Assalamualaikum w.b.t.
   Tersebar status FB di bawah:
 ..Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka....Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka..
 Bapak tanggung dosa anak perempuan, suami tanggung dosa isteri?????
  Pertama: Mana datang sifir di atas?
  Kedua: Sendiri buat dosa, sendiri tanggunglah.
  Si bapa atau suami tidaklah berdosa hanya kerana si anak atau isteri  buat dosa. Si bapa atau suami berdosa bila tidak tunaikan kewajipan  sebagai suami atau bapa iaitu mendidik ahli keluarga. Hatta kalau si  anak dia dan isteri dia soleh solehah belaka, tetapi kalau si suami ini  memang tak pernah usaha didik anak isteri, sebaliknya anak isteri  terpaksa berpulun mendidik diri sendiri, dan menumpang kasih didikan  orang lain, maka si suami atau bapa tetap berdosa walau si anaknya baik  pijak semut tak mati.
  Al-Quran memberikan mesej jelas kepada kita. Sendiri buat, sendiri tanggung!
  
 “Katakanlah: "(Sesudah Aku mentauhidkan Allah dan berserah diri  kepadaNya) Patutkah Aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah  Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? dan tiadalah  (kejahatan) Yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang  itulah sahaja Yang menanggung dosanya; dan seseorang Yang boleh memikul  tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya  sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu  ia menerangkan kepada kamu akan apa Yang kamu berselisihan padanya.”  (Al-An’am : 164)
 
 
  قُلْ أَغَيْرَ اللَّهِ أَبْغِي رَبًّا وَهُوَ رَبُّ كُلِّ شَيْءٍ وَلاَ تَكْسِبُ كُلُّ نَفْسٍ إِلاَّ عَلَيْهَا وَلاَ تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى ثُمَّ إِلَى رَبِّكُمْ مَرْجِعُكُمْ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ (الأنعام: 164) 
  Kalau anak dan isteri jahat bukan main, anjing tengok pun lari. Si suami  atau bapa belum tentu berdosa. Kalau dia sudah jalan tanggungjawab,  nasihat, mendidik dan sebagainya, tetapi anak dan isterinya tetap degil.  Itu bukan salah dia. Hidayah di tangan Allah.
  Ya, si suami atau bapa mendapat pahala dan dosa, tapi bukan sebab anak  dia soleh atau jahat, tapi sebab dia laksanakan tanggungjawab dia.
  Ya, si suami mendapat pahala berganda-ganda jika si keluarga menjadi  soleh hasil didikan dia. Kebaikan yang anak dan isteri dia lakukan hasil  didikan dia, si suami atau bapa akan mendapat sahamnya tanpa  mengurangkan pahala si anak dan isteri.
  Begitu juga jika anak dan isteri jadi jahat hasil didikan si suami atau  bapa, maka si suami atau bapa akan mendapat dosa berganda-ganda tanpa  mengurangkan dosa si anak dan isteri sedikit pun.
  TIPS: RUJUK HADIS SUNNAH HASANAH DAN SUNNAH SAYYIAH.
  نْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ  إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَحَثَّ عَلَيْهِ  فَقَالَ رَجُلٌ عِنْدِي كَذَا وَكَذَا قَالَ فَمَا بَقِيَ فِي الْمَجْلِسِ  رَجُلٌ إِلَّا تَصَدَّقَ عَلَيْهِ بِمَا قَلَّ أَوْ كَثُرَ فَقَالَ رَسُولُ  اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ اسْتَنَّ خَيْرًا  فَاسْتُنَّ بِهِ كَانَ لَهُ أَجْرُهُ كَامِلًا وَمِنْ أُجُورِ مَنْ  اسْتَنَّ بِهِ وَلَا يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ اسْتَنَّ  سُنَّةً سَيِّئَةً فَاسْتُنَّ بِهِ فَعَلَيْهِ وِزْرُهُ كَامِلًا وَمِنْ  أَوْزَارِ الَّذِي اسْتَنَّ بِهِ وَلَا يَنْقُصُ مِنْ أَوْزَارِهِمْ  شَيْئًا
  Daripada Abu Hurairah katanya seorang lelaki telah datang menemui  Rasulullah s.a.w. lalu baginda menggalakkan para sahabat supaya  bersedekah kepada lelaki itu.
Lalu seorang lelaki berkata saya mempunyai sekian banyak harta. Abu Hurairah menyebutkan lagi, tidak ada seorang lelaki pun dalam majlis melainkan bersedekah kepada lelaki itu, dengan banyak ataupun sedikit.
Melihatkan keadaan begini Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa merintis kepada kebaikan lalu diikuti oleh orang lain, maka dia memperolehi pahalanya dengan sempurna dan pahala orang-orang yang menurutinya tanpa mengurangkan pahala-pahala mereka dan sesiapa yang merintis kepada kejahatan lalu diikuti maka dia menanggung dosanya dengan sepenuhnya dan dosa-dosa mereka yang mengikutinya tanpa dikurangi dosa mereka itu sedikitpun.”
 Lalu seorang lelaki berkata saya mempunyai sekian banyak harta. Abu Hurairah menyebutkan lagi, tidak ada seorang lelaki pun dalam majlis melainkan bersedekah kepada lelaki itu, dengan banyak ataupun sedikit.
Melihatkan keadaan begini Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa merintis kepada kebaikan lalu diikuti oleh orang lain, maka dia memperolehi pahalanya dengan sempurna dan pahala orang-orang yang menurutinya tanpa mengurangkan pahala-pahala mereka dan sesiapa yang merintis kepada kejahatan lalu diikuti maka dia menanggung dosanya dengan sepenuhnya dan dosa-dosa mereka yang mengikutinya tanpa dikurangi dosa mereka itu sedikitpun.”
Jika mahu 'beriman' dengan status FB di atas: Bertanyalah kepada diri kita: Berdosakah Nabi Nuh a.s, Nabi Luth a.s kerana mempunyai keluarga yang menentang Allah?
Source: lobai tampin


 
