Saturday, August 23, 2008

Ape Cite Part 2


"Eh, betulkeni, dalamnya," rungut hati aku, kerana tempat yg aku ingin tujui, adalah Kolej Ketengah di Al-Muktafi Bilal Shah(AMBS), dimana pihak UITM menyewa kolej itu kerana kampusnya di Bukit Besi masih dalam pembinaan. Woo 'pedalaman' juga, kiri kanan ladang kelapa sawit, dari rumah aku ke AMBS, sekadar 45 minit jika menaiki kereta, kalau motor wallahhu'alam, mungkin lambat sikit, kalau bas? hehehe, aku x tau lg nak naik bas dr mana kalau dr umah aku.(orang baru di Kerteh) ;)

Sebelum pergi kesana, aku perlu mendaftar dulu kos yg aku ambil (pra-commerce) di Kampus UITM Dungun. Antara subject yg dipelajari adalah English dan Matematik, selama 6 bulan kemudian barulah boleh aku mengambil Diploma Akauntasi(Insyaallah kena score 3.5 br boleh dpt akuntasi kalau tak... dpt la kos yg lain adeh..). Agak jauh jugala Dungun ke AMBS, satu jam perjalanan. Adeh.. bas pula susah nak dapat apabila aku hendak pulang ke Kerteh, melainkan pihak Uitm ada apa2 aktiviti yg perlu mereka ke Dungun,(payah sikit nak balik, walaupun rumah dekat, pasai bas dr AMBS untuk aku pergi ke perhentian bas Dungun yg berhadapan Hospital x ada) maka bolehlah aku tumpang dua kaki untuk ke perhentian bas diDungun yg berhadapan dengan Hospital, itu sj cek point bas 'lompat' yg boleh hantar aku ke Kerteh, tetapi kalau aku memilih bas ekspress, aku terpaksa ambil bas 'lompat' AMBS ke K.terengganu, kemudian ambil bas ekspress ke Kemaman, haa..itu br sampai...aduh gila kau bnyk duit kena pakai.


Bas dari AMBS ke K.t, RM 6 manakala AMBS ke Dungun x ada(ap yg aku tahu buat ms ni), kemudian ambil pula bas ekspress ke Kemaman, dalam linkungan RM 20 kebawah(kalau berada di K.t) dan jika aku ingin mengambil bas express dr Stesyen bas ekpress Dungun(lokasi yg berbeza antara perhentian bas di hadapan hospital dengan stesyen bas express Dungun) RM 10 kebawah. Kalau naik bas 'lompat' RM3/4 je. Tu dia..rumah bukan main dekat, nak balik bukan main jauh....redha sj la...


Hehehe, memang pedalaman...dikelilingi bukit bukau dan udara yg menyegarkan apabila bangun di pagi hari. Belakang kolej dah hutan, so mcm biasa la, kalau dah pedalaman ni tempat2 yg 'keras confirm ada' memang keras kolej aku ni, dan aku rasa semua tempat keras....sebab yela...yg kita pijak tu tanah, batu2 kecil, dan jalan yg telah di tar..memang la keraskan... ;P. Yang agak seronoknya sampai sj disana akulah pelajar yg lewat mendaftar, dan aku terlepas minggu suai kenal di kampus Dungun,(tau2 sjlah dlm mingu tu kene ketuk la sekejap dgn senior2 waktu tu, tp aku terlepas huhu!) dan ditambah keseronokan itu, aku terpaksa tinggal dibilik yg mana boleh dimuatkan 4 orang tetapi hanya aku berseorangan. HEHEHE!!!(...er,,,x takut ke?)

almari baju yg besar maka dengan itu itu boleh aku menggunkannya tanpa berkongsi dengan sesiapa hehehe tamak2..





semua katil aku yg punya hehehe, jangan jeles. *tilam hijau itu kwn aku tumpang tido sebagai rumah tumpangan yg kedua :P





koleksi2 kasut ku, dan meja biru itu adalah tempat memperoleh ilmu yg bermanfaat ;P












teman2 ku dikala keseorangan....

