Tuesday, October 28, 2008

Siapa Yg Membahagiakan Kita?

Laman Fikir

Assalamu3alaikum, kepada saudara2 seislamku, insan2 dan manusia2(insan2 dan manusia sama latu...aduyai..) sekalian. Tulisan untuk tatapan semua lapisan masyarakat (:

Semasa dalam perjalanan pulang dr Kuala Lumpur ke Kerteh, selepas menghadiri Majlis Eid Fitri bersama rakan2 al-fikrah.net dan beramah mesra bersama Mufti Perlis Dr Asri pd hari ini 27 Oktober 2008, aku menerima satu pesanan ringkas SMS yg bertarikh 27 Oktober 2008 pd pukul 5.50 minit petang 07 saat huhuhu:

"Disaat ibumu tidur lelap, cuba kamu pandangi dia dalam2,
Dan bayangkan matanya tidak akan terbuka untuk selamanya,
Tangannya tidak mampu lagi untuk menghapuskan air mata kita,
Dan tidak ad lg nasihatnya yg selama ini sering kita abaikan,

Bayangkan ibumu sudah TIADA,
Dan apakah kamu sudah mampu membahagiakannya?
Yang sekian kalinya dia selalu membahagiakanmu, memenuhi kehendak mu,
Apakah kamu pernah berfikir?
Betapa besar pengorbanannya..

KirimSMS ini ke 10 orang, kalau kamu termasuk orang yg sayang pd ibu...

AMANAH"


Kalau dibaca sepintas lalu, memang tidak perasan apa2 dan akupun rasa nak sent kpd 10 orang yg tersayang huhu, tp....tp.... entah aku rs em...nantila nanti kedit hbs pulak...hehehe. So aku biarkan dalam inbox tu utk sementara waktu...

Kemudian aku baca semula pd malam hr ketika duduk didalm bas. Eh! Ad yg tak kena ni, ini kes SERIUS ni! Cuba korang perhatikan ap yg aku highlight kan dibawah ni...:

"Disaat ibumu tidur lelap, cuba kamu pandangi dia dalam2,
Dan bayangkan matanya tidak akan terbuka untuk selamanya,
Tangannya tidak mampu lagi untuk menghapuskan air mata kita,
Dan tidak ad lg nasihatnya yg selama ini sering kita abaikan,

Bayangkan ibumu sudah TIADA,
Dan apakah kamu sudah mampu membahagiakannya?
Yang sekian kalinya dia selalu membahagiakanmu, memenuhi kehendak mu,
Apakah kamu pernah berfikir?
Betapa besar pengorbanannya..

KirimSMS ini ke 10 orang, kalau kamu termasuk orang yg sayang pd ibu...

AMANAH"

Point 1-menghapuskan-: Siapa yg dapat menghapuskan AIR MATA? Adakah seorang manusia yg lemah lg hina yg bergelar IBU? Tidak! yg dapat menghapuskan air mata hanyalah ALLAH Tuhan yg menjadikan manusia dan mencipta semesta alam. Perkataan tersebut boleh menyebabkan SYIRIK.

Surah Al-Muu'minun 23:

12. Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah.

13. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim).

14. Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.

Yela kalau dr sudut bahasa tu tak betul...tulislah mengesat tak ada la aku nak poning2 ha, em bersangka baikla, mungkin yg buat SMS ini tak tahu perkataan mengesat, pasai tu dia tulis menghapus...Wallahhualam. ^,^

Point 2-membahagiakan-: Siapakah yg dapat membahagiakan insan? Adakah seorang manusia yg lemah lg hina yg bergelar IBU? Tidak! yg dapat membahagiakan hanyalah ALLAH Tuhan yg menjadikan manusia dan mencipta semesta alam. Perkataan tersebut boleh menyebabkan SYIRIK.

Surah An-Najm 53:

43. dan bahwasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis,

44. dan bahwasanya Dialah yang mematikan dan menghidupkan,

45. dan bahwasanya Dialah yang menciptakan berpasang-pasangan pria dan wanita.

