Friday, September 26, 2008

Apa Sudah Jadi..? Ayuh membaca, Iqra!

Segala puji hanyalah bg Allah, kami memujiNya, memohon pertolonganNya dan keampunan dariNya, kami berlindung kepada Allah daripada kejahatan diri kami dan kejelekan amal perbuatan kami, barang siapa yg diberi petunjuk oleh Allah, maka tidak ada seorangpun yg dapat menyesatkanyya, barangsiapa yg disesatkan oleh Allah maka tidak ada seorangpun yg dpt menunjukkannya.

Baru sebentar td aku selesai membaca tulisan Dr Asri berkisar 'Jangan Salahgunakan Agama Untuk Kepentingan', secara rambangnya yg aku fahami, kebanyakkan orang sekarang menjadikan agama Islam hanyalah sebagai alat, dan bukan sebagai matlamat untuk menjadikannya satu corak kehidupan, contoh mudah boleh aku kebanyakkan majlis makan malam yg diadakan akn dipanggil seorang ustaz kemudian dibacakan doa agar didalam majlis makan malam itu akan mendapat rahmat dan keberkatan, tetapi selepas itu diadakan pula persembahan nyayian oleh artis2 wanita yg berpakaian agak2 'sopan', ditambahi pula dengan dendangan lagu yg liriknya kadang kala terlalu mengagungkan seorang insan yg bernama wanita ataupun lelaki, perasankah anda jikalau diperhatikan betul2 lirik2 lagu cintan ini, seolah-olah hanya wanita itu sahajalah yg dia cintai, hanya seorang wanita itu sajalah yg dia temui, dgn ayat hiperbolanya hingga sanggup merentasi lautan api, hingga sanggup terbang di langit yg tinggi untuk memperoleh cinta sejati ceh... tetapi cinta Allah dan Rasulnya Muhamad s.a.w tidak pula mahu dikecapi. Bukankah nabi sudah bersabda didalam hadisnya yg sahih, lebih kurang bunyinya 'tidak sempurna iman seseorang jika aku tidak dicintainya lebih drpd manusia yg lain.'.

Em pd pandangan anda ap gunanya ustaz td membaca doa, tetapi dlm masa yg sama, acara maksiat tetap dijalankan!? Itu merupakan salah satu contoh yg dpt kita perhatikan, doa td hanyalah sebagai alat agar konon2nya dirahmati dan diberkati Allah, tetapi bukan sebagai matlamat untuk kita berhajat kepada Allah agar majlis itu benar2 didalam rahmat dan kasih sayangnya berdasarkan syariat yg telah ditetapkan olehNya. Islam tidak menghalang kita untuk berhibur, Islam membimbing insan agar mematuhi disiplin2 yg telah ditetapkanNya, agar dengan disiplin2 itu manusia tidak leka untuk mengingati Allah. Bukankah Allah telah berfirman didalam surah Ad-Dzariyyat, ayat 56: Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

Selama aku perhatikan kehidupan manusia sekarang yg beragama Islam, mereka yg berada disekeliling aku ini hampir2 tertipu akan keindahan dan keselesaan kehidupan didunia(majoritinya dan hanya minoriti yg msh mampu menjaga solat), dan perilaku mereka seolah2 'takpa x solat pun x ada ap2 yg berlaku' bila aku perhatikan pula didalam al-quran(terjemahan al-quran) senantiasa Allah peringatkan, bahasawanya kehidupan didunia ini hanyalah penuh dengan tipu daya, persinggahan yg sementara, nikmat yg terlalu sedikit jika hendak dibandingkan dgn kehidupan akhirat nun disana(syurga) dan kehidupan didunia ini sekadar permainan dan hanyalah senda gurau. Jika diperhatikan manusia2 dahulu(seperti kaum Arab, Yahudi dan Nasrani) kehidupan mereka secara fitrahnya mempercayai kuasa ghaib, dan hanya kuasa ghaib itu yg dapat memimpin dan membantu mereka, yakni Allah!

