Monday, December 22, 2008

Menetapkan Keberkatan Tanpa Dalil

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Maha Berkat (Allah) Tuhan yang di Tangan-Nya terdapat pemerintahan; dan memanglah Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [al-Mulk 67:01]

Dalam ayat di atas yang lazim dibaca oleh kita semua, Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menyifatkan dirinya sebagai Tabaraka yang bererti “Maha Berkat” atau “Yang memberi keberkatan”. Sifat ini diulangi oleh Allah Tabaraka wa Ta‘ala dalam beberapa ayat lain seperti Ibrahim 14:54, al-Mukminun 23:12-14, al-Furqan 25:01, 10 dan 61, al-Zukhruf 43:85 dan al-Rahman 55:78.

Keberkatan berasal dari perkataan Arab al-Barakah yang bererti kebaikan, keutamaan dan nikmat yang berkekalan lagi melimpah-limpah. Semua pengertian di atas yang sinonim dengan maksud al-Barakah yang merupakan milik Allah jua. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Di Tangan Engkaulah (Allah) segala kebaikan.

Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

[‘Ali Imran 3:26]

Katakanlah: “Sesungguhnya keutamaan itu adalah di Tangan Allah,

diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya;

dan Allah Maha Luas limpah kurnia-Nya,

lagi Meliputi pengetahuan-Nya.”

[‘Ali Imran 3:73]

Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah

telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit

dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu

nikmat-nikmat-Nya yang zahir dan yang batin?

[Luqman 31:20]

Tinjuan terhadap ayat-ayat di atas menunjukkan bahawa:

  1. al-Barakah, iaitu kebaikan, keutamaan dan nikmat yang berkekalan lagi melimpah-limpah adalah milik Allah Subhanahu wa Ta'ala sahaja.

  2. Hanya Allah yang memiliki sifat Tabaraka, iaitu yang Maha Berkat lagi memberikan keberkatan kepada seseorang atau sesuatu benda, waktu, tempat dan amalan yang dikehendaki-Nya.

  3. Manusia tidak boleh menetapkan keberkatan terhadap seseorang atau sesuatu benda, waktu, tempat dan amalan melainkan dengan dalil al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Jika manusia menetapkan keberkatan tanpa dalil, dia mencemari kemurnian tauhidnya kerana meletakkan dirinya sejajar dengan Allah sebagai Tabaraka.

Oleh itu di antara ciri aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah adalah tidak boleh mengambil berkat daripada individu, benda, waktu, tempat dan amalan melainkan berdasarkan dalil yang sahih lagi jelas. Ini kerana keberkatan itu adalah milik Allah dan Allah mengkhususkannya kepada siapa dan apa yang dikehendaki-Nya. Tiada jalan untuk manusia mengetahui kepada siapa dan apa Allah mengkhususkan keberkatan tersebut melainkan melalui petunjuk dalil yang sahih lagi jelas.[74]

Beberapa Contoh Keberkatan Yang Berdasarkan Dalil.

Pada kesempatan ini, saya akan huraikan secara ringkas beberapa contoh keberkatan yang berdasarkan dalil. Ia dibahagikan mengikut katagori seperti individu, benda, waktu, tempat dan amalan.

Keberkatan Individu.

Contoh keberkatan individu yang terbaik adalah pada diri Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Terdapat banyak dalil al-Qur’an yang menerangkan kelebihan, keutamaan dan kebaikan baginda. Salah satu daripadanya adalah firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala

penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad);

Wahai orang-orang yang beriman! Berselawatlah kamu kepadanya

serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.

[al-Ahzab 33:56]

Ada pun selain Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, maka keberkatan terdapat pada orang-orang besar seperti ibubapa, orang-orang yang lebih tua dan para ulama’. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

البَرَكَةُ مَعَ أَكَابِرِكُمْ.

Keberkatan bersama orang-orang besar kalian.[75]

Para ulama’ yang diberkati tidak diukur pada saiz serban, gelaran, jumlah pengikut mahu pun ijazahnya, tetapi diukur pada peranannya dalam mewarisi sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan menyampaikannya. Ini kerana ulama’ yang diiktiraf oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam hanyalah mereka yang mewarisi sunnah baginda, tidak selainnya. Baginda bersabda:

وَإِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الأَنْبِيَاءِ وَإِنَّ الأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلاَ دِرْهَمًا

وَرَّثُوا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ.

Sesungguhnya para ulama’ adalah waris para Nabi.

Sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar atau dirham,

akan tetapi (mereka) mewariskan ilmu. Maka sesiapa yang mengambilnya

(ilmu para Nabi), dia telah mengambil bahagian

yang melimpah (manfaatnya).[76]

Keberkatan Benda.

Di antara benda yang diberkati ialah kitab al-Qur’an al-Karim, dimana ia adalah Kalam Allah. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Dan ini ialah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan,

yang mengandungi berkat … [al-An’aam 6:92]

Termasuk benda yang diberkati ialah air Zamzam. Terdapat banyak hadis yang menerangkan keberkatannya, salah satu daripadanya:

خَيْرُ مَاءٍ عَلَى وَجْهِ الأَرْضِ مَاءُ زَمْزَمْ.

Sebaik-baik air di mukabumi adalah air Zamzam.[77]

Keberkatan Waktu.

Dalam kategori ini terdapat banyak petunjuk al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih berkenaan waktu yang diberkati. Di antaranya:

  • Keberkatan saat tertentu dalam sehari, seperti waktu satu per tiga terakhir malam untuk berqiamullail dan sebelum naik fajar untuk bersahur (bagi yang berpuasa).

  • Keberkatan hari tertentu dalam seminggu seperti hari Jumaat, Isnin dan Khamis.

  • Keberkatan hari tertentu dalam sebulan, seperti al-Ayyam al-Bidh, iaitu pada 13, 14, 15 hb bagi setiap bulan.

  • Keberkatan hari tertentu dalam setahun seperti Hari Raya Aidil Fitri, sepuluh hari pertama di bulan Zulhijjah yang termasuk dalamnya hari Arafah dan Hari Raya Korban, tiga hari-hari Tasyriq, hari Asyura (10hb Muharram), malam Nisfu Sya’ban dan malam Lailatul Qadr.

  • Keberkatan bulan tertentu dalam setahun seperti bulan Ramadhan dan bulan-bulan Haram (Zulqaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab).

Kesemuanya memiliki dalil-dalil dari al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih.[78]

Keberkatan Tempat.

Tempat-tempat yang diberkati ialah Mekah, Madinah dan bumi Syam. Berkenaan Mekah, Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Mekah

yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.

[‘Ali Imran 3:96]

Berkenaan Madinah, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

الْمَدِينَةُ كَالْكِيرِ تَنْفِي خَبَثَهَا وَيَنْصَعُ طَيِّبُهَا.

Sesungguhnya Madinah adalah seumpama alat peniup api

seorang tukang besi, ia mengeluarkan yang tidak baik dan

membiarkan yang baik.[79]

Berkenaan bumi Syam yang sekarang ini terdiri dari negara Palestin, Lubnan, Syria dan Jordan, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

طُوبَى لِلشَّامِ. فَقُلْنَا: لأَيٍّ ذَلِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟

قَالَ: لأَنَّ مَلَائِكَةَ الرَّحْمَنِ بَاسِطَةٌ أَجْنِحَتَهَا عَلَيْهَا.

“Beruntunglah bumi Syam.” Kami (para sahabat) bertanya:

“Kenapa sedemikian wahai Rasulullah?”

Baginda menjawab: “Kerana para malaikat al-Rahman

membentangkan sayap-sayapnya kepada Syam.”[80]

Termasuk tempat-tempat yang diberkati adalah Masjid al-Haram di Mekah dan Masjid Nabi di Madinah. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

صَلاَةٌ فِي مَسْجِدِي أَفْضَلُ مِنْ أَلْفِ صَلاَةٍ فِيمَا سِوَاهُ إِلاَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ

وَصَلاَةٌ فِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَفْضَلُ مِنْ مِائَةِ أَلْفِ صَلاَةٍ فِيمَا سِوَاهُ.

Solat di masjidku (Madinah) lebih utama dari seribu solat

di masjid lain kecuali Masjid al-Haram (Mekah).

Solat di Masjid al-Haram lebih utama dari seratus ribu

solat di masjid lain.[81]

Termasuk dalam Masjid Nabi sekarang ini adalah ruang antara kamar A’isyah radhiallahu 'anha dan mimbar Rasulullah:

مَا بَيْنَ بَيْتِي وَمِنْبَرِي رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الْجَنَّةِ.

Apa yang terdapat di antara rumahku dan dan mimbarku adalah satu taman dari taman-taman syurga.[82]

Masjid al-Aqsa di Palestin dan Masjid Quba di Madinah adalah dua tempat yang turut diberkati. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad)

pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa

(di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya.