Kalau dr sudut bahasa melayu kurang tepat tu, ubah la perkataan bahagia kepada berbakti/berbuat baik tak ada la aku 'melompat' sgt bila terbaca ^,^ dan lebih selari dgn perintah Allah subhanahuwata'ala untuk kita berbakti kepada kedua orang ibu bapa bukan membahagiakan.

Luqman 31:

14. Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun[1180]. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.

Maka kesimpulannya siapa2 yg dapat pesanan ringkas tersebut, hantar semula kpdnya dan tegurlah sahabat kita itu dan bglah pendapat serta solusinya seperti kaedah diatas. Kalau panjang sgt seperti aku huraikan seperti diatas, ringkaskan (: Jgn kita mengkritik sahaja, tetapi tidak mesra untuk bg pendapat/ solusinya.

*Kirim ARTIKEL ini kpd 10 orang, kalau kamu termasuk orang yg sayang pd AKIDAH kamu, saudara2 seislam, dan umat manusia yg lain hehehe...

3 comments:

  1. Bismillah...

    Firstly, syukran sbb ambil perhatian pendapat ana. Sungguh, ana susah nak cam nombor2 yang disebut.

    ok, back to topic...

    Berkenaan dengan artikel Ustaz, ana kurang seuju. Memang ana akui, msg2 foward itu menyusahkan, leceh, menyampah, mengada...
    Tapi, untuk menghukum syirik, sesat dan sebagainya, nampak macam terlalu syadid. Dengan menggunakan kata2 tertentu, ustaz menjatuhkan hukum syirik. Kita perlu fleksibel dalam hal ini. Biar ana terangkan dari sudut saster.

    Penggunaan unsur-unsur sastera amat penting untuk mempamer kecantikan dalam berbahasa. Salah satu unsur sastera yang kerap digunakan ialah unsur 'hiperbola'.

    Apa itu hiperbola?
    Hiperbola ialah pemilihan kata mengikut disiplin ilmu sastera yang digunakan untuk memperlihatkan satu keadaan yang bersifat berlebih-lebihan, luar dari kebiasaan.

    Untuk bidang sastera, we need to see between the lines. Menilai secara tersirat, bukan sekadar tersurat. Penggunaan kata 'menghapus' dan 'membahagiakan' itu hanya mengaplikasi salah satu disiplin ilmu sastera.

    contohnya, salah satu disiplin ilmu sastera yang dinamakan 'personafikasi' iaitu penggunaan sifat manusia ke atas benda tidak hidup seperti...
    'dan gumpalan awan pun menangis'
    'Rintihan si pelikat lusuh'
    bagitulah..

    Janganlah mengikut satu golongan yag jahil dalam disiplin ilmu tertentu, kemudian menghuku sesat kerna dia yang tidak mengetahui...

    Ana cadangkan ustaz berfikir dan menilai balik sebelum menjadi lebih parah seperti golongan syadid yang mendakwa lagu yang dibawakan oleh kumpulan Far-east, Menanti di Barzakh.

    Maaf, panjang sangat. Mungkin ana akan ulas lanjut dalam blog ana...
    (jika berkesempatan)
    Selamat berkongsi Ilmu.

    *dari Insan yang kurang ilmu...

    ReplyDelete
  2. t.q atas, komen cikgu.

    ana bukan la ustaz sekdar pelajar biasa,

    er..no apa cikgu? no apa yg susah dicam?

    yg dimaksudkan syirik disini, bukanlah syirik yg membatalkan akidah... tetapi syirik khafi/kecil..

    ana tidak mengatakan sesat kepada sesiapa.

    ana hanya peringatkan agar kita jgn terlalu mengagungkan pengorabanan manusia hingga berlebih2an.

    ana tahu hiperbola merupakan, ayat yg berlebih2an, dan cantik sekiranya ayat itu diletakkan pd tempatnya yg betul iaitu Allah subhanahuwata'ala.

    Sekadar pandangan ana yg br belajar..

    ReplyDelete
  3. ana pun baru belajar. untuk menghukum syirik kahfi/kecil, ana tak berani nak komen. Mohon tunjuk ajar gak.. ^^

    p/s: oohh.. dulu nta nyer verification code pakai sound, kan? susah nak cam nombor2 yang dia sebut. la nih ok lah.. ^^

    ReplyDelete

Biarlah dgn berilmiah...