Saturday, March 28, 2009

Menelusuri Ciptaan Illahi...



Ketika ini aku dan 2 orang sahabat ku, mendaki bukit yang berhampiran dengan UiTM Dungun, kemudian menembusi hingga ke pantai ini, dengan hanya berkaki ayam. Apabila aku mendaki bukit, kebesaran Allah menusuk kedalam jiwaku, Allahhuakbar, Subhanallah. Risau juga sekiranya diganggu oleh makhluk Allah yang berniat jahat maka zikir selepas solat ini yang aku amalkan:

1- أَسْتَغْفِرُ اللهَ (ثلاثا) اَللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ، وَمِنْكَ السَّلاَمُ، تَبَارَكْتَ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ.
1. “Aku minta ampun kepada Allah,” (dibaca tiga kali). Lantas membaca: “Ya Allah, Engkau pemberi keselamatan, dan dariMu keselamatan, Maha Suci Engkau, wahai Tuhan Yang Pemilik Keagungan dan Kemuliaan.” -HR. Muslim 1/414.-



Tidak begitu risau jika diganggu oleh makhluk ghaib, yang paling risau apabila diganggu oleh MAKHLUK ZAHIR yang boleh dilihat oleh mata kasar, seperti binatang buas. Tidak ka naya jika bertembung, A'uzubillah. Mesti ada yang berkata "Kerek betul x risau jika diganggu oleh makhluk ghaib". Pemahaman orang melayu tidak lain dan tidak bukan adalah seperti hantu, pontianak, pocong dan seumpa dengannya. Baik aku katakan, mereka itu merupakan adalah dari golongan-golongan Jin, yang telah menjadi Syaithan Laknatullah.

Adakah kita perlu TAKUT kepada mereka? Sedangkan mereka merupakan MAKHLUK ALLAH yang telah DILAKNAT. Mereka adalah MUSUH YANG NYATA! Apa perasaan anda apabila anda bertemu dengan MANUSIA yang anda MUSUHI dan anda BENCI? Mengapa tidak diterapkan perasaan itu apabila tiba-tiba perasaan anda menjadi SERBA TAKUT kepada MEREKA(Syaitan Laknatullah)? LupakaH anda akan Kekuasaan ALLAH yang MAHA HEBAT dan MAHA PELINDUNG? Bukankah Allah telah berfirman:

36. Dan jika syaithan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. -SURAH
41. Fushshilat-



Pengalaman ini begitu menarik, seperti orang asli lagaknya, dengan hanya berkaki ayam mendaki bukit dan menulusuri hutan-hutan bukit sehingga bertemu dengan pantai ini. Maka ini hasil fotografiku menggunakan Camera Handphone sahaja.











2 comments:

  1. salam.

    sangat2 bersetuju dengan tulisan enta. orang sekarang, sebut nama hantu pun dah takut. kalau sebut nama Allah, tak ada timbul sikit pun takut. pelik kan? bukan bangga atau riak, tetapi bukankah Allah itu ada? syaitan itu juga seperti kita. cuma kita tak nampak mereka, mereka yang nampak kita.

    eh, seronoknya campus dekat dengan pantai. siap kaki ayam pulak tu :D ana suka pantai, bisa menenangkan jiwa dan menyedari kehebatan ciptaan Tuhan kan? ;)

    ReplyDelete
  2. Yup memang menenangkan pabila otak tengah stress.....

    ReplyDelete

Biarlah dgn berilmiah...