Mereka percaya bahawasanya Allahlah yg mampu memberi rezeki kepada mereka, mencipatakan langit dan bumi, itulah fitrah semulajadi yg telah Allah cipatakan kepada setiap insan, benda yg ghaib juga mempunyai kuasa yg luar biasa dan Allah sajalah mempunyai kekuasaan ghaib yg Maha Besar. Tetapi mereka telah tersesat dgn menyamakan Allah dgn sesuatu(menyengutukanNya) dan melakukan pengabdian kepada Allah mengikut kehendak hawa nafsu mereka bukan dgn cara yg ditunjukkan oleh rasul2 mereka. Jika hendak dibandingkan, orang2 dahulu masih lagi mahu menyembah Allah tetapi dgn CARA yg salah, manakala orang2 sekarang yg tertipu dgn kesenangan, dan keselesaan kehidupan didunia tidak mahu langsung menyembah dan sujud kepada Allah, TETAPI menuruti diri kepada hawa nafsu! Yg menjadi punca utamanya, adalah hawa nafsu! Bukankan Allah telah berfiraman didalam surah Sod ayat 26:...... dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, karena ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, karena mereka melupakan hari perhitungan.

Antara punca orang2 Islam sekarang leka akan kehidupan dunia yg begitu hina ini adalah kerana kealpaan mereka terhadap kehidupan setelah mati. Mereka yg beragama Islam mengaku Allah ada, tetapi mereka begitu malas untuk menyembah, sujud dan menjaga hubungan dengan Allah Rabbul'alamin(tuhan sekalian alam) melalui solat yg wajib, mereka juga masih mengaku Allah ada, tetapi mereka masih beribadah mengikut hawa nafsu mereka dgn mengikut membuta tuli kata2 ustaz/masyarakat tanpa melihat adakah wujud dalil dari Al-Quran dan As-sunnah yg mengatakan ibadah2 sekian perlu dilakukan sedemikian rupa?? Lupakah mereka kewajipan membaca dan memahami, Iqra! Lupakah mereka Al-Quran itu merupakan PANDUAN dan BIMBINGAN hidup? Didalam itulah perintah Allah agar mengikuti petunjuk dan perintah RasulNya, bukan mengikut pendapat imam2 mazhab secara membuta tuli. Sedangkan peranan imam2 mazhab ini juga menyampaikan ap yg dikehendaki oleh Allah dan Rasulnya kepada manusia, dan meningatkan juga kpd kita agar meninggalkan pendapat2 mereka sekiranya bertentangan dengan petunjuk Nabi Muhamad s.a.w.

Mereka2 yg lalai ini juga masih mengaku Allah ad, tetapi masih mengikut hawa nafsu mereka untuk menempuh cara hidup dgn berlandaskan kehendak hawa nafsu dan thagut mereka, bukan dengan kehendak yg telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul mereka.
Maka bagaimanakah kita ingin perbetulkan semula keadaan orang Islam sekarang agar sujud semula kepada Allah bagaimana? Allah berfirman didalam surah Ar-Ra'ad, ayat 11: "..Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yg ada pada sesuatu kaum, sehingga mereka mengubah ap yg ada pada diri mereka sendiri.." Bg mereka yg tidak fasih akan bahasa arab, hanya dengan membaca terjemahan Al-Quran sahaja kita dapat memahami isi kandungannya dan kehendak Allah subhanahuwata'ala kepada hambanya, maka serulah manusia agar membacax3 Al-Quran termasuk dengan membaca terjemahannya sekali, maka dgn itu baru kita mengerti ap yg Allah kehendaki dari hambanya. Jika dilihat insan2 sekarang mereka hanya solat apbila 'diketuk baru jalan' tetapi bukan dgn kerelaan hati mereka. Seolah2 mereka tidak mengetahui apkah tujuan dan sebab kita perlu melakukannya dgn meletakkan dahi ditanah. Tujuannya untuk mengagungkan kekuasaan Allah, mengucap syukur atas segala mcm nikmat yg telah diberikannya kepada kita, untuk memperoleh keredhaannya dan membezakan kita dgn orang2 yg ingkar dan sombong. Ayuh membaca!

Barang siapa yg diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada seorangpun yg dapat menyesatkannya. Lahaulawalaquwwataillabillah
Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni berkata didalam bukunya 'Jangan Melampui Batas' penerbit Jasmine Enterprise m/s 164: "Generasi sekarang ini, mereka meremehkan perkara solat, kecuali orang yg dirahmati oleh Allah. Mereka melupakan masjid2, melupakan al-Quran dan melupakan majlis2 taklim tempat mendapat pengajian yg berharga. Cuma yg penting, kita tidak boleh bosan untuk selalu menyeru beribu-ribu orang yg berpaling dari agama Allah, marilah kita kembali kepada keimanan dan keesaan Allah."

1 comment:

  1. Suka dengan pandangan jujur dan berani seperti Dr Asri..

    Memang semakin hari semakin banyak dugaan. Risau dengan muslihat dunia kini. Penuh dengan kepura-puraan..

    ReplyDelete

Biarlah dgn berilmiah...