Saturday, July 18, 2009

...Coretan Semasa Menyertai Program Pelatihan Pendakwah...

...Bismillahhirrahmanirrahim...


Segala puji bagi Allah, selesai sudah aku menghadiri program "Perbandingan Agama" bersama bro Lim Jooi Soon dan Bro Aiman, yang dianjurkan Persatuan Darul Fitrah Malaysia Cawangan Terengganu dan Persatuan Cina Muslim dengan kerjasama MAIDAM di Kuala Terengganu, Bukit Besar. Program bermula pada tarikh 17(Sabtu) dan berakhir petang 18(Ahad) Julai 09.

Bersama sahabatku Firdaus, kami pergi dengan menaiki kereta Kenari. Segala pujian hanyalah untuk Mu Ya Rabb, dengan izinNya ibu bapa aku menaruh kepercayaan kepada aku dengan mengizinkan aku membawa kereta untuk pergi ke program tersebut. Turut serta bersama dengan kami menuju ke destinasi yang sama, Ustaz Razali, isterinya dan rakan-rakannya. Tiga buah kereta kesemuanya. Aku sekadar ikut di belakang mereka.

Kami menginap sebentar di Home Stay Persatuan Darul Fitrah selama satu malam di mana di situ berlangsungnya program. Dengan peluang yang ada, aku dan Firdaus sempat beramah mesra sambil makan malam bersama Bro Lim, Bro Amin, Bro Azmil, Bro Yusri (team-tema PERKIM belaka), Pengerusi Persatuan Darul Fitrah Malaysia cawangan Terengganu, Datin Hajjah Norhana Abdullah dan keluarganya. Nak pula pada malam tersebut(Sabtu malam Ahad) Bro Lim and Bro Aiman ada program di Masjid Terapung.

Bersama dengan Bro Lim Jooi Soon, pastinya yang menarik mengenai persolan-persoalan mengenai orang bukan Islam terhadap Islam, dan pengalaman Bro Lim Jooi Soon memasuki Islam. Sungguh menarik sekali, sebelum, semasa dan selepas memeluk agama Islam. Sebelum memeluk agama Islam beliau mengkaji dahulu tentang Islam ini, dengan kembali kepada sumber yang asal iaitu Al-Quran dan hadis-hadis yang sahih.

Bro Amin pula banyak menyampaikan perihal agama Kristian. Bila kita mengajak sesiapa sahaja untuk mempelajari ilmu perbandingan agama, soalan yang kerap kali diucap oleh mereka yang seolah-olah tidak berminat dengan ilmu akan beralasan, "Islampun tak habis belajar, nak belajar agama lain", kenyataan tersebut tidak benar sama sekali!. Islam banyak cabang-cabang ilmunya, dan salah satu cabang ilmu itu adalah ilmu perbandingan agama. Hanya dengan menguasai ilmu tersebut, mudah untuk kita mendekati dan berdakwah kepada non-muslim.

Kita bagaimana pula?, adakah kita pasti selama ini amalan yang kita buat dan yakini menepati piawaian dua sumber tersebut(Al-Quran dan As-Sunnah)?. Kita selama ini hanya berasa selesa dengan Islam yang kita fahami, dan tidak pernah untuk bertanya dan mempersoalkan semula kepada diri sendiri benarkah apa yang aku pelajari selama ini termaktub di dalam Al-Quran dan As-Sunnah yang sahih menurut pemahaman para sahabat, anak murid sahabat(tabi'in), tabi' tabi'in(anak murid tabi'in) dan para Imam empat mazhab?.


Wallahhua'lam.

No comments:

Post a Comment

Biarlah dgn berilmiah...