Antara pelajar2 disini kebanyakan mereka dr negeri2 barat, iaitu K.l dan Selangor, ada juga dr selatan, utara dan pantai timur, tetapi yg ramainya dari negeri barat. Antara pelajar yg aku respect(rakanku juga) ialah yg masih berumur awal 20an dr pantai timur. Dia terpaksa mengulangi Pra-Dip ini kerana salah satu subjetnya kantoi, aku kagum dgn dia tidak mudah berputus asa, kerana kalau sem2 yg lepas(ap yg diceritanya), "yg kantoi kebanyakkan mereka ad yg tidak repeat semula". Dia sebelum ini mengambil STPM tetapi keputusan kurang memuaskan maka dia mengambil pra-diploma. Aku doakan agar untuk sem kali ini aku dan semua pelajar di sini akan memperoleh CGPA yg cemerlang untuk sambung diperingkat seterusnya Insyaallah.

Yg penting Usaha, Doa, dan Tawakal. Disini semua jenis orang aku jumpa, yg hati keringnya(mat rempit), yg otai didepan orang.. baik gila dihadapan mak ayah, yg agak lembut dan yg sudah buat 'projek' pun ad, Na'uzubillah. Alhamdulillah aku dpt bergaul dgn semua, dan cuba perlahan2 mengislahkan mereka dan juga diriku, untuk kembali semula kepada Islam sebagai cara hidup. Bukanlah mudah tetapi aku cuba juga, dan kadang-kala aku sebagai manusia hampir hilang kekuatan itu. Lahaulawaquwwataillabillah.
Kawan2 aku juga sering bertanya "kau tak 'kena' ap2 ke duduk dalam bilik sorang2 ?", "kau tak takut ke?"
Aku senyap, "aku nak jawab mcm mana ni", aku jawab sj la...

"Alhamdulillah(segala pujian hanyalah milik Allah) x lg, lg pun didalam Alquran Surah Fushshilat(41) ayat 36 Allah berfirman:
Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."


"Dan kita sebagai orang Islam mesti yakin sebagaimana Allah berfirman dalam surah al-Ikhlas ayat 2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Kita ni makhluk Nya, minta pertolongan dan perlindungan daripadanya, minta juga keberanian daripadanya Insyallah x ad apa2."

Aku sambung lg,

"Yg penting jaga hubungan kita dengan Allah, Solat! Cukup lah yg wajib, ini yg wajib kita abaikan... mcm mn? Memang padan dgn muka korang nmpk yg 'pelik2' kat sini... hubungan korang dengan Allah x dijaga, lg suka lah hantu2(syaitan) kacau korang. Yg aku pelik orang zaman sekarang Hantu depa takut, tapi suruhan tuhan dan azbnya x takut, sedangkan hantu2 tu makhluk Allah juga. Korang cuba fikir macam bodoh x orang2 yg takut hantu ni?"

"Aku pun x berani, kalau2 tiba2 benda tu muncul depan aku dengan muka yg agak mengerikan mau terkucil aku, x pun pengsan, x pun demam., mmg lumrah manusia nampak yg mengerikan mmg la gerun. Alhamdulillah buat ms ni ok. Dan minta jauh dr terlihat benda2 mcm tu"

Senyap juga la kawan2 aku, waktu itu diorang datang berziarah, dan buka 'kedai kopi' dibilik aku, aku alu2 kan. Seronok juga kawan2 baru kenal dtg jenguk2. Kerap kali aku ulang pesanan2 ni kat kawan2 yg lain. Faham2 sj lah disini suasana nak berdakwah kena kawan dgn semua, jumpa dengan diorang sembang2, kemudian selit2 sikit. Disini nak buat usrah hehehe, aku pun x berapa reti nak conduct, sekali sekala aku tazkirah disurau, jika ramai yg datang di surau.(fhm sj lah orang zaman sekarang, mau solat berjemaah mmg liat...so pelan2 ajak mereka untuk solat berjemaah, kalau subuh memang la...2 orang ja maka solat sebelah2,( ini juga peluang aku utk mengatakan bila solat hanya dua orang antara imam dan makmum sj maka kedudukan saf perlu sebelah2, ad yg x boleh terima...so aku x paksa, maka buat mcm adat Melayu buat)
KLIK PERIHAL JEMAAH BERDUA

