman hidup itu". Yela Kadang-kadang pengalaman hidup bersama kawan2....., zaman dulu-dulu waktu sekolah menengah (waktu ni paling best kat skola hillcrest hehehe!! mmg gila betul aku masa tu) Fikirfikir balik adeh x patut aku buat perangai gila-gila tu...pastu masa aku tuisyen kat Saujana Gemilang..time ni seronok x terkata masa ramei2 gi Cameron Highland(dok ingat dah berapa hr..rs2 1 hr satu mlm..) akupun terfikir KALAULAH waktu itu bersama geng-geng satu kelas 3 Arif...em pelik btul...tapi tula...fikiran bila melayang sambil makan Nasi Kerabu... hehehe...




Itulah..Fitrah di mana Allah telah jadikan, setiap diri kita pasti ade pengalaman-pengalaman yang amat sukar untuk diceritakan pada sahabat mahupun orang-orang yang tersayang. HANYA ALLAH SAJE YG TAU ape kat kepala otak setiap insan betapa seronoknya waktu-waktu indah yang ade pada setiap Insan. Terkadang kita terfikir kalu la boleh waktu indah itu ditukar dengan rakan-rakan yang SEKEPALA dengan kita. (adoi pelik btul la...)

What ever..sekadar pengalaman yang TERkenang semasa mkn Nasi Kerabu...


Inilah sekolah atas bukit semasa aku form 1 smpi form 4(ms form 4, 3 bulan je aku skola, pastu gi teknik Kuantan)

Sunday, May 18, 2008

Sembang-sembang Umum Mencari Bakal Suami

[Klik Disini]
Oleh TokDdeka

Salam.

Maaf mencelah, sekadar memberikan pandangan.

Telah berlaku banyak kemusnahan disebabkan oleh ‘budaya bangsa’ sendiri. Pepatah ‘Perigi Mencari Timba’, yang entah dari mana datangnya, hanyalah satu pepatah yang cuba menghina kaum wanita yang mencari suami. Malang sekali, pepatah ini begitu kuat tertanam dalam hati dan jiwa sesetengah orang-orang kita yang mengaku Islam, yang meletakkan pepatah itu lebih tinggi kedudukannya daripada segala dalil-dalil yang sahih.

Komentar tambahan kepada artikel TD....(oleh thtl)

Imam al-Bukhari dalam kitab sahihnya, pada Kitab Nikah mengujudkan satu bab khusus yang berjodol," Wanita menawarkan dirinya pada lelaki soleh". Dalam bab itu diturunkan satu hadith di mana Anas, anak perempuannya dan Tsabit alBunnani berada di sisi Nabi SAW, lalu datang seorang wanita, dan dia tiba-tiba menawarkan dirinya kepada RasuluLlah saw. Belum Nabi memberi jawapan, putri Anas (bin Malik) mencela perempuan tsb sebagai tidak ada sifat malu. Tapi ayahnya Anas mengherdik anak gadisnya dan berkata, " dia lebih baik dari kamu, dia berhajatkan Nabi lalu menawarkan diri kepada beliau."
[aljaami' alsahih: no 4726]

Rasulullah SAW tidak pernah menghina wanita yang menawarkan diri untuk dinikahi oleh baginda, walaupun Aisyah r.a. dengan terang terangan mengakui bahawa dia sangat cemburu dengan wanita itu. Ternyata, Rasulullah SAW tidak melindungi perasaan cemburu itu, dan tidak pula baginda melarang – agaknya itu adalah sifat semulajadi kaum wanita yang kaum lelaki kena hidup dengannya, serta membendungnya dengan bijaksana sebagai seorang pemimpin.

Janganlah pula kaum lelaki itu menghina apa yang TIDAK DIHINA oleh Rasulullah SAW. Wanita-wanita yang BERANI menyatakan hasratnya terhadap seseorang lelaki dengan cara yang syarie adalah tersangat mulia. Inilah wanita yang tiada niat untuk memesongkan lelaki dengan daya penarik yang ada padanya.

Sesungguhnya, kaum wanita itu SANGAT BERUPAYA untuk memesongkan lelaki dengan keindahan yang ada pada batang tubuhnya, jika mereka memilih untuk berbuat demikian. Lantaran, timbullah pula perumpamaan ‘Pisau Cukur’. Namun, kemuliaan wanita itu terserlah apabila mereka TIDAK MENGGUNAKAN kelebihan itu, walaupun mereka boleh jika mereka memilih untuk melakukannya.

Sayang sekali, tidak kurang juga wanita yang menggunakan peluang itu sepenuh-penuhnya, dan tidak kurang juga lelaki yang terperangkap. Tidak juga kurangnya lelaki sebagai pemerangkap dan wanita sebagai yang terperangkap. Semoga kita semua tidak tergolong dalam kumpulan pemerangkap atau terperangkap itu, serta dilindungi oleh Allah Taala, Tuhan yang bersifat sebaik-baik Pelindung.

