Tuesday, August 19, 2008

Ape Cite? Part 1

Wah...lama sungguh aku tidak mengupdate blog ini.

Apa Cite?
Ceritanya aku ditakdirkan untuk belajar di Kolej Ketengah Bukit Besi Al-Muktafi Bilal Syah(AMBS) cos pra-commerce under UITM, selama 1 sem, baru boleh aku sambung untuk diploma, INSYAALLAH.

Sebelum ni aku dapat tawaran di Politeknik Sultan Ahmad Syah(POLISAS) Semambu Kuantan.Diploma Akauntasi. So....

Ape Cite?
Ceritanya, aku dah memolek daftar di POLISAS(baru daftar kamsis/asrama). Kemudian pd malam hari selepas solat Isyak secara berjemaah, sedang masyuk aku mendengar bebelan pelajar2 senior dan warden disana(taklimat sua kenal :p), tiba2 aku mendapat satu msge dari mamaku......,

"Zamir hang dapat Uitm Pra-Perdagangan, mcm mn? nak masuk x?"
lebih kurang begitula bunyi/matan msge tersebut...

Aku terkesima.... :-O
lalu aku merungut dihati "aduh ape citeni..."
Fikiran ku berputar2 antara 2 darjat..... 1) POLISAS 2) Uitm... polisas...uitm...polisas...uitm....polisas...uitm...polisas...uitm....and so on..

Ahh...bengkek hatiku...jam menunjukkan 12 tgh malam...aku turun dari kamsis ku lalu pergi kemasjid yg berdekatan untuk solat sunat istikharah...

"uih....gelapnya masjid...x takut ke??" ;p aku berani kan diri, slumber......
A'uzubillahhiminassyaithanirrajim(surah al-ikhlas)

1. Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa
2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu..

So...nak takut ap...slumber...aku mengambil wuduk, kemudian masuk ke masjid sambil tercari2 "mana suis lampu masjid ni...."
lampu dan kipas terbuka...sebelum solat istikarah aku usya2 buku2 yg ade kat rak buku. Woo..terjemahan kitab al-Umm, kitab yg dikarang oleh Imam As-Syafi'i rahimahullah...seronok x terkira perasaan ku...hehehe..nmpk kitab Al-Umm pun seronok gila...layan..

Masyuk je aku usya2 kitab tersebut. Terjemahan Indonesia boleh la faham...Aku tengok ada jilid yg x cukup disitu...eh aku nak solat sunat....layan buku pula. esok2 la baca kalau ad rezeki..

sebelum itu, aku tutup solat sunat ku dgn solat witir satu rakaat...

1) Dari Jabir bin Abdullah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,

“Barangsiapa di antara kamu yang khuwatir tidak terbangun pada akhir malam, maka hendaklah ia berwitir pada awal malam lalu tidur. Barangsiapa di antara kalian yang ingin bangun pada akhir malam, hendaklah ia berwitir pada akhir malam. Kerana solat pada akhir malam itu disaksikan oleh para malaikat dan itu lebih afdhal.” (Hadis Riwayat Muslim, at-Tirmidzi, dan Ibnu Majah)

2) Diriwayatkan dari Aisyah, “Bahawasanya Rasulullah biasa solat malam sebelas rakaat, beliau menutupnya dengan satu rakaat Witir.” (Hadis Riwayat Muslim)
Sumber> http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2008/07/107-menutup-hujung-malam-dengan-witir.html

Keesokan paginya, pendaftaran untuk kursus yg telah ditawarkan. Aku masih blur...
fikir punya fikir, aku rasa baik masuk UITM, b.i pun agak lemah so... tiba2 Abah aku menelefon aku,

"jgn daftar lagi.."

aku menjawab.."kang duit 500 yg dah bayar tu lenyap ja, x pasal2..."

"duit abah x kisah sgt... Nanti abah call jabatan pendaftaran kursus, abah tnya macam mn.."

woo..teerkejut gak aku dengar, terharu pun ade gak..

aku pun senyap...untuk beberapa saat..

"em bnyk tu 500 kan habis mcm tu je...malas la kan.."

Abah aku menjawab..."em... ok2 nanti abah telefon dulu jabatan penfdaftaran kos tu. Abah rasa duit tu boleh dapat balik..ok jgn daftar lagi..."

"ok2 Assalamu3alaikum"

"Wa3alaikumussalam'

Fuh....ayah aku kata gitu, hati aku pun rasa.... "baik masuk UITM, english boleh dimantopkan,tu. Lagi satu dunia sekarang b.i kena mantop. Nak keje zaman sekarang pun nak tengok b.i kau ok ke tak....kalau english mantap boleh gak aku dakwah untuk orang yg x faham bahasa melayu..." suara hati ku berbisik.

Emmm..betul juga..sampai bila lagi aku x mau belajar english, penting2 dan penting!
x kan hang nak jadi mcm "dont belok2" buat malu kau sebagai orang Islam ja. "Orang Islam orang yg berilmu dan berakhlak" renung2kan..


So dipendekkan situasi duit 500 tu dapat semula, sebab aku tak daftar lagi untuk kursu aku. Aku pun x jadi mendaftar di POLISAS, dan aku pun kemas barang2 yg berada di kamsis, dan pulang semula ke rumah aku di Kerteh.


............................................................


Aku tgk surat tawaran dari Uitm, "pasaipa baru dapat...?" tanya aku kepada mama aku..

"Posman hantaq kat rumah sebelah, nasib baik jiran sebelah bg kat Zikri(adik aku)"

"waktu bila jiran tu bg??"

"mama sampai kat umah masa tu nak dekat maghrib..maastu mama masuk umah dah, zikri kat luar lg"

Situasi macam ini pernah juga berlaku masa aku form 4, aku dah sampai dan nak daftar dah di Sekolah Teknik Kuantan, tiba2 masa proses pendaftaran mama aku call.. "jgn daftar lagi hang dapat MRSM Kuantan.." amik kau...blur gak aku masa tu. Last2 aku pilih juga Teknik Kuantan ;)

Insyaallah continue di Ape Cite Part 2 semasa aku berada di Kolej Ketengah, Bukit Besi, AMBS.

No comments:

Post a Comment

Biarlah dgn berilmiah...