Apabila imam solat berjamaah hanya dengan seorang makmum, maka dia (makmum) disunnahkan berdiri di sebelah kanan imam (sejajar dengannya), sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibnu Abbas r.a. bahawa beliau pernah solat berjamaah bersama Rasulullah pada suatu malam dan berdiri di sebelah kirinya. Maka Rasulullah memegang kepala Ibnu Abbas dari belakang lalu memindahkannya ke sebelah kanannya. (Hadis Riwayat Muslim, No. 763. Bukhari, no. 183)
[KliK]

Aku juga cuba menerapkan apabila selesai solat secara berjemaah, doa sendiri2 dan zikir sendiri2, dan kadang kala aku berzikir secara jahr, zikir yg warid dr nabi untuk mengajar para makmum sehingga mereka dapat menguasainya, sebagaiman pendapat Al-Imam As-Syafi'i didalam kitab al-Ummnya:
Menurut al-Imam as-Syafi’e: "Saya memandang baik bagi imam dan ma’mum terhadap berzikir kepada Allah sesudah selesai dari solat. Keduanya (imam dan ma’mum) itu menyembunyikan (memperlahankan/israr) zikir kecuali bahawa dia itu imam yang harus orang belajar daripadanya. Maka ia mengeraskan (memperdengarkan) suaranya, sehingga mana ia melihat bahawa orang telah mempelajari daripadanya. Kemudian hendaklah ia mengecilkan (memperlahankan/sirr) suaranya.” (Rujuk: al-Umm, Oleh al-Imam asy-Syafie r.h., Terjemahan Oleh Prof. TK. H. Ismail Yakub, Terbitan Victory Agencie, jilid 1, ms. 296)
Antara Zikir2 yg warid dari Hadis2 yg sahih. [KLIK]

Kadang kala saja2 aku mahu perkenakan rakan2 aku, "Eh... nanti kau Azan, ala senang ja..aku boleh tolong ajar, kalau azan x sedap pun asal sebutan betul sudah..kalau x nak aku lapor kat Cik Zul(warden)" hehehe... Alhamdulillah ada diantara mereka yg tidak menolak, ad diantara mereka yg masih malu2, aku x kisah aku bg masa, lain hari kena juga. :P Aku juga cuba mengajak mereka untuk berani menjadi Imam, dan memberi sedikit peringatan sebelum menjadi Imam, terutama pd bacaan Al-Fatihah. Dlm ms yg sama aku cuba selit2 kan juga Sifat Solat Nabi, oleh Syeikh Nashruddin Al-Albani. Dan aku juga berpesan jika ada ap2 persoalan2 yg berkaitan agama yg aku tau, aku boleh berkongsi dan sampaikan. Apa yg aku tidak tahu dan aku pun masih blur akan aku ckp "aku x tahu".Dan x pasal2, aku dilantik sebagai exco Agama, amik kau amanah lg...serabut juga kepala aku. " Innalillahhiwainnailaihiraji'un..diri sendiri pun x berapa amanah dan bertanggungjawab, dapat pula amanah lain, habis aku..."


Hanya kepada Allah aku bertawakal, dan hanya kepadanya tempat aku dikembalikan, aku memohon kepada Allah agar dimatikan didalam dalam kalangan orang2 yg beriman, dan diselamatkan dr fitnah dunia yg kian menggila. Aku juga manusia tidak pernah terlepas dr melakukan dosa tetapi tanggungjawab sebagai seorang muslim perlu juga dipikul kerana kelak dihadapan Rabbul'alamin segala perbuatan akan dihisab. Berilmu, beramal, berakhlak dan berdakwah mengikut kemampuan yg ada. Dan manusia tidak mampu untuk berubah secara drastik, maka perbaikilah secara perlahan2, berhijrahlah yakni meniggalkan perkara yg buruk dan tercela.

No comments:

Post a Comment

Biarlah dgn berilmiah...