Betapa dahsyatnya persepsi sesetengah orang terhadap pernikahan, yang meletakkan nilai rumahtangga itu sama dengan nilai mahar dan majlis perkahwinan yang bakal menyusahkan ramai orang. Kononnya itu hanya berlaku sekali seumur hidup. Pada ambo, ini KARUT.
Sedangkan apa yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW adalah sebaliknya.

Pernikahan yang sepatutnya begitu mudah, tiba-tiba menjadi sesuatu yang begitu sukar dan membebankan, terutama kepada pasangan suami isteri yang baru ingin memulakan hidup berumahtangga, tetapi telahpun dibebani dengan hutang majlis perkahwinan, yang tidak mungkin dapat dilangsaikan dalam masa setahun dua hidup baru mereka. Seronok benarkah para tetamu majlis perkahwinan menikmati hidangan sambil berhibur dengan pelbagai kemunkaran, kemudian pulang meninggalkan sisa yang mesti dibersihkan oleh pasangan yang baru ingin belajar hidup sebagai suami isteri? Betul kah cara ini?

Sesungguhnya, kebahagiaan rumahtangga itu TIDAK BERLAKU pada hari pernikahan, TIDAK BERLAKU pada hari majlis perkahwinan, tetapi berlaku setelah pasangan suami isteri itu mula diselubungi oleh rahmat Allah Taala yang tiada hadnya, apabila segala perasaan kasih dan sayang serta belas kasihan antara keduanya mula disuntik oleh Allah Taala ke dalam hati sanubari mereka (rujuk Ar-Rum, 21). Akan turunkah rahmat Allah Taala itu jika pernikahan itu dimulai dengan sesuatu yang agak keterlaluan, yang kadang-kadangnya berunsurkan kemunkaran?

Nyatakanlah hasrat yang murni dan bersih itu. Berpromosilah. Berkempenlah. Bercari-carianlah. Beristikharahlah. Berdoalah.

Bila dah jumpa, berpada-padalah melaksanakannya.

Wallaahu a’lam.

Saturday, May 17, 2008

Untuk Mempelajari Hadith/Sunnah, Anda Perlu....

Bismillahhirrahmanirrahim

JH-ASAS-006- Untuk Mempelajari Hadith/Sunnah, Anda Perlu.....

1- Menghadirkan niat untuk mencari keredhaan Allah SWT. Sentiasa hadirkan di dalam hati sedaya upaya bahawa kita mempelajari al-Sunnah kerana ia adalah sebahagian daripada mempelajari agama Allah SWT dan mengharapkan ganjaran daripadaNya. Bukan kerana anda ingin jadi seseorang yang 'lain' daripada orang lain atau menjadi satu kumpulan yang lebih 'tinggi' daripada masyarakat yang tidak mempelajari sunnah.

2- Memahami bahawa ilmu tentang al-Sunnah adalah terlalu luas. Ia perlukan kepada kesabaran dan kegigihan. Ia juga tidak dapat diperolehi sehari dua malah ia adalah proses berterusan sepanjang hayat. Ia juga perlukan ilmu asas dan persediaan yang kukuh sebelum mampu mengeluarkan pendapat. Semangat semata-mata tidak cukup.

3- Masa yang mencukupi untuk mempelajarinya dengan pelbagai cara. Kesibukan seringkali menjadi penghalang dan menyebabkan peminat-peminat al-Sunnah kecewa kerana tidak dapat menambah ilmunya tentang al-Sunnah. Namun begitu berusahalah untuk mendapatkannya walaupun sedikit asalkan berterusan.

4- Wang untuk membeli buku-buku berkaitan al-Sunnah. Tidak semua maklumat tentang al-Sunnah boleh didapati dengan percuma dan tidak semuanya ada di dalam Internet. Sekiranya diri tidak bersedia untuk memperuntukkan sejumlah wang untuk membeli buku-buku al-Sunnah, ini sudah pasti merencatkan proses mendalaminya.

5- Memilih waktu yang sesuai untuk mempelajarinya agar tidak cepat letih dan bosan. Ini amat penting kerana ada di antara kita yang tidak memperdulikan keadaan diri sama ada cergas atau tidak ketika mendalami al-Sunnah. Jika kita membaca, pilihlah waktu yang sesuai agar apa yang dibaca dapat difahami dan diingati dengan baik.

6- Memperuntukkan masa untuk menghadiri kuliah-kuliah yang berkaitan. Jika kita tidak mempunyai masa untuk menghadirinya, pastikan kuliah-kuliah yang dirakamkan ada dalam simpanan untuk didengari atau ditonton pada waktu yang mengizinkan. Jangan pula kita memilih untuk hanya menghadiri kuliah orang tertentu sahaja, kerana ilmu itu luas dan para ulama hadith salaf menuntut ilmu daripada beratus malah beribu orang guru, walaupun kadangkala guru mereka mempunyai sedikit kekurangan.

7- Mencari rakan-rakan yang mempunyai minat terhadap al-Sunnah untuk berbincang tentang apa yang telah dipelajari. Ini amat penting kerana tidak mungkin kita dapat mendalami semua aspek tentang al-Sunnah dalam masa yang singkat. Jalan penyelesaian masalah ini adalah dengan berbincang dan bermuzakarah sesama pencinta al-Sunnah agar ilmu yang ada pada diri masing-masing dapat dikongsi. Ia juga dapat mendidik kita dengan sikap merendah diri dan dapat menerima pendapat orang lain. Sikap 'lone ranger' kadangkala membawa kepada 'over confident' yang akhirnya boleh membawa kepada sikap negatif iaitu memandang rendah kepada orang lain.

8- Konsisten atau istiqamah dalam proses mendalami al-Sunnah. Ini bermakna anda tidak perlu terlalu gopoh pada peringkat permulaan kerana sifat sebegini kebiasaannya tidak akan bertahan lama. Apa yang penting ialah istiqamah walaupun sedikit. Contohnya anda boleh membaca beberapa potong hadith pada setiap hujung minggu. Ini lebih baik daripada anda terus membaca berpuluh-puluh hadith kemudian terus meninggalkannya berbulan-bulan. Oleh sebab itu ulama hadith salaf menghabiskan masa berpuluh tahun dalam menuntut ilmu secara konsisten...bandingkan dengan kita di zaman ini yang baru belajar tapi sudah ingin menjadi muhaddith!

9- Mencatat apa sahaja kemusykilan yang terlintas di fikiran agar ia dapat dikaji pada masa yang lain. Mungkin anda sendiri boleh mengkajinya apabila mempunyai masa lapang, atau anda boleh bertanya kepada ahli ilmu tentang kemusykilan tersebut. Sekiranya anda tidak mencatatnya, ia mungkin hilang begitu sahaja dan tidak dapat diselesaikan segera.

10- Mendampingi ahli ilmu yang diharapkan dapat menyelesaikan apa yang tidak kita fahami tentang al-Sunnah. Dengan kemudahan teknologi moden masa kini, jarak tidak lagi menjadi penghalang untuk kita mendampingi mana-mana ahli ilmu.

11- Memilih pasangan hidup yang akan memahami minat kita terhadap al-Sunnah. Namun sekiranya telah berkahwin, cubalah untuk menanamkan minat terhadap al-Sunnah dalam diri pasangan dan juga anak-anak. Lakukanlah sekadar mampu.

12- Jangan gopoh dalam memahami maksud sesuatu hadith. Luaskan pembacaan dan banyakkan perbincangan. Ini penting agar kita tidak tersalah dalam menyatakan sesuatu sebagai ‘sunnah’ sedangkan ia pada hakikatnya tidak sunnah atau sebaliknya. Ia juga boleh mengelakkan kita menyalahkan orang lain atau melabelkan mereka dengan gelaran 'tidak mengikut sunnah' atau 'tidak mengikut dalil', sedangkan pada hakikatnya kita yang tidak faham permasalahan yang sebenar.

13- Bersedia untuk mengubah sikap dan amalan sekiranya apa yang kita lakukan selama ini tidak bertepatan dengan al-Sunnah. Sesungguhnya amalan terhadap al-Sunnah amat perlu bagi menguatkan hubungan kita dengan al-Sunnah. Begitu juga kita bersedia untuk mengubah pendapat kita yang tidak tepat kepada pendapat yang lebih tepat tanpa rasa takabur atau ego.

14- Mencari maklumat tambahan tentang rupa paras dan peribadi Rasulullah SAW agar kita dapat mengenali tuan punya al-Sunnah itu dengan lebih dekat. Buku yang elok dibaca adalah buku al-Syamaail al-Muhammadiyyah karya al-Tirmidzi (279H). Buku ini telah pun diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia dan juga Inggeris.

15- Berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT agar dipermudahkan proses mendalami al-Sunnah. Kita juga perlu sentiasa berdoa agar dikurniakan rasa minat ke arah menambah ilmu tentang al-Sunnah.

والله أعلم

sumber

Sikap Ghuluw (Melampau) Di Dalam Bermadzhab

Bismillahhirrahmanirrahim





Pesanan al-Imam As-Syafi’i rahimahullah (204H):

كل مسألة تكلَّمْت فيها صح الخبر فيها عن النبي صلى الله عليه وسلم عند أهل النقل بخلاف ما قلت فأنا راجع عنها في حياتي وبعد موتي.


Setiap perkara yang aku telah perkatakannya, sedangkan ada riwayat yang sahih di sisi ulama hadith daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang menyanggahi apa yang aku ucapkan, maka aku menarik balik ucapanku semasa hidupku dan selepas mati.
[Diriwayatkan oleh Ibn Qayyim al-Jauziyyah, ‘Ilam al-Muwaqqi‘iin
(إعلام الموقّعين), jld. 2, m.s. 266.]