[al-Isra’ 17:01]

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

مَنْ خَرَجَ حَتَّى يَأْتِيَ هَذَا الْمَسْجِدَ يَعْنِي مَسْجِدَ قُبَاءٍ فَيُصَلِّيَ فِيهِ كَانَ كَعَدْلِ عُمْرَةٍ.

Sesiapa keluar hingga datang ke masjid ini, yakni Masjid Quba’ lalu bersolat di dalamnya maka itu setara dengan pahala umrah.[83]

Keberkatan Amalan.

Keberkatan kategori ini terbahagi kepada dua:

  • Amal Ibadah seperti menyempurnakan wudhu’, solat berjamaah, solat pada awal waktu, berzikir, berpuasa sunat dan banyak lagi.

  • Amal Kehidupan seperti akhlak yang baik, berbakti kepada orang tua, peniaga yang jujur dan banyak lagi.[84]

Demikian secara ringkas beberapa keberkatan yang berdasarkan dalil mengikut kategori individu, benda, waktu, tempat dan amalan. Sebelum diteruskan, ingin digariskan beberapa perkara:

  • Pertama: Dalil-dalil yang digunakan untuk menetapkan keberkatan tidak semestinya menggunakan istilah al-Barakah. Asalkan dalil tersebut menyebut sesuatu kebaikan, kelebihan dan keutamaan, maka ia masuk dalam kategori keberkatan.

  • Kedua: Hadis-hadis yang digunakan sebagai dalil keberkatan hendaklah terdiri dari darjat sahih atau hasan. Tidak boleh menggunakan hadis-hadis yang lemah atau yang tidak diketahui darjatnya. Ini kerana apabila kita hendak menetapkan keberkatan, kita sebenarnya bermaksud mengatakan bahawa Allah telah menetapkan keberkatan-Nya pada seseorang atau sesuatu. Sudah tentu kita tidak menyandarkan sesuatu kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan menggunakan hadis yang lemah atau yang tidak diketahui darjatnya.

  • Ketiga: Keberkatan bukan sahaja ditetapkan oleh dalil, tetapi juga diraih dengan cara yang ditetapkan oleh dalil. Keberkatan pada seseorang atau sesuatu benda, waktu, tempat dan amalan tidak boleh diraih dengan sesuka hati. Sebagai contoh, keberkatan pada hari Jumaat bukanlah dengan membaca surah Yasin pada malamnya kerana hadis: Sesiapa membaca surah Yasin pada malam Jumaat diampunkan dosanya adalah sangat lemah darjatnya.[85]

Sebaliknya keberkatan pada hari Jumaat diraih dengan membaca surah al-Kahf, sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

إِنَّ مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنْ النُّورِ مَا بَيْنَ الجُمُعَتَيْنِ.

Sesungguhnya sesiapa yang membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat maka diberikan kepadanya cahaya di antara dua Jumaat.[86]

Salah seorang sahabat Rasulullah, Abu Sa‘id al-Khudri radhiallahu 'anh berpendapat dianjurkan juga membaca surah al-Kahf pada malam Jumaat.[87]

Beberapa Contoh Menetapkan Keberkatan Tanpa Dalil.

Amalan mengambil berkat (al-Tabarruk) adalah sesuatu yang masyhur di kalangan masyarakat. Ramai yang menetapkan keberkatan kepada seseorang dan sesuatu tanpa memiliki dalil di sebaliknya. Berikut dikemukakan beberapa contoh, agar kita dapat mengambil iktibar darinya dan menghindarkan diri darinya seandai terlibat sama.

Contoh Dalam Kategori Individu.

Terlalu mudah dalam menetapkan keberkatan kepada semua ulama’ adalah contoh terbaik dalam kategori ini. Menjadi ulama’ tidak secara automatik menjadi pewaris Nabi yang diberkati. Para ulama’ itu sendiri terbahagi kepada dua kategori:

  1. Mereka yang jelas diketahui bersungguh-sungguh untuk berpegang kepada sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Mereka mudah dikenali melalui hadis-hadis sahih yang sentiasa memenuhi majlis ilmu atau penulisan mereka. Akan tetapi dalam beberapa kes terpencil, mereka tersilap sama ada kerana jahil, lupa atau keliru. Ulama’ dalam kategori ini adalah apa yang dimaksudkan oleh Rasulullah dalam hadis baginda sebagai Sesungguhnya para ulama’ adalah waris para Nabi. Terhadap para ulama’ seperti ini, dibolehkan mengambil berkat daripada mereka. Pada waktu yang sama hendaklah ditegur dan diperbetulkan kesilapan mereka dengan cara yang hikmah dan tersembunyi.

