Monday, September 07, 2009

...Azan Dan Iqamah Ketika Ingin Solat Fardhu...


by meon_infinity » Mar 31st, '09, 21:11
:salam

Situasi 1:
- pukul 5.45PM, solat asar dirumah, adakah perlu azan dan iqamah atau
sekadar Iqamah sahaja?

Situasi 2:
- pukul 5.45PM, solat asar
dimasjid, adakah perlu azan dan iqamah atau sekadar iqamah sahaja?

Bagaimana bagi mereka yang perempuan pula? mereka juga perlu Azan dan
Iqamah?

Apabila didalam masjid Imam sudah selesai solat fardhu, maka
kita buat jemaah yg baru maka adakah perlu Azan dan Iqamah juga?

Jazakallahhhukhairan kathira...


al-Jawab......................................................................

by al-jawhar » Apr 1st, '09, 20:24

:salam


ÈÓã Çááå¡ æ ÇáÍãÏ ááå¡ æ ÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå¡ æÈÚÏ


Situasi 1:
- pukul 5.45PM, solat asar dirumah, adakah perlu azan dan iqamah atau sekadar Iqamah sahaja?

Situasi 2:
- pukul 5.45PM, solat asar dimasjid, adakah perlu azan dan iqamah atau sekadar iqamah sahaja?


Secara keseluruhannya, dalam apa jua situasi, adalah disunnahkan untuk melaungkan azan dan iqamah dengan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian :

Sekiranya kita telah terlewat mengerjakan solat, maka apabila kita ingin mengerjakan solat samada di rumah atau di masjid, disunatkan kita untuk melaungkan azan dan iqamah tanpa mengangkat suara dengan kuat dibimbangi akan mengelirukan msyarakat yang mendengarnya.

Ini kerana apa sahaja yang mendengar azan tersebut samada dikalangan jin, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya akan menjadi saksi dihari akhirat nanti berdasarkan kepada suatu riwayat daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra (Rujuk Sahih Bukhari : 609)

Al-Hafiz Ibn Hajar berkata :

Azan pada solat berseorangan adalah disunatkan walaupun di gurun sahara (padang pasir / tempat yang tiada penghuni) (Fathu al-Bari , Kitab Azan)


Apabila didalam masjid Imam sudah selesai solat fardhu, maka kita buat jemaah yg baru maka adakah perlu Azan dan Iqamah juga?


Sekiranya solat telah didirikan dimasjid oleh sekelompok jema’ah, kemudian datang sekumpulan jemaah lain yang belum menunaikan solat, maka yang sahihnya disisi Syafi’iyyah ialah disunatkan kepada mereka untuk melaungkan azan tanpa mengangkat / mengeraskan suara. (Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah , 2 / 370)


Bagaimana bagi mereka yang perempuan pula? mereka juga perlu Azan dan Iqamah?


Bagi yang perempuan, tidak disyarak melaungkan azan dan iqamah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi daripada Asma binti Yazid :
áíÓ Úáì ÇáäÓÇÁ ÃÐÇä æáÇ ÅÞÇãÉ

Tidak ada azan dan Iqamah bagi wanita.

Hadis ini adalah mauquf-terhenti hanya kepada sahabat- disisi Al-Baihaqi (1/408) seperti yang disebut oleh Ibn Mulaqqin dalam Khulasah al-Badr (1/106)


WA


الراجي رحمة ربه الجوّاد
http://aljawhar.wordpress.com/

Sumber: al-ahkam.net

No comments:

Post a Comment

Biarlah dgn berilmiah...