Tuesday, July 28, 2009

...Bersama URD...

...Bismillahhirahmanirrahim...

Alhamdulillah, pada tarikh 26/7/09, aku telah pergi ke kuliah Ustaz Rasul Dahri di Bangunan PKR Berserah berhampiran dengan area Kuantan. Pada tengah harinya aku mendengar kuliah yang bertajuk Puasa dan Imsak Menurut Sunnah, pada malam harinya Doa Itu Ibadah (Mencontohi Doa Rasulullah) tak salah aku di area Sg Karang, di rumah orang(siapa punya rumahpun aku tak tahu).

Alhamdulillah sekali lagi bapa aku mengizinkan aku untuk membawa kereta ke sana, walaupun pada mulanya ayah aku tak bagi. Mana tidaknya baru balik cuti dari UiTM sudah mau keluar lagi? Huhuhu, rindu tu. Aku pujuk-pujuk ayah aku dapat juga. Hehehe. Aku seorang saja yang pergi agak bosan, lebih seronok pergi ke majlis ilmu ini dengan keluarga dan sahabat-sahabat.

Isi kuliah yang menarik, setiap kuliahnya pasti diberikan kertas kerja, aku suka kuliah yang seperti itu, dengan adanya kertas kerja tersebut pastinya diisi dengan dalil-dalil dan hujah. Agak tidak seronok dengar kuliah agama yang tidak diberi dalil-dalil dari Quran dan hadis-hadis yang sahih. Suasananya beza sekali mendengar kuliah yang dipenuhi dalil-dalil nas, dengan kuliah yang banyak cakap 'kosong' yakni kurangnya si penyampai itu mengeluarkan nas-nas dari al-quran dan hadis-hadis yang sahih.

Dapat juga aku berkenalan dengan saudara Faisal, selalu dengar di PalTalk "Saudara Faisal, saudara faisal..." huhuhu, siapa la yang selalu sangat disebut-sebut oleh Ustaz Rasulni, rupanya dia seorang pemuda, ingatkan bapa orang, baya-baya saudara Nawawi agaknya. Mesra juga orangnya, tak tahula dah kahwin atau belum, malam tu baru sempat berbual. Sempat juga berbual dengan Ustaz Muzakar yang tolong tunjukkan jalan untuk ke rumah yang URD adakan kuliahnya pada malam tersebut. Dengan Ustaz Rasul sempat juga berbual-bual tapi lebih banyak mendengar, ramai sangat orang nak sembang dan bertanya padanya, huhuhu, nanti-nanti ada rezeki boleh jumpa lagi InsyaAllah.

Ini secara umum aku tulis, ingin tahu lebih lanjut sila ke an-nawawi.blogspot.com atau masuk ke al-fikrah.net, atau di al-ahkam.net. Apa yang dibentangkan URD(Ustaz Rasul Dahri) mengenai puasa antara yang masih lekat di kepala seorang pelupa ini adalah, tidak mengapa mandi pada waktu petang, ada hadis yang menukilkan bahawa Nabi pernah menjiruskan air ke kepalanya, sedangkan nabi dalam keadaan puasa kerana kehausan dan kepanasan. Hadis yang diriwayatkan Abu Daud, dan hadis itu disahihkan oleh al-Albani maka ada yang mengatakan makruh mandi pada petang hari, em betulke makruh? Ada larangan daripada Abu al-Qasim(Kuniyah Rasulullah Salallahhu'alaihiwassalam) cuba cari ada tak Nabi melarangnya?

Selain itu apabila kita melihat orang tengah makan pada waktu siang(sedangkan bulan itu, Bulan Ramadhan), kita jangan tegurnya ketika ia sedang makan, biarkan hingga selesai. Kemudian baru tanya "Ini bulan Ramadhan kamu tahu tak?" Kalau dia baru teringat, maka makanan yang dimakannya itu rezeki daripada Allah kepadanya. Kalau saja-saja dia berdosa. Ada hikmahnya, agar tidak menyusahkan dirinya. Lainla kalau dia teringat ketika sedang makan maka itu wajib bagi dia berhenti.

Point lain akhirkan waktu sahur, hadis mursal(iaitu terhenti kepada Tabi'in, anak murid sahabat/perkataan seorang Tabi'in) diriwayatkan dari al-Husin bin Waqid dari Abu Umamah ia berkata: "Diketika Iqamah, 'Umar memegang segelas air, beliau bertanya kepada Rasulullah: Apakah masih boleh minum wahai Rasulullah? Jawab baginda: Ya, minumlah! Kemudian ia minum" HR Ibn Jarir (3/527/3017). Melalui dua sanad darinya. Disahihkan oleh al-Albani dalam Silsilah Sahihah. Kalau diteliti perbincangan di al-Fikrah pula hadis-hadis yang berkenaan al-Ina' (الإناء) -masih ada ditangan,- di dhaifkan oleh ulama lain untuk lebih lanjut sila ke http://www.al-fikrah.net/Forums/viewtopic/t=1062/highlight=sahur.html.

Em, selain itu kalau diteliti dari sudut ilmiah, Allah dan Rasulnya memberi kemudahan kepada umat Islam jika dalam keadaan musafir, boleh berbuka, sama ada musafir itu dalam keadaan senang atau susah, "صم ان شئت وافطر ان شئت" maksudnya "Berpuasalah jika engkau mahu dan berbukalah jika engkau mahu" HR Bukhari (4/156), dan Muslim no 1121, (Puasa dan Imsak Menurut Sunnah, Bab Berbuka Kerana Musafir Atau Belayar, m/s 70, Ustaz Rasul Dahri)

Sampai situ sajalah yang larat aku kongsikan, apa-apa pun ingin aku ingatkan bersama perlu diterapkan dalam diri setiap muslimin dan muslimah, apabila menuntut ilmu agama, bertanyalah sehingga engkau mengetahui apa hujah dan dalil yang digunakan oleh si peyampai ilmu tersebut, "Dari Ibnu Mas'ud radhiallahu 'anhu berkata: Sesungguhnya janganlah sama sekali seseorang dari kamu bertaklid kepada seseorang tentang agamanya, yang mana apabila ia beriman kamupun beriman dan sekiranya dia kufur kamupun jadi kufur, maka sesungguhnya tidak ada contoh (yang boleh diikuti) dalam perkara buruk ini" Lihat: al-I'thisam jld 2. Hlm 359. As-Syatibi. Makkah al-Mukaramah. (Siri 1 Wasiat Imam Syafi'i, Hlm 18, terbitan Jahabersa, Ustaz Rasul Dahri)

"Berkata Imam Ahmad: Janganlah kamu bertaklid denganku, janganlah bertaklid dengan Malik, Abu Hanifah, as-Syafi'i, 'Auzaii dan Thauri rahimahullah. Ambillah oleh kamu dari mana mereka itu mengambil" Lihat Masail al-Imam Ahmad Diriwayatkan oleh Abu Daud Hlm 277 (Siri 1 Wasiat Imam Syafi'i, Hlm 20, Jahabersa, Ustaz Rasul Dahri)


Wallahhua'lam.

*Taklid ialah menerima perkataan seseorang SEDANGKAN engkau tidak tahu dari mana(ia mengambil) perkataannya.

No comments:

Post a Comment

Biarlah dgn berilmiah...