  2. Mereka yang jelas diketahui bersungguh-sungguh untuk menyelisihi sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Mereka mudah dikenali melalui petua-petua, zikir-zikir dan amalan-amalan tersendiri yang memenuhi majlis ilmu dan penulisan mereka. Mereka lazim mengenepikan sunnah yang sahih, berdalil dengan ayat-ayat al-Qur’an yang umum, berhujah dengan sunnah yang tidak diketahui asal-usulnya dan mencipta sunnah tersendiri. Ulama’ dalam kategori ini bukan pewaris para Nabi. Tidak boleh mengambil berkat dari mereka, bahkan hendaklah diberi amaran kepada orang ramai akan bahaya ajaran mereka.

Contoh Dalam Kategori Benda.

Biji tasbih, tikar sejadah dan alas tempat sujud, khasnya yang sebelum itu digunakan oleh orang yang dianggap shalih, adalah contoh benda yang dianggap berkat tanpa dalil dalam kategori ini.

Contoh Dalam Kategori Waktu.

Setiap tahun pada 29 Zulhijjah, selepas solat Asar diadakan majlis membaca doa akhir tahun. Kemudian sesudah Maghrib diadakan majlis membaca doa awal tahun sempena Maal Hijrah pada keesokan harinya
(1 Muharram). Di sebahagian tempat waktu antara Asar dan Maghrib diisi dengan bacaan surah Yasin dan zikir-zikir tertentu. Semua ini atas anggapan waktu tersebut memiliki suatu kebaikan, kelebihan dan keutamaan hingga patut diraih manfaat darinya.

Contoh lain menetapkan keberkatan pada waktu tanpa dalil ialah membuat majlis zikir dan bacaan al-Qur’an sempena ulang tahun kelahiran atau kematian seseorang.

Contoh Dalam Kategori Tempat.

Di antaranya, menetapkan keberkatan pada kubur seseorang, khasnya orang-orang yang dianggap shalih dan memiliki kekeramatan. Dengan penetapan ini, kubur orang tersebut dijadikan tempat ibadah seperti solat, iktikaf, membaca al-Qur’an, zikir dan doa.

Menjadikan kubur sebagai tempat ibadah, sama ada atas faktor keberkatan atau selainnya, telah dilarang keras oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

وَإِنَّ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ كَانُوا يَتَّخِذُونَ قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ وَصَالِحِيهِمْ مَسَاجِدَ

أَلاَ فَلاَ تَتَّخِذُوا الْقُبُورَ مَسَاجِدَ إِنِّي أَنْهَاكُمْ عَنْ ذَلِكَ.

Sesungguhnya orang-orang sebelum kalian telah menjadikan kubur

para nabi mereka dan orang-orang shalih mereka sebagai masjid.

Ingatlah! Jangan menjadikan kubur sebagai masjid.

Sesunguhnya aku melarangkan kalian dari melakukan sedemikian.[88]

وَاعْلَمُوا أَنَّ شِرَارَ النَّاسِ الَّذِينَ يَتَّخِذُونَ الْقُبُورَ مَسَاجِدَ.

Ketahuilah bahawa seburuk-buruk manusia adalah mereka yang menjadikan

kubur sebagai masjid.[89]

Pada satu ketika beberapa isteri Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bercerita tentang pengalaman mereka melihat sebuah gereja di Habsyah yang memiliki lukisan gambar di dalamnya. Mendengar yang sedemikian, Rasulullah bersabda:

إِنَّ أُولَئِكِ إِذَا كَانَ فِيهِمْ الرَّجُلُ الصَّالِحُ فَمَاتَ بَنَوْا عَلَى قَبْرِهِ مَسْجِدًا

وَصَوَّرُوا فِيهِ تِلْكِ الصُّوَرَ أُولَئِكِ شِرَارُ الْخَلْقِ عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.

Sesungguhnya mereka itu adalah orang-orang yang apabila

di kalangan mereka berlaku kematian seorang lelaki yang shalih,

mereka akan membina masjid di atas kuburnya dan

menghiasinya dengan gambar-gambar sedemikian.

Orang-orang itu adalah seburuk-buruk makhluk di sisi

Allah pada Hari Kiamat.[90]

Larangan menjadikan kubur sebagai masjid memiliki dua maksud:

  1. Membina masjid di atas kubur, tanpa mengira sama ada masjid tersebut dihadiri oleh orang beribadah di dalamnya atau tidak.

  2. Melakukan ibadah yang lazim dilakukan dalam masjid di atas kubur, tanpa mengira sama ada dibina masjid di atas kubur atau tidak. Ibadah yang dimaksudkan ialah solat, iktikaf, membaca al-Qur’an, zikir, selawat dan doa, kecuali beberapa doa yang sabit diajar oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ketika menziarah kubur.

Kedua-dua perbuatan di atas telah dilarang tegas oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Baginda menyifatkan mereka yang melakukannya sebagai seburuk-buruk manusia. Oleh itu kubur bukanlah tempat beribadah dan bukan juga tempat yang memiliki keberkatan. Sunnah Rasulullah dalam menganjurkan ziarah kubur adalah supaya penziarahnya mendapat manfaat dari sudut melembutkan hati dan mengingati kematian.[91]

Demikian beberapa contoh amalan mengambil keberkatan terhadap seseorang atau sesuatu tanpa memiliki dalil yang menetapkan keberkatan tersebut. Dari satu sudut, subjek keberkatan ini kelihatan kecil remeh. Akan tetapi dari pelbagi sudut yang lain, ia adalah subjek yang besar kerana keberkatan itu adalah milik Allah dan hanya Allah yang berhak menetapkannya kepada sesiapa atau sesuatu yang dikehendaki-Nya:

Dan Maha Berkat (Allah) yang menguasai langit dan bumi

serta segala yang ada di antara keduanya;

dan Dia-lah jua yang mengetahui tentang Hari Kiamat;

dan kepada-Nya kamu semua akan dikembalikan.

[al-Zukhruf 43:85]



[74] Ciri ini telah saya kemukakan dalam buku Marilah Berkenalan Dengan Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah (Jahabersa, Johor Bahru), ms. 129.

[75] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Thabarani al-Mu’jam al-Ausath, hadis no: 8991 dan dinilai sahih oleh Muhy al-Din Mastu dan rakan-rakan dalam semakan mereka ke atas al-Targhib wa al-Tarhib li al-Munziri, hadis no: 166 (Kitab al-‘Ilm, Bab anjuran memuliakan ulama’…).

[76] Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 3641 (Kitab al-‘Ilm, Bab anjuran menuntut ilmu).

[77] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Thabarani dalam al-Mu’jam al-Ausath, hadis no: 3912 dan al-Mu’jam al-Kabir, jld. 11, ms. 98, hadis no: 11167 dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih al-Jami’ al-Shagheir, hadith no: 3322.

[78] Terlalu banyak untuk disenaraikan dalam risalah ini. Sila rujuk buku al-Tabarruk: ‘Anwa‘uhu wa Ahkamuhu oleh Dr. Nashir bin ‘Abd al-Rahman al-Juda’i (edisi terjemahan atas judul Amalan dan Waktu Yang Diberkati; Pustaka Ibnu Katsir, Bogor, 2004).

[79] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 1883 (Kitab al-Haj, Bab Madinah mengeluarkan yang tidak baik).

[80] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya, hadis no: 3954 (Kitab al-Manaqib, Bab keutamaan Syam dan Yaman) dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Takhrij Ahadits Fadhail al-Syam wa Dimasyq (Maktabah al-Ma‘arif, Riyadh, 2000), hadis no: 01.

[81] Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahih oleh Mahmud Muhammad Mahmud dalam semakannya ke atas Sunan Ibn Majah, hadis no: 1406 (Kitab Iqamah al-Solah… Bab berkenaan keutamaan solat di Masjid al-Haram dan Masjid Nabi).

[82] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 1195 (Kitab al-Jumu‘ah, Bab keutamaan apa yang berada di antara…).

[83] Sahih: Dikeluarkan oleh Ahmad dan dinilai shahih bi syawahid oleh Syu‘aib al-Arna’uth dan rakan-rakan dalam semakan mereka ke atas Musnad Ahmad, hadis no: 15981 (Musnad al-Makkiyyin, Hadis Sahl bin Hanif).

[84] al-Hafiz al-Dimyathi rahimahullah (705H) telah menyusun sebuah kitab yang baik berkenaan kedua-dua kategori amalan di atas berjudul al-Matjar al-Rabih fi Tsawab al-‘Amal al-Shalih. Syaikh Zakaria bin Ghulam al-Bakistani telah menyemak hadis-hadisnya dan menyusun semula dalam dua kitab yang berasingan: Shahih al-Matjar al-Rabih dan Dha‘if al-Matjar al-Rabih, kedua-duanya diterbitkan oleh Dar Ibn Hazm, Beirut, 2001.

Kitab al-Hafiz al-Dimyathi ini telah diterjemah oleh Juhail Maizar atas judul Hidup Penuh Pahala: Ensiklopedia Aktivitas Sehari-Hari Berpahala yang diterbitkan oleh Maghfirah Pustaka, Jakarta, 2006. Dalam terbitan ini, sebahagian besar hadis disertakan penerangan darjatnya di bahagian notakaki.

[85] Dhaif Jiddan: Dikeluarkan oleh al-Ashbahani dan sanadnya dinilai dhaif jiddan (amat lemah) oleh Zakaria bin Ghulam al-Bakistani Dha‘if al-Matjar al-Rabih, hadis no: 171.

[86] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak, hadis no: 3392 (Kitab al-Tafsir, Bab tafsir surah al-Kahf) dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Irwa al-Galil, hadis no: 626.

[87] Sanad Sahih: Dikeluarkan oleh al-Darimi dan sanadnya dinilai sahih oleh Husain Salim Asad dalam semakannya ke atas Musnad al-Darimi, hadis no: 3450 (Kitab Fadhail al-Qur’an, Bab berkenaan keutamaan surah al-Kahf).

[88] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 532 (Kitab al-Masajid, Bab larangan membina masjid di atas kubur…).

[89] Sanad Sahih: Dikeluarkan oleh Ahmad dan sanadnya dinilai sahih oleh Syu‘aib al-Arna’uth dan rakan-rakan dalam semakan mereka terhadap Musnad Ahmad, hadis no: 1691 (Musnad al-‘Asyarah al-Mubasysyirin bi al-Jannah, Hadis Abi ‘Ubaidah bin al-Jarh).

[90] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 528 (Kitab al-Masajid, Bab larangan membina masjid di atas kubur…).

[91] Pengecualian adalah terhadap masjid Nabi di Madinah dimana pada masa kini kubur Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, Abu Bakar dan ‘Umar radhiallahu 'anhuma terdapat di dalamnya. Pada asalnya kubur mereka bertiga terletak dalam kamar A’isyah radhiallahu 'anha, di luar masjid. Akan tetapi pada zaman pemerintah al-Wald bin ‘Abd al-Malik antara 86H hingga 96H, masjid Nabi telah diperluaskan sehingga merangkumi kubur mereka bertiga. Tujuan perluasan adalah untuk menampung jumlah umat Islam yang semakin ramai pada zaman itu. Terhadap hal ini, ia dikecualikan kerana termasuk dalam sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

Saturday, December 13, 2008

Bagaimana Keadaan Keluarga Kita?

Bagi mereka yang berkobar-kobar jiwa dakwahnya, seringkali kita 'ter'lupa, susah payah kita berdakwah pada rakan-rakan dan masyarakat tetapi keluarga sendiri diabaikan. Kadangkala diabaikan dan lebih dari itu sampai ada perasaan membenci.

Utamakan keluarga bila bersama mereka. Gunakan masa yang ada untuk menyampaikan risalah Islam kepada mereka, paling tidak tunjukkan akhlak yg baik.

Pengalaman yang lepas mengajar aku untuk menghormati mereka, ibu bapa, adik-adik dan sanak saudara.

Lupakah kita, Rasulullah sallallah hu 'alaihiwassalam, berdakwah pada keluarganya dahulu,
kemudian kepada masyarakat, dan seluruh umat manusia.


Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. (66-At-Tahrim ayat 6)

Wednesday, December 10, 2008

Untuk mereka yg tidak diluluskan kahwin...

Bismillah
Credit for Abul Wafaa

Terimalah apa yang telah ditentukan dengan tenang, redha dan sabar. Marah dan dendam tak akan mengubah keadaan.


1. Banyakkan berdoa (batu yg keras pun boleh dihakis inikan pula hati mak bapak +/- mertua)

2. Banyakkan Qiyaamullail

3. Hafal Qur'aan (cuba buat macam budak2 Ma'had Tahfiz; hafal satu muka sehari)

4. Banyakkan hadiri kuliah2 ilmu

5. Sibukkan diri dengan ilmu. Lepas balik Kuliah agama, buka kitab-kitab hadith dan cari matan hadith-hadith yg disebut oleh penceramah.

6. BAnyakkan bersukan. Mainlah bola, basketball, cricket, kickboxing. Belajar berenang.

7. Banyakkan berpersatuan (terutamanya persatuan yang kurang pelajar opposite sex)

8. Belajar rajin-rajin nanti senang nak apply kerja, sambung Master, etc. Kalau Maqbuul je susah nanti. (kalau Academic cemerlang biasanya susah mak bapak/mertua nak pertikai kebolehan. Ramai mak bapak nak anak dia belajar tinggi. Lepas kahwin pelajaran menjunam pun banyak kesnya. Kebimbangan ini perlu diatasi. Yang mengaji Al Azhar tapi kantoi lepas kahwin pun ada. Kalau nak jumpa mereka kita boleh bawa jumpa)

9. Cari kerja dan belajar buat duit serta kena tahu simpan duit. Simpan duit bukan untuk beli VCD/DVD/playstation/komik tapi untuk bayar duit hantaran dan belanja perkahwinan.

10. Kurangkan tengok TV dan segala bentuk sumber yang menaikkan nafsu.

11. Kurangkan lepak di tempat-tempat ramai perempuan bertabarruj.

12. Banyakkan duduk Masjid.

13. Kuasai pelbagai bahasa. Lepas belajar bahasa Arab belajar bahasa Mandarin ke Perancis atau Urdu. Banyakkan bergaul dengan bukan Melayu. Keluarlah dari kepompong Melayu tu.

14. Baca novel Inggeris dan Arab yang bukan berkaitan cinta, jiwang, seks dan lain2. Bacalah autobiography para tokoh. Ketagih novel boleh membantu mengikis mabuk cinta.
Pada masa yg sama boleh pertingkat penguasaan bahasa. Novel Melayu ? Cukuplah untuk yg masih dibangku sekolah. Vocab Melayu senang nak kuasai.

15. Kurangkan bergaul dengan golongan merapu. Banyakkan bergaul dengan 'Ulamaa', kaki study, dan mereka2 yg ada skill2 berguna yang kita tiada.

16. Kuasai kemahiran2 baru. Contohnya belajar cara nak repair kereta, komputer. atau belajar macamna nak guna Flash, Macromedia, Video editing. Nanti banyak benda kita boleh jana di AFN ni.

17. Tubuhkan Study group untuk bincang isu akademik dan agama.

Bila dah benar2 sibuk susah rasanya jiwa itu nak dikuasai cinta, angau dan seumpamanya. Yang banyak jiwang ni golongan yg punya terlalu banyak masa dalam lagha. Cuba tengok sejarah ramai ustaz2 kita dulu. Ramai yg kahwin lambat sebab terlalu sibuk menuntut ilmu. Nik Aziz pun kahwin lewat 30an. Ibn Taimiyyah dan An NAwawi tak sempat kahwin pun kerana disibukkan dengan ilmu. Angau dan jiwang karat lebih senang hinggap pada jiwa yang kosong. Oleh itu elakkan kekosongan jiwa.


Sumber: http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/p=35599.html#35599

Saturday, December 06, 2008

Bolehkah lelaki berpakaian warna kuning dan merah?

Pakaian berwarna kuning

Dalil yang menegahnya:

رأى رسول الله صلى الله عليه وسلم علي ثوبين معصفرين . فقال ( إن هذه من ثياب الكفار ، فلا تلبسها ) .
الراوي: عبدالله بن عمرو بن العاص المحدث: مسلم - المصدر: المسند الصحيح - الصفحة أو الرقم: 2077
خلاصة الدرجة: صحيح


riwayat lain:
رأى النبي صلى الله عليه وسلم علي ثوبين معصفرين . فقال ( أأمك أمرتك بهذا ؟ ) قلت : أغسلهما . قال ( بل أحرقهما ) .



Dari Abdullah putra 'Amru bin al-'Asy ra, bahawa baginda telah bersabda: " Nabi S.A.W pernah melihatku memakai dua helai pakaian mu'asyfar (yg dicelup dgn dye berwarna kuning), lalu baginda bersabda, "Ini adalah pakaian orang kafir, maka janganlah kamu memakainya."

Fiqh al-Hadith: kata Syaikhul Islam Ibn Taymiyah, pakaian mu'asyfar (yg dicelup dgn pewarna kuning) di masa itu adalah pakaian yg identik dgn non-muslim (al-Albani, tasyabuh/meneyerupai)

Manakala matan kedua hadith Abdullah ialah:
Nabi bertanya, "apakah ibumu yg menyuruh kamu memakai pakaian tersebut? Maka aku menjawab," apakah saya perlu mencucinya (menanggalkan warnanya)?" Nabi bersabda, "Baik bakar ajelah"

Keduanya dikeluarkan oleh Imam Muslim.

Hadith kedua ini lebih tegas dan keras, di mana Nabi menyuruh pakaian mu'asyfar berwarna kuning itu di bakar lebih baik...

Perbahasan fuqaha': Ia masalah khilafiyah


Jumhur (Maliki, syafi'iy dan Hanafi) berkata hukumnya dilarang jika dicelup dgn sengaja, jika asalnya sudah kuning, maka tidak apa-apa.

Ibn Umar mengatakan hukumnya makruh

Sebahagian yg lain mengatakan, larangan itu cuma khusus utk para jama'ah Haji sahaja. (syarah Muslim oleh al-Nawawi, 14:54)

Pendapat yang rajih: Pendapat para Muhaqqiq spt Syaikhul Islam Ibn Taymiyah, al-Albani dan fuqaha' bermanhaj sunnah kerana mengambil maksud hadith secara zahir, yakni ia menyerupai pakaian non-muslim dan ia pakaian perempuan atau feminity. Demikian penegasan Adnan Tarsyah, Maadzaa Yuhibbu an-Nabi S.A.W dan syaikh Abu Ubaydah Mashurah mhamud bin Salman, Koreksi Total Ritual Solat, PT Pustaka azzam
TBC


2. Pakaian berwarna merah

Dalil yg menjadi perbahasan panjang ialah yang ini:

ما رأيت من ذي لمة في حلة حمراء أحسن من رسول الله
الراوي: البراء بن عازب المحدث: الألباني - المصدر: الشمائل المحمدية - الصفحة أو الرقم: 3
خلاصة الدرجة: صحيح


"Dari al-Barra' bin 'Aazib ra: Tidak pernah aku lihat seseorang yg lebih kacak bila dia mengenakan pakaian berwarna merah." dinilai sahih oleh al-Albani ketika mentahqiq kitab Syamail at-Termidzi.

Kata al-Hafidz Ibn Qayyim rh, ramai orang silap faham dgn istilah hadith,
حلة حمراء di atas di mana mereka memahami sebagai pakaian merah murni atau pure red tanpa sebarang campuran dgn warna lain. Yang sebenarnya pakaian merah dalam hadith di atas ialah pakaian burdah Yaman, yakni warna asal nya ialah hitam, cuma ada dua garisan berwarna merah. Maka ia bukanlah pure red atau merah kesemuanya. Jika merah kesemuanya, maka ia dah tnetu di larang. (al-Zaad, 1:139, edisi terjemahan Indon, Griya, 1:199)

Namun al-Syawkani membantah tahqiq Ibn Qayyim dgn mengatakan hadith itu kena difahami dgn bahasa arab yg standard. Hadith itu dgn jelas tidak membedzakan merah campuran dan merah murni, maka kenapa kita perlu mentakwil dgm burdah Yaman? (al-Nayl 2:92)

Pendapat yg rajih dgn menghimpunkan hujah al-Syawkani yg meluaskan dan pendapat Ibn Qayyim yg membataskan ialah:
Boleh memakai baju berwarna merah yang bercampur dgn warna lain, tapi elakkan warna merah asli atau pure red. Pakaian pure red ialah pakaian kesombongan. Demikian kata syaikh Abu Malik Kamal al-Sayyid Salim, sahih Fiqh Sunnah, 3: 25)


Sumber: Al-Fikrah.net

Friday, December 05, 2008

Rashid Ridha dan usaha penyatuan syi'ah

Sumber: Al-Fikrah.net

Antara tokoh Mesir yg amat berminat menyatukan sunnah dan syi'ah ialah Syaikh Muhammad al-Ghazali Laisa minal Islam: 70-71) dan di Indonesia, Dr M Qurashi Shihab, Mentri Agama Indonesia (Sunnah-Syi'ah berganding tangan, Lentera, ms 258)

Syaikh Muhammad Rashid Ridha menjelaskan," Tidak adalah orang yg paling semangat utk menyatukan sunni dan syi'ah melainkan diriku sendiri, aku telah berusaha semaksima mungkin selama 30 tahun, akhirnya aku dapati syi'ah mmg tidak mahu kesatuan ini dgn sengaja kerana jika sunni dan syi'ah bersatu, ulama2 syi'ah akan kehilangan harta dan kedudukan mereka.. setelah banyak siri dialog di sleuruh negara2 arab dan India, aku menyimpulkan kaum syi'ah amat memusuhi ahli sunnah wal jama'ah, mereka begitu gencar menyibarkan kitab2 utk mencela sunnah, khulafa' ar-rashidin, mencela pembela sunnah dan para imam ahli sunnah dan orang arab keseluruhannya."
[Majalah al-Manar, 31:290]

Teruskan Agenda Tajdid!