Wednesday, June 09, 2010

...Teruskan mencari erti kehidupan....

...Bismillahhirrahmanirrahim...

Cuti semester selama dua bulan dan dalam masa yang terluang itu aku mencari kerja kosong. Alhamdulillah ketemu juga. Part time work as a waiter di Shah Alam seksyen13 berhampiran di Tesco Extra. Sebagai waiter memang kerjanya sibuk dan penat, nak pula ketika waktu melayan customer yang bermacam kerenah, sehingga ada yang meminta lilin daripada aku, kerana pada waktu itu kedai makan tersebut black out. Dalam liku-liku mencari kurniaNYA ini ada juga ruang untuk berehat seketika sambil berbual-bual. Banyak perkara yang dibualkan, hanya ingin dikongsi beberpa topik perbualan yang masih terngiang-ngiang di minda ku ini.

Bila dibualkan perkara "keyakinan" masih ada yang mempercayai bomoh, dimana berlaku satu peristiwa ketika rakan sekerja aku ini masih kecil, ibunya sakit-sakit teruk dan ibunya dirasakan terkena buatan orang. Peyelesaiannya bertemu dengan bomoh, diceritakan juga bagaimana cara rawatan dilakukan terhadap ibunya. Penuh dengan khurafat dan syirik, dan katanya "sembuh ibu aku!". Aku mengatakan perkara sedemikian merupakan jerat syaitan. Itu boleh bawa kepada syirik. Aku tak tahu selama ni... jawabnya. Ada juga "Chef" yang masih percaya bahawa ikan dapat meyelamatkan kedai daripada disihir. Aku hanya mampu mengatakan itu syirik, yang boleh melindungi daripada terkena sihir dan buatan orang ialah Allah, bukan ikan kepercayaan orang melayu dahulu kala.

Berbual mengenai kehidupan masing-masing, latar belakang dari kecil sehingga kehidupan sekarang. Aku memulakan topik perihal "kenapa tidak solat?". Segala macam alasan dikemukakan. Ada yang senyap seribu bahasa. Tersengih-sengih dalam erti kata mengejek. Beralasan tidak ada transport dan yang paling menarik "Mana sah solat, sebab aku dah tinggal solat jumaat lebih 3 kali!!'. Apabila solat diabaikan segala macam perkara mungkar boleh berlaku. Ada di antara mereka yg umurnya sebaya dengan ku, dengan mudah membeli kondom. Sibuk dengan mencari duit, sehingga ilmu mengenai islam yang mereka belajar di sekolah, seolah-olah sudah cukup pada mereka.

Adakah mereka tidak mengetahui, bahawasanya kita boleh terjerumus di lembah Kufur al-Ikraad (tidak peduli),

"Ini merupakan kekufuran orang yang mengenepikan langsung berkenaan pengetahuan dan apatah lagi mempelajari dan mengerjakan amalan-amalan agama. Ia tidak membohongi ataupun membenarkan soal-soal agama. Ia juga tidak memusuhi ataupun menunjukkan ketaatan terhadap agama. Kekufuran begini banyak sekali terdapat di zaman sekarang ini dikalangan orang-orang yang asal ibu bapanya adalah beragama Islam tetapi dia sendiri telah terlatih lalu tenggelam dengan cara pemikiran dan kehidupan barat semasa mengejar kerjaya yang disanjung tinggi terutama sekali tatkala dia sedang belajar di negara-negara barat. Begitu juga golongan orang-orang miskin terutama sekali di kawasan pedalaman atau di tengah kesibukan bandar ibu kota yg senantiasa sibuk mencari wang hinggakan tidak mengendahkan langsung persoalan-persoalan agama. Di sebaliknya mereka berlindung dengan muzik, dadah dan alat-alat hiburan yang lain untuk menghilangkan penat lelah tanpa menghiraukan persoalan kebatinan kepercayaan agama.

Firman Allah dalam surah al-Ahqaf ayat 3: terjemahannya: "Dan orang-orang yang kafir berpaling dari apa yang diperingatkan kepada mereka" (Ismail Omar, Manhaj Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, Bahagian-bahagian kufur, m/s 265)

- Life di U-
Hampir sebulan berada di tempat pengajian. Cabarannya juga berbeza. Pengalaman bekerja sebagai waiter membuat aku terfikir agak susah untuk mencari duit untuk menyara kehidupan apabila sudah bekeluarga kelak. ~^_^~ . And now... kehidupan sebagai seorang student memang kurang bebanannya, dan masih sedar bahawa diri ini di biayai oleh PAMA. Hmm.... bagaimana untuk isteri dan anak-anak aku kelak, adakah aku mampu untuk menyara mereka sebagaimana ibu bapa aku menyara aku sekarang? Teruskan usaha mencari redha Allah dalam setiap sudut kehidupan. Dan manusia itu tidak terlepas dalam melakukan dosa dan kesilapan. Carilah jalan (ilmu yang sahih dan amal yang istiqamah) untuk memajukan diri sebagai benteng untuk menyelamatkan diri dari tipu daya kehidupan dunia yang sekadar mainan ini.


No comments:

Post a Comment

Biarlah dgn